Thursday, March 02, 2023

Kerana telur, Ka Siong disaman.. & Wanita potong kemaluan lelaki.

 

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

1. Kerana telur, Ka Siong terima surat saman pengimport

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendedahkan beliau menerima surat saman daripada pengimport telur dari India susulan kenyataan dibuat ketika mencelah pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat minggu lalu.

Presiden MCA itu meraih perhatian apabila membawa tiga telur ayam berlainan jenis iaitu telur dari India, telur omega dan telur tempatan ke Dewan Rakyat..

Beliau ketika itu menggesa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menumpu soal ketidakcukupan telur ayam tempatan, bukannya mengimport telur antaranya dari India untuk menampung keperluan domestik.

Selain itu, Ka Siong juga mendakwa ketiga-tiga jenis telur itu berbeza dari saiz dan harga.

"Cuma saya hairan apabila saya berucap di sini, saya (ada) terima surat daripada peguam yang mewakili pengimport dari India. Itu yang saya tak faham dan saya ditegah untuk berucap.

"Ini yang teruk. Sebab itu saya ada jawab nanti... tengok Facebook saya. Saya kena tunjukkan. Ini medan saya sebagai wakil rakyat.

Beliau ketika itu menggesa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menumpu soal ketidakcukupan telur ayam tempatan, bukannya mengimport telur antaranya dari India untuk menampung keperluan domestik.

Selain itu, Ka Siong juga mendakwa ketiga-tiga jenis telur itu berbeza dari saiz dan harga.

"Cuma saya hairan apabila saya berucap di sini, saya (ada) terima surat daripada peguam yang mewakili pengimport dari India. Itu yang saya tak faham dan saya ditegah untuk berucap.

"Ini yang teruk. Sebab itu saya ada jawab nanti... tengok Facebook saya. Saya kena tunjukkan. Ini medan saya sebagai wakil rakyat.

"Saya rasa terpanggil untuk membawa isu ini. Apa salah saya sehingga pengimport melalui peguam tulis surat kepada saya.

"Ini floor (platform) saya. Saya pun tak sebut syarikat apa dan saya tak nak tahu (syarikat apa)," katanya pada sesi perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini. (BH) 

BERITA BERKAITAN



2. Wanita potong kemaluan teman lelaki ugut sebar video lucah 

JAKARTA: Seorang wanita Indonesia didakwa memotong kemaluan teman lelakinya selepas berang berikutan lelaki itu mengugut untuk membocorkan video seks mereka berikutan keengganannya melakukan hubungan intim.

Menurut laporan media Indonesia, kisah tragik itu berlaku di sebuah hotel di Kota Sibolga, Sumatera Utara pada 25 Februari lalu.

Menurut polis, lelaki berusia 28 tahun itu mahu melakukan hubungan seks dengan wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai AST, namun dia menolak kerana 'tiada mood'.

Bagaimanapun, lelaki yang hanya dikenali sebagai OG itu kemudian mengugut untuk menyebarkan video hubungan intim mereka.

Ketua Polis Sibolga, Taryono Rajarja, berkata pasangan itu difahamkan berkenalan sejak tujuh bulan lalu.

"Apabila dia (lelaki itu) bersedia untuk mandi, suspek melakukan serangan. Dia mengambil pisau milik lelaki itu dan memotong kemaluannya," katanya.

Penyambut tetamu di hotel itu, Evi Wahyuni Siregar, berkata wanita berusia 28 tahun itu mendekatinya untuk mendapatkan bantuan selepas melakukan serangan itu.

Katanya, mangsa dilihat meraung kesakitan dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital berhampiran.

Wanita itu ditahan polis, tetapi masih belum didakwa kerana polis berkata mereka sedang menunggu untuk menemubual mangsa. - AGENSI

7 comments:

Anonymous said...

Ayam pun lgbt jugak kah. Parah macam ni. Tak produktif lagi. Sebab luar tabii.

Anonymous said...

Allhamdulilah, satu berita baik yang ditunggu-tunggu oleh dan untuk semua rakyat Malaysia yang budiman, semalam ada berita menurut risikan yang didapati dari sumber dalaman salah satu parti komponen menyebut bahawa pmx akan terpaksa meletakkan jawatan sebagai pm disebabkan kehilangan majoriti, hal ini telah menyebabkan ramai pembesar2 ph menjadi kelam-kabut dan marah kerana ianya sesuatu yang sangat dinanti-nantikan dan mengembirakan majoriti rakyat khususnya masyarakat Melayu terutamanya golongan muda yang rata-rata berpendidikan tinggi, rasional, berakhlak mulia dan berfikiran waras.

Mudah-mudahan ini berlaku dengan jangkawaktu yang secepat yang boleh. Amin ya Rabbil'alamin.

Anonymous said...

Asalnya x lgbt.

Tapi sbb kerap kena fitnah dgn walaun trus jdu gitu kot.

Ha ha

Anonymous said...

Usahawan bumiputera dikatakan amal rasuah. Mungkin ada, tapi itu pengikut liberal. Tapi yang komunis dapig terlibat dengan rasuah tidak pulak diambil peduli.

Sorang jutawan bumiputera dikatakan monopolis, tapi yang berpuluh jutawan komunis dapig tidak pulak dikatakan monopolis.

Dikatakan oleh PH anak muda yang tidak berpendidikan sahaja yang menyokong PN. Yang berpendidikan sahaja yang menyokong ph.

Dikatakan PH tidak mengamalkan rasuah. Tapi yang ada banyak kes mahkamah dilantik sebagai menteri.

Dikatakan PH tidak mengamalkan nepotisme. Tapi anak yang tewas dalam pru dilantik jadi penasihat ekonomi.

Sangat bahayakan negara jika dipimpin oleh lidah bercabang. Sangat bahayakan negara jika dipimpin oleh pengamal rasuah. Sangat bahayakan negara jika pimpinan suka kronisma, suka nepotisma, suka menghina bangsa sendiri. Ini beri mudharat kepada bangsa sendiri bila pimpinan punya mentaliti sama dengan mentaliti komunis dapig.

Mentaliti komunis dapig suka fitnah, dia pun ikut fitnah. Mentaliti komunis dapig suka cetus islamofobia, dia pun ikut cetus islamofobia. Mentaliti komunis dapig suka tindas bangsa melayu, dia pun ikut tindas bangsa melayu.


Anonymous said...

Kerajaan ayam itik. Pakar ekonomi sebut konsep ekonomi, sasterawan paham lain. Pakar undang undang sebut perundangan, sasterawan paham lain. Pakar agama sebut tentang fiqh, sasterawan paham lain. Tapi sasterawan tu serba tahu. Macam propesor serba tahu.

Akhirnya jadilah ia satu persepsi. Atau teori. Teori boleh menghasilkan objektif. Tapi objektifnya maya. Kadang kadang ke laut perginya.

Macam lanun kawal lanun, rompakan tidak akan berlaku. Ada akai ka. Perompak kawal perompak. Perompak akan jadi baik dan insaf. Ada akai ka.

Anonymous said...

Mca bukan daging babi. Komunis dapig pun bukan daging babi. Tapi dua yang berbeza. Zimmi dan harbi.

wahyu saputro said...

ini adalah contoh bisnis untuk telur https://unair.ac.id/inovasi-bisnis-telur-bebek-rendah-kolesterol-dan-bau-amis-antarkan-mahasiswa-unair-lolos-pendanaan-p2mw-dikti/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails