1. Pasukan Anwar ditimpa kebimbangan kerajaan roboh
PELUANG kedua dalam segala apapun yang diperolehi tentulah keberuntungan atau kesempatan sangat berharga dan pasti sukar berulang lagi. Atas keyakinan iman, ianya tidak datang bergolek, tetapi satu pilihan istimewa dan anugerah Allah SWT dalam takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz.
Semua makhluk diciptakan-Nya telah ditetapkan hidup dua kali iaitu sementara di dunia dan abadi di syurga atau neraka. Pun begitu, ada hamba yang menyesal di alam kematiannya meminta peluang kedua untuk hidup seketika lagi di dunia supaya dapat berbuat amal kebaikan.
Dalam kehidupan sementara di dunia pun sebenarnya Allah SWT Yang Maha Pemurah telah menyediakan peluang kedua, bahkan berkali-kali dalam banyak ikhtiar atau usaha diizinkan-Nya kepada manusia. Namun, jalannya cuma dua iaitu baik atau buruk, yakni bermaksud pilihan pahala atau dosa, juga patuh atau ingkar.
Bagi manusia yang sedar, insaf dan bijak, mendapat peluang kedua bererti manfaat tidak sepatutnya dipersiakan sama sekali di mana mesti melakukan lonjakan atau penambahbaikan. Bukan bersikap sebaliknya yang lengah lewa serta lalai serta memungkinkan kerugian apatah lagi menatijahkan kerosakan.
Dari kehidupan yang negatif, jatuh, sedih dan gagal, maka peluang kedua harus menjadi lebih positif, bangkit, gembira dan berjaya. Dari keadaan yang lemah, sangsi, takut dan kalah, peluang kedua diubah kepada kuat, yakin, berani dan menang. Namun, tidak semua peluang kedua datang daripada kedudukan yang kurang.
Dalam sejarah negara
Malaysia memahat tidak sedikit sejarah peluang kedua yang hebat dan mengagumkan antaranya Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dua kali menerajui takhta Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad dua kali memimpin selaku Perdana Menteri.
Kelantan juga rakyatnya mencipta sejarah apabila memilih kembali PAS untuk kali kedua pada tahun 1990 dan mengekalkan sokongan padu sehingga hari ini. Ia setelah mengalami realiti politik berada di bawah Umno (1978-1990) dan PAS (1959-1978) sebelum itu.
Terengganu bahkan merekodkan sejarah hampir serupa apabila rakyatnya dua kali menolak pemerintahan Umno. Umno kalah teruk PRU10 (1999) apabila tewas dengan keputusan 4-28. Walaupun diberi peluang kedua dengan menterbalikkan keputusan 28-4 pada PRU11 (2004), namun PRU14 (2018) Umno tewas 10-22 kepada PAS.
Kedah dua kali Dato’ Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar melalui dua komponen berbeza iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Tetapi dua kali juga dia turun jawatan tanpa mencukupkan penggal, bahkan pada kali kedua langsung bertukar menjadi Pembangkang.
Umno-BN mencatat sejarah lebih teruk apabila tersungkur jatuh dari takhta 60 tahun Kerajaan Persekutuan. Namun setelah beroleh peluang kedua menerajui Pusat sehingga bulan ke-13, parti itu mendesak PRU awal. Malangnya Umno tersembam kali kedua dengan lebih teruk apabila cuma menang 30 kerusi.
Pakatan Harapan (PH) juga berjaya mendapat peluang kedua menerajui Kerajaan Persekutuan pasca-PRU15 setelah tumbang di tengah penggal PRU14. Dahulu ‘move’ menaikkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai PM menjadi penyebab ketidakstabilan Kerajaan PH.
Namun kali ini, kerajaan dipimpin Anwar tidak stabil disebabkan pelbagai faktor dalaman gabungan ‘Perpaduan’ itu sendiri. Beliau amat sedar mengenai hal tersebut sebagaimana ucapannya dalam memenuhi Titah YDPA supaya memberi penjelasan mengenai pembentukan kerajaan diketuainya itu.
Pengakuan dan perakuan
“Sepertimana dalam perlumbaan, dia boleh potong kita di pusingan pertama, kita potong dia di pusingan ketiga. Tapi yang pentingnya ialah garis penamat. Ternyata saya peroleh jumlah yang besar kerana orang yang beri pengakuan sebelumnya telah menarik balik sebelum (jam) 2 petang,” kata Anwar.
Penyataan ini sebenarnya satu perakuan bahawa Perikatan Nasional (PN) telah mendahului atau memiliki jumlah yang mencukupi. Namun setelah itu berlaku usaha-usaha di pihak Anwar dan perubahan pengakuan yang memihak kepadanya untuk membentuk kerajaan.
Kedudukan rapuh dan goyah tersebut mungkin antara sebab Anwar dilihat hilang fokus terhadap urusan pentadbiran, sebaliknya lebih terarah kepada saingan politik. Ini mengakibatkan suhu panas politik terus menjulang dan memicu pelbagai polemik serta risiko pertembungan.
Bererti suasana itu timbul berpunca dari pihak Anwar yang merasa terancam dan tergugat oleh permainan dicipta sendiri. Lalu kegusaran bahawa kerajaan dipimpin akan roboh sentiasa menghantui bagaikan dijangkiti ketakutan terhadap bayang-bayang diri sendiri.
Rasa cemas pasukannya semakin tidak dapat dibendung tatkala mendengar ucapan perbahasan RUU Perbekalan 2023 oleh Ahli Parlimen Marang, kelmarin. Lontaran Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Presiden PAS itu pastinya membangkit ‘trauma’ buat mereka.
Kata-kata seorang ulamak
Kerana sosok dicerca hina mereka itulah yang berjaya memimpin agenda Penyatuan Ummah hingga berlakunya Langkah Sheraton disusuli Gelombang Hijau. Kononnya mereka begitu yakin perkara seperti itu tidak berulang, tetapi ucapan Tuan Guru membongkar hati yang retak.
“Kalau partinya yang kecil bergabung dalam keadaan yang rapuh, laksana rumah berdinding kaca, jangan mudah-mudah melontar batu terhadap pihak lain bagi menutup kelemahannya yang ketara. Ini kerana dindingnya menampakkan segala yang berlaku di dalamnya dan mudah pecah berkecai,” ujar beliau.
Ternyata, peringatan tersebut meresah gelisahkan mereka dan sememangnya wajar begitu kerana prasangka buruk sedang bertembung sifat muraqabatullah. Kerana Rasulullah SAW pernah bersabda, “Takutilah pada firasat orang mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya Allah.” (HR Tarmidzi).
Malah, dalam program Dialog Ulama Negarawan di Hotel Tamu pada sebelah malamnya, beliau ditanya hadirin mengenai masa akan terjadinya keadaan seperti diperingatkannya itu. Lalu dijawab Tuan Guru dengan memetik ayat al-Quran yang bermaksud, “Bila berlakunya?” Katakanlah: “Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!” (Q:17-51)
“Mereka tanya bila berlaku. insya-Allah dekat,” sebut beliau menjawab ringkas pertanyaan tersebut bersandar ayat 51 surah al-Isra’ itu. Bila sampai masa terjadi tragedi tersebut nanti, bermakna Kerajaan PH jatuh lagi yakni untuk kali kedua, iaitu setelah diberikan peluang kedua. Silap siapa? Salah gopoh diri sendiri!
IZWAN ABDUL HALIM
KERAJAAN Campuran Pakatan Harapan – Barisan Nasional ini diwujudkan apabila berlaku ‘hung‘ Parlimen selepas PRU Parlimen ke-15, bila mana tiada satu gabungan atau blok parti yang memiliki majoriti mudah 112 kerusi cukup untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Hanya apabila BN bergabung dengan PH berserta beberapa parti lain dari Borneo barulah kerajaan terbentuk dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, iaitu campuran 148 Ahli Parlimen dari beberapa blok parti.
Walau gabungan pelbagai blok yang masing-masing punya agenda berbeza ini memiliki dua pertiga majoriti, mereka menang atas sokongan cuma 44 peratus undi Melayu atau Bumiputera Islam, iaitu BN 33 peratus dan PH 11 peratus. Mereka walau bagaimanapun membolot undi bukan Melayu atau Bumiputera iaitu melebihi hampir 95 peratus.
Sebanyak 56 peratus undi Melayu atau Bumiputera Islam pergi ke PN dengan kemenangan 74 kerusi dan mereka ini duduk di blok pembangkang di Parlimen.
Ini bermakna majoriti pengundi Bumiputera atau Melayu Islam atas beberapa faktor cenderung pada PN dan menolak PH-BN. Inilah yang sebahagian besar penganalisa politik mengistilahkan sebagai ‘green wave’ atau Gelombang Hijau yang membadai Malaysia dalam PRU Parlimen ke-15 lalu.
PH dengan 81 kerusi berjaya mempengaruhi musuh mereka dalam PRU ke-15 iaitu BN untuk membantu mereka membentuk Kerajaan Campuran. Walau diaib dan diperlekeh, dilabel penyamun dan perompak, ramai yang terkejut apabila BN diketuai Datuk Seri Zahid Hamidi sanggup menerima tawaran PH yang didominasi DAP dan selamba mengambil jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sekelip mata musuh menjadi kawan, sekelip mata prinsip tergadai.
Seorang rakan saya yang merupakan penganalisis politik kanan di sebuah akhbar tempatan menyebut: “PH is like the round rubber float that BN is clinging to in the Green Wave”(PH laksana pelampung getah yang bulat yang terapung dan BN bertaut padanya dalam (gelora) Gelombang Hijau).
Terdesak dengan masalah peribadi yang bakal memusnahkan karier politiknya, Presiden Umno telah korbankan prinsip, dan sanggup bekerjasama dengan PH yang didominasi DAP walaupun sedar sentimen politik umat Melayu Islam yang telah menolak BN dalam PRU itu bakal mengakibatkan orang Melayu terus lari dari Umno dengan tindakan beliau itu.
Apa pun nasi telah menjadi bubur, tindakan menepis luahan hati umat Melayu itu kini sedang dibayar dengan harga yang mahal oleh Umno, dengan cuma 26 kerusi dalam tangan merosot 52 peratus iaitu dari 54 kerusi dalam PRU sebelumnya, pimpinan Umno kini dipertikaikan ahli-ahli akar umbinya sendiri. Mereka marah kerana Umno dari menjadi juara penyatuan dan Perpaduan Ummah kini berubah apabila pimpinan Umno sanggup bekerjasama dengan PH yang di dalamnya ada DAP, hanya semata-mata kerana mahu mempertahankan nasib politik tokoh tertentu. Umno dan perjuangannya sesungguhnya lebih besar dari mana-mana individu hatta pimpinan tertinggi.
Sementara itu ‘Gelombang Hijau’ iaitu gelombang kesedaran serta kebangkitan politik umat Melayu Islam yang menuntut perubahan, mahukan pimpinan yang berprinsip, bersih dan berintegriti, terus hidup. Beberapa minggu selepas keputusan PRU Parlimen ke-15 diumumkan, diumumkan pula keputusan Pilihan Raya Parlimen kerusi Padang Serai. Gelombang yang sama kali ini menghadiahkan kerusi ke 74 buat PERIKATAN NASIONAL apabila calonnya menang dengan majoriti rekod 16,260 mengalahkan gabungan PH-BN yang baru membentuk Kerajaan Campuran di Putrajaya.
Menurut penganalisis Mazlan Ali dari UTM kemenangan besar PN itu merupakan isyarat jelas kemerosotan sokongan orang-orang Melayu terhadap Umno dan BN. Menurutnya kemenangan majoriti besar itu membuktikan gelombang ‘Tsunami Hijau’ yang dikesan pada PRU15 masih terasa bahangnya.
Hari ini telah 100 hari berlalu, terbentuknya Kerajaan Campuran PH-BN dengan Anwar selaku Perdana Menteri, soalnya sudah reda dan tenangkah Gelombang Hijau tadi? Apakah umat Melayu Islam setelah 100 hari berlalu kini sudah dapat menerima gabungan ‘pelik’ ini?
Sudah pasti Anwar dan Zahid, pimpinan PH-BN mahu melihat gelombang tadi patah dan hanyut, kalau boleh jangan lagi mengganggu dan menghantui mereka. Kalau boleh biar umat Melayu Islam yang merupakan majoriti penduduk dalam negara kembali menerima dan mengiktiraf mereka walaupun gabungan ‘pelik’ mereka ini melanggar apa sahaja prinsip yang dipegang sebelum ini.
Menurut satu kajian bertajuk ‘Kaji selidik Mega 100 hari Kerajaan Perpaduan’ yang dibuat oleh firma penyelidik 02 Research Malaysia dengan koloborasi 5 media saluran perdana iaitu Sin Chew Daily, Sinar Harian, Astro Awani, Malaysia Nanban dan The Star, gelombang yang digeruni Anwar, Zahid dan PH-BN itu rupanya masih panas hangat, masih merupakan ancaman buat mereka.
Kajian ini melibatkan 35,077 responden seluruh negara dari pelbagai segmen masyarakat. Ianya baru sahaja dilakukan iaitu sebelum pembentangan Bajet 2023 antara 6 ke 16 Februari baru-baru ini.
Antara soalan yang diajukan dalam kajian ini adalah: ‘Keyakinan terhadap kerajaan ini dalam menunaikan manifesto mereka dalam masa 5 tahun’. Seramai 71 peratus responden Melayu yang ditanya menjawab ‘tidak yakin’ berbanding 58 peratus Cina yang ‘yakin’ dan 64 peratus India yang ‘yakin’.
Ini menunjukkan majoriti umat Melayu Islam iaitu mencecah 71 peratus masih tidak yakin atau dalam erti kata lain tidak menaruh kepercayaan pada Kerajaan Campuran PH-BN ini
Satu lagi soalan adalah: ‘Antara berikut manakah yang mewakili pandangan anda mengenai keadaan semasa negara?’, seramai 60 peratus Melayu Islam menjawab ‘lemah’, 41 dan 49 peratus masing-masing Cina dan India menjawab ‘kuat’.
Malah akhbar Sinar Harian dalam mendedahkan hasil kajian ini membawa tajuk ‘Persepsi orang Melayu masih rendah’.
Bajet 2023 yang baru dibentangkan Menteri Kewangan 24 Februari Jumaat lepas, tidak dijangka dapat merawat persepsi ini malah kemungkinan besar bakal mengeruhkan lagi suasana. Beberapa isu yang melibatkan langsung rakyat khasnya umat Melayu Islam, dilihat tidak ditangani malah ramai yang melihat bajet ini seakan mahu menghukum para pengundi Melayu yang menolak PH-BN dalam PRU Parlimen baru-baru ini.
Kecuali Perlis yang menerima Projek Pelabuhan Sanglang atau Sanglang Integrated Jetty (SIJ), melalui bajet ini, negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak mendapat sebarang perhatian. Malah diumumkan pembatalan pembinaan Kedah Aerotropolis yang sepatutnya memberi manfaat besar pada negeri dan rakyat Kedah serta persekitarannya.
Isu-isu periuk nasi yang menjejaskan khasnya orang-orang Melayu termasuklah kenaikan kos hidup, harga barangan mahal, tuntutan pengeluaran KWSP bersasar, kenaikan gaji kakitangan awam langsung tidak diberi perhatian kerajaan, dan ini bakal membangkitkan lagi kemarahan rakyat.
Enam buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bakal berhadapan Pilihan Raya Negeri ke-15 menjelang Jun atau Julai nanti, kiranya ‘Gelombang Hijau’ ini terus kekal berlarutan, tidak mustahil landskap politik Malaysia akan terus berubah dan nasib Anwar-Zahid serta PH-BN akan terus menjadi tidak menentu.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 3/3/2023

3. Kerajaan Anwar ‘manis di luar, pahit di jiwa’
KENAPA PH gelabah dengan kenyataan Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH), pasal atap bocor?
TGHH baru campak batu halus, semua dah terloncat-loncat seakan dituba. Kita pun tak sangka sebegitu reaksi mereka. Sekali gus seakan mengiya terdapat masalah besar dalam Kerajaan Campuran PH-BN-GPS ini. Menanti pecah.
Cara mereka respon itu, seperti mereka dalam keadaan amat takut dan trauma yang dalam. Seakan-akan kejadian tumbangnya kerajaan 22 bulan dahulu akan berlaku lagi dengan masa lebih cepat kali ini.
Lihat sahaja dalam Parlimen, semalam begitu sekali DAP menibai GPS, semacam GPS itu bukan dalam kerajaan yang sama. Begitu juga teguran keras dari Ahli Parlimen BN terhadap kerajaan. Hinggakan Mat Sabu pun rasa terkejut dikomen sesama sendiri.
Itu tak kira pergolakan dalam parti, pertembungan kem dalam setiap parti juga amat menarik dan semakin menajam. Ada yang kata, inilah semangat demokrasi Kerajaan Madani. Hehe. Teruskanlah melumurkan gula pada peria. Manis di luar, pahit di jiwa.
AHMAD FAHMI MOKHTAR
Komen Weblog Ibnu Hasyim: K'jaan Anwar: Bimbang roboh, Melayu tolak PH-BN. Manis diluar.
3 comments:
Sampai bila presiden parti kencing rakyat nak membisu pasal wang haram yang melibatkan komunis dapig. Yang dibongkar hanya dari ahli politik pembangkang.
Kata telus. Tapi ada pembongkaran berpilih.
Presiden yang tentukan mana yang perlu bongkar dan mana yang tidak. Asasnya ialah yang sokong presiden dan yang tidak sokong presiden. Bukan rangkum setiap yang boleh dibuktikan bersalah.
Udah sama stail macam atok. Rakyat dah bijak. Rakyat sokong yang bijak. Sokong yang tidak terpalit dengan mahkamah. Apatah lagi yang pernah diberi tempat tinggal dilayan oleh warden. Tentulah mencurigakan.
Tu yang pendatang cina satu juta. Susah sangat ker nak cari.
Manis tapi pahit tu sokong sangat. Komunis dapig pun ada jarum. Ada ubat pelali buat presiden. Khayal dan pak turut dalam suara yang tegas.
Pemimpin p end x tahi buat keje sampai kita suma merana skrng.
Sib baik kerajaan perpaduan ada
Hanya kuasa Allah sahaja boleh tumbangkan Kerajaan Perpaduan YDPA. Ana bagi 4 fakta ampuh:
1 AKTA LOMPAT PARTI. Ia menghalang MP lompat secara individu. Pada masa sama ia menghalang rasuah & menafikan pilihan rakyat yang memilih. Anehnya walaupun akta ini dibentang & diluluskan ketika PN-PAS menjadi kerajaan, namun En.Hadi kelihatan masih belum faham. Adakah beliau hadir ke Parlimen ketika akta ini dibentangkan?
2) ZAHID KEKAL PRESIDEN UMNO. Dan jawatan itu tidak dipertandingkan Mac ini. Sekalipun bukan Zahid, pengganti beliau dijangka sukar meyakinkan 29 lagi MP UMNO yang lain untuk menumbangkan kerajaan mereka sendiri. Dan UMNO sesekali tidak akan bersama Bersatu yang mereka lihat akan membunuh UMNO. Lagipun, jika UMNO mahu bersama Bersatu, mereka sudah lakukan sejak 3 bulan yang lalu.
3) BORNEO PERCAYAKAN ANWAR. Tak pernah ada TPM dari Borneo sejak Merdeka. Hanya dalam Kerajaan Perpaduan ini sahaja Borneo mendapat TPM & kini dalam proses akhir dalam tuntutan MA63. Sekiranya Borneo memilih PN-PAS, adakah jawatan TPM diberikan kepada wakil Borneo & urusan MA63 akan selesai? Jika ana wakil Borneo, ana juga akan bertanya apa istimewanya PN-PAS sehingga perlu menumbangkan kerajaan sendiri yang terbukti mahu menyelesaikan isu MA63?
4) MoU PERPADUAN. Ya, MoU adalah MoU. Akan ada exit clause dalam semua MoU. Namun sekali lagi, mengapa harus ditumbangkan kerajaan sendiri hanya kerana mahu melihat Muhyiddin menjadi PM dan En. Hadi menjadi Duta Khas. Dah sedap makan nasi kuah kari, tetiba mahu tukar kuah oren. Mahukan mereka?
Sedangkan kedudukan Kerajaan Perpaduan sekarang sudah stabil & mula bergerak di landasan yg betul. Sampai bila rakyat mahu melihat politikus berebut kuasa & jawatan? Boring bukan?
Jadi, En.Hadi perlu sedar bahawa jalan untuk menebuk atap itu hampir tiada kerana ruang undang-undang untuk beliau melakukannya telah tertutup rapat. Maka, jika En.Hadi terus mengigau, nasihat ana ambillah air oren jiruslah ke ubun-ubunnya.
Post a Comment