Tiket Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota malam kedua akan dibuka, esok, jam 12 tengah hari.Ella tidak menyangka sokongan peminat sebegitu baik sehingga namanya mencatatkan sejarah sebagai jualan tiket artis Malaysia paling laris pernah dianjurkan di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Tiket licin 24 jam, konsert Ella tambah satu malam lagi
KUALA LUMPUR: Tiket Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota disapu licin dalam tempoh 24 jam sebaik jualan dibuka, namun ditambah satu malam lagi di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Jun depan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, pihaknya memutuskan perkara itu atas permintaan sangat memberangsangkan daripada peminat Ella.
"Atas permintaan ramai yang menghantar mesej langsung dan ciapan di Twitter, kami memutuskan menambah satu malam lagi konsert Ella.
"Kami akan merealisasikan perkara ini khusus buat peminat Ella," katanya kepada BH Online.
Penjualan tiket bagi malam kedua akan mula dijual esok, jam 12 tengahari di www.hitmanlive.com.
Terdahulu, Ratu Rock Malaysia, Ella, 57, mencipta rekod baharu apabila tiket Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota habis dijual dalam tempoh 24 jam bagi artis Malaysia yang pernah dianjurkan di Axiata Arena pada 10 Jun depan.
Sebelum itu, tiket konsert mula dijual jam 12 tengahari itu terjual sebanyak 50 peratus dalam tempoh dua jam, kelmarin.
Berikutan itu, Hitman Solutions dan RockQueen terpaksa mengambil langkah menghentikan jualan kerana lebih 25,000 beratur di laman web mengakibatkan proses pembelian tergendala.
Namun, penganjur segera menyelesaikan masalah dan penjualan disambung semula pada jam 5 petang. Pada jam 7 malam, 90 peratus tiket habis terjual dan selebihnya, tinggal kategori Rockzone.
Secara rasminya, tiket konsert habis terjual jam 12 tengahari, semalam sekali gus memberi makna tiket itu habis dijual dalam tempoh 24 jam selepas jualan dibuka.
Ella atau Nor Zila Aminuddin berkata, dia tidak menyangka sokongan peminat sebegitu baik sehingga namanya mencatatkan sejarah sebagai jualan tiket artis Malaysia paling laris pernah dianjurkan di Axiata Arena, Bukit Jalil.
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan, RockQueen dan rakan penganjur, Hitman Solutions dalam menjayakan konsert ini. Saya teruja, berbangga dan bersyukur dengan hasil jualan yang luar biasa ini.
"Saya berterima kasih kepada peminat dari seluruh pelusuk dunia, terutamanya Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei atas semangat yang ingin bersama saya meraikan konsert ini.
"Saya tidak sabar untuk berikan persembahan yang terbaik. Semoga peminat dapat mendoakan kesihatan Ella dan semua pihak yang terbabit agar konsert ini menjadi memori yang akan dikenang.
"Bagi mereka terlepas peluang mendapatkan tiket, insya-Allah, pihak pengurusan sedang mempertimbangkan dan mencari jalan terbaik untuk memuaskan hati semua," katanya.
Sebagai simbolik 35 tahun dalam industri muzik, Ella bakal menyampaikan 35 dendangan termasuk Sepi Sekuntum Mawar Merah, Standing In the Eyes of the World, Sembilu, Baldu Biru dan Retak. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi, konsert hiburan Ella, masih X patuh syariah?
Insya Allah, semoga perkembangan dunia hiburan di Malaysia semakin ke arah 'sihat' dan 'patuh syariah'!
9 comments:
Bila sprm nak siasat mb selangor. Pasai runding terus. Jangan spritual illness jadi halangan untuk telus.
Taraf mp Islam extreme cakap main tembak!
Are u sure perakan itu LGBT?
.... gagap....
Saya tidak pasti.
Muah ha ha ha ha
Gerakan Tanah Air (GTA) diterajui Tun Mahathir setelah melingkup wang deposit PRU 15 dulu bakal mengambil pendirian membentuk pakatan bersama Perikatan Nasional (PN) sebagai satu usaha membentuk gabungan kekuatan parti Melayu terbesar di negara ini
Kah kah acah acah power Melayu' Islamik' baru lepas bagi Pulau Batu Putih Kat anak Lee Kwan Yew... Pastikan Boboi tidak jadi calon mana mana PRU atau PRN.
Anak anak dia bukan Melayu' lebih pun julang plakad COMANGO LGBT Dan Gay kat Jln TAR..
Udah lupa ke anak beranak julang plakad Sksuality Merdeka LGBT Lisbo politik toksik bersama DAP@ Hanna Yeoh..
Berambossss la kau Tun jadi warga negara Lee Kwan Yew mana tahu anak Lee Kwan Yew jadi wakli Parti Melayu'.kat Pulau Batu Putih nanti... Silap ari bulan.mengenang jasa jadi barua DAP@ LeeKwanYew Pulau Batu Putih tukar nama pada Pulau Mahathir..
Berambossssss kauu
Islam ekstreme verses liberal ekstreme.
Liberal ekstreme ada komunis dapig.
Ada hoi hoi ya hoi.
Haram jadi halal.
Hoi hoi ya hoi jadi mentri.
abang aji melawat gereja tukar fikiran, orang lain lawat cuba kristianisasi. lemah betul.
Liberal ajak pemuda Islam lawat gereja. Aduh. Letih juga dengan liberal pimpinan al jubi.
Apalah untungnya ada al jubin. Ada mentri yang nak sebar kristian kpd pemuda Islam. Al jubin tak larang pun. Agak al jubin tak faham perlembagaan. Al jubin ingat perlembagaan adalah sebuah karangan sastera.
Al jubin dok fokus tender. Dok fokus materi. Malang bila sasterawan beraksi. Banyak yang bocor. Rasuah pun tak selesai aqidah lagi bocor.
Komunis dapig mahu tgna jadi ikon perpaduan.
Dalam komunis dapig sendiri ader ker yang boleh jadi ikon perpaduan.
Mereka ternak babi, najis buang ke sungai.
Mereka bawa arak fest, mabuk langgar orang sampai mati.
Mereka bantah tulisan jawi, warisan bumiputera.
Mereka cemar masjid, campak kepala babi.
Mereka dakwah kristian kepada orang Islam, langgar perlembagaan.
Mereka tuntut uec, cetus perkauman.
Mujur ahli ahli pas dapat tarbiah dari guru tersohor, tgna.
Walaun dgn walauntit je yg ramai pegi konsert ella, sama la mcm konsert hitam merahjambu tu ari..
Post a Comment