Wednesday, March 22, 2023

Lelaki berseluar pendek, amaran. Menteri JPM main wayang?


Antara lelaki yang diberi notis amaran kerana berseluar pendek dalam Operasi Bersepadu di sebuah kedai di Tanah Merah, Jumaat lalu. - Foto Ihsan JAHEAIK.

1. Tujuh lelaki pakai seluar pendek kena amaran JAHEAIK

KOTA BHARU: Tujuh lelaki yang memakai seluar pendek paras paha diberi notis amaran oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) atas kesalahan aurat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, notis itu dikeluarkan kepada mereka yang berusia belasan tahun hingga 20-an di sebuah kedai di Tanah Merah, Jumaat lalu.

Katanya, operasi bersepadu itu diadakan bersama Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tanah Merah dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

"Operasi dijalankan selepas mendapat aduan awam mengenai perniagaan shisha di situ dan hasil operasi terdapat lelaki yang mendedahkan aurat.

"Notis amaran dikenakan mengikut Seksyen 23 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 yang boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi itu turut menyita enam unit dapur shisha dan satu notis amaran dikeluarkan mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2009.

Mohd Fadzuli berkata, PKD juga mengeluarkan 11 kompaun mengikut kesalahan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 berjumlah RM1,900, manakala lima kompaun RM1,500 mengikut Kesalahan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan nilai RM1,500.


2. ‘Jom Ziarah Gereja’: Menteri Agama jaga kepentingan siapa?  

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) nampaknya bermain wayang dengan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya dalam soal kebenaran program Jom Ziarah Gereja melibatkan belia kepada bidang kuasa kerajaan negeri.

Sebagai menteri yang diharapkan menjaga kesucian Islam, dan memegang prinsip keharmonian agama dan kaum, beliau seolah menteri lain yang langsung tidak bertanggungjawab terhadap anasir-anasir berunsur dakyah sebegini.

Semua kita pastinya masih segar mengingati betapa jantannya Menteri Agama ketika menghentam perarakan kostum oleh Pemuda PAS di Setiu. Dalam soal perarakan itu, tidak pula beliau menghormati bidang kuasa PBT Negeri yang meluluskan permit perarakan tetapi terus menghentam guna kedudukan Menteri Agama, kononnya perarakan kostum sebegitu boleh mengganggu keselamatan negara.

Jika boleh saya sebutkan, mahu saya jelaskan kepada menteri bahawa kiasan yang cuba dibuat bandingan dengan hukum tidak salah orang Islam memasuki rumah ibadah agama lain tidaklah sampai kepada dibolehkan kempen terbuka sebegini sebagai kerajaan, apa lagi melibatkan belia Islam.

Semacam menjadi satu ‘trend‘ di semua Kementerian Kerajaan Anwar-Zahid membuatkan keputusan yang jelas bercanggah di peringkat Persekutuan dan bila dibantah dengan mudah meletakkan beban sekatan kepada Kerajaan Negeri. Naratifnya jika negeri tidak sekat bermakna Kerajaan Negeri yang salah. Taktik ‘Tai Chi’ yang langsung tidak bertanggungjawab.

Sebagai mantan Ketua Hakim Syar’ie, Menteri Agama tidak seharusnya melupakan ‘kaedah-kaedah fiqhiah’ dalam memberikan pandangan terhadap isu melibatkan agama di Malaysia. Jika boleh saya ingatkan suatu kaedah Fekah yang besar dalam pentadbiran negara melibatkan kerajaan dalam isu gereja yang seharusnya dipegang oleh Menteri Agama iaitu:


تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة

“Keputusan kerajaan melibatkan isu rakyat perlu mengambil kira pertimbangan maslahah, iaitu mendatangkan manfaat dan menghalang mudharat.”

Kaedah popular seperti سد الذرائع iaitu menutup ruang mudharat dalam kes larangan ajakan Jom Ziarah Gereja sepatutnya dibuat di peringkat Persekutuan yang ‘jaringan sekatannya’ lebih besar bukan dilepaskan untuk dibuat di peringkat negeri yang ‘jaringan sekatannya’ lebih kecil.

Jika Menteri Agama tidak kompeten dalam mempertahankan kesucian agama di peringkat Persekutuan siapa lagi yang diharapkan?

Jika Menteri Agama yang kononnya bukan orang politik, telah bermain politik dalam urusan umat Islam, bagaimana harus kami para Pemuda Islam mampu berpeluk tubuh, berdiam diri?

Atas faktor keharmonian kaum dan kesucian agama, saya mohon Menteri Agama agar lebih berbisa dan tidak terperangkap dalam falasi politik kerajaan gabungan yang dominannya bukan-Melayu Islam termasuk DAP sebagai ‘the most influential partner’.

Salam hormat.

MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 20/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lelaki berseluar pendek, amaran. Menteri JPM main wayang?

Menteri JPM main wayang, ikut perangai bosnya ke? Menteri JPM main wayang? 

15 comments:

Anonymous said...

Jangan TUNGGANG agama
Guna parti AGAMA
akhlaktak ikut AGAMA
kelakuan bertentangan dengan AGAMA


(macam kelakuan SYIAH sahaja)

Anonymous said...

Dolly selamber jer bila bohong. Macam eng guan bila bohong buat muka selamber, udah maklum.

Sebab waris komunis dapig. Memang kaki bohong. Rambut jer lurus. Bicara tak pernah lurus.

Dolly pulak sanggup bohong sebab dia pengasas liberal. Boleh depan belakang. Boleh muka muka. Boleh buat muka innocent. Walaupun ketika sedang berbohong.

Sebab riwayat hidup selama ini penuh dengan wayang. Punya dua watak berbeza. Satu watak bertanduk, satu lagi watak warak.

Paling mahal bila defend komunis dapig.

Kecualian cukai. Dua fasa. Lulus kemudian batal. Kemudian mohon semula.

Fasa mana abah cakap. Fasa mana dolly rujuk. Putar putar. Rakyat tahu.

Anonymous said...

Syukur Perikatan Nasional tolak Parti Pejuang menyertai gabungan nya.

Alhamdulillah parti Boboi Dan Apak nya di tolak dari menyertai Perikatan Nasional. Parti Pejuang acah acah power Melayu' Islamik' saja. Masa tak ada kuasa terpekik terlolong Melayu' itu dan ini.

Bila Apak dah dapat kuasa 4 ekor anak nya bertaraf billionaire sambil mengutuk Melayu' pemalas, Melayu' tak pandai berniaga sedangkan bila 4 ekor anak nya rugi terpekik terlolong minta bailout.

Anak nya bukan Melayu' Islamik' sangat pun julang plakad COMANGO LGBT Lisbo Seksuality Merdeka dan lebih Mesra ke gereja.. alahaii

Syukur PN menolak total Parti Pejuang.. helok rasa ya Boboi menyertai Pakatan Harapan atau bergabung dengan PKR.. Baru buku bertemu ruas waris barua DAP@LeeKwanYee Boboi yang wakili Tun bergabung dengan Brother Anwar Bin Ibrahim dalam PH.

Dalam senyap 22 Bulan berkuasa Pulau Batu Putih diberikan pada anak Lee Kwan Yew, Jho Low depa yg terpekik terlolong baring atas jalan sebelum PRU 14 bebas lepas kaya raya.

Akhirnya Jho Low dan kaum nya sedang tepok tangan lihat sesama Melayu' barantakan kena bodoh bangangkan orang Melayu' yang kena tempiasnya. Anak taikin kroni Vincent Tan Navin Tan berkilo ladang ganja lepas bebas, penyanyi Melayu' tanam ganja hukum gantung. Dasar barua haramjadah.!!

Zety Taufik Ayman dan keluarga penyamun sakau 700 juta duit AMLA sampai sekarang tak diheret ke mahkamah lagi.. Ini semua kerja barua si tua paling renta bejaya dibaruakan oleh DAP@ LeeKwanYew.

Orang tuan celaka tu yang dick'tator.

Buat seperti apa yang Mahathir pernah buat pada Najib dan keluarganya.

Baru layak digelar diktator. Tunggu sampai malam sebelum Ramadan. Suruh media datang saksikan dan buat live coverage. Geledah rumahnya untuk beberapa hari.Tukar Peguam Negara, tukar ketua MACC, tukar Ketua Hakim negara, tukar Gabenor BNM , tukar Ketua polis.

Beku semua akaun-akaun bank dia dan keluarga dia termasuk cucu-cicit. Beku juga akaun-akaun bank parti dia. Fail saman lucut hak ke atas harta-hartanya dan rampas dulu, bicara kemudian.

Kenakan dia, semua ahli-ahli keluarga dia dan peguam-peguam dia dengan berpuluh-puluh tuduhan tak masuk akal termasuk tuntutan LHDN.

Biarkan orang tuan renta tu berbunuhan sesama barua LeeKwanYew@DAP Brother Anwar Bin Ibrahim....Orang Melayu' lain siapkan pop corn tambah dan haah tepokkk...!!

Jaga diri jangan kena bodoh bangangkan lagi macam Jho Low sampai sekarang bebas lepas kaya raya tepok tangan terbahak tengok barua barua Melayu' DAP@LeeKwanYew berbunuhan sesama sendiri.

Menjalang PRN June 2023 ini semua saki Baki barua barua DAP@LeeKwanYew ini semua pengundi Melayu' wajib lingkupkan semua barua LeeKwanYew ini secara total...!!!!!

Itu baru dikatakan diktator.... Dasar barua haramjadah..Aleutoh mak lu lahh..!!

Anonymous said...

Lepas abis pemilihan UMNo tetiba Bossku masuk hospital akibat jangkitan paru-paru.. jeng ... jenggg

Kau hingat masuk sesaja

Anonymous said...

KJ u-turn..Cerita Bossku belum tamat. New chapter baru bermula..

KJ u turn... Hot FM KJ jadi DJ setiap isnin Dan jumaat boleh lah buat kupasan kenapa U-Turn.. Kena guna ayat ayat berlapik Kasi Hottt FM.. Boleh siar ke Bossku..?

KJ menyimpulkan Datuk Seri Najib Razak masih berpengaruh kuat dan kekuatan itu menentukan masa depan parti terbabit.

Ramai muka baharu menganggotai Majlis Tertinggi (MT) adalah kalangan penyokong tegar bekas Perdana Menteri itu. Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil adalah bekas pegawai khas Najib dan Datuk Johan Abdul Aziz yang kalah di Parlimen Hulu Langat pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

“Mereka ini antara muka baharu MT dan mereka adalah penyokong Najib,

Barisan baharu dalam MT saya nampak ramai mereka sebenarnya kalangan penyokong tegar Bossku, Datuk Seri Najib Razak.

Najib kekal sebagai pemimpin popular dan menyatakan banyak mesej terima kasih ditujukan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu minggu lalu apabila laluan MRT Putrajaya yang dicadangkan Najib ketika berkuasa beroperasi sepenuhnya pada 16 Mac lalu

Anonymous said...

Dolly tak berminat batal thai hot guy. Mungkin itu taste nya. Silap haribulan jadi perasmi.

Kesian. Ikut rentak komunis dapig.

Dahlah babi bebas dibela. Ni nak bawa show bercorak lgbt.

Keranda terbang said...

Kepada Anonymous March 22, 2023 at 9:14 AM.
Kami maafkan kamu sebab kamu kafir yang belum faham tentang islam, tetapi kalau kamu seorang islam kami sangat sedih dan kasihan tentang pandangan dan akhlak kamu.

Anonymous said...

Lebih molek PejuWANG bergabung dengan PGayR, sama2 liberal.

Anonymous said...

Dahulu anak2 ATOK sangat vocal, sekarang dah tak lagi? Dah tak laku agaknya? Kah..kah..kah..

Anonymous said...

Marin Gereja paling vocal sekali sebalah Apak dier.... Skg Kasi hantam ini legacy sampai hancusss..

Jangan bagi muka ini muka muka anak cucu COMANGO

Anonymous said...

Kerajaan dolly luluskan thai hot gay(guy). Yang ni tak perlu tauliah.

Nak ajar agama mesti ada tauliah.

Mungkin ada nilai sastera ikut kaca mata dolly. Sebab dolly seorang sasterawan.

Sedangkan agama tiada nilai sastera.

Suka hati jer dolly. Orang agama dia balun. Orang lgbt dia rai.

Kalau macam ni, nilai sastera dolly merosakkan umat Islam. Menghambakan liberal jahiliah.

Dolly suka hiburan kosong.

SUaraKU said...

jangan jadi seperti Anonymous said...March 22, 2023 at 9:14 AM yang termakan islamfobia semua salah islam,
pastikan prn negeri orang islam( melayu, cina, india dan lain2 bumiputra ) mengundi ISLAM sebagai cina bukan islam(kebanyakkan) mengundi dap,
jangan jadi orang islam masih tak sedar diri membanggakan sekularism

Anonymous said...

Dolly lagi hebat. Hari ni jadi kerajaan, esok harga petrol turun.

Tak layan lgbt, tapi bawa thai hot gay.

Kalau tak da hoi hoi ya hoi, dolly tak jadi kerajaan.

Eng guan mansuh pengecualian cukai, dolly terus bohong.

Dolly ngaku tak salah, tapi tak berani angkat sumpah.

Dolly lebih teruk dari sesumpah.

Dolly tak geleman dengan sejenis.

Anonymous said...

Geng dolly bukan faham geografi. Tibai jer. Macam dolly.

Rompak royalti kelantan. Paling lekeh.

Dalam parlimen pun terus berbohong.

Asal usulnya dari parti hoi hoi ya hoi. Guru pun atok. Yang akhirnya ditendang sebab suka yang belakang.

Sekarang miliki hoi hoi ya hoi.

Legasi rompak berterusan.

Ulamak ditendang, lgbt dirai.

Anonymous said...

Pasai pa kelab lgbt guna nama privacy tun razak. Pakailah nama cina atau nama bro ant.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails