Thursday, March 23, 2023

Liberal: Parti politik & Ahlu Sunnah Wal Jamaah. S'gor BEST

 


1. Helah parti politik lindungi kepentingan golongan liberal

BAGAN SERAI: Golongan liberal semakin berani menaja dakyah agama dan ideologi ekstrem, termasuk acara tidak bermoral dan songsang seperti LGBTQ secara terbuka dan bebas.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria yang juga ADUN Gunung Semanggol berkata, keadaan itu berlaku disebabkan golongan tersebut sedang dilindungi oleh kepentingan politik tertentu.

Tegas beliau, hakikatnya golongan itulah melakukan provokasi berbaur sentimen hasutan perkauman dan agama melampau yang menggugat dan mengancam perpaduan rakyat Malaysia.

“Itu nilai politik kotor dan jahat mereka cuba doktrin tanamkan dalam minda dan kepercayaan serta perlakuan masyarakat negara kita. Dalam masa sama mereka runtuhkan nilai politik yang bersih dan sejahtera berasaskan iman dan takwa.

“Iaitu dengan menyekat dan menghalang politik di tempat-tempat yang baik dan soleh. Mereka mendesak politik mesti dipisahkan daripada agama. Larangan itu sebenarnya satu helah,” bongkar beliau.

Bidas Razman, golongan tersebut menterbalik, merungkai dan memudaratkan segala perpaduan, penghormatan, martabat dan jaminan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelas beliau, mereka menggunakan kuasa jawatan dan kedudukan yang ada termasuk mempengaruhi pihak penguat kuasa untuk bertindak bagi memenuhi motif politik dan kepentingan tertentu.

“Sampaikan khutbah Jumaat di masjid untuk mendukung kemakmuran negeri menerusi pembangunan dirancang dan aktiviti ekonomi pun mereka bantah. Sedangkan usaha itu untuk kebaikan rakyat dan masa depan negeri.

“Tetapi himpunan awam yang dicemari promosi LGBTQ, termasuk terkini dalam Ramadan ini mahu dilangsungkan pesta ‘jantan dengan jantan’ songsang dan perasmian bar di Kuala Lumpur, mereka tidak bantah.

“Ini menunjukkan golongan tersebut semakin berani mempromosikan secara terbuka dan bebas, seolah-olah ada ‘pelindung’ terhadap kegiatan, aktiviti dan motif golongan tersebut.

“Kita tak tahu arah tuju politik mereka nak bawa ke mana? Tapi nampaknya macam ‘menjaga’ kepentingan golongan liberal, sebaliknya kepentingan agama disekat. Ini tindakan yang salah,” kecam beliau.

Beliau yakin rakyat Malaysia terutama orang Melayu-Islam begitu sedar dan celik dengan perkembangan tersebut serta bertekad menyelamat negara ini daripada dirosakkan golongan tersebut. –  HARAKAHDAILY 23/3/2023


2. Liberal, sekular dan sosialis berlindung sebalik istilah ASWJ? 

APABILA membaca tulisan Pengarah Jabatan Pemahaman Dan Pemantapan Agama PKR saya terpanggil untuk memberikan beberapa mulahazah:

1. Beliau jangan berlindung di sebalik slogan Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) untuk menutup sebuah perjuangan politik yang dicemari oleh pemikiran sekular dan liberal. Perjuangan yang tidak ada sebarang kaitan dengan mazhab yang dibangunkan oleh Imam Abu Hasan Asy’ari RahimahulLah.

2. Mazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah adalah mazhab yang para tokoh besarnya seperti Imam Abu Hasan Asy’ari, Imam Al-Ghazali dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi adalah sangat keras menentang sebarang bentuk usaha untuk meletakkan akal dan pemikiran falsafah sebagai panduan menggantikan shariah yang diturunkan Allah. Justeru itu tulisan beliau adalah suatu bentuk penipuan fakta ilmu dan hakikat sejarah apabila beliau menjulang nama Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam usahanya untuk menutup perjuangan sekular dan liberal yang diperjuangkan oleh PKR.

3. Perbuatan menjulang istilah-istilah agama namun dengan naratif falsafah Barat yang beracun adalah suatu upaya halus untuk memerangkap umat masuk ke dalam perjuangan yang bercanggah dengan Islam. Perjuangan sekular dan liberal adalah bertentangan sepenuhnya dengan Mazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah

4. Pendekatan sedemikianlah yang telah dilakukan oleh Marsilio De Padua seorang rasionalis Kristian ketika sekularisme pertama kalinya diperkenalkan di Eropah. Menggunakan istilah agama tetapi dengan makna yang berbeza dari maksud yang pakai oleh para agamawan Kristian pada zaman tersebut. Pendekatan seperti inilah juga yang dilakukan kemudiannya oleh golongan modenis Kristian di Amerika. 

5. Tulisan beliau yang menjulang istilah Ahlu Sunnah Wal Jamaah tetapi membiarkan fahaman sekular dan liberalisme politik adalah upaya yang sangat berbahaya dan mengelirukan umat dari kehendak sebenar dan makna sebenar perjuangan yang didukung oleh mazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Perjuangan yang orientasinya adalah memelihara ketulenan Islam dari sebarang pengaruh falsafah yang bertentangan dengan ajaran al-Quran dan Sunnah.

6. Seterusnya dengan maksud untuk menutup pengeliruan fakta sebenar Mazhab Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang sangat bercanggah dengan fahaman liberalisme dan sekularisme itu penulis tersebut cuba membangkitkan pula sentimen kebencian pendukung  Ahlu Sunnah Wal Jamaah terhadap kelompok sesat Khawarij. Pendekatan yang dipakai oleh golongan liberal dan komunis yang memfitnah terhadap lawan mereka agar ditolak oleh rakyat sebagaimana mereka memfitnah keluarga diraja Eropah dengan memainkan sentimen kebencian sehingga keluarga-keluarga diraja dibunuh oleh rakyat mereka sendiri pada awal kebangkitan politik liberal dan komunis di Eropah. Demikian juga yang dilakukan oleh gerakan Komunis di Indonesia yang membawa kepada pembunuhan dan penghapusan keluarga Raja-raja Melayu di Indonesia.

7. Barangkali jangkaan begitu berkesannya pendekatan membangkitkan sentimen kebencian pendukung Ahlu Sunnah Wal Jamaah kepada mazhab yang bertentangan dengannya telah turut sama mendorong Ahli Parlimen DAP untuk membangkitkan istilah Wahabi di dalam Dewan Rakyat. Cukup-cukuplah kebodohan mempermain-mainkan istilah Ahlu Sunnah Wal Jamaah bagi menutup perjuangan ideologi yang ditolak oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah itu sendiri.

8. Menuduh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS dan tokoh besar ulamak Islam dengan tuduhan-tuduhan demikian tanpa sebarang fakta selain naratif dan fabrikasi media berbau politik adalah suatu langkah yang tidak lagi boleh memperbodohkan umat sebagaimana halnya di masa-masa lalu. Rakyat yang memberi sokongan padu kepada PAS dan PERIKATAN NASIONAL sangat faham permainan jahat dan fitnah politik tersebut yang telah berjalan begitu lama di persada politik negara.

9. Prinsip parti yang dipimpin oleh Tuan Guru HafizohulLah dengan gagasan Budaya Politik Matang Sejahtera yang beliau perkenalkan dan citra politik damai beliau yang dapat dilihat melalui ratusan penulisannya serta peranan pendamai beliau terhadap konflik umat Islam di peringkat negara dan Antarabangsa adalah fakta-fakta hidup yang menafikan sangkaan-sangkaan jahat yang ditimbulkan oleh tulisan Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR tersebut. Adalah lebih baik beliau menumpukan usaha beliau yang kononnya pendukung Ahlu Sunnah Wal Jamaah dengan membersihkan PKR dari segala anasir perjuangan liberal dan sekular.

10. Fitnah dan naratif politik tersebut insya-Allah tidak akan berjaya untuk memperdayakan rakyat dan untuk mengurangkan sokongan rakyat kepada perjuangan PAS dan PERIKATAN NASIONAL. Rakyat sebenarnya sudah jemu dan meluat dengan ahli-ahli politik retorik dan budaya politik kebencian seperti yang cuba disuntik melalui tulisan beliau  tersebut.

YB TUAN GURU ZULKIFLI ISMAIL
Timbalan Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 21/3/2023


3. Misi tawan Selangor bermula 

MENTERI Besar Selangor telah pun mengisytiharkan bahawa ADUN Umno Selangor adalah sebahagian daripada Kerajaan PH Selangor sehingga tamat tempoh penggal pentadbiran kerajaan negeri Jun ini.

Bermakna Ahli-ahli DUN Umno Sg Air Tawar (Datuk Rizam), Sg Panjang (Datuk Imran), Hulu Bernam (Datuk Rosni), Sg Burong (Datuk Samsuddin) dan Semenyih (Hj Zakaria) kini dikira sebahagian dari Kerajaan PH Selangor yang Menteri Besarnya dari PKR dan Exconya ada PKR, DAP dan PAN.

Bagi para pengundi Melayu di Selangor termasuklah anak-anak muda yang telah mencetuskan ‘Gelombang Hijau‘ dalam PRU Parlimen ke-15 baru-baru ini hingga memenangkan PN di Hulu Selangor (dalamnya DUN Hulu Bernam), Sabak Bernam (dalamnya DUN Sg Air Tawar), Sg Besar (dalamnya DUN Sg Panjang), Tg Karang (dalamnya DUN Sg Burong), Kapar dan Kuala Langat sedarlah bahawa dalam PRN Selangor ke-15 nanti Umno akan bekerjasama dengan PH dan akan lawan PN. Pimpinan Umno sanggup dan tergamak lawan PAS.

Dulu Umno minta kita tolak DAP tolak PKR. DAP dikatakan ekstremis, rasis menentang agenda Melayu Islam manakala PKR pula liberal dan sanggup bersekongkol dengan DAP. Tapi hari ini mereka pula sudah berkawan.

Dulu gandingan PAS dan Umno atas nama MN telah menumbangkan PH di PRK Semenyih hasil kesedaran politik umat Melayu Islam. Hari ini Umno memilih bersama PH yang kita tumbangkan.

Agenda memperjuangkan nasib dan masa depan serta mempertahankan hak umat Melayu Islam hari ini nampaknya cuma digalas PN yang dalamnya ada PAS dan BERSATU.

Kita mahu umat Melayu Islam memimpin dengan bermaruah dan berdaulat di tanah airnya sendiri. Kehidupan dan kebajikan anak-anak bangsa yang miskin dan merempat mesti dibela dan dipulihkan segera. Rasuah kepincangan dan salah guna kuasa mesti ditentang.

Agama Islam yang menjadi pegangan kita mesti dimulia dan dimartabatkan sebagai asas kekuatan kita dunia hingga akhirat. Melaluinya kita lahirkan pimpinan anak-anak Melayu yang bertaqwa, berwibawa dan penuh berintegriti.

Dalam waktu yang sama kita berikan hak dan keadilan pada sahabat-sahabat kita masyarakat bukan-Melayu terutama yang dipinggirkan.

Kita tidak mahu DAP yang berfahaman sekular itu menentukan arah tuju kehidupan kita. Itulah punca No DAP dulu, malangnya Umno seakan telah lupa.

Kita tidak mahu agenda liberalisma, pluralisma dalam beragama yang dijaja PH merosakkan masa depan ummah.

Lalu kita kesal kawan-kawan kita dalam Umno yang dulu bersama kita membina dan memperkasakan politik Penyatuan Ummah, mengangkat dan memperkuatkan kuasa politik umat Melayu hari ini memilih bersama PH yang didominasi DAP.

Kita sedar umat Melayu Islam termasuklah di Selangor rata-rata lebih cenderung pada politik Penyatuan Ummah, inilah arus yang telah melonjakkan ‘Gelombang Hijau’ kebangkitan kesedaran politik umat Melayu Islam. Ahli-ahli biasa Umno yang selesa dan cenderung MN juga ramai, lebih matang dari pimpinan tertinggi mereka di WTC.

Lantas jika Umno telah muktamad memilih PH dan DAP, meninggalkan perjuangan keramat ini maka suka tidak suka perjuangan ini akan kita diteruskan.

Gelombang ini akan terus kita pacu dan pastikan bergelora, oleh kerana pimpinan tertinggi Umno telah memilih meninggalkannya maka kekuatan gelombang ini yang kita bangkitkan dahulu untuk melanggar PH dan DAP insya-Allah kini akan kita gunakan untuk melanggar Umno sekali, bersama ahli-ahli mereka yang sedar.

PAS Selangor akan bekerja kuat sebagaimana kita bekerja di PRK Semenyih dahulu, kali ini untuk menawan Sg Air Tawar, Sg Panjang, Sg Burong dan Hulu Bernam kerana bagi kita jelas No PH, No DAP, No PKR dan kini No Umno.

“Selangor BEST PN BEST
“Tumbang PH”

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 21/3/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Liberal: Parti politik & Ahlu Sunnah Wal Jamaah. S'gor BEST.

Pastikan Islam menang di Malaysia dan antarabangsa akhirnya. Dengan izin Allah SWT. Allahu Akbar!

22 comments:

  1. Wahai ahli UMNO,

    Sedarlah.

    UMNO sudah gugur perjuangan asalnya. Parti UMNO tidak ada lagi.

    Yang ada ialah bangkai yang diperalat untuk menyelamat pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.

    DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

    24 Mac 2023

    Pssstt.. barua barua Melayu' LeeKwanYew@DAP sudah bergadoh sesama barua LeeKwanYew@DAP.. Jom siapkan pop corn tambah dan kopi panas ... Jommm orang Melayu' semua tepok tangan Dan layannnn..!!

    ReplyDelete
  2. Dipercayai terdapat terlalu ramai penyokong2 golongan songsang didalam pakatan hancing sekarang. Sebab itu mereka semakin berani dan bertidak secara terang2an.

    ReplyDelete
  3. Aku ada tengok video seorang sultan yg telah dicabut kuasa kesultanan (munkin dizaman ayahandanya) tetapi masih bertradisi kesultanan negeri tersebut bila bertemu dengan ulama yg disegani beliau menyambut dengan pelukan dan tunduk ingin mencium tangan nya ulama tersebut, cuma ulama tersebut turut menunduk menjadikan mereka sama2 mencium tangan.
    Sultan malah memakaikan tengkolok kebesaran kesultanan baginda pada salah satu dari dua ulama yg berkunjung menziarahi baginda.
    Ulama yg lantang menyeru kpd yg ma'ruf dan menentang kemunkaran tersebut nampaknya begitu menghormati sultan tersebut, begitulah hakikat hati sesaorang ulama yg sejati. dan dari video tersebut dapat juga dilihat suatu gambaran bahawa seandainya sesaorang sultan itu sudah kehilangan kuasa maka pada ulama jua yg dilihat mulia.
    Aku tertanya² juga.. apakah begitu keadaannya diwaktu2 yg lalu bilamana sultan2 mana2 negeri jika berada pada kedudukan yg lemah maka kpd ulama lah tempat mereka merapatkan diri sepertimana byk tertulis dalam buku2 sejarah?
    Apakah ini juga bermakna sekiranya lemah ulama pada sesuatu ketika atau keadaan yg sangat diperlukan oleh sesaorang sultan maka ianya boleh menyebabkan baginda kehilangan kuasa atau tahta?

    Bukan beerti semua yg diperbuat sesaorang ulama itu betul semuanya dan malah dalam Islam pun disuruh berpesan2 pada kebenaran.... tapi apa yg penting untuk dilihat disini adalah ulama itu selalunya memuliakan raja2 atau sultan2 mereka walaupun kekadang kedengaran sangat keras cara dakwahnya.

    ReplyDelete
  4. Dahulu bila harga barang naik, tiap2 minggu buat demonstrasi! Kini dibawah kerajaan pakatan hancing tidak lagi, maknanya ok la tu, harga barangan naik melambung bukanlah lagi satu isu? Hu..hu..

    ReplyDelete
  5. Jom ziarah? Masjid, surau pun jarang2 ziarah, ada pula yang syor pi ziarah tempat tu! Nak buat apa?

    ReplyDelete
  6. Jom semua rakyat beragama Islam, dibulan yang mulia penuh barakah ini, jom sama2 kita boikot kedai2 yang ada jual arak, seven elevan dsb... tak lama mana pun, sebulan je...

    ReplyDelete
  7. ph pandai tipu, harga brg keperluan pun jadi mahal, gaji murah, ramai mengangur sebab ph byk pandai urus nak bagi negara bangkrap.

    ReplyDelete
  8. Walau pun dimomok momokkan pas tidak pandai memerintah. Kelantan makin maju. Kedah makan maju.

    Trengganu makin maju. Pakar aeroangkasa. Bukan macam dolly. General degree sastera.

    Jom tolak liberal dan liwat songsang. Pura pura tapi ikut rentak komunis dapig dan pan syiah.

    Pas makin disokong oleh teknorat dan professional Islam.

    Jom pakat pakat sokong pas. Aqidah selamat. Negara makin maju.

    ReplyDelete
  9. Kalau ikut menteri formula, dia cuma fokus kebendaan jer. Sama macam komunis dapig.

    Kalau ikut toney buah, dia kira nak lingkupkan orang melayu. Jual harta tabung haji. Lupus kecualian cukai yayasan orang Islam biar yayasan lingkup. Bagi duit zakat pada orang kafir.

    Ikut kit siang dia kira nak malaysian malaysia. Buang bumiputera. Tukar perlembagaan jadi negara sekular.

    Ikut atok dia kira nak jual pulau. Biar duit atok bertapuk banyak.

    Kalau ikut dolly, dia nak liberal jer. Senang lgbt bertapak. Ruu355 pun dia tak akan sokong. Dan mesti tidak sokong. Sebab denda zina, khalwat dan liwat lebih berat.

    ReplyDelete
  10. Walaupun royalti kelantan dirampok oleh dolly, kelantan masih mampu bayar hutang.

    Walaupun melayu kelantan dinafikan peruntukan pusat oleh dolly, kelantan terus berkembang.

    Walaupun dolly tidak beri perhatian pada nelayan, pekebun, pesawah, penternak, kelantan sangat serius membantu golongan ini.

    Dolly beri perhatian pada pengusaha komunis dapig. Sebab gaji takda, dapatlah nafkah dari komunis dapig. Harganya ialah tibai orang melayu. Tibai kerajaan melayu islam pas. Tibai jutawan melayu. Fitnah politician melayu. Dakwa politician melayu.

    ReplyDelete
  11. Eng guan dah main ugut. Dolly pun serupa. Bertanduk.

    Eng guan kata lapor polis adalah jenayah.

    Pulak dah.

    Elok sangat polis siasat. Biar adil. Dua pihak disiasat. Lagi pun dolly dan eng guan memang kaki bohong. Bohong sunat katanya. Poodaaah.

    ReplyDelete
  12. Biasanya dan trend terkini.... geng pn lah yg salah dan minta maaf.

    Hu hu

    ReplyDelete
  13. Bayangkan apa berlaku pada generasi kita. BM nya kuat berbohong. Mentornya eng guan pun kuat berbohong. Nanti generasi baru jadi generasi yang kuat berbohong.

    Macam lgbt membiak. Sebab ada contoh.

    ReplyDelete
  14. Tak dapat jumpa raja arab? Takpe, minggu depan boleh pi arab sekali lagi, cuba sekali lagi, boleh juge pi buat umrah free... kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  15. Tak dapat jumpa Erdogen takpe, dapat jumpa ANAK nya pun dah dikira suatu kepuasan... kah..kah..kah

    ReplyDelete
  16. yang liberal dapat buat umrah solat kat raudah, ni yang kata terpaling ikut quran tak boleh masuk mekah, sedihnya kat dunia lagi dah kena hukum... jangan kata nak jumpa raja arab jumpa gembala unta pun tak boleh

    ReplyDelete
  17. Jangan izinkan pembohongan berterusan di ruangan politik msia dan anak anak muda dihidangkan dengan bohong dan zhalim oleh presiden parti kencing rakyat.

    Lebih mendukacitakan bila presiden membela cina legasi komunis dapig melakukan kezhaliman pada yayasan. Sanggup berbohong untuk menganiaya politician melayu. Rentetan kezhaliman semuanya melibatkan orang melayu.

    ReplyDelete
  18. Lawatan ke Arab Saudi dikira gagal sebab Brother Anwar Bin Ibrahim gagal berjumpa dengan Raja Salman Dan Pengiran Mahkota Arab Mohammad Salman...

    Nampak ada sesuatu yang tidak kena lawatan ini...

    ReplyDelete
  19. Alhamdullillah. Kelantan masih kekal. Walaupun ada suara sumbang kata agamawan tak pandai memerintah.

    ReplyDelete
  20. Kat kelantan pun ramai orang luar. Selangor ada. Perak ada. Pulau pinang ada. Semua ada.

    ReplyDelete
  21. Alhamdullillah. Kelantan masih kekal. Walaupun ada suara sumbang kata agamawan tak pandai memerintah

    ReplyDelete
  22. Amat memalukan rakyat malaysia bila perdana menteri arab saudi tidak berjumpa dengan dolly. Sangat sangat memalukan. Kerana sebelum ini perdana menteri arab saudi mahu berjumpa dengan bm sebelum dolly.

    ReplyDelete