KUALA LUMPUR: Apa jaminan dan langkah kerajaan untuk memastikan institusi kehakiman diberikan kebebasan sepenuhnya dan tiada campur tangan daripada badan eksekutif khususnya dalam kes yang melibatkan pemimpin tertinggi kerajaan.
Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan soalan itu kepada Perdana Menteri pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL yang mengemukakan soalan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini sebagaimana di bawah.
Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [Jerantut] minta Perdana Menteri menyatakan strategi dan solusi Kementerian untuk menangani kos haji dan umrah yang melonjak naik sejak kebelakangan ini.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah tindakan yang telah diambil untuk mewujudkan lebih banyak persaingan dalam industri yang dikaitkan dengan kartel atau monopoli seperti simen, ayam, telur, gula dan lain-lain.
Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah jangka panjang diambil bagi mengurangkan kadar bankrupsi dalam kalangan usahawan Bumiputera yang baru serta meningkatkan kemampanan golongan terbabit.
Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah Kementerian bercadang menambah bilangan anggota Angkatan Tentera Malaysia untuk menampung keperluan pekerjaan anak- anak muda di samping mendisiplinkan dan meningkatkan jati diri mereka kerana bilangan anggota tentera yang besar merupakan aset ketenteraan negara yang paling utama yang menjaga keamanan negara.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan dalam tempoh 3 tahun ini (2020 – 2022) apakah platform media sosial yang banyak digunakan oleh rakyat Malaysia dan nyatakan juga apakah kesan langsung Kod Kandungan 2022 yang dijadikan sebagai panduan siaran di media sosial.
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Perdana Menteri menyatakan apakah dasar pendidikan yang dirangka oleh Kerajaan bagi menjamin peluang murid tahfiz dan pondok untuk menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi.
Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Perdana Menteri menyatakan adakah terdapat cadangan untuk memasang pengacau isyarat (jammer) terutamanya di sempadan Malaysia-Thailand untuk mengekang jenayah rentas sempadan.
Tuan Afnan Hamimi bin Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Ekonomi menyatakan pendirian terhadap semua projek mega di negeri Kedah yang telah diluluskan oleh Kerajaan sebelum ini, apakah ianya akan diteruskan atau tidak. Jika diteruskan, apakah statusnya yang terkini.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapa jumlah pengedar dari kalangan Bumiputera berbanding pengedar non-bumi bagi perniagaan pengedaran kereta nasional Proton khususnya di kawasan Lembah Klang dan juga di seluruh negara.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan sejauh mana ketelusan Kerajaan dalam melaksanakan sekatan terhadap kandungan digital di media sosial terutama yang menjurus kepada fitnah dan berita tidak benar.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah projek-projek utama Kerajaan Persekutuan yang telah diluluskan di Kelantan pada tahun 2020 – 2022 dan adakah Kerajaan akan meneruskan projek-projek tersebut.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) pendirian Kerajaan mengenai duit tahanan peneroka FELDA yang memotong 15-20% gaji bulanan peneroka, namun jumlah penolakan hanyalah kurang daripada 10% secara purata setiap bulan; dan
(b) ke manakah duit tersebut digunakan sebelum pembayaran lebihan duit tahanan dibuat pada bulan seterusnya.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Perdana Menteri menyatakan kesediaan Kerajaan mempertimbang agihan peruntukan pembangunan kawasan Parlimen secara sama rata kepada semua ahli Parlimen.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan apakah jaminan Kerajaan untuk tidak akan campur tangan dalam urusan mahkamah terutama terhadap kes mahkamah berprofil tinggi.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan memandangkan bahawa Astro satu-satunya syarikat yang membekal perkhidmatan penyiaran tersebut. Adakah Kementerian bercadang untuk meluluskan peraturan baru untuk menyekat monopoli supaya menggalakkan persaingan sihat di antara syarikat-syarikat penyiaran.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan:
(a) peratusan capaian rangkaian jalur lebar 5G di seluruh negara sehingga kini; dan
(b) sasaran tahun capaian rangkaian jalur lebar 5G bagi seluruh Parlimen Kepala Batas.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Perdana Menteri menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan pemberian 35 peratus daripada 222 kerusi Parlimen kepada Sabah dan Sarawak sebagaimana dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) sesuai dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah jaminan dan langkah Kerajaan untuk memastikan institusi kehakiman diberikan kebebasan sepenuhnya dan tiada campur tangan daripada badan eksekutif khususnya dalam kes yang melibatkan pemimpin tertinggi Kerajaan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan siasatan berhubung dakwaan kempen Perikatan Nasional di dalam PRU15 yang lalu turut dibiayai oleh dana daripada syarikat perjudian.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian untuk mempercepat penyerahan rumah generasi kedua FELDA yang telah siap kepada pembeli.
Dato’ Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan penilaian dasar separuh penggal terhadap Pelan Tindakan Sosial Islam 2019-2025 bagi membentengi penularan gejala perlakuan LGBT yang semakin berkembang dalam negara.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Perdana Menteri menyatakan pelaksanaan sistem TRIS (Tracking Refugees Information System) dan MyRC untuk pelarian dan pemegang kad MyRC diberikan ruang untuk berkerja dan bersekolah secara formal, termasuk di universiti dan kolej swasta.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan pembahagian peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen termasuk Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan bilakah Kerajaan akan menubuhkan Majlis Media Malaysia dan adakah ia memerlukan pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. – HARAKAHDAILY 28/3/2023
2. Menteri Pendidikan, timbalan patut letak jawatan
Ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan, Hui Ying gagal menjawab soalan nombor 16 yang dikemukakan oleh Ahmad Marzuk.
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, keadaan itu tidak pernah berlaku sepanjang pengalamannya sebagai Ahli Parlimen, malah kegagalan Hui Ying menjawab soalan ditegur Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor.
“Soalan ini dijemput oleh Speaker untuk menteri jawab. Menteri tidak ada di dalam dewan (Dewan Rakyat) tetapi timbalan menteri ada di dalam dewan.
“Sayangnya, timbalan menteri kata, dia tidak menyediakan jawapan, dia tidak bersedia dan dia minta maaf kerana tidak ada jawapan.
“Ini suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Walaupun, saya bangun lagi bertanya, adakah kalau soalan asal tiada jawapan, soalan tambahan boleh tak? Sebab seorang timbalan menteri kena datang dengan persediaan, kalau datang sekadar untuk memenuhi kerusi di sebelah sana, itu bukan tanggungjawab seorang menteri.
“Kalau soalan asal dia tidak boleh jawab, sepatutnya dia boleh jawab soalan tambahan, sebab soalan tambahan memang spontan dan tidak ada jawapan yang disediakan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Ahmad Marzuk berkata, kegagalan menjawab soalan juga merupakan suatu pembaziran kepada wang kerajaan yang menggaji timbalan menteri, tetapi tidak melaksanakan tugasnya.
“Jadi saya rasa ini suatu pembaziran wang kerajaan menggaji seorang timbalan menteri yang tidak melaksanakan tugas dia, benda yang paling mudah iaitu menjawab soalan.
“Jadi saya hari ini mengusulkan supaya menteri dan timbalan menteri berkenaan supaya berundur dan meletakkan jawatan. – HARAKAHDAILY 27/3/2023
Lim Hui Ying ditegur gagal berikan jawapan
Soalan nombor 16 Ahmad Marzuk adalah mengenai peruntukan dan mekanisme pemantauan makanan Program Rancangan Khas (RMT).
Datuk Ramli Mohd Nor berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan.
“Yang Berhormat (Timbalan) Menteri, perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Saya berharap pihak kerajaan, ketua majlis ambil maklum tentang perkara ini. Ia memberikan satu senario yang tidak baik kepada kerajaan,” katanya.
Hui Ying kemudian meminta maaf dan berjanji perkara seperti ini tidak berulang lagi.
Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, sebelum itu bangkit mempersoalkan kenyataan Hui Ying yang berkata beliau tidak menyediakan jawapan kepada soalan yang dikemukakan dan meminta untuk memberikan jawapan bertulis.
“Yang berhormat (Timbalan) Speaker, ini tidak sepatutnya berlaku dalam dewan. Soalan ini sudah lama dikemukakan. (Timbalan) Menteri mesti sediakan jawapan,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/3/2023
3. PAS Selangor tuntut permohonan maaf dari NST
PAS Selangor di dalam Kenyataan Media Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi bertarikh 26 Mac 2023 menyatakan PAS Selangor menjunjung kasih atas titah DYMM Sultan Selangor yang menegaskan kembali pernyataan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan larangan ke atas umat Islam untuk melawat rumah-rumah ibadat bukan-Islam seperti kuil, gereja dan gurdwara bagi maksud mempelajari kepercayaan lain.
PAS Selangor di dalam kenyataan media tersebut sama sekali tidak menyebut larangan terhadap orang Islam untuk melawat gereja atau kuil selain bagi maksud mempelajari agama dan kepercayaan lain.
Oleh itu PAS Selangor menegaskan laporan akhbar New Straits Times tersebut telah dibuat dengan niat tidak baik dengan tujuan untuk memburukkan imej dan nama baik Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.51 Sijangkang dan Ahli Parlimen P.112 Kuala Langat dan dengan tujuan untuk menjejaskan hubungan baik beliau dengan pihak Istana.
PAS Selangor mendesak pihak New Straits Times dengan seberapa segera untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang memfitnah PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor tersebut.
PAS Selangor tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya tuntutan tersebut gagal dipatuhi.
ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS
Negeri Selangor
Selasa
28 Mac 2023/ 6 Ramadan 1444 – HARAKAHDAILY 28/3/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana bukti jaminan kehakiman bebas? Letak jawatan! & NST.
Macam ni punya kerajaan berserabut, elok ditukar atau diturunkan dalam PRU akan datang.
5 comments:
Apalah kerajaan dolly. Jawapan pun tak da. Sembang kat pengundi macam macam janji. Makan gaji buta. Kerja tak buat.
Kerajaan dolly low class. Jawapan pun tak da. Dah lah tak dapat jumpa pm saudi.
Sembang sentiasa tinggi. Jadi khadam komunis dapig.
kerajaan seblum ni memang baik, harga barang tak naik tak akan habis sampai kiamat, takde masalah harga naik, orang jawa makan tempe, tempe dibuat dari kacang soya, kacang soya kena tanam nak tanam guna besi bukan cangkul,
Kerajaan dolly tak cekap perintah. Orang ada kes mahkamah pun boleh dapat passport.
Kerajaan dolly memang pandai perintah. Ada yang boleh dapat passport. Ada yang tak boleh. Tengok kategori. Kalau jerung, boleh. Kalau bilis, tak boleh.
Susah anak muda nak jadi baik. Sebab dolly asyik tunjuk contoh tak betul. Sentiasa luar tabii.
Post a Comment