Saturday, March 11, 2023

Mengapa dengan Ella? Padam entri IG, selamat tinggal..

 

Ella bakal tampil dalam Konsert 35 Tahun - Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Jun depan. - NSTP/Rohanis Shukri

HALAMAN HIBURAN

1. Ella belum nak bersara, padam entri IG bukan gimik.  Mac 10, 2023 

KUALA LUMPUR: Ratu Rock, Ella menepis dakwaan tindakannya memadam gambar dalam Instagram (IG) dan meninggalkan hanya satu entri sahaja sebagai gimik.

Ella atau nama sebenarnya, Nor Zilla Aminuddin, 57, berkata tujuan berbuat demikian adalah untuk menarik perhatian pengikut supaya fokus kepada ucapan penghargaan ditulis atas sokongan yang diberikan sepanjang 35 tahun pembabitannya dalam bidang seni.

"Itu bukanlah gimik, tetapi saya mahu pengikut memberi fokus kepada entri yang saya muat naik.

"Selalunya mereka akan 'scroll' tanpa memberi tumpuan apa yang saya muat naik. Bila hanya tinggal satu hantaran sahaja, sekurang-kurangnya mereka akan baca apa yang saya ucapkan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini," katanya kepada BH Online.

Dalam perkembangan berkaitan, Ella mengakui, tindakannya turut mengundang salah faham peminat apabila menyangka tindakannya memberi petanda bakal bersara dari bidang seni.

"Ada yang menangis dan merayu supaya saya mempertimbangkan kembali keputusan untuk bersara.

"Setakat ini, saya memang tak terfikir pun nak bersara dan akan terus beraksi," ujarnya.

Spekulasi tercetus apabila Ella memadam entri dan hanya meninggalkan satu hantaran berbunyi "Terima Kasih Untuk 35 tahun - Ella," dengan latar belakang hitam.

Terdahulu, Ella mengumumkan bakal mengadakan Konsert 35 Tahun - Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Jun depan.

Meskipun menggunakan perkataan Jilid Akhir, namun Ella berkata, konsert anjuran Hitman Solutions itu bukanlah konsert terakhirnya. 


2. Terima kasih untuk 35 tahun, Ella ucap selamat tinggal? Mac 1, 2023  

Ella memadam gambar dalam IG, sekali gus meninggalkan tanda tanya menerusi hantaran dimuat naik, hari ini.

KUALA LUMPUR: Ratu Rock, Ella memadam gambar dalam Instagram (IG), sekali gus meninggalkan tanda tanya menerusi hantaran dimuat naik, hari ini.

"Terima Kasih Untuk 35 tahun - Ella," tulisnya dengan latar belakang hitam.

Ia dianggap tindakan mengejut penyanyi yang popular menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Sembilu yang sudah hampir empat dekad memperjuangkan bakat dalam arena seni itu.

Seolah-olah figura disayangi itu memberi bayangan mahu mengundurkan diri apabila meninggalkan hantaran sedemikian.

Usaha mendapatkan kakak kepada Jojie itu tidak berjaya apabila Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin tidak menjawab panggilan telefon mahupun membalas pesanan menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar. 

Ella memuat naik hantaran yang mengejutkan, seolah-olah ingin mengucapkan selamat tinggal dunia seni. - Foto IG Ella

Sementara itu, pengurus penyanyi berusia 57 tahun yang dikenali sebagai Peah, dia tidak tahu kenapa Ella bertindak memadam gambar-gambarnya dalam IG.

"Saya tidak tahu kenapa Ella berbuat demikian dan tidak berani memberikan sebarang komen.

"Insya-Allah, saya akan berjumpa Ella petang ini," katanya.

Dalam perkongsian sebelum ini, Ella berkongsi kegembiraan mendapat sambutan hangat peminat ketika tampil dalam persembahan di Tawau, Sabah.

Karnival anjuran  Lowcost Fiesta Tour itu membariskan empat penghibur termasuk Azlan The Typewriter dengan tiada dikenakan sebarang caj tiket untuk penonton.

Menerusi IG pada 26 Februari lalu, Ella membuat perkongsian lebih 20,000 penonton hadir menyaksikan konsert itu. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa dengan Ella? Padam entri IG, selamat tinggal..

Itulah, terbaru dari Ella.

14 comments:

Anonymous said...

PMX sembang Kari ja lebih.. No wonder tak nak gaji..!!

Aljub and the gang.
Tibai politisen melayu bukan DAP MCA
Tibai usahawan billionaire melayu bukan taikun
Tibai jutawan melayu taikun Judi online diam
Tibai negeri melayu Pulau Pinang dia diam
Tibai ulamak melayu filem Murtad dah onzz
Tibai ustaz dari beri tazkirah tapi fitnah dijulang
Tibai bantuan banjir orang melayua mcm LeeKwanYew tibai Melayu

Kalau buat pinjaman loan boleh cagar wang KWSP tak kan itu nak kata Bank Negara punya kuasa... Kan helok bagi kuar terus wang KWSP

Kita ni ada Menteri Kewangan paling bangang rupanya... Sembang Kari goreng Al Jubori

Rakyat dah nak mampos susah harga barang naik, minyak dijanjikan tak turun turun, formula ke laut dalam...

Buat pinjaman cagar wang KWSP.. no brain .. ohh.. no brain PMX . No wonder tak ada gaji sebab he has No Brain..!!

Ini bukan penisehat ini punaisehat

Saya ulangggg..

punahsehat...!!!

#DahKenaLahTuPMxNoBrainNoGajiLahh

Anonymous said...

You ulang, I saman!!!

Anonymous said...

Korang tak kan tak perasan. Mereka dah sekat ustaz ustaz ulamak berceramah tazkirah kat masjid dan surau. Sebab mereka ceramah yang benar. Majoriti sokong pas. Sebab pas sentiasa berada di laluan benar. Pimpinan pas tidak rasuah. Kalau terlepas cakap, segera minta maaf.

Ustaz dan ulamak tak sokong pembohongan. Mana ada ulamak yang sokong wak. Mana ada ulamak yang sokong liwat. Mana ada ulamak yang sokong rasuah. Tu pasai tiada ulamak dalam parti liberal.

Mana ada ulamak yang back up peliwat. Yang ada cuma komunis dapig. Yang ada wak dan tuk maat.

Anonymous said...

Sekali lagi bapak memanda menteri tidak buat kerja. Terus tibai negeri kedah tidak proper. Tidak ada kertas. Terus rendahkan martabat orang kedah. Yang rata ratanya melayu.

Kononnya metropolitan udara hanya satu cadangan. Tiada proper dan angan angan kosong. Ni lah nasib orang melayu bila memanda bersunnahkan idea komunis dapig. Tak nak langsung membantu orang melayu. Kemudian menjaja kononnya mb kedah tak buat dokumen.

Benarlah firasat ulamak bahawa memanda menteri sedang mendakwahkan kejahilan. Mendakwahkan pembohongan. Macam wak bohong pasal surat rose.

Anonymous said...

Perpaduan dedah isu. Pn suruh report polis

Bila ada pertuduhan. Dia kata pendendam.


Harap walaun yg tertipu sokong pn, sedar dan sokong perpaduan pru nanti

Anonymous said...

Rose kata tak tanding presiden dan timbalan adalah tidak sah. Tapi presiden kes kata rose dah luluskan. Bukti bahawa presiden kes berterusan bohong. Parti terus dipimpin oleh presiden kes aka pendusta.

Presiden liberal juga sokong pendustaan. Sokong menteri batal keputusan penjawat awam supaya pendusta kekal memimpin.

Memang padu kerajaan perpaduan. Padu bohong. Padu rasuah. Padu liberal. Padu lgbt. Padu tibai orang melayu.

Anonymous said...

Padu pn kene balun

Anonymous said...

Dalam Syarak Islam serta cabang2 ilmunya seperti Feqah, Muamalat dsb adalah diketahui bahawa setiap Fatwa itu mesti diawali dengan Nash yakni diawali dengan dalil dari alQuran dan kemudiannya asShunnah... pastu sekiranya tiada diketemukan dalil dari situ maka dilihat pula dalam bab berkenaan akan amalan Ahlul Madinah, demikianlah apa yg telah dilakukan oleh Imam² Mazhab dahulu samada dlm apapun cabang ilmu yg diklaskan bidangnya tapi tidak terhad kpdnya seperti iaitu Feqah, Usuluddin dsb.

Islam itu mengakui yg ianya adalah ugama yg syumul yg merangkumi segala aspek kehidupan, jadi untuk menyatakan sesuatu itu boleh atau tidak atas nama agama Islam hendaklah di-berasaskan kepada dalil dan/atau dalil² syar'ii lebih² lagi dalam bab untuk memutuskan sesuatu samada umat islam boleh melakukan itu atau ini oleh mana² pehak yg mengaikan diri mereka samada ugamawan, badan² ugama, perbadanan ugama, ketua² ugama dan sebagainya.

Itu adalah sesuatu yg barangkali ramai sudah sedia maklum, maka tidak harus sama sekali sesaorang menyekat mana² individu islam dari melakukan amalan yg dibenarkan oleh islam dalam apa² hal sekalipun lebih² lagi oleh orang islam sendiri.

Anonymous said...

naper? ph telah menyodom pn lagi ker?

Anonymous said...

Agamawan pas ramai suka cakap lepas. Then minta maaf. Ceramah sedap didengar dan mesti ada ........."Islam ditindas" ........utk tambah ajinomoto ceramah.

Pilih agamawan perpaduan

Anonymous said...

Kabornya ramai yg ikut wak, tewas. Akar umbi tak suka ditipu.

Baguslah. Akar umbi dah boleh access maklumat. Tahu yang tipu dan betui.

Yang bagi visa kat cina kemudian tak balik duduk sini, elok hukum tembak jer.

Anonymous said...

Pas ni taraf " ana puas hati " je

Walaun kene tipu lagi.

Anonymous said...

Biar puas hati, jangan jahil.
Kalau jahil kena tipu pun okey.
Menteri duit nak cagar kwsp. Jadah aper tu.

Anonymous said...

Kah kah

x jahil kunun

X rasuah kunun

Bersih kunun.

Ambil duit Cina juga bagi kat walaun

Bukan jahil...Melayu x cerdik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails