Thursday, March 30, 2023

PBB sebenanya merancang kahancuran Taliban, ini bukti.. & Denmark.

 

FOTO: AFP

1. Taliban berkas aktivis terkenal perjuang hak gadis dapat akses pendidikan – Misi PBB

MOSCOW : Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA) memaklumkan bahawa pergerakan Taliban telah menahan seorang aktivis terkemuka yang memperjuangkan hak kanak-kanak perempuan mendapat akses pendidikan.

Justeru UNAMA menyeru pihak berkuasa mendedahkan keberadaannya serta memastikan beliau mendapat akses kepada undang-undang dan keluarga,” menurut UNAMA menerusi ciapan di Twitter.

Selepas Taliban kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021, ia mengarahkan semua pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan antarabangsa menggantung perkhidmatan pekerja wanita mereka.

Taliban menghalang wanita dan kanak-kanak perempuan daripada menghadiri sesi persekolahan dan pengajian di peringkat menengah dan universiti.

Keputusan pihak berkuasa Afghanistan telah dikritik keras oleh organisasi antarabangsa dan pemimpin global.

Menurut laporan UNICEF yang dikeluarkan Ogos lalu, hakikat bahawa gadis di Afghanistan dihalang mendapat akses pendidikan telah menyebabkan kerugian kepada ekonomi negara sekurang-kurangnya AS$500 juta sejak larangan itu diperkenalkan, iaitu bersamaan 2.5 peratus daripada KDNK.  -BERNAMA


2. PBB rancang kurangkan bantuan kepada pentadbiran Taliban  

FOTO: REUTERS

KABUL: Keengganan pentadbiran Taliban bertoleransi berhubung hak asasi wanita bakal memberi kesan kepada Afghanistan apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merancang mengurangkan bantuan dan pembiayaan pembangunan terhadap negara itu selagi tiada langkah positif yang ditunjukkan.

Menurut wakilnya, Roza Otunbayeva, PBB membuat rayuan dana kewangan berjumlah AS$4.6 bilion untuk dihantar ke Afghanistan dalam usaha membantu 28 juta penduduknya.

Ketika ini, kaum wanita di Afghanistan dilarang keluar daripada rumah masing-masing tanpa ditemani saudara lelaki dan perlu menutup muka jika terdapat sebarang urusan.


Selain itu, pentadbiran Taliban turut mengharamkan wanita meneruskan pembelajaran di peringkat sekolah tinggi dan universiti serta bekerja dengan kumpulan bantuan.

Setakat ini, Amerika Syarikat adalah penderma terbesar rancangan bantuan PBB 2022 di Afghanistan dengan menyumbang lebih AS$1 bilion. – REUTERS


3. PAS kecam insiden bakar Al-Quran di Denmark 

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi

PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab kumpulan ekstremis anti Islam berhaluan kanan Denmark Patrioterne Gar Live yang membakar naskah suci Al-Quran termasuk mempamerkan sepanduk anti Islam di hadapan bangunan Kedutaan Turkiye di Copanhagen, Denmark Jumaat lalu sebagai amat keterlaluan, ekstrem dan menghina kesucian agama Islam.

Ia adalah satu tindakan yang amat rasis dan Islamofobia yang melampau apatah lagi ia dilakukan di bulan Ramadan yang mulia ini di mana ia sememangnya akan mencetuskan lagi kemarahan umat Islam di seluruh dunia sesudah tindakan ahli politik ekstremis berhaluan kanan Sweden-Denmark Rasmus Paludan yang melakukan tindakan serupa di Stockholm, Sweden hujung Januari lalu.

Di saat umat Islam sedang menyambut ketibaan Ramadan dengan penuh tawaduk dan kesyukuran dan dunia berada di ambang ketidaktentuan berikutan pelbagai konflik yang berlaku, insiden seperti ini perlu dihalang agar tidak berlaku pertembungan antara agama yang mampu membawa kepada kesan dan akibat yang amat buruk kepada keamanan sejagat dan dunia.

Kebebasan bersuara yang diamalkan Barat sewajarnya tidak dijadikan alasan untuk menghina kesucian agama Islam mahupun mana-mana agama yang lain. Adalah amat tidak wajar kepada mana-mana individu dan kumpulan dengan sewenang-wenangnya menghina agama lain terutamanya dalam bentuk provokasi seperti membakar Al Quran mahupun melukis karikatur berupa Nabi Muhammad SAW.

Dunia Islam sewajarnya mengecam tindakan biadab ini yang telah mencemarkan kesucian agama Islam tambahan lagi di bulan Ramadan yang mulia ini. Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu umat Islam untuk mempertahan dan membela agama Islam yang mulia ini daripada terus dihina dan dicemarkan kesuciannya.

“Malaysia Sejahtera”

YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk
6 Ramadan 1444H / 28 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 28/3/2023

Komen Weblog Ibnu HasyimPBB sebenanya merancang kahancuran Taliban, ini bukti sebagai bahan kempen PBB di atas. 

Kegagalan AS menjajah Afghanistan menjadi dendam AS yang tak mampu dibalas. Tak dapat tanduk, telinga dipulas, antara kegagalan AS.

Dan PAS kecam insiden bakar Al-Quran di Denmark. Al-hamdulillah!

41 comments:

Anonymous said...

Dulu US kata iraq ada senjata nuklier. Bohong. Nak jajah minyak iraq tipu satu dunia.

Ni sebok pulak dengan afghan. Negara depa. Biarlah depa urus cara depa. Yang dok sebok pasai pa.

Anonymous said...

Pemimpin Islam extreme kena halau lagi.

Betullah x da kualiti

Anonymous said...

Dulu US tibai iraq. Sebab iraq tak mahu guna us dollar. US rasa ini satu ancaman kepada ekonomi US. Kerana negara arab lain pasti follow tindakan iraq. Tidak menggunakan US Dollar.

Lalu direka cerita bahawa iraq membangun senjata nuklier. Lepas tu tangkap dan bunuh saddam hussein. Syahidlah saddam hussein. Hasil fitnah itu, minyak dapat ke US. US dollar terus diniaga.

Setakat Islam ekstreme dihalau dewan apalah sangat. Janji kekal bersih dan bebas rasuah.

Anonymous said...

Kerajaan perlu menjelaskan kenapa hanya Tan Sri Syed Mokhtar sahaja yang diminta bertanggungjawab untuk membantu petani-petani dan tidak kepada taikun-taikun yang lain sepatutnya layak membantu rakyat.

Perkara itu ditanyakan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Ustaz Jamaludin Yahya kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Anonymous said...

Ustaz jamal tanya soalan ekstreme. Nanti kena halau.

Anonymous said...

Inilah masalah Islam extreme.

Ingat x de rasuah tu dah cukup baik utk memerintah?

Yg penting kena ada kebijaksanaan.

Bukan mcm mp2 Islam extreme dlm parlimen yg asyik kena halau dewan dan hujah merapu. Sana level mcm walaun jer..

DSAI x rasuah dan bijaksana.

Anonymous said...

Dsa x rasuah dan bijaksana.
Pasai bijak raja saudi teringin nak jumpa.
Pasai bijak lapor akaun parti lain. Parti sendiri x payah lapor.
Pasai bijak dapat general degree sastera.
Pasai bijak terpaksa jadi khadam komunis dapig.
Pasai bijak tibai jutawan melayu.
Pasai bijak serba tahu.
Pasai bijak putar putar.
..........
........

Anonymous said...

Kah kah kah

Hina orang "general degree sastera".

Sekarang DSAI udah jadi PMX disenangi Agong, Sultan dan pemimpin2 negara luar.

Sijil walaun lah yg x laku sebenarnya

Kah kah

Anonymous said...

Hebat Desai pmx dah hampir berjaya bebaskan ahjib dari penjara kerana difitnah oleh golongan tertentu (GT) sejak berbelas tahun lagi puak GT nih melalak nak penjarakan geng2 Barisan Penyamun tapi kini mujurlah ada Pakatan Hancing yg berjiwa madani bertidak untuk membebaskan seluruh anggota geng hoihoihoyahoi yg pernah di ramalkan oleh P.Ramli berpuluh tahun dahulu.
2hb Ahjib bebas.... yaahooo yaahoiyahoi.
Akan bertambah ceria la geng2 Barisan nasional Pakatan haraporn...

Anonymous said...

patut ler dia ada banyak bank akaun kat luar seperti ucapan satu ahli parlimen tu, rupanya dia baik teramat sangat dengan rejim zionis israell la ya..
wow hebatnya.

Anonymous said...

Dsai ketua pembangkang dlu x ponteng utk berhadapan dgn x pm?

Ketua pembangkang dan bos2 pembangkang sekarang...... hilang

Kat situlah tempat terbaik bahas kunun lawan liberal

Malu weh

Anonymous said...

Sudah sudah lah hina Islam. Orang kafir hina Islam. Orang Islam pun nak hina Islam.

Anonymous said...

Zaman kegemilangan Islam. Kafir x hina Islam malah bernaung bawah Islam. Kerana orang Islam adil, x fitnah dan bijak.

Bukan mcm geng Islam extreme. Orang Islam sendiri malu bila mo Islam extreme berbahas. Hina orang dan fitnah jadi makanan. Hr ni mp Islam extreme kena malu oleh menteri pendidikan sbb hina beliau.

Anonymous said...

Nabi2 pun geng kafir hina dizaman setiap mereka...
Nabi2 tu extreme ker cai?

Anonymous said...

Tak payah lah hina Islam atau Islam ekstreme. Dah lah hinakan bangsa melayu. Ni nak hinakan Islam pulak.

Anonymous said...

Dulu ada ayahspin kerajaan langit, sekarang ada papaspin, bawak ajaran "mad-dah-ni" kerajaan bumi.

ha ha ha mad mad dah ni, hehe

Anonymous said...

Ada jer menteri lari tak jawab soklan, tim.menteri takleh nak jawab soklan,
pmx lain ditanya lain dijawab dan byk lagi...
apa ke bodo kabinet pmx..
hari2 main tipu jer...
bebudak pun tau yg kabinet serta mp2 phbn tu 90% adalah bodo dan kaki tipu.
cuma mereka yg berkempentingan jer yg ikut demi kepentingan tertentu, yg lain sema yg kafir atau yg kalau muslim mesti yg iq<80..
hari2 menipu phbn tu temasuk macai dedak pun ikut menipu..

Anonymous said...

Kah kah kah

Jadi... dah tengoklah mcamana x cerdiknya soalan pembangkang. Tiada hormat sampai dihalau.

Kah kah kah

Kasihan kpd sebahagian rakyat negeri mundur. Majority hantar mp x cerdik ke Parlimen.

Anonymous said...

Tetiba lepas KJ hantam Brother Anwar Bin Ibrahim gagal Dan memalukan lawatan brother ke Arab Saudi... Hari ini KJ jadi DJ di Hot FM tak ke udara lagi....

Kebebasan bersuara .... dah mcm kerajaan Taliban

Dah Macam pantekkkk Mesia skg ni

Selagi Barua DAP@ LeeKwanYew menguasai kerajaan kebebasan besuara sudah hilang... Mesia Dan jadi Singapura semua bisu Dan Saman

Anonymous said...

Menterinya ada. Tapi ponteng. Soalan ada, tapi jawapan belum disediakan. Betul betul gila kerajaan ni. Setuju kata kerajaan MAD DAH NI.

Peh tu halau mp. Adui yai. Betui sewel kerajaan mad dah ni.

Anonymous said...

Tak dapat jumpa raja saudi pun tak rasa malu. Betul lah muka tembuk.

Peh tu sekat dj dari ulas.

Sewel betui.

Anonymous said...

Menu rahmah pe bende. Punyalah mahal. Gaji tak naik belanja melambong. Kerajaan mad dah ni.

Anonymous said...

Hebat DSAI dgn ucapannya di China

Anonymous said...

Jauh beza dgn pemimpin pn merapu dlm Parlimen .Ketua2 pn plak menikus

Ha ha

Anonymous said...

hebat mad dah ni menipu

Anonymous said...

Ha ha ha

Lawak tengah malam

Walaun rajin komen. Pemimpim walaun plak malas ke parlimen. Walaun patut jadi contoh kpd pemimpinnya.

Ha ha ha

Anonymous said...

Apa agaknya sembang kari ketua kerajaan mad dah ni hari ni?

Tanya je..

Anonymous said...

Mungkin sembang kes saman fitnah ke atas pemimpin geng Islam extreme. Nak maafkn ke atau nak saman terus.

Kasi sapu semua pemfitnah.

Ha ha ha

Anonymous said...

Nak tanya menteri, menterinya ponteng. Nak tanya timbalan, timbalan kata jawapan belum disediakan.

Agak agaknya zaman sekolah macam tu kut. Bila bagi kerja rumah untuk hantar besok. Yang sorang terus ponteng sekolah. Yang sorang lagi hadir. Tapi cakap kat cikgu, tak siap lagi.

Apa punya malas menteri menteri dolly. Kerajaan mad dah ni.

Anonymous said...

Pada 29 Mac 2023 lanjutan kenyataan tegas PAS, pihak NST telah menarik balik laporan berkenaan dari portal berita mereka. Dan pada 30 Mac 2023 pihak NST telah mengeluarkan pembetulan bawah tajuk: ‘Clarification on PAS statement regarding visits to non-Muslim places of worship’ atau ‘Penjelasan berkenaan kenyataan PAS berkaitan lawatan ke rumah ibadat bukan Islam’.

PAS Selangor berpuas hati dengan langkah yang diambil pihak NST bagi memperbetulkan kesilapan mereka.

Pada jam 10 pagi 31 Mac 2023 wartawan Lokman Daim yang bertanggungjawab atas laporan NST itu telah hadir ke Pejabat PAS Selangor untuk memohon maaf secara peribadi kepada Dato’ Dr Ahmad Yunus.

Anonymous said...

Jarum liberal makin kemas jahitannya. Raja saudi tolak dolly. Raja kemboja alu alukan dolly. Pm cina alu alukan dolly.

Yang seagama tolak. Yang tak seagama terima. Pada dasarnya penampilan Islam, aqidah pulak non Islamik.

KERAJAAN MAD DAH NI.

Anonymous said...

Kartunis pro dolly menghina umrah dan kaabah. Jadikan bahan kartun. Gitulah kalau cetek agama. Jadi jahiliah square. Jahiliah kuasa dua. Ini akibat taksub kat dolly. Apa yang dolly buat, bagus sekali. Kata mereka. Sedangkan dolly sedang jual bangsa melayu dan agama Islam.

Akar umbi kata abang cik dan abah yang buat ajib merengkok kat penjara. Sedangkan itu angkara dolly. Atas nasihat dan saranan komunis dapig. Dolly dan komunis dapig akrab berpisah tiada.

Anonymous said...

Wak jowo kata abang cik tak buat apa apa nak bantu ajib. Create marah kat abang cik. Abang cik pun tumbang. Tapi wak jowo pun tak buat apa apa nak bantu ajib. Ajib sambung 12 tahun. Cuma isu bantu tu sebab nak tumbangkan abang cik. Supaya wak boleh back up dolly. Dapat job dan kes gugur. Passport pun dah dapat. Semua pasal perut dan jawatan untuk wak.

Ini semua poyo.

Anonymous said...

Menteri ponteng ada tugasan lain utk negara.

Ketua2 Mp pn ponteng sbb takut jumpa bersemuka




Anonymous said...

Betul ker akan masuk pelaburan 170 billiun.
Atau sembang kari.
Seperti hari ini jadi kerajaan, esok harga petrol turun.
Atau dapat jadi kerajaan, hutang ptptn mansuh.
Atau hutang felda lupus.
Atau tidak akan berlaku gabungan dengan hoi hoi ya hoi.

Sedangkan bila abah dituduh, ramai pelabur asing ca alip but.
Menyusahkan rakyat, menyusahkan pelabur.
Gerun juga pelabur nak bawak duit masuk sini.

Anonymous said...

Suara Melayu' sudah mati dalam Parti UMNo..
Undang persepsi buruk, imej parti terganggu..

Orang muda pun dah lama menjauhkan diri Dari UMNo. Kalau mengundang persepsi buruk, perkara itu akan menjadi kesan jangka panjang kepada parti terutamanya melibatkan golongan muda

Umno sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehinggalah episod pemecatan dan penggantungan beberapa ahli parti yang popular menjadi bualan dalam kalangan pemerhati politik.

Malah, ada yang menyatakan bahawa, kedudukan parti keramat Melayu itu sudah semakin goyah dan mungkin akan semakin kurang mendapat sokongan pengundi. Umno sekarang penuh kekeliruan dengan keputusan yang tidak popular.

"Umno perlu melihat dan jangan terpisah dengan rakyat. Apa sahaja keputusan tak boleh dilihat secara dalaman sahaja. Mesti lihat pandangan orang luar.

Sebaliknya, sokongan ahli parti sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya. Ahli parti mungkin 30 peratus sahaja daripada jumlah pengundi di kawasan bertanding.

Lansung tidak kedengaran pasal Melayu' di bawah Zahid Dan Mat Hassan..!!

Anonymous said...

Walanun tak berani bincang usul. Kwsp jer pun.
Ingatnya kwsp bapak walanun punya.

Anonymous said...

Jumpa pm dlm parlimen. Ada brani???

Kelakarlah lu

Anonymous said...

Walanun kata dia bukan seorang liberal.
Macam ni lah.
Walanun kata hari ni jadi kerajaan, esok harga petrol turun. Apa jadi?
Walanun kata takkan bergabung dengan hoi hoi ya hoi. Apa jadi?
Walanun kata bm dan menteri duit bukan orang yang sama. Apa jadi?
Walanun kata no nepotisme. Apa jadi?
Walanun kata tak campur tangan mahkamah. Apa jadi?
Jadi kalau walanun kata bukan liberal. Maksudnya apa?

Anonymous said...

Khabarnya tun mahathir menyaman pmx.

Anonymous said...

Tunggu PRN Kasi ajar Zahid Dan Tok Mat.. Bacut gede

Kegagalan semakan kes SRC: Pertembungan kumpulan Najib dan Zahid akan beri kesan pada kerajaan

Pertikaian dan serangan terhadap Zahid serta (Anwar) dalam forum atau kumpulan menyokong Najib. Di sinilah ia bermula. Memang ada perbincangan antara ahli Umno dan akar umbi (tidak bersetuju)

Khairy, Shahril berkata, ada implikasi politik pada Zahid dan kerajaan perpaduan diterajui Anwar susulan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Perasaan tidak puas hati dikatakan semakin meningkat dalam Umno terhadap presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dakwa Shahril Hamdan dan Khairy Jamaluddin.

Dua bekas pemimpin Umno itu, berkata keadaan itu berlaku susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas perdana menteri, Najib Tun Razak, menyemak semula sabitan dan hukuman dalam kes rasuah SRC International.

PRN June 2023 masa terbaik untuk mengajar UMNo yang sudah hilang talian hayat Melayu' Dan Isle bila bersama barua LeeKwanYew@DAP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails