Tuesday, March 14, 2023

Pluralisme agama, Parti mana & iktiraf kahwin sejenis.

 

Dr Ahmed Al Tayeb

1. Normalisasi pluralisme agama, agenda musuh Islam

PADA 21 Februari 2023, Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) telah mengeluarkan kembali kenyataannya yang bertarikh 21 Februari 2021 bersama Liga Ulama Islam dan Liga Arab Maghreb ketika mengadakan persidangan yang bertajuk The Position of the Islamic Ummah on the Abrahamic Religion yang merumuskan bahawa Abraham Religion adalah satu ancaman terhadap akidah umat Islam.

Ia berikutan pada tanggal 16 Februari lalu UAE secara rasminya telah membuka Abraham Family House, iaitu satu komplek yang mengandungi sebuah masjid, gereja dan synagogue di Pulau Saadiyat, Abu Dhabi, UAE.

Akhbar utama negara haram Israel, The Jerusalem Post dalam ulasannya begitu bangga dengan perkembangan tersebut, menyatakan ia adalah simbol kejayaan Abraham Accord iaitu kejayaan menormalisasikan hubungan antara negara haram Israel dengan negara – negara Arab seperti UAE, Bahrain, Mesir dan Morocco di samping ia adalah satu langkah kehadapan untuk menyatukan tiga agama di rantau tersebut.

KUIS dalam kenyatannya menyeru para cendekiawan Islam, penuntut ilmu dan pendakwah untuk menunaikan kewajipan mereka terhadap agama Islam dalam menghadapi cabaran bid’ah yang sesat di zaman ini dengan meningkatkan kesedaran serta memberi amaran tentang bahaya yang berlaku terhadap umat Islam.

Begitulah tegasnya kenyataan KUIS terhadap pencerobohan ke atas akidah Islam dengan doktrin Abraham Religion dan bahaya di sebalik normalisasi hubungan dengan negara haram Israel.

Hal yang demikian juga telah diberi amaran oleh ulama ketika agenda ini mula dilaksanakan pada tahun 2021. Mengimbas kembali ketika sambutan ulang tahun ke 10 penubuhan The Egypt Family House pada November 2021, Dr. Ahmed Al Tayeb, Syeikh (Imam Besar) Al Azhar dengan tegas dan jelas menyuarakan kebimbangan dalam ucapannya di majlis tersebut berkenaan satu agama baharu iaitu Abraham Religion dengan menyifatkannya sebagai satu agama sesat.

Dr. Ahmed Al Tayeb kemudiannya menjelaskan dalam ucapannya terdapat perbezaan antara menghormati dan mengiktiraf satu-satu agama. Islam menghormati agama lain khususnya agama samawi akan tetapi tidak mengiktirafnya sebagai agama yang benar. Di sisi Islam, agama yang benar hanyalah Islam sebagaimana maksud firman Allah: “Sesungguhnya Agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam” (Al-Imraan: 19)

Pendirian Dr. Ahmed Al Tayeb ini mendapat sokongan jitu dari masyarakat dunia Arab termasuk daripada golongan Kristian sambil menyatakan sokongan terhadap penolakan tersebut di media sosial termasuk dari golongan cendikiawan, orang kenamaan dan masyarakat awam.

Namun ramai dari kalangan masyarakat Arab ketika itu tertanya-tanya mengapakah Dr. Ahmed Al Tayeb mula menyuarakan perihal Abraham Religion. Adakah sedang berjalan agenda sulit atau terselindung untuk menyebarkan atau mengumumkan penubuhan agama baharu ini di kala situasi geopolitik sedang bergolak hebat di Asia Barat?

Abraham Religion adalah gabungan daripada tiga agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi yang digabungkan dengan tujuan untuk menyatukan umat manusia di bawah satu agama dengan menyampai satu mesej untuk menyeru umat manusia ke arah penyatuan dan kedamaian.

Ia dilancarkan oleh UAE ketika menandatangani perjanjian normalisasi hubungan antara UAE dan negara haram Israel pada Ogos 2020 yang diusahakan oleh Donald Trump dan Jared Kushner yang dikenali sebagai Abraham Accord.

Dalam teks deklarasi perjanjian tersebut yang diterbitkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, dinyatakan bahawa “Kami menggalakkan usaha untuk menyokong dialog antara budaya dan agama untuk memajukan budaya keamanan antara tiga agama Abraham dan semua umat manusia“.

Secara zahirnya, teks deklarasi perjanjian tersebut mempunyai mesej terselindung berkenaan Abraham Religion yang akan diusahakan untuk menyatukan ketiga-tiga agama samawi ini di bawah satu agama.

Ramai yang beranggapan bahawa UAE adalah pelopor kepada Abraham Religion ini, selari dengan penubuhan Abrahamic Family House di Abu Dhabi ketika lawatan oleh Pope Francis pada awal 2019 sebelum ditandatangani perjanjian normalisasi dengan negara haram Israel.

Penubuhan Abrahamic Family House di Abu Dhabi, UAE adalah sama tujuannya dengan penubuhan Egypt Family House di Mesir, iaitu untuk mempromosi serta mewujudkan keamanan dan keharmonian di antara penganut berbilang agama di negara masing-masing.

Namun begitu, perlu difahami bahawa Abraham Religion adalah satu pendekatan yang mengandungi agenda besar yang tersirat yang dijalankan oleh rejim zionis Israel dan sekutunya dengan tujuan utamanya adalah untuk menyebarkan dan memperkukuhkan program penerimaan proses normalisasi, intergrasi sosiobudaya dan politik dalam kalangan negara-negara Dunia Islam terutamanya negara-negara Asia Barat dengan negara haram Israel.

Dengan mengetengahkan idea keamanan, keharmonian dan perpaduan kepada umat Islam, ia diharap dapat melembutkan hati dan memperdaya umat Islam terutamanya pemerintah negara-negara Dunia Islam untuk menerima perjanjian normalisasi yang mampu mengukuhkan kedudukan regim zionis Israel di Asia Barat dan seterusnya menguatkan keabsahan kewujudan negara haram Israel di samping terus melupakan perjuangan rakyat Palestin.

Oleh itu perlu ditegaskan sebagaimana kenyataan KUIS termasuk juga Syeikh Dr. Ahmed Al Tayeb, Abraham Religion adalah satu ancaman dan muslihat besar yang boleh menyesatkan akidah umat Islam. Agama baharu ini perlu ditolak dan diperjelaskan bahayanya kepada umum di samping bertujuan untuk memanipulasi umat Islam supaya menerima keberadaan zionis Yahudi samada di Palestin atau di negara-negara Dunia Islam yang lain.

Idea kebersamaan dan inovasi agama yang mampu membawa kepada meninggalkan agama Islam adalah satu bahaya yang besar kepada umat Islam. Sebagaimana yang kita lihat hari ini buku-buku, artikel, filem dan pelbagai lagi yang mempromosi dan mengetengahkan agenda kekufuran dan kebersamaan agama yang mampu merosakkan akidah dan iman umat Islam perlu dihalang dari terus merosakkan minda umat Islam.

Jika dibiarkan agenda pluralisme agama dalam pelbagai medium terutamanya media massa dan media sosial, ia dijangka akan mendatangkan bahaya terutamanya kepada anak muda yang ketika ini terdedah kepada idea kebebasan melampau dan hak asasi manusia tidak masuk akal yang jauh terpesong dari ajaran agama Islam yang sebenar.

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa musuh Islam tidak akan berhenti untuk menyesatkan umat Islam dengan apa cara sekalipun. Malangnya terdapat dalam kalangan umat Islam yang sanggup menjadi alat kepada musuh-musuh Islam semata-mata kerana kepentingan kuasa dan harta keduniaan.

Inilah sejarah yang akan berulang kali berlaku iaitu sejak dari zaman awal Islam dahulu sehinggalah dunia ini ditamatkan riwayatnya.

Semoga umat dan Dunia Islam senantiasa terpelihara dan berada di dalam lindungan Allah SWT.

Malaysia Sejahtera

YB DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk. – HARAKAHDAILY 11/3/2023


2. Parti mana gagalkan negara dan halang kebangkitan Islam? 

KEPALA BATAS: Wasiat Raja-raja Melayu dan para pemimpin semasa pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu telah gagal didukung serta diharapkan kepada kerajaan dan parti pemerintah sebelum ini.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria berkata, kecuali Perikatan Nasional (PN) yang bersungguh-sungguh menunaikan tujuh wasiat telah ditandatangani persetujuannya pada 5 Ogos 1957 iaitu sebelum negara mencapai Kemerdekaan.

Sedangkan menurutnya, tujuh wasiat tersebut merupakan asas kepada tunjang penubuhan negara ini serta jaminan keamanan yang berterusan selagi ianya dihayati dan dipatuhi oleh seluruh rakyat Malaysia dan generasi pewarisnya.

ADUN Gunung Semanggol itu memberikan contoh Tanah Rizab Melayu yang semakin berkurangan hari ini, selain hak-hak istimewa Bumiputera termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan kian terungkai di bawah barisan dan pakatan tersebut.

Beliau turut menyindir pihak berkenaan yang selalu menyanyikan lagu ‘Anak kecil main api’ tetapi hakikatnya mereka membakar dan memusnahkan harapan bangsa sepanjang memegang kuasa pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

Perkara tersebut dikemuka dan dikupas beliau ketika menyampaikan ucapan pada program Gelombang Hijau Pulau Pinang yang di langsung kan di Kompleks PAS Pulau Pinang, Pongsu Seribu, di sini semalam.

“Kini tekanan demi tekanan (politik) diberikan dan khusus kepada jemaah PAS (antaranya) dengan halangan dari berceramah dan berkhutbah di masjid. 

“Tetapi itu tidak akan dapat menghalang kebangkitan Islam, bahkan menjadi lumrah dan liku-liku perjuangan menegakkan kebenaran,” ujar beliau.

Jelas Razman, pusingan kebangkitan Islam sedang mencapai kemuncak dan bakal menyempurnakan pusingan kitaran 100 tahun pada tahun hadapan iaitu sejak kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924. – HARAKAHDAILY 12/3/2023



3. Kerajaan India bantah pengiktirafan perkahwinan sejenis  
Mahkamah Agung India di New Delhi. - Foto REUTERS

NEW DELHI: Kerajaan India menentang pengiktirafan bagi perkahwinan sejenis, katanya dalam satu usul difailkan kepada Mahkamah Agung hari ini.

Ia turut menggesa mahkamah menolak cabaran terhadap rangka kerja undang-undang semasa yang dikemukakan oleh pasangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kementerian Undang-Undang percaya, walaupun terdapat pelbagai bentuk perhubungan dalam kalangan masyarakat, pengiktirafan undang-undang perkahwinan adalah untuk hubungan heteroseksual.

Malah, katanya, kerajaan mempunyai kepentingan yang sah untuk mengekalkannya, menurut notis fail yang dilihat oleh Reuters, namun belum didedahkan kepada awam.

"Hidup bersama sebagai pasangan dan mengadakan hubungan seksual dengan pasangan sejenis... tidak setanding dengan konsep unit keluarga India iaitu suami, isteri dan anak-anak," kata kementerian itu.

Tambahnya, mahkamah tidak boleh diminta mengubah keseluruhan dasar perundangan negara yang tertanam dalam norma agama dan masyarakat.

"Hidup bersama sebagai pasangan dan mengadakan hubungan seksual dengan pasangan sejenis... tidak setanding dengan konsep unit keluarga India iaitu suami, isteri dan anak-anak," kata kementerian itu.

Tambahnya, mahkamah tidak boleh diminta mengubah keseluruhan dasar perundangan negara yang tertanam dalam norma agama dan masyarakat.

Dalam keputusan bersejarah pada 2018, Mahkamah Tertinggi India menyahjenayah homoseksual dengan membatalkan larangan era penjajah terhadap seks membabitkan golongan gay.

Kes yang berlaku ketika ini dilihat sebagai perkembangan penting mengenai hak LGBT di negara itu.

Sekurang-kurangnya 15 rayuan, sebahagiannya oleh pasangan gay difailkan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, meminta mahkamah mengiktiraf perkahwinan sejenis.

Malah, ia kini mencapai peringkat untuk berdepan undang-undang kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Dalam usul difailkan hari ini, kerajaan berhujah keputusan pada 2018 tidak bermakna mengiktiraf hak asasi undang-undang untuk perkahwinan sejenis di bawah undang-undang negara.

Objektif sistem perundangan semasa mengenai perkahwinan 'terhad kepada pengiktirafan hubungan undang-undang perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita, sebagai suami dan isteri.

Kerajaan dalam hujahnya berkata, sebarang perubahan kepada struktur undang-undang harus menjadi domain Parlimen yang dipilih, bukan mahkamah.

Kes berkenaan ditetapkan untuk dibicarakan di Mahkamah Agung esok. - REUTER

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pluralisme agama, parti mana & iktiraf kahwin sejenis. 

Hanya Islam agama di sisi Allah, lain ditolak!





9 comments:

Anonymous said...

Adoii
Ada mesyuarat minta PAS keluar PN.
Habislah "bank" kita.

Anonymous said...

Mengikut cara zionist, cara nak lemahkan lawan ialah tuju ketuanya. Macam ramai ketua hamas dibom oleh zionist.

Dulu komunis dapig berjaya pecahkan pas. Mereka serang tghh dengan 90 juta. Akar umbi ramai yang ikut kelompok syiah pimpinan mat sabun. Tapi ramai yang dah balik bersama pas.

Sekarang al jub yang dikenali punya hubungan dengan zionist mengulang cara sama. Mereka dakwa pimpinan dengan dikaitkan dengan rasuah. Seperti yang berlaku pada tghh dulu. Berpesta mendakwa.

Selesaikan dulu kes wak jowo. Kes eng guan. Baru rakyat boleh percaya pendakwaan ke atas pimpinan bersatu bukan suatu perancangan. Bukan satu pesta sukaria. Bukan satu cerpen oleh sasterawan.

Anonymous said...

Apa perkembangan terkini pemfitnah2 90 jota tu? Sudahkah mereka meminta maaf?

Anonymous said...

Payah nak percaya seorang buruk akhlaq macam wak jowo dan al jub boleh pergi lebih maju. Berbohong tak bekerjasama, tapi akhirnya si penyamun jadi second man. Macam mana rakyat nak percaya. Awal awal lagi mula berbohong.

Lepas tu, amalan berbohong berterusan. Janji pegang satu jawatan. Aleh aleh bolot jawatan jaga khazanah. Janji harga petrol turun, aleh aleh bagi alasan manifesto bukan kitab suci.

Ini dah jadi amaran kepada rakyat. Amalan berbohong, berdusta, menipu akan berterusan di masa akan datang. Orang tua macam al jub susah nak ubah perangai. Dah otai dengan berbohong. Sekali berbohong, dua kali berbohong, selamanya akan berbohong.

Anonymous said...

Bila nak heret Zety ke mahkamah.. bila PDRM nak tangkap Taufik Ayman..

Selagi hanjing Tun ada dalam pejabat AG kes ni tak ke mana lah nampaknya..

Mcm ada konspirasi sesama barua baru dan barua lama LeeKwanYew@DAP

Anonymous said...

harga minyak, pptn, felda, royalti20%, auku, ... mana dia nuar?
harga barang naik, nilai ringgit turun - nih strategi ekonomi apa nih,
pelabur dah mula ada yg cabutlari,
pekerjaan tetap baru dah berkurang ninh...
ada majikan dah mula start buang pekerja nih..

kenana halatuju ekonomi negara nih kau nak bawa nuar?

Anonymous said...

Perarakan lgbt di mesia hanya berlaku bila ph mentadbir... suratan atau kebetulan atau memang dirangcang nih..

ikhlas mohon penceritaan sikit dlm bab nih.

Anonymous said...

Pelik betul pakatan hancing. Al jub nak PN bersih. Tapi dalam ph ada penyamun. Ada perasuah. Ada peliwat. Sibuk nak bersihkan orang lain. Tapi parti sendiri berlumur najis. Sihatkan ker bm kiter.

Anonymous said...

Dia tu tak sehat. Lama sangat huni penjara. Ada wayer putus. Banyak kosong dari kontent. Asyik tibai orang melayu dan Islam. Zionist tibai Islam. Ramasamey tibai Islam. Komunis dapig tibai Islam. Eng guan tibai Islam. Kok meng tibai Islam. Al jub pun tumpang sekaki tibai Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails