Saturday, March 11, 2023

Punca RM susut 4.50? Tanya BNM, jawab Anwar. Mana penasihat?

 

Anwar berucap pada Invest Malaysia anjuran Bursa Malaysia dan Maybank - Foto BERNAMA

1. 'Itu kena tanya Bank Negara'

KUALA LUMPUR: "Itu kena tanya Bank Negara (Malaysia)," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ringkas ketika ditanya sama ada Kadar Dasar Semalaman (OPR) berpotensi dinaikkan susulan prestasi mata wang tempatan yang terus melemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini.

Nilai ringgit kembali dibuka rendah berbanding dolar AS selepas mencatatkan kenaikan pada hari-hari sebelumnya apabila dolar AS mengukuh, didorong oleh laporan monetari separuh tahun kepada kongres oleh Rizab Persekutuan (Fed) yang lebih memihak kepada menaikkan kadar faedah.

Mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.5065/5140 berbanding dolar daripada penutupan Selasa pada paras 4.4710/4730.

Pada 18 Januari lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan mengejut dengan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus.

Ia selepas kenaikan OPR empat kali berturut-turut sejak tahun lalu bermula Mei, Julai, September dan November lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Penganalisis berpandangan BNM dijangka mengulangi langkah sama dalam mesyuarat MPC hari ini bagi memerhati kesan kenaikan kadar faedah terdahulu terhadap momentum pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Firdaos Rosli, kebarangkalian untuk BNM mengekalkan OPR pada tahap sekarang adalah agak tinggi selepas mengambil kira kadar pengangguran masih lagi statik di paras 3.6 peratus, pengurangan impak suntikan fiskal, manakala kadar inflasi yang perlahan juga mungkin akan dipertimbang.

Sementara itu Ketua Ahli Ekonomi ASEAN dan Asia Selatan Standard Chartered Bank (Singapore) Limited, Edward Lee, berkata kenaikan OPR dijangka dibuat pada Mei ini selepas BNM mengambil langkah di luar jangkaan mengekalkannya pada paras 2.75 peratus Januari lalu.


2. Punca ringgit susut lepasi 4.50 berbanding dolar AS  

KUALA LUMPUR: Pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding mata wang utama dunia berikutan jangkaan kenaikan agresif kadar faedah ekonomi terbesar dunia menyaksikan nilai ringgit susut melepasi 4.50 sedolar.

Pada tengahari nilai mata wang tempatan itu berada pada paras 4.52 berbanding dolar AS, susut 1.12 peratus berbanding penutup hari sebelumnya.

Sejak awal Februari lalu, ringgit sudah susut kira-kira 5.5 peratus iaitu daripada 4.22 kepada 4.52.

Kebimbangan kembali tercetus setelah Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell, dilaporkan memberitahu penggubal undang-undang AS bahawa bank pusat AS itu bersedia untuk menaikkan kadar faedah dengan lebih agresif jika petunjuk ekonomi mencadangkan langkah lebih tegas diperlukan untuk mengawal inflasi negara itu.

Kenyataan itu menyusuli data terkini yang menunjukkan peningkatan inflasi AS yang kekal tinggi pada 6.4 peratus pada bulan Januari.

Susulan itu, pelabur menjangkakan Fed akan menaikkan kadar faedahnya sehingga 50 mata asas pada bulan ini.

Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, ketika dipetik Bernama berkata Powell masih tetap dengan pendirian kepada menaikkan kadar faedah.

"Rizab Persekutuan bersedia untuk menaikkan kadar dana Persekutuan, malah mungkin lebih tinggi daripada apa yang diharapkan oleh pasaran sekiranya data terus menunjukkan daya tahan lebih lanjut terhadap ekonomi AS.

Dalam perkembangan lain, Mohd Afzanizam turut berkata Indeks Dolar AS (DXY) telah meningkat 1.21 peratus kepada 105.616 mata.

"Justeru, ringgit dijangka berada di sisi yang lebih lemah hari ini dengan tahap rintangan semasa sekitar RM4.5293 berbanding dolar AS dan akan bergerak ke arah ini dalam jangka masa terdekat," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi terhadap sekumpulan mata wang utama setakat tengahari.

Unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3321/3410 daripada 5.3715/3739 pada hari Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.7539/7618 daripada 4.7647/7669 tetapi rendah berbanding yen menjadi 3.2813/3.2870 daripada 3.2909/2926 sebelumnya.

Kebimbangan tentang tekanan inflasi menyebabkan dolar AS mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia setelah laporan baru-baru ini bahawa Indeks Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE), yang man menjadi petunjuk utama inflasi oleh Rizab Persekutuan, meningkat kepada 0.6% untuk Januari dan harga naik 4.7% berbanding tahun lalu.

Inflasi yang tinggi akan memaksa Fed untuk terus menaikkan kadar faedah dan mengekalkannya sepanjang tahun.

Sebelum ini, penurunan harga komoditi pada tahun lalu menyebabkan ramai pelabur percaya inflasi akan reda dan kemelesetan ekonomi utama tidak akan berlaku. (BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimPunca RM susut 4.50? Tanya BNM, jawab Anwar. Mana penasihat? 

Oh, mungkin kerana suku sakat kerabat penasihat terlampau ramai?   

10 comments:

Anonymous said...

Pelabur asing dah kenal aljub. Serupa atok the pharoah juga. Tiada yang new. Kena pakat pakat ajak pelabur asing melabur di kelantan, trengganu dan kedah. Ada keberkatan juga. Telus dan bebas rasuah.

Dengan parti liberal ada rantaian buruk. Rasuah jadi menteri. Jawatan tak ditandingkan dan rose kata langgar peraturan. Rasuah dan bohong sama sama naik. Sama sama hidupkan riwayat aljub.

Sama sama naik. Tangkap usahawan melayu. Usahawan komunis dapig bebas berkeliaran. Kebolehpercayaan drop. Jatuh tukaran asing. Jom kita bebaskan negara kita dari kejahilan berganda.

Anonymous said...

Sebagai seorg yang faham ekonomi, pakar ekonomi, tak molek la beri jawaban bergitu, setidak2nya berlapiklah sikit?

Nampaknya segala2 terus merundum!!

Anonymous said...

Boleh ker orang sastera faham economic terms. PM orang sastera. Menteri duit orang sastera. Jadi satu hal pulak nak terangkan economic terms kepada orang sastera. Pm nak bincang dengan menteri duit tentang economic terms jadi satu hal. Dua dua bingung. Last last tanya bank negara.

Yang paham term sungai, boleh nampak air, boleh terbayang hidupan sungai, boleh bayang rasa sejuk sungai, boleh bayang feel harung sungai. Jadi kalau tak faham economic terms, macam mana nak feel economic situations. Jadilah tikus baiki labu. Elok labu boleh dimakan, dapat pada tikus, rosak habis.

Kerosakan berganda. Tamak haloba pada jawatan, padahnya pada rakyat. Janji keramat, hari ni jadi kerajaan, esok harga petrol turun. Rupanya mata wang yang turun, harga petrol tak turun. Berganda padah yang rakyat tadah.

Anonymous said...

Anonymous March 8, 2023 at 3:51 PM ...Faham dan pakar ekonomi apa benda!!!! Pakar injin sangkut ada le!!!!Kursus kesusasteraan melayu 3rd class pakar lancaulah. Satu Malaysia kena bodohkan orang bodoh ni...kahhh...kahhh.





Anonymous said...

Tunggu rangka selesai masalah nilai mata wang susut dalam bentuk kajian ekonomi oleh pakar sasterawan.

Unknown said...

Dulu 4.7 zaman pn.. Ok je

Unknown said...

Susut ke dr 4.7

Anonymous said...

MINYOK dah turun ke blommm

Anonymous said...

Kalau buat pinjaman loan cagar wang KWSP tak kan itu nak kata Bank Negara punya kuasa... Kita ni ada Menteri Kewangan paling bangang rupanya...

Rakyat dah nak mampos susah harga barang naik, minyak dijanjikan tak turun turun, formula ke laut dalam...

Buat pinjaman cagar wang KWSP.. no brain ini bukan penisehat ini punaisehat

Saya ulanghhhh

punahsehat...!!!

Anonymous said...

situa sipmx dulu skolah major nya sastera melayu .. minor nya sastera tamil..

baik suruh dia nyanyi lagu melayu lama p.ramli "hoihoiyahoi" dan lagu sudin dlm nujum pak belalang berjudul "aku penyamun" jugak suruh dia nyanyi lagu tamil klasik. baru ngam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails