Paparan imej ‘cahaya Ramadan’ menerangi salah satu kawasan paling terkenal di London di Coventry Street yang menghubungkan Piccadilly Circus dan Leicester Square. (FOTO: BBC)
1. ‘Cahaya Ramadan’ sinari jalan raya London
LONDON: Jalan raya di London kini disinari lampu-lampu indah yang menyampai mesej Ramadan sempena ketibaan bulan suci umat Islam pada tahun ini.
Paparan imej ‘cahaya Ramadan’ itu menerangi salah satu kawasan paling terkenal di London sejak malam Selasa (21 Mac) lalu, buat pertama kalinya di Coventry Street yang menghubungkan Piccadilly Circus dan Leicester Square.
Sebanyak 30,000 biji lampu LED digunakan untuk membentuk 61 hiasan bulan serta tulisan ‘Ramadan Lights’ (‘Cahaya Ramadan’) yang akan dinyalakan sehingga 21 April ini, lapor Time Out.
Ia dirasmikan oleh Datuk Bandar Muslim di bandar itu, Sadiq Khan, yang berkata ini adalah kali pertama sebuah bandar raya Eropah menyambut bulan suci Islam dengan cara ini.
Pemasangan lampu-lampu berkenaan diketuai oleh Ramadan Lights UK, menampilkan 30,000 lampu lestari itu yang menggambarkan fasa bulan; yang mana mengikut kalendar Islam, tarikh bulan Ramadan ditetapkan adalah berdasarkan kitaran bulan.
Pengasas Ramadan Lights UK, Aisha Desai memberitahu New Arab bahawa Ramadan adalah bulan mulia buat umat Islam yang ramai menetap di Britain.
“Terdapat ramai orang Islam di United Kingdom, jadi kita harus diwakili… kita tinggal di bandar yang benar-benar menakjubkan ini (London) adalah… dengan pelbagai budayanya.
“Saya fikir ia juga sangat penting bagi saya sebagai seorang wanita muda Islam untuk memberi inspirasi kepada anak muda Islam yang lain, dan orang bukan Islam, untuk mengetahui bahawa langit adalah hadnya. Kita boleh melakukan apa sahaja yang kita mahu lakukan, asalkan kita tabah,” katanya.
Desai percaya bahawa inisiatif seperti Ramadan Lights UK akan membantu memerangi Islamofobia dan meningkatkan kesedaran tentang tradisi, kepercayaan dan amalan budaya Muslim.
“Mesej yang indah untuk mengatakan seperti, kami melihat anda. Anda berada di sini dan… ini adalah rumah anda. Dari mana pun latar belakang anda, ini adalah rumah anda yang lain,” kata Soukaina Ichanti, yang melawat Ramadan Lights UK.
“Sebelum ini kami disajikan dengan lampu-lampu Krismas dan kini lampu-lampu Ramadan yang juga memabwa mesej yang indah bahawa kita harus hidup bersama walaupun berbeza kepercayaan kita,” tambahnya memberitahu New Arab.
Seorang blogger video, Shehwar pula memberitahu Ramadan Lights UK sangat istimewa dan ia membuatkan saya berasa sangat bangga menjadi seorang Muslim British.
“Ia hanya menunjukkan betapa pelbagai budaya, betapa pelbagai dimensi kita sebagai sebuah masyarakat. Saya tidak pernah lebih bangga menjadi orang British,” ujarnya. Ramadan Lights UK pada mulanya menyalakan struktur dengan fasa bulan pada Ramadan 2021 dan meletakkannya berhampiran Jalan Pekeliling Utara (North Circular Road) yang sibuk di London, sebuah lebuh raya orbit yang melintasi ibu negara Britain itu.
Pada Ramadan 2022 pula, Desai menempatkan pemasangan lampu-lampu Ramadan di Henley’s Corner di utara London, salah satu jalan paling sibuk di bandar itu.
Tahun ini, pemasangan itu biar pertama kalinya diletakkan di tengah-tengah London, di jalan yang dikunjungi oleh berjuta-juta orang semasa bulan suci kali ini.
Sambutan positif yang besar terhadap Ramadan Lights UK telah memberi inspirasi kepada Desai untuk membuat yang terbaik pada tahun ini yang akan berakhir pada 21 atau 22 April, bergantung kepada penampakan bulan.
Inisiatif Ramadan Lights UK tahun ini diwujudkan dengan kerjasama Aziz Foundation dan Heart of London Business Alliance. – HARAKAHDAILY 24/3/2023
2. Ramadan: Pembudayaan al-Quran dan kempen ‘Satu Keluarga Satu Hafiz’
Ada masjid yang sanggup membayar sepuluh hingga lima belas ribu kos untuk jemputan hafiz dalam bulan Ramadan. Teringat penulis, di musim PKP menjadi gurauan tentang tahap imam-imam di rumah masing-masing. Lelucon ini, bertebaran di alam siber tentang ketidakupayaan ketua keluarga membaca surah-surah panjang. Alangkah bahagianya jika solat terawih berjemaah di musim PKP dahulu diimamkan oleh suami atau putera-putera lelaki yang menghafaz al-Quran.
Penulis mencadangkan supaya masyarakat Muslim negara ini menggerakkan kempen “Satu Keluarga, Satu Hafiz” dan kerajaan mestilah melakukan usaha terancang dan bersungguh untuk menjayakan kempen ini. Mewujudkan satu keluarga, satu hafiz juga akan menjadikan sesebuah keluarga itu membudayakan al-Quran secara berterusan dan usaha membina keluarga sakinah akan mencapai matlamat yang disasarkan. Keluarga sakinah akan melahirkan generasi yang berkualiti, menjauhi najis dadah, menjauhi gejala sosial serta kebobrokan yang lain.
Masyarakat perlu tahu mengapa sekolah tahfiz menjadi tarikan pesona kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak belajar agama. Menarik juga kerana sebahagian besar yang menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz mahu pun sekolah agama rakyat ialah kelompok kelas menengah Melayu yang berpendidikan. Mereka tidak naif sebagaimana sangkaan sebahagian masyarakat yang menyangka anak-anak yang belajar di tahfiz adalah pelajar tanpa potensi.
Euforia Islami dengan pengamalan agama di maahad tahfiz akan mengacuankan pelajar-pelajar yang berakhlak mulia dan inilah yang dikehendaki oleh ibubapa dan penjaga. Kita seharusnya jujur melihat kegagalan pendidikan arus perdana negara ini. Kadar kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 10 tahun terakhir ini melebihi 503,000 orang, kadar penagihan dadah yang mencanak, gejala buta al Quran dan seribu satu fenomena kebejatan akhlak yang merupakan produk pendidikan arus perdana hari ini.
Impak daripada kebejatan sosial dan fenomena buta al-Quran itulah maka ibu bapa melihat kearah pendidikan alternatif, iaitu sekolah tahfiz. Sekolah tahfiz menjadi tarikan masyarakat dalam dua dekad terakhir ini, terutama usaha gigih para asatizah muda yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan sub continent. Kerajaan Kelantan sebagai contoh antara pemicu utama menggalakkan sekolah tahfiz integrasi sehingga melahirkan pendidikan gabung jalin antara sains dan al-Quran. Idea Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ini akhirnya meletus fenomena tahfiz sains di seluruh negara.
Kesan yang besar daripada pelajar-pelajar pintar yang memasuki tahfiz ini sejak tiga dekad lalu maka kita menikmati ramai profesional yang menghafal al Quran, contohnya ribuan doktor perubatan yang juga merupakan penghafal al Quran. Siang hari sebagai ahli teknokrat, manakala malam ini menjadi imam solat. Kelompok ini juga akan menebarkan ilmu al Quran di lingkungan sosial masing-masing, mewujudkan pelbagai kelas al Quran termasuk secara maya. Masyarakat wajib difahamkan, belajar dan menghafal al Quran tidak semestinya menjadi pegawai-pegawai masjid semata-mata. Ada pelbagai ruang lain dalam kerjaya kepada penghafaz al Quran, mereka menjadi kelompok yang dipercayai bahkan satu masa nanti negara kita ini wajib kita impikan oleh seorang negarawan yang menghafal al Quran sebagai mana negara Mesir pernah memiliki Presiden kelima yang menghafal al Quran dan juga seorang profesional aras tinggi. Dr Mohamed Mursi, Ismail Haniyeh adalah contoh negarawan yang menghafal 30 juzuk al Quran.
Kita boleh belajar daripada negara Turkiye yang mampu membangunkan semula institusi sekolah tahfiz mereka sehingga berjaya memupuk kefahaman Islam yang semakin baik kepada generasi muda berbanding tiga dekad yang lalu. Pasca kejatuhan khilafah Uthmaniah, segala upaya dibuat untuk membenamkan pendidikan al Quran, membasmi al Quran dengan menutup sekolah imam dan khatib namun Islam kembali menyinar di bumi Turkiye selaras dengan kebangkitan semangat mempelajari al Quran. Al-Quran adalah mukjizat dan percayalah ianya ubat mujarab untuk menyembuhkan negara kita daripada kebobrokan dan kebejatan sosial. Jom wujudkan seorang hafiz untuk satu keluarga! – HARAKAHDAILY 26/3/2023
Penulis ialah Pengerusi Kompleks Pendidikan Tahfiz An Nur Besut dan Pengerusi Kompleks Tahfiz An Nur Setiu.
3. Bergaduh selepas ambil minuman keras di Pasir Gudang, 11 ditahan
Polis menahan 10 lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah kawasan perumahan dekat Taman Cendana, Pasir Gudang di sini, minggu lalu, yang mana video pergaduhan itu tular di media sosial hari ini. - Foto Tangkap Layar Video TularJOHOR BAHRU: Polis menahan 10 lelaki dan seorang wanita yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah kawasan perumahan dekat Taman Cendana, Pasir Gudang di sini, minggu lalu yang mana video pergaduhan itu tular di media sosial hari ini.
Daripada 11 suspek ditahan, sembilan daripada mereka sudah pun dituduh di Mahkamah Majistret di sini, dan didenda RM2,000.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi seminit 31 saat menerusi akaun Twitter 'Jabatan Netizen Malaysia' yang memaparkan pergaduhan berkenaan.
Kejadian pada jam 11.05 malam, Ahad minggu lalu membabitkan sekumpulan warga tempatan di kawasan perumahan itu.
"Kita telah membuat tangkapan pada hari kejadian itu seramai 10 lelaki dan seorang wanita semuanya berusia antara 17 sehingga 53 tahun.
"Hasil siasatan mendapati pergaduhan berpunca daripada beberapa suspek yang ditangkap membuat bising setelah mengambil minuman keras," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Semakan rekod lampau mendapati enam daripada suspek berkenaan mempunyai 13 rekod jenayah serta tiga rekod berkaitan dadah.
Katanya, seorang daripada mereka juga mempunyai dua rekod dikehendaki polis atas kes dadah.
Mohd Sohaimi berkata, siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan sudah dirujuk ke Pejabat Pendakwa Raya Negeri Johor.
"Sembilan suspek sudah dituduh di Mahkamah Majistret di sini, di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan didenda RM2,000 atau lima bulan penjara," katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ramadan, London, budaya Al-Quran, M'sia masih mabuk..
Puak-puak di Malaysia, masih mabuk punya hal. Masih ketinggalan mundur. Apa lagi yang masih jadi barua parti anti Islam. Kesian.
2 comments:
Elit Indonesia bertindakbalas pada perusahaan minyak Singapura... Curi minyak guna rangkaian kartel mafia LeeKwanYew di Indonesia
https://youtu.be/sJRRKH6MBek
Dalam masa yang sama cobaan Tun nak heret orang Melayu' ke kancah perang barua barua DAP@LeeKwanYew sedang kan orang Cina DAP,MCA Gerakan dah mula tepok tangan macam Jho Low tepok tangan tengok orang Melayu' berbunuhan dolu.. tak hingat lagi ke wooii
https://vt.tiktok.com/ZS8VUs7K1/
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengesan jejak kewangan dan aset bekas menteri dan taikun perniagaan yang didakwa disembuyikan di empat negara.
Bekas menteri itu dipercayai Tun Daim kroni Tun Mahathir
https://youtu.be/MfvAoPKiCyE.
Brother sudah buka gelanggang mulut pasal Tun Dan Daim.. haha tepokkkk..!!
Aliran kewangan dan aset berkenaan disyaki dihantar melalui Singapura sebelum dialihkan kepada empat negara terbabit.
Jokowi sudah berani beri kata dua pada Singapura tapi di Malaysia pemimpin Melayu' terkinja kinja mahu jadi Barua LeeKwanYew @DAP
https://youtu.be/a9Nb4r0W3WA
Seperti biasa Singapura akan membantu siasatan sambil ambil kesempatan membatu api dan melaga lagakan umat Melayu Malaysia supaya bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri.
Seperti kes Jho Low dan Zety Singapura akan membantu siasatan sambil menbatu ai dan melaga lagakan pemimpin Melayu berbunuhan.
https://youtu.be/Sc1-DniL9hE.
Tun buat press... Battle of barua DAP@ LeeKwanYew is begin.
Pada orang Melayu' sekelian siapkan pop corn dan tepokkk..!!
PRN June 2023 ini Mari kita lingkupkan saki baki barua barua DAP@ LeeKwanYew dari tampuk kuasa
Soni tu penjilat dolly. Perangai pun sama. Material. Ibadat jujur tolak tepi.
Post a Comment