Tangkap layar rakaman video menunjukkan suspek dihukum ketuk ketampi. - Foto Agensi
1. Suspek rogol dihukum ketuk ketampi
PATNA: Seorang lelaki dihukum ketuk ketampi selepas dituduh merogol kanak-kanak berusia lima tahun dalam kejadian di negeri Bihar, India.
Kejadian di daerah Nawada itu mencetuskan kemarahan pengguna media sosial kerana suspek tidak diserahkan serta-merta kepada pihak polis.
Menurut laporan, perbuatan suspek terbongkar selepas ditangkap penduduk sejurus melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah kawasan sunyi.
Suspek kemudian diserahkan kepada jawatankuasa kampung atau 'panchayat' untuk disoal siasat.
Anggota 'panchayat' yang lebih berusia kemudian memutuskan suspak tidak bersalah merogol mangsa tetapi bersalah membawa kanak-kanak malang itu ke kawasan terpencil.
Suspek kemudian diarah melakukan ketuk ketampi sebagai hukuman.
Sementara itu, jurucakap polis Gaurav Mangla mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes tersebut.
"Tindakan lanjut akan diambil terhadap suspek dan kita akan menyiasat siapa yang mengarahkan suspek supaya tidak diserahkan kepada pihak polis," ujarnya. (SH)
IPOH: Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol yang di Bagan Serai 19 tahun lalu, dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ia susulan tempoh tahanan reman terhadap suspek berusia 40 tahun itu telah berakhir.
Menurutnya, suspek sebelum ini ditahan reman tujuh hari selepas diberkas oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 9 Jun lalu.
"Suspek direman empat hari dan disambung tiga hari lagi bagi reman kedua untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
"Polis kini dalam tindakan melengkapkan siasatan dan kita akan rujuk kertas siasatan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
edia melaporkan suspek merupakan pekerja ladang diberkas oleh JSJ Bukit Aman kerana disyaki terlibat dalam kes rogol pada tahun 2003.
(ii)19 tahun lolos, suspek rogol akhirnya dicekup
SHAH ALAM: Polis berjaya menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes rogol di Bagan Serai, Perak selepas 19 tahun berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam di sekitar Bagan Serai, Perak pada Khamis.
Media melaporkan suspek merupakan pekerja ladang diberkas oleh JSJ Bukit Aman kerana disyaki terlibat dalam kes rogol pada tahun 2003.
Pengarah JSJ, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataannya berkata, hasil padanan data profil asid deoksiribonukleik (DNA), polis berjaya menyelesaikan kes rogol yang berlaku pada tahun 2003 dengan tertangkapnya suspek terbabit. (SH)
3. Jenayah rogol: Pencegahan dari perspektif Islam
ISLAM merupakan agama yang cukup menjaga soal nasab, keturunan serta maruah. Malah penjagaan tersebut dikategori sebagai salah satu dari 5 perkara asas darurah yang dikenali sebagai ad-daruriyatul khams (الضروريات الخمس). Tanpa 5 perkara penjagaan ia iaitu agama, nyawa, akal, nasab keturunan termasuk maruah serta harta akan membawa kebinasaan dan kehancuran dalam kehidupan.
Mengejutkan apabila laporan akhbar Astro Awani pada 2 Julai 2019, mengenai kes rogol budak darjah 6 iaitu berusia 12 tahun ke atas budak berusia 4 tahun akibat bahana menonton video di telefon bimbit.
Dalam Islam, jenayah rogol adalah satu jenayah yang amat berat sekalipun ia tidak termasuk dalam ketegori jenayah hudud yang ditetapkan kadar hukumannya. Para ulama berselisih pandangan akan hukuman yang wajar dikenakan ke atas perogol. Ia kerana jenayah rogol merupakan jenayah yang melibatkan persetubuhan namun berlaku secara paksaan ke atas satu pihak lagi. Berbeza dengan zina yang melakukan jenayah atas kerelaan kedua-dua pihak.
Majoriti ulama berpandangan ia diqiyaskan kepada jenayah zina dari sudut hukumnya ke atas perogol, namun tidak dikenakan ke atas mangsa rogol. Jika perogol belum bernikah maka dikenakan sebatan sebanyak 100 kali namun jika sudah bernikah maka hukumannya ialah rejam.
Ada juga ulama seperti pandangan dari Mazhab Hanafi dan Maliki yang berpandangan harus hukuman takzir lebih berat iaitu hukuman bunuh berdasarkan pembuktian dan kondisi jenayah yang berlaku atas pertimbangan oleh pihak mahkamah untuk memutuskannya. Ini kerana mangsa menanggung malu dan beban hasil paksaan yang terkena ke atas dirinya. Malah hakim boleh menimbangkan hukuman pampasan menerusi takzir yang patut diterima oleh mangsa rogol bagi menampung bebanan yang dipikul.
Namun di pengamalan Mahkamah di Malaysia adalah berbeza kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad diikat pada Akta 355 atau dikenali Akta 356. Jenayah rogol menerusi Mahkamah Sivil pada Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima lima tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Dalam hal ini, hukuman ke atas perogol sahaja dan mangsa tiada peruntukan apa-apa pampasan melainkan menanggung malu.
Di sinilah, perlunya pihak kerajaan mengambil tindakan yang agresif untuk memastikan bidangkuasa Mahkamah Syariah terus dipertingkatkan bagi mengikuti seluruhnya hukum di dalam Islam. Tidak lagi hanya terhad pada bidangkuasa tertentu yang amat sempit.
Dalam kes yang berlaku seperti yang dilaporkan melibatkan kanak-kanak bawah 12 tahun, ia tidak boleh diambil ringan walaupun atas alasan bawah 18 tahun. Ini kerana mangsa rogol yang akan menghadapi tekanan minda dan kesan fizikal. Malah sudah pasti keluarga mangsa lebih terkesan berbanding keluarga pesalah. Maka keadilan perlu diberikan kepada kedua-dua pihak sewajarnya menurut perspektif Islam.
Selain itu, isu rogol di negara ini sudah kritikal. Sudah acapkali pimpinan PAS menggesa pihak kerajaan dalam menangani kes rogol dengan lebih efisien dan terbaik.
Di samping itu, Pemuda PAS Selangor juga melihat beberapa tindakan yang boleh diambil sebagai solusi kes jenayah rogol ini dengan dua aspek:
Pertama: Aspek pendidikan
1.Pihak kerajaan mesti memperkasakan silibus pengajian Islam di seluruh sekolah dan pelbagai tahap pendidikan sebagai subjek wajib, bukan selektif.
2.Para ibu bapa dan guru mesti berganding bahu memantau kelakuan anak-anak dan memastikan sukatan pelajaran agama diberikan perhatian yang lebih dan serius.
3.Mempergiatkan kempen yang sihat dalam membangunkan nilai moral dan jati diri syaksiah seperti kempen jaga pandangan dan memelihara kehormatan di seluruh peringkat sama ada agensi kerajaan, sekolah, masyarakat dan keluarga.
4.Penekanan pemakaian patuh syariah yang menutupi aurat oleh semua umat Islam serta pemakaian sopan bagi yang bukan beragama Islam. Termasuk juga pengiklanan sama ada secara maya, digital serta di papan tanda.
Kedua: Aspek Pencegahan
1. Memperkasakan bidangkuasa Mahkamah Syariah agar diberikan kuasa penuh sebagaimana peruntukan dalam syariat Islam.
2. Kementerian yang berkaitan seperti Penerangan, Komunikasi dan Multimedia untuk lebih agresif menyekat laman sesawang yang mempunyai unsur lucah dan seksi.
3. Penetapan cara pemakaian yang bersesuaian dengan etika agar tidak seksi dan menjolok mata. Bagi umat Islam dengan menutupi aurat, bagi bukan beragama Islam ialah batasan sopan.
4.Pihak berkuasa mesti menutup semua pusat maksiat sama ada yang berlesen atau tidak. Serta memantau pusat siber umum agar tidak menjadi tempat lepak remaja-remaja dengan aktiviti yang kurang sihat.
Pemuda PAS Selangor berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil langkah segera bagi memastikan kes jenayah rogol ini dapat di atasi dengan terbaik menerusi aspek pendidikan dan aspek pencegahan.
“Demi Islam”
“Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah”
USTAZ HANAFI ZULKAPLI
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor
Tarikh : 29 Syawal 1440H / 3 Julai 2019 – HARAKAHDAILY 3/7/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rogol hukum ketuk ketampi, India. M'sia? Islam terbaik..
Orang Islam tetap mengakui hukum Islam pasti terbaik!
1 comment:
Maka bertempik bersoraklah pengikut presiden parti liberal sekular. Kalau presiden kata no hoi hoi ya hoi, bererti itulah yang boleh jadi menteri kabinet. Jika presiden kata no nepotisme, maka anaknya paling sesuai jadi punasihat. Sekadar dua contoh.
Bererti jika lgbt dilarang tersiratnya akan diizinkan kebebasan menikmati sex songsang. Negara tidak menjadi negara liberal sekular, tapi akan direformasi beransur ansur.
Begitu sapuan bedak kosmetik di sebalik wajah yang gelap. Bedak itu ikut persekitaran. Jika persekitaran suka merah, maka bedak merah yang akan digunakan. Jika persekitaran mahukan Islam, maka bedak islamik akan digunakan. Kerana ustaz liberal ikut alam bukan ikut hukum.
Maka bertempik bersoraklah pengikut presiden parti liberal sekular. Kerana komunis dapig beri bantuan kepada sekolah tahfiz. Negeri mana yang buat begitu, tempik pengikut presiden parti liberal sekular. Lihat pelajar tahfiz terima manfaat dari komunis dapig.
Kerana bergelap dalam dunia kejahilan Islam, tidaklah si jahiliah dapat menyirat agenda yang lebih besar. Bantuan kepada sekolah tahfiz hanya pelajar tahfiz dapat manfaat. Tidak kepada umat Islam secara langsung.
Agenda lebih besar ialah menolak ruu355. Kerana manfaatnya diterima oleh seluruh umat Islam. Juga supaya lgbt, sekular dan liberal dapat dibiakkan secara beransur ansur. Begitulah terkehadapan komunis dapig berbanding pengikut jahiliah. Berbanding presiden parti liberal sekular yang lebih mengutamakan survival kerusi empok. Tetapi menderhakai hukum fiqh.
Post a Comment