MEDIA Malaysiakini melaporkan berita yang mempunyai maksud tertentu – bukan tanpa maksud – yang wajib diberikan perhatian oleh umat Islam, khususnya bangsa Melayu, kaum Bumiputera, dan kaum lain yang tidak ekstrem. Dua berita penting tersebut ialah:
- Keengganan Kerajaan Malaysia untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) adalah mengecewakan, kata pelapor khas Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ashwini KP.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/659522
- ULASAN | Nasihat terakhir kepada Mahathir oleh Lim Kit Siang mempromosikan Malaysian Malaysia ala DAP dan merendah-rendahkan kegagalan Wawasan 2020.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/659510
Negara Malaysia yang berperlembagaan meletakkan Islam agama negara, di samping memberikan kebebasan beragama kepada penganut berbagai-bagai agama. Malaysia juga menerima konsep jus soli, menerima kewarganegaraan, dan menjadikannya negara masyarakat majmuk yang sebegini rupa.
PAS menerima konsep demokrasi dengan mempertahankan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengikut tafsiran bahasa al-Quran, bukan bahasa yang lain, termasuk perkataan ‘agama’ dalam bahasa kebangsaan yang juga tidak tepat maknanya.
Saya terus mempertahankan konsep Islam terhadap masyarakat majmuk tanpa menghapuskan aspek bangsa dalam kejadian manusia dan kebebasan beragama, dengan penegasan Islam satu-satunya agama yang sebenar dan tidak ada paksaan dalam perkara agama. Hal ini berbeza dengan konsep liberalisme yang menyamakan agama termasuk Islam, atau tidak ada agama, serta menghapuskan fitrah kewujudan bangsa dan kecintaan kepadanya.
PBB menemui kegagalan demi kegagalan tanpa kemampuan melaksanakan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Perjuangannya yang lemah laksana sarang labah-labah tanpa kemampuan membela bangsa yang lemah dan tanpa kemampuan menentang kezaliman terhadap bangsa yang tertindas, termasuk terhadap kaum Red Indian di Amerika yang kononnya paling demokratik, bangsa Arab di Palestin, dan pelarian perang di Eropah.
Islam menolak perjuangan yang gagal dan mempertahankan penyelesaiannya yang tersendiri dalam perkara masyarakat majmuk dan hak asasi manusia. Penganut Islam berpegang dengan al-Quran Kalam Allah yang memberikan petunjuk, bukannya cakap kosong seperti Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat PBB.
Firman Allah SWT:
﴿وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ ٢٢﴾
“Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasa kalian dan warna kulit kalian. Sesungguhnya, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.” (Surah al-Rum: 22)
Firman Allah SWT:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣﴾
“Wahai manusia! Sesungguhnya, Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat: 13)
Firman Allah SWT:
﴿إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨﴾
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kalian menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kalian) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kalian menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kalian. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah al-Nisa’: 58)
Firman Allah SWT:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencian kalian terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Hendaklah kamu berlaku adil, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Surah al-Ma’idah: 8)
Islam mengikat konsepnya dengan prinsip aqidah keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat serta sifat taqwa, yang tidak terdapat dalam Piagam PBB dan perisytiharan antarabangsa ciptaannya. Aqidah dan sifat inilah yang menjadikan bangsa Melayu yang beragama Islam tidak membakar jus soli dan perlembagaan sekular. Sekalipun tidak bersetuju, dengan penuh kesabaran menerima masyarakat majmuk dan menganggapnya satu keluarga Malaysia yang penuh bertoleransi.
Orang Melayu Islam yang fanatik Melayunya seperti Tun Mahathir Mohamad tidak sama dengan bukan Melayu dan bukan Islam seperti Lim Kit Siang yang katanya tidak fanatik kaum dan bangsa, tetapi hakikatnya tidak boleh menghapuskan fitrahnya yang tetap sayang akan bangsa dan keluarga tanpa kawalan aqidah.
Kita tidak terlepas pandang betapa bukan Melayu dan bukan Islam yang menguasai ekonomi menjadi penyumbang rasuah yang terbesar jumlah dan harganya. Sehinggakan, semua peringkat daripada rakyat Melayu Islam, sama ada pemimpin, raja, rakyat, mahupun parti kerajaan menjadi mangsa wabaknya.
Keadaan ini sehingga menjadikan diri lebih parah daripada kacang lupakan kulit, dengan meletakkan kepentingan pangkat dan harta lebih daripada agama, bangsa, dan negara bersama Islam.
Banyak lagi dalil kaum Melayu dan Bumiputera dihimpit sehingga kehilangan tanah dan kawasan, selain ketinggalan dalam pendidikan dan pelajaran akibat penyusunan masyarakat warisan penjajah terhadap umat Islam.
Walaupun saya berlainan kolam dengan Tun Mahathir, tetapi sama airnya dan hanya berbeza suhu kepanasan. Tidak sama dengan kolam yang direnangi oleh Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, pemimpin UMNO yang bersamanya, dan mereka yang dinamakan cendekiawan Melayu yang berendam bersama juga.
Maka, umat Islam yang peka dan bukan Islam yang tidak ekstrem wajib bersatu menentang agenda makhluk asing yang dipromosikan oleh media Malaysiakini. Mereka bersifat gula-gula beracun yang merosakkan masyarakat majmuk dan perlu diletakkan ke landasan yang betul. Jangan biarkan kita terpesong ke landasan yang sesat dan telah memakan mangsa di negara yang lain.
PAS ketika menjadi pembangkang yang tegar, tidak lupa akan peranan Tun Mahathir yang menyelamatkan negara ketika krisis ekonomi daripada diheret oleh Menteri Kewangan – yang dinobatkan paling hebat di Asia – masuk ke dalam mulut buaya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan beberapa peristiwa yang lain.
Tutupkanlah suara sumbang dan songsang seperti Malaysiakini yang menjadi khadam makhluk asing yang sangat halus. Selamatkanlah negara dengan petunjuk Allah SWT yang berfirman:
﴿وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٩٦ أَفَأَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰٓ أَن يَأۡتِيَهُم بَأۡسُنَا بَيَٰتٗا وَهُمۡ نَآئِمُونَ ٩٧ أَوَ أَمِنَ أَهۡلُ ٱلۡقُرَىٰٓ أَن يَأۡتِيَهُم بَأۡسُنَا بَأۡسُنَا ضُحٗى وَهُمۡ يَلۡعَبُونَ ٩٨ أَفَأَمِنُواْ مَكۡرَ ٱللَّهِۚ فَلَا يَأۡمَنُ مَكۡرَ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡخَٰسِرُونَ ٩٩﴾
“Sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan apa yang mereka lakukan. (96) Maka, apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka pada malam hari pada waktu mereka sedang tidur? (97) Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan seksaan Kami kepada mereka pada waktu matahari sepenggalah naik ketika mereka sedang bermain? (98) Maka, apakah mereka merasa aman daripada azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman daripada azab Allah kecuali orang-orang yang merugi. (99)” (Surah al-A‘raf: 96–99)
Jangan dipaksa untuk diulangi lagi peristiwa 13 Mei 1969 dan himpunan jutaan umat menentang ICERD. Hanya ubah fikiran yang sesat agar kembali kepada landasan yang betul dengan istiqamah dan aman.
Laksanakanlah petunjuk Allah SWT berikut:
﴿عَسَى ٱللَّهُ أَن يَجۡعَلَ بَيۡنَكُمۡ وَبَيۡنَ ٱلَّذِينَ عَادَيۡتُم مِّنۡهُم مَّوَدَّةٗۚ وَٱللَّهُ قَدِيرٞۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٧ لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ ٩﴾
“Mudah-mudahan, Allah menimbulkan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (7) Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangi kamu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawan kamu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” (Surah al-Mumtahanah: 7–9)
Janganlah terperangkap dengan kata-kata manis mereka tanpa hidayah, kerana Allah mendedahkan ketidakikhlasan dalam hati mereka. Firman Allah SWT:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ ١١٨ هَٰٓأَنتُمۡ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَهُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ ٱلۡغَيۡظِۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ ١١٩ إِن تَمۡسَسۡكُمۡ حَسَنَةٞ تَسُؤۡهُمۡ وَإِن تُصِبۡكُمۡ سَيِّئَةٞ يَفۡرَحُواْ بِهَاۖ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لَا يَضُرُّكُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيْـًٔاۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٞ ١٢٠﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaan kamu orang-orang yang di luar kalangan kamu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagi kamu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian daripada mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh, telah Kami terangkan kepada kamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. (118) Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata, ‘Kami beriman,’ dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit hujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): ‘Matilah kamu kerana kemarahan kamu itu!’ Sesungguhnya, Allah mengetahui segala isi hati. (119) Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu. Sesungguhnya, Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. (120)” (Surah Ali ‘Imran: 118–120)
Tolaklah kumpulan ekstrem, liberal, komunis, oportunis, Muslim yang hanyut pegangan agamanya tanpa istiqamah, bangsa yang tidak berfitrah, dan lain-lain yang berada di luar tabii manusia ciptaan Allah SWT.
Selamatkanlah negara bersama konsep wasatiyyah bagi menangani masyarakat majmuk yang aman dan sejahtera, bersama politik matang dan sejahtera serta membawa konsep Islam adil walaupun majmuk pelbagai agama, bangsa, dan taraf hidup. Konsep umum kepada semua dalam satu keluarga besar ini telah dinyatakan oleh firman Allah SWT:
﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا ١﴾
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri (Adam AS), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawwa’ AS); dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya, kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kalian.” (Surah al-Nisa’: 1)
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Ramadan 1444 / 23 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 23/3/2023
2. Menjawab soalan Anwar mengenai RUU355
“Kamu pegang tampuk kepimpinan kuasa termasuk kerajaan tiga tahun baru-baru ini, mana Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355)?”
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2174289
Walaupun persoalan itu sengaja ditimbulkan untuk mencipta provokasi, izinkan saya menjawab.
Untuk makluman Dato’ Seri,
Pada tahun 2020,
Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil telah diberi arahan untuk membuat persiapan ke arah pindaan RUU355 dan telah bermesyuarat beberapa kali walaupun pada waktu pandemik.
Pada 2021,
Draf RUU355 berjaya dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan seterusnya kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil Kali ke-27.
Pada 2022,
Jemaah Menteri telah bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggubalan RUU355.
Edaran Memorandum Jemaah Menteri kepada 5 agensi (AGC, JKSM, MSWP, JAWI dan JAPENSWP) telah dibuat.
Draf RUU355 juga telah disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara.
Ketika itu, bacaan pertama RUU355 dijangka untuk dibentangkan pada akhir Oktober dan diluluskan pada bulan November 2022. Namun tidak berlaku kerana Parlimen telah dibubarkan awal.
Dengan kata lain, RUU355 sudah siap dan sedia dibawa ke Parlimen oleh pihak kerajaan untuk dibentang dan juga diluluskan.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02TfKMyDY1EMM3ABnzSqxqScPbVBS7cTd3fPJsYhAkfMY4EWqLxKUrsU9syJuVe3BGl&id=100050311487174
Saya yakin Dato’ Seri Anwar selaku Perdana Menteri dan juga bekas Ketua Pembangkang tahu mengenai perkara ini, namun sengaja membuat dakwaan seolah-olah PAS serta kerajaan sebelum ini langsung tidak berbuat apa-apa.
Jadi bagi mereka yang mempersoal apa usaha PAS sepanjang memegang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri, inilah jawapannya.
Terima kasih juga kepada Kabinet kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Sri Ismail Sabri atas komitmen yang diberikan.
Memandangkan kami sudah melakukan tugas kami sepanjang 3 tahun ini, sekarang tibalah masa untuk Perdana Menteri ke-10 (PMX) buktikan bahawa beliau juga peduli mengenai RUU355. Atau terpaksa salahkan PAS kerana ada hati yang perlu dijaga?
RUU355 ini hakikatnya bukan isu politik, entah mengapa sengaja dipolitikkan oleh Perdana Menteri Kerajaan MADANI.
Draf telah siap, bawalah ke Parlimen. Bukan ke Kongres PKR.
NAZIR HELMI
Ketua Penerangan Pemuda PAS – HARAKAHDAILY 23/3/2023
Siti Halija dan Tabung Haji. Nasi tambah kuah kari
ReplyDeleteAntara punca rakyat Malaysia terpaksa membayar kos yang tinggi untuk mengerjakan haji adalah kerja kerja tukang nasik tambah..!!
Malaysia yang beragama Islam sambut Ramadhan dalam suasana pilu apabila berita mengenai kos mengerjakan haji naik dengan sangat tinggi.
Kos haji:
Tahun 2009 hingga 2021. (PM Najib)
B40= RM9,980
M40= RM9,980
T20 = RM9,980
Tahun 2022.
B40= RM10,980
M40= RM12,980
T20 = RM12,980
Tahun 2023
B40= RM10,980
M40= RM15,980
T20 = RM30,850
Tabung Haji untung besar sepanjang tempoh Datuk Seri Najib Tun Razak jadi PM. Hibah Tabung Haji tinggi secara konsisten dan kos haji tidak pernah dinaikkan ketika itu tetapi kini semua sudah berubah.
Masihkah kita ingat ketika Tabung Haji mengesahkan telah membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Board (1MDB), Siti Nurhaliza memuat naik di twitter
“Sangat memalukan dengan apa yg terjadi dgn kes Tabung Haji.. Ya Allah Lindungi kami,” – Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) May 9, 2015
Memetik sumber, Projek Core Residences dimilik dan dibina oleh syarikat WCT bernilai RM1.4 bilion sudah 80% dijual. Dijangka jual 100% sepenuhya pada akhir tahun ini.
Secara peribadi, kita sebagai umat Islam sangat sedih dengan apa yang terjadi pada Tabung Haji. Peluang TH untuk menjana untung berjuta-juta ringgit terlepas begitu sahaja atas desakan mereka yang tidak bertanggungjawab seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain lagi.
Desakan mereka yang tidak bertanggungjawab seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain lagi. Mereka antara punca rakyat Malaysia terpaksa membayar kos yang tinggi untuk mengerjakan haji. Tak tau ekonomi baik fokus nyanyi jangan jadi nasi tambah
Roger Ng mohon masuk penjara ‘selebriti’ bagi kes 1MDB... Taufik Ayman Zety anak penyamun Zety, Jho Low dan Nik Faisal bila nak ke dalam..!?
ReplyDeleteRoger Ng, satu-satunya pegawai bank Goldman Sachs yang dibicarakan dan disabitkan kesalahan dalam skandal 1MDB global, meminta hakim membenarkannya menjalani hukuman penjara 10 tahun di Danbury, Connecticut.
Penjara persekutuan itu terletak 90 kilometer (km) dari bandar New York dan menjadi inspirasi untuk penjara wanita dalam siri Netflix “Orange Is the New Black”.
Taufik Ayman Zety anak penyamun Zety, Jho Low. Apa jasa Taufik Ayman dan Jho Low pada negara..!?
Najib dijangka akan lebih “popular’ apabila dibebaskan.
ReplyDeletePembebasan Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi semakin cerah memandangkan penghujahan pihak pembela yang begitu berfakta dan padu.
Peguam DSNR , Tan Sri Shafie Abdullah dikira telah berjaya membentangkan penghujahan dengan penuh fakta dan sangat rasional.
Hina Islam semakin menjadi2,
ReplyDeletehttps://youtu.be/wc6yDuHpc84
tu dari Ppim, dan kebayakanya cakap Melayu pun tak berapa reti... adakah itu sebahagian dari yg tak bersekolah kebangsaan atau dari geng 1.5juta konon datang sebagai tourist tapi kemudian lesap hilang dari radar imigresen?
Atau kombinasi kedua2nya telah bergabung bersama satu pakatan anti Islam & Melayu?
Merbahaya tersangat nih.