KUALA LUMPUR: Atlet olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy di landasan tepat bagi meleburkan rekod kebangsaan acara 400 meter (m) luar dewan yang berusia 30 tahun milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam.
Ini selepas pelari berusia 25 tahun itu memperbaharui rekod kebangsaan 400m dalam dewan buat kali keempat dengan catatan 52.27 saat (s) sekali gus memenangi pingat emas di Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia Beach, Virginia, Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.
Kejohanan dalam dan luar dewan adalah berbeza dengan kebiasaannya masa akan lebih pantas bagi acara luar dewan disebabkan pelari hanya perlu berlari satu pusingan dan dua selekoh.
Ibu Shereen, Josephine Mary Singarayar yang juga bekas atlet olahraga kebangsaan nyata berbangga dengan pencapaian anak bongsunya itu dan menyifatkan segala kerja keras dan pengorbanan yang dilakukannya semakin menampakkan hasil yang positif.
"Saya harap dia akan terus mempamerkan peningkatan dan meraih pencapaian di peringkat yang lebih tinggi. Dengan catatan dalam dewan yang dilakukannya ini, saya percaya dia mampu berlari lebih pantas apabila memulakan kejohanan luar dewan di AS bermula hujung bulan depan," katanya.
Josephine turut memberitahu Shereen mengintai peluang untuk menaiki podium pada Sukan SEA Kemboja dari 5 hingga 17 Mei depan dengan dia akan menjadi taruhan skuad olahraga negara bagi acara 200, 400 dan 4x400m di temasya dwitahunan itu.
"Memang ini adalah hasrat Shereen untuk menaik podium di Sukan SEA. Jika dia berada pada tahap prestasi terbaiknya pada hari pertandingan nanti, saya percaya dia mempunyai peluang yang tinggi untuk memenangi pingat emas bagi acara 400m," katanya.
Pada Sukan SEA Hanoi, dua tahun lalu, emas acara 400m wanita dimenangi atlet Vietnam, Nguyen Thi Huyen dengan catatan 52.83s.
Pada Mac tahun lalu, nama Shereen mula menjadi sebutan apabila dia melebur rekod kebangsaan dalam dewan milik Noraseela Mohd Khalid 54.58s yang dilakukan pada 2006 dengan catatan masa 53.79s.
Dia kemudiannya memperbaharui rekod berkenaan dengan catatan 53.47s ketika Kejohanan Bearson Gathje Classics di Minnesota, Januari lalu sebelum sekali lagi mengatasinya ketika dia memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Jemputan Lewis Illinois, Chicago dengan catatan 52.87 saat (s), bulan lalu.
Catatan yang dilakukan awal pagi tadi adalah kali keempat dia memecahkan rekod kebangsaan 400m dalam dewan dalam tempoh setahun.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sukan di M'sia atlet wanita, masih 'berpakaian telanjang'..
Mengapa disebut begitu?
Lihat fatwa ini..
IRSYAD AL-FATWA KE-73: HUKUM PEREMPUAN BERPAKAIAN MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH DAN HUKUM BAGI ORANG YANG SENGAJA MELIHAT AURAT ORANG LAIN
SOALAN
Apakah hukumnya di sisi Islam bagi orang perempuan berpakaian menampakkan bentuk tubuh dan apakah hukumnya bagi orang yang sengaja melihat aurat orang?
JAWAPAN
Dalam menjawap persoalan ini, saya kemukakan beberapa noktah:
Menampakkan tubuh dengan berpakaian seperti itu tidak dibolehkan dalam Islam kerana melanggar adab berpakaian yang yang sepatutunya longgar bagi perempuan.
Melihat aurat orang lain secara sengaja hukumnya adalah berdosa dengan nas al-Quran dan hadis. Mengikut pendapat yang rajah dan sahih suara perempuan bukanlah aurat. Ia hanya dikira sebagai aurat jika suara berkenaan digunakan untuk perkara yang boleh menarik perhatian kaum lelaki.
Kami menukilkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam berkenaan dengan ciri pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita, antara lain katanya:
- Pakaian wanita muslimah hendaklah bersopan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Manakala pakaian ala Islam ialah kesemua pakaian yang terkumpul padanya sifat-sifat ini:
- Pakaian itu hendaklah menutup aurat semua badan wanita keuali apa yang dibolehkan oleh al-Quran dan anggotanya yang ternampak yang menurut qaul yang diberatkan, iaitu wajah dan kedua tapak tangan sahaja.
- Pakaian itu bukan dari jenis yang jarang, sehingga dapat menampakkan apa yang dibelakangnya kerana Nabi SAW bersabda:
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ، مَائِلاَتٌ رُؤُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ المَائِلَةِ ، لاَ يَدْخُلْنَ الجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Maksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan), yang berjalan dengan berlenggang lenggok (seperti perjalanan seorang pelacur), yang kepalanya terhuyung-hayang laksana kelana unta yang bergoyang-goyang, wanita-wanita itu tidak akan memasuki syurga, sedangkan bau syurga itu akan tercium dalam jarak sekian dan sekian.”
Ini kerana pakaian wanita itu tidak berfungsi menutup tubuhnya kerana terlalu nipis sehingga ternampak badannya yang berkeadaan seperti dia tidak berpakaian sama sekali.
Satu peristiwa datang serombongan kaum wanita dari suku Bani Tamim untuk menziarahi Saidatina Aisyah RA dengan berpakaian nipis, maka Saidatina Aisyah RA secara terang-terangan berkata kepada mereka: “Jika kamu sekalian dari wanita mukmin iaitu beriman dengan sebebar-benar iman, maka pakaian-pakaian yang kamu pakai ini bukanlah dari pakaian orang yang beriman.”
Dalam peristiwa lain, datang beberapa orang wanita membawa seorang pengantin perempuan yang memakai tudung yang nipis, sehingga kelihatan perhiasan kepalanya, maka Saidatina Aisyah RA berkata: “Wanita yang memakai seperti ini, ialah wanita yang tidak beriman.”
- Pakaian itu tidak terlalu sempit sehingga melekat pada semua anggota badan, dan kerana itu ternampaklah susuk badan wanita itu, meskipun pakaian itu tidak nipis seperti pakaian moden masa kini. Maka pemakai pakaian seperti ini tidak terlepas dari maksud hadis di atas sebagai wanita-wanita yang separuh bogel bahkan pakaian seperti ini tidak terlepas dari maksud hadis di atas sebagai wanita-wanita yang separuh bogel bahkan pakaian seperti ini lebih mudah memberifitnah kepada pemakaianya.
- Pakaian itu bukan dibuat khusus untuk kaum lelaki seperti pakaian pantelon atau seluar ketat dan sebagainya yang sudah terkenal pada masa kini, kerana Rasulullah SAW pernah melaknat wanita-wanita yang menyerupai lelaki sebagaimana Baginda melaknat lelaki yang menyerupai wanita. Demikian Baginda melarang wanita memakai pakaian lelaki dan lelaki memakai pakaian wanita.
- Jangan sampai pakaian itu sudah terkenal sebagai pakaian orang-orang kafir dari kaum Yahudi, kaum Nasrani dan kaum Wathani penyembah api dan berhala kerana keinginan hendak meniru atau menyerupai orang-orang ini sangat dilarang oleh Islam yang mahukan lelaki dan wanitanya berlainan dari mereka dan bebas dalam bentuk dan rupa. Kerana itulah Islam memerintahkan kita supaya bersikap berbeza daripada orang-orang kafir itu dalam banyak hal yang mana disimpulkan oleh Rasulullah SAW:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka samalah dia seperti mereka.”
Riwayat Ahamd, Abu Daud (4031) dan al-Tabarani (8/179)
- Wanita muslimah hendaklah bersopan santun dalam perjalanannya dan dalam bicaranya menjauhi minat orang dalam segala gerak geri badannya dan penonjolan wajahnya kerana sikapnya bergaya dan menggoda itu adalah tabiat perempuan lacur dan bukan dari tingkah laku wanita muslimah. Firman Allah SWT:
فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوفاً
Maksudnya: Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (sentiasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu).
(Surah al-Ahzab: 32)
- Jangan sekali-kali wanita muslimah itu sengaja menarik perhatian lelaki kepada apa yang disembunyikan dari perhiasan dirinya dengan memakai wangian macam mana sekalipun atau memakai benda-benda yang berbunyi dalam rentak langkah kakinya atau seumpamanya. Allah SWT berfirman:
وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا
Maksudnya: Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.
(Surah al-Nur: 31)
Pada zaman jahiliah, apabila seseorang wanita itu berjalan dengan menghentak-hentak kaki supaya menarik perhatian orang ramai agar mereka memperdengarkan gelang kakinya, maka perbuatan seperti itu boleh menghidupkan khayalan lelaki yang menyimpan gelora nafsu syahwat yang jahat terhadap wanita itu. Perbuatan seperti itu menunjukkan bahawa wanita itu menyimpan niat buruk untuk menarik dan minat golongan lelaki terhadapnya.
Dalam maksud ini juga, dari segi hukumnya apabila seorang wanita memakai wangian dan bau-bauan yang mengharumkan sesiapa sahaja yang menghidunya untuk membangkitkan nafsu dan menarik perhatian lelaki kepadanya. Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا اسْتَعْطَرَتِ المَرْاةُ فَمَرَّتْ عَلَى الْقَوْمِ لِيَجِدُوا رِيحَهَا فَهِيَ كَذَا وَكَذَا
Maksudnya: “Apabila seseorang wanita itu memakai wangian, lalu dia melintas tempat perkumpulan (lelaki), maka dia begini dan begini..”
Riwayat Abu Daud (4713)
Dan riwayat yang lain menyebut:
كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ وَالمْرَاْةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِالْمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا يَعْنِي زَانِيَةً
Maksudnya: “Setiap mata melakukan zina. Apabila wanita memakai wangian, lalu dia melintasi tempat duduk sekumpulan orang lelaki supaya mereka tercium baunya, maka dia samalah seperti wanita pelacur.”
Riwayat al-Tirmizi (2786)
Kesimpulannya, kita tahu bahawa islam tidak memaksa kaum wanita supaya duduk di dalam rumah sahaja dan tidak keluar dari rumahnya melainkan kubur, sebagaimana yang didakwakan oleh sesetengah orang.
Bahkan wanita Islam membenarkan wanita keluar untuk menunaikan solat, mencari ilmu serta memenuhi keperluan dirinya serta kepentingan agama dan dunianya dibolehkan. Sebagaimana contoh, yang dilakukan oleh isteri-isteri para sahabat dan generasi yang akan datang selepas mereka dikira dari sebaik-baik zaman. Di antara mereka, ada yang keluar untuk menyertai kaum lelaki dalam peperangan dalam penaklukan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW sendiri berterusan kepada zaman para khalifah yang empat dan pemimpin-pemimpin Islam yang lain. Rasulullah SAW bersabda kepada isterinya Saudah RA:
قَدْ أَذِنَ الله لَكُنَّ أَنْ تَخْرُجْنَ لَحِوَائِجِكُنَّ
Maksudnya: “Sebenarnya Allah telah membenarkan kamu (kaum wanita) keluar untuk memenuhi urusan-urusan kamu.”
Riwayat al-Bukhari (5237)
Dan sabdanya lagi:
إِذَا اسْتأذَنَتْ اِمْرَأَةُ أَحَدِكُمْ إِلَى المَسْجِدِ فَلاَ يَمْنَعَهَا
Maksudnya: “Apabila salah seorang isteri kamu meminta izin pergi ke masjid, maka janganlah melarangnya.”
Riwayat al-Bukhari (5238)
Dan sabdanya lagi:
لاَ تَمْنَعُوْا إِمَاءَ اللهِ مَسَاجِدَ اللهِ
Maksudnya: “Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah (iaitu kaum wanitanya) dari pergi ke rumah-rumah Allah (masjid).” Riwayat Muslim (442) Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
03 Zulkaedah 1436H bersamaan 18 Ogos 2015
Sekian.
4 comments:
Pakatan hancing bukanlah parti kampong.
Tapi lebih teruk dari kampong.
Barbarian.
Guna hukum rimba.
Main tibai.
Ustaz kena tibai.
Usahawan melayu kena tibai.
Politician melayu kena tibai.
Royalti kena tibai.
Bantuan banjir kena tibai.
Penjawat awam kena tibai.
Peraturan regulation kena tibai.
Bahkan bontot pun kena tibai.
Kalau tak nak kena tibai.
Buat macam wak jowo.
Sokong kaki tibai.
Wak jowo jadi presiden sebab larangan tidak boleh dipertandingkan.
Tapi benih wak jowo tewas tanding ketua wanita.
Rupanya halaman sendiri pun tak suka keluarga wak jowo.
Akar umbi malu cara barbarian wak jowo.
Malu nak kongsi rasuah.
Tak mahu ikut kluster mahkamah.
Masa untuk wujudkan rangkaian kartel mafia Melayu. Itu formula yang sebenarnya.
60 tahun Melayu dikudakan oleh kaum Cina ini melalui jaringan keluarga Lee Kwan Yew @DAP/MCA maka sekarang masanya Melayu ambil semula dan ujudkn billionare billionaire Melayu...
Himpunkan Persatuan Peniaga Melayu, Rangkaian Peniaga Muslim , Felda, Felcra Persatuan Pemborong Melayu , gangster dan mafia Melayu untuk melawan kartel DAP@LeeKwanYew ini.
Kita harus mengadakan taikun dan billionaire seperti Abd Rahman Auf dll seperti di zaman rasulallah...
Billionaire Islam spt ini yang patut diwujdkan untuk dijadikan contoh bukan taikun judi, taikun mafia dan kartel monopoli sambil sorok dan lambakkan barang keperluan sesuka hati mengaut keuntungan dengn cara menipu.!!
Ujudkan kartel kartel Melayu, ujudkan mafia mafia Melayu ujudkan dan kuasai semua rangkaian mafia kertel Melayu di semua sudut lapangan rantaian pengedaran dan perkhidmatan barang2 keperluan pada semua rakyat Malaysia.. Hapuskan taikun dan kartel barua barua LeeKwanYew@DAP.
Ini lah formula Ketuanan Melayu yang akan menurunkan harga barangan pengguna di negara ini.
Masih ada pemimpin pemimpin yang teekinjaa kinja jadi barua Lee KwanYee @DAP
Elok kita tukar nama nama taikun kartel mata sepet ini spt Vincent Tan, Leow Tiong Lay, Ananda, Lim Got Tongong, Robert Tan ,Lim Chi Pan, Lim Ping Pong Lim Pan Tat , Lee Ci Bai, Robert Tok Kok, Kok Bu Toh, Lim Chi Pet, Tue Na Seng , Pak Chu Cheng dll pada nama Taikun Melayu pulak...
Bila barua mereka PM Melayu bertukar ganti taikun taikun mafia dan taikun gang kartel LeeKwanYew@ DAP ini masih nama yang sama juga harga barang masih melambung dan dikawal oleh tuan nya Singapura
Bila banyak taikun Melayu menguasai pasaran maka harga barang keperluan dan perkhidmatan boleh dikawal oleh harga Melayu pulak...Ujudkan rangkaian mafia dan kartrl Melayu secara menyeluruh di Malaysia
Bila PM Melayu bertukar ganti taikun taikun mafia dan taikun gang kartel mata sepet ini masih nama yang sama juga harga barang masih melambung dan dikawal oleh tuan nya Singapura
Bayangkan tak ada satu bijik tolo ayomm di Singapura tak ada satu reban ayomm pun di Singapura tapi keperluan tolo tolo ayam di Singapura mencukupi...
Tak ada satu pokok pun kelapa sawit di Singapura tapi keperluan minyak masak di Singaura mencukupi tapi bekalan minyak masak di Malaysia yang tak ada..
Kita dah tak perlukan taikun kaum mata sepet ini.. Monopoli dan menentukan harga barangan asasi memgikut tuan mereka 'little Israel' di Singapura di sana.
Selagi negara bergantung pada kartel mafia kaum Lee Kwan Yew ini harga barang tak akan turun. Ujudkan kartel Kaum Melayu vs Kaum Kartel Cina pasti lingkup kartel Lee Kwan Yew@DAP.
PRN bulan Mei ini lah masa terbaik untuk orang Melayu hapuskan kesemua saki baki barua pemimpin Melayu yang bertuankan DAP@LeeKwanYew dari tampuk kuasa.
#hapusbarualeekwanyeelingkupSingaura
Hidup geng p end pun hasil pau duit kontraktor Cina.
Lagi mau bicara tentang "pakaian telanjang"
Ha ha
Post a Comment