Thursday, March 30, 2023

Thai Hot Guy, pogram X bermoral, & feyen maksiat.

 

Ahmad Fadhli

1. Thai Hot Guy sesuai dengan Malaysia Madani?

KUALA LUMPUR: Penganjuran program Hot Thai Guy yang dijadualkan berlangsung di sebuah bar di sini menimbulkan persoalan adakah ia bersesuaian dengan konsep kerajaan Malaysia Madani.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, Dasar Malaysia Madani sudah pasti merangkumi semua aspek bukan sekadar ekonomi semata-mata.

“Ia tidak dapat lari daripada perkara tiga dalam Perlembagaan Malaysia berkaitan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Saya ingin merujuk pada satu program yang dinamakan sebagai Thai Hot Guy  yang dijadualkan akan berlangsung pada 30 Mac ini yang dikatakan akan berlaku di Privasi Kelab Tun Razak menampilkan pelayan-pelayan lelaki berpakaian wanita yang diiklankan secara terbuka di internet,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Apa yang beliau kesali adalah program itu  lebih malang program itu diadakan di bulan Ramahan ketika umat Islam di negara ini menjalani ibadah puasa.

“Adakah program sebegini sesuai dengan kerangka Malaysia Madani dan jika tidak (sesuai), saya yakin bahawa ia (sepatutnya) akan diusahakan untuk dibatalkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Dato’ Ugak Anak Kumbong berkata, dasar Malaysia Madani yang dibawa kerajaan merangkumi seluruh rakyat di Malaysia.

“Program sebegini (Hot Thai Guy)  janganlah dibawa masuk (ke Malaysia). Saya mohon kerajaan tidak akan meneruskan program tidak sihat itu kerana rakyat Malaysia ini terdiri dari berbilang kaum dan agama,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/3/2023


2. PAS kesal penganjuran acara tidak bermoral 


PAS amat kesal dan membantah keras penganjuran acara pembukaan rasmi sebuah bar bernama Privacy Club Tun Razak pada 30 Mac ini bertempat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur atas dasar ia adalah keterlaluan, tidak sensitif, tidak bermoral, malah menjijikkan.

Menurut makluman mengenainya di akaun Facebook bar berkenaan, acara yang dijadualkan bermula jam 6:00 petang dan terhad kepada 250 pengunjung itu akan menampilkan persembahan sekumpulan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand yang berpakaian dalam wanita, dikenali sebagai Thai Hot Guy, sebagai tarikan utamanya.  

Jelas bahawa acara ini mempromosi budaya hedonistik, lucah dan seks bebas berdasarkan makluman dalam Bahasa Cina dengan terjemahan Inggeris itu yang turut disertakan dengan gambar-gambar aksi menjolok mata kumpulan berkenaan dengan pengunjung secara terbuka.

PAS menggesa pihak berkuasa, terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menimbang semula kebenaran penganjuran acara berkenaan yang jelas sangat berlawanan dengan budaya tempatan dan tidak sensitif kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, apatah lagi diadakan pada Bulan Ramadan.

Selain itu, ia juga tidak mendukung cita-cita negara untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral, berakhlak mulia, peka dan menyumbang kepada kesejahteraan bersama. 

Kebebasan individu atau ekonomi tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk membenarkan atau melakukan perbuatan dan kecenderungan negatif seperti ini.  

Sewajarnya semua pihak mempunyai tanggungjawab sivik bagi memastikan masyarakat kita tidak terdedah kepada budaya yang merosakkan dan tidak membina seperti ini.   

Dalam pada itu PAS juga kesal apabila nama bekas Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak dibenarkan untuk digunakan sebagai nama sebuah bar. 

Perbuatan itu sangat tidak sensitif mahupun bertanggungjawab, malah menghina nama baik pemimpin negara.

Agensi pendaftaran syarikat juga perlulah lebih berhati-hati dalam hal ini dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan individu atau syarikat mendaftarkan nama perniagaan mereka tanpa mengambil kira faktor-faktor seperti kesesuaian dan kewajaran.

Terima kasih.  

TAKIYUDDIN HASSAN 
Setiausaha Agung PAS 
Bertarikh: 22 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 22/3/2023


3. Dilabel fesyen 'tak masuk akal' 

Penyanyi antarabangsa, Bjork tampil gaun berbentuk angsa, ketika Academy Awards 2021 dianggap fesyen unik dan pelik. - Foto AP

KEBERANIAN pereka fesyen masa kini bereksperimentasi, misalnya tampil dengan rekaan di luar kotak, unik dan jarang diterokai, kerap berakhir dengan kecaman antaranya dilabelkan sebagai 'tidak masuk akal'.

Cita rasa, perspektif dan pengetahuan terhadap dunia fesyen yang berbeza-beza biasanya mewujudkan jurang terutama dari segi penerimaan terhadap sesebuah rekaan.

Bagi pengkritik dan pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain, sesebuah rekaan itu sifatnya subjektif, ia bergantung kepada si pemakai dan komuniti fesyennya.

"Mengenai fesyen tak masuk akal….pada saya tak semua orang faham mengenainya (fesyen). Contohnya, penyanyi luar negara, Bjork, dia pernah tampil dengan gaun berbentuk angsa. Itu mungkin strateginya… dan dari segi rekaan pun tak salah.

"Begitu juga jika di Malaysia, kita lihat bagaimana Melinda Looi yang banyak hasilkan baju penyanyi Aina Abdul. Aina mungkin perlukan busana yang boleh memberikan tenaga kepada persembahan nyanyiannya.

"Malah, sebagai pereka fesyen, Melinda melakukan kerjanya dengan baik.

"Jika kita lihat, ada sinergi yang baik antara pemakai, iaitu Aina dengan perekanya, Melinda," katanya.

Sentuhan rekaan tersekat jika dikawal

Mengulas lanjut, Zaihani berkata, proses kreatif seseorang pereka itu boleh tersekat jika karya atau sentuhannya terlalu dikawal.

"Kita tidak boleh hentikan proses kreatif, sebaliknya hormat (pembawakan) fesyen dan beri ruang yang sepatutnya.

"Sama ada ia masuk akal atau tak, sangat subjektif, tetapi sebagai sebahagian penggiat industri fesyen, saya amat menyokong rekaan sedemikian," katanya.

Menyentuh mengenai industri fesyen semasa, jelasnya, cabaran bagi pereka pada masa kini jauh lebih besar berbanding era sebelumnya.

"Jika lihat kepada peredaran zaman, era 50 hingga 90-an dengan masa kini jauh berbeza. Situasi fesyen sekarang sangat menarik dalam masam sama, amat mencabar.

"Misalnya trend fesyen kembali ke era 70-an, tetapi ia bukanlah serupa sebagaimana rekaan dahulu, pereka mesti fikir bagaimana nak masukkan unsur 70-an tetapi dengan nilai estetika semasa," katanya.

Idea kreatif, buka minda untuk jadi pereka berjaya

Justeru, katanya, pereka fesyen terutama dalam kalangan bakat baharu perlu mempunyai kefahaman kukuh mengenai proses rekaan.

"Perkara ini amat penting, pertama, pemilihan subjek utama, barulah rekaan dihasilkan, ada keasliannya dan lain daripada yang lain. Jika hendak berada dalam industri kreatif ini, perlu sentiasa buka minda.

"Bayangkan dulu kita nilai sesuatu fesyen itu secara 'direct' (sehala), jika cantik dikatakan cantik. Sekarang tidak, proses rekaan itu termasuk emosi…bagaimana memasukkan emosi dan terjemahkannya dalam bentuk rekaan," katanya.

Tambahnya, pemahaman terhadap keseluruhan proses rekaan fesyen juga penting bagi memastikan keupayaan untuk bertahan dalam industri ini.

"Jika lihat dari sudut pencapaian, prestasi industri fesyen kita baik, cuma yang merisaukan adalah apabila saya lihat 'fashion show', komposisi koleksi itu…katalah ada 30 busana, namun tak ada kesinambungan di antara satu rekaan dengan rekaan lain.

"Daripada situ kita boleh lihat cara (pereka) itu berfikir, sama ada sistematik atau tidak. Jika tak ada kesinambungan, susah untuk seseorang itu bertahan lama," katanya.

Pereka perlu bersedia terima kritikan

Pensyarah Kanan Seni Reka Fesyen, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Faizal Hamid, berkata pereka atau individu yang memakai fesyen 'unik' perlu bersedia dengan apa sahaja kritikan.

"Satu mengenai fesyen, ia bukan (semata-mata) trend. Ia mengenai siapa diri anda, bagaimana anda mengekspresikan diri dan memilih busana yang selesa serta digemari. Maksudnya…anda menjadi diri sendiri.

"Pada saya, pakaian kita turut menyampaikan cerita. Tak perlu huraikan kenapa pakai sesuatu pakaian itu, orang akan lihat. Sama ada mereka nak terima atau tidak, itu hak masing-masing," katanya.

Tambahnya, selagi pakaian yang dikenakan tidak melanggar sosio budaya, maka kita perlu terbuka kepada sebarang komen atau kritikan.

"Bila kita berpakaian dan paparkan kepada khalayak, maka (orang awam) ada hak untuk komen. Sebab kita sendiri pilih untuk paparkan. Sama ada suka atau tidak, itu terpulang kepada citarasa masing-masing," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Thai Hot Guy, pogram X bermoral, & feyen maksiat.

Inikah Malaysia Madani PMX? 

5 comments:

Anonymous said...

Macam kata raja petra. Ngapa abah jer didakwa pasai rasuah. Ngapa yang kononnya memberi tidak didakwa. Bukan ker ke dua duanya salah. Jika benar berlaku.

Dolly bukankah punya pengalaman di mahkamah. Yang diliwat dipanggil. Yang meliwat pun dipanggil.

Boleh guna kuasa sebagai bm untuk dakwa juga regu abah. Atau memang seperti biasa dolly punya dendam politik yang kesumat.

Pasai lupus kecualian cukai pun elok siasat. Jangan dok tibai orang melayu jer.

Anonymous said...

Nih aku tak tau sahih ke tak,
pada masa dulu sekiranya ada kes2 jenayah berat seksual dibawa kemahkamah seperti kes rogol & sodomi, mereka yg terlibat tidak disebutkan nama oleh penyiar samada siaran tv atau akhbar atau media cetak lainya tetapi ianya disebut dengan kataganti atau hurufganti "X", contohnya kalau perogol maka dia disebut sebagai Mr.X dan kalau ramai maka ianya ajan jadi Mr.X1, Mr.X2, Mr.X3 dan seterusnya, kalau pula wanita pemangsa maka ianya disebut dengan Miss.X,
Bagi pehak mangsa pula ianya disebut sebagai contohnya Mr.Y atau jgk Miss Y mengikut gender.

Dalam kes suka sama suka seperti khalwat dan bersundal tidak pula demikian tetapi terus disebut nama pelaku.

Orang lama era zaman 60an, 70an, 80an boleh tolong cerita sikit pasal nih.
Iklas tanya sebab nampak nacam elok juga cara sedemikian kerana boleh melindungi imej tertuduh sementara masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Soalan ni sikit pun tak ada kena mengena dengan apa2pun brand yg tertulis seperti BMX, atau juga web porno yg tertulis X,
dan jugak pastinya tidak pada accro PMX,

Sekian Terima Kasih.


Like Reply

Anonymous said...

Kalau pun benar bersatu terima derma dana, tahniah kepada penderma. Kerana memilih parti yang benar. Kalau derma kepada kris, rosak Islam. Kalau derma pada pkr (parti kencing rakyat), promote liberal. Promote lgbt dan idelisme komunis dapig.

Biarlah parti kencing rakyat terima derma dari syarikat judi dan zionist. Duit banyak dari sumber haram sesuai untuk parti yang lewat.

Anonymous said...

Hari ini perentah halga minyak tulun, bukan seminggu, sebulan.. 24jam tulun woo, ucapan guru wakjowo param kerapu pineng sekeper dengan mata terbeliak bersungguh2 dan disambut dengan tepukan geng iq<80...
sikalang geng2 iq<80 meloyan marah lebai kuliah mesjid dekat mana2 sosmed... hihihi
aparaaa, kena tipu taek kering oleh cikgu kpd hoigoihoiyahoi lebai jugak yg nak dimarahkan..
apa punya ciput punya iq geng2 iq<80 nih...

kasihan.

Anonymous said...

Jom pakat pakat sokong pas. Pas tidak amal rasuah. Pas tidak amal politik balas dendam. Pas tidak ambik dana dari judi. Pas tidak ambik dana dari luar negara.

Dana pas dari tong milo. Bersih dan berkat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails