Monday, April 10, 2023

Al-kisah 'ikan buntal'.. Pro & kontra.

 

Ai Lee (tiga dari kanan) bersama ahli keluarganya di kediaman mereka di Chamek, Kluang pada Sabtu. Gambar kecil (kiri): Ikan buntal yang sudah siap disiang sebelum digoreng. -Foto Sinar Harian


1. Tragedi ikan buntal: Keluarga mahu peniaga diheret ke mahkamah

KLUANG: Keluarga pasangan warga emas yang maut selepas makan ikan buntal goreng berharap pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap penjual dan pembekal ikan beracun itu.
Anak mangsa, Ng Ai Lee, 51 berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) perlu menguatkuasakan akta sedia ada dan mengheret mereka yang bersalah ke mahkamah.
Menurutnya, khabar duka mengenai pemergian ayah Eng Kuai Sin@ Ng Chuan Sing, 84, yang diterima kira-kira jam 6.30 pagi Sabtu, dianggap sebagai satu mimpi kerana pada Jumaat ayahnya dalam keadaan sihat selain masih boleh mengenali serta berbual mesra.
Tambah Ai Lee, ayahnya juga sempat bertanyakan tentang keadaan ibunya, namun terpaksa mengatakan sedang berehat di rumah kerana bimbang kesihatannya terganggu.
"Kami amat mengharapkan KKM dan LKIM menguatkuasakan akta sedia ada di mana Seksyen 13a Akta Makanan daripada KKM serta P.U. 104 LKIM secara jelas melarang menjual atau menyediakan bahan makanan yang tidak sesuai dimakan oleh manusia. 
"Tindakan ini perlu bagi memastikan kejadian sama tidak berulang kepada keluarga atau orang lain," katanya.
Dalam pada itu, Ai Lee turut menggesa Pejabat Kesihatan Daerah Kluang (PKD) memberikan jawapan segera hasil siasatan yang dilakukan.
Pada 28 Mac lalu, media melaporkan seorang wanita warga emas berusia 83 tahun maut, manakala suaminya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat mengalami keracunan selepas menikmati hidangan ikan buntal di Kluang.
Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon menerusi kenyataannya memaklumkan suami wanita itu dirawat di ICU Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), Kluang.
Kes melibatkan sepasang suami isteri yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang yang mendapatkan bekalan ikan buntal daripada penjual secara dalam talian melalui Facebook.
"Bekalan diterima pada 25 Mac lalu (Sabtu) pada waktu pagi. Selepas itu, ikan berkenaan dibersihkan dan digoreng untuk dibuat makan tengah hari bersama sayur dan daging khinzir.
"Dalam jam 3 petang, wanita berkenaan mula menunjukkan gejala sesak nafas dan menggigil. Kira-kira sejam kemudian, suaminya turut mengalami gejala sama," katanya. -Sinar Harian
2. Keracunan ikan buntal: Selepas isteri, lelaki warga emas meninggal dunia 
(Pada 28 Mac lalu, seorang wanita warga emas berusia 83 tahun maut, manakala suaminya dimasukkan ke ICU akibat mengalami keracunan selepas menikmati hidangan ikan buntal.)
3. Ikan buntal tidak dibenarkan dijual - KP Kesihatan 
(30 Mac 2023 — KUALA LUMPUR: Ikan buntal yang mengandungi toksin berbahaya sebenarnya tidak dibenarkan dijual,)
4. Ikan buntal ubah nasib Alang di Pulau Pangkor 
Kraftangan ikan buntal Alang & Angry Fish milik Mohd Arshas antara lokasi yang dilawat 
Bermula dari perniagaan air kelapa, siapa boleh menyangka usahawan ikan buntal, Mohd Arshad Yusuf atau lebih dikenali sebagai Alang kini menjadi antara ikon usahawan di Pulau Pangkor.
Mengakui pada asalnya ia hanya hobi, kini teruja apabila produknya menjadi antara sebutan cenderahati yang harus dibawa pulang bila melancong ke pulau ini.
“Saya pernah tengok dalam YouTube, ikan buntal ni jadi tarikan pelancong, dia bela hidup-hidup. Bila ada pelancong datang, kita angkat dia, kita belai-belai dia akan kembang. Pada masa akan datang saya hendak buat macam itu.
“Lagipun rumah saya belakang laut, jadi Alhamdulillah harap ada rezeki macam itu. NCER bantu dari segi peralatan, dari segi kita punya motivasi, kita punya semangat kita untuk buat benda ini lebih maju.
“Kalau kata contoh sebelum ini ada yang kata, ikan buntal ini akan pupus, ikan pelaling yang bertan-tan kita makan pun tidak pernah pupus. Takkan ikan buntal macam ini boleh pupuskan?” katanya ketika ditemui di sini, pada Selasa.
Kraftangan ikan buntal Alang & Angry Fish milik Mohd Arshas antara lokasi yang dilawat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pangkor.
Pulau Pangkor, destinasi pelancongan terkemuka di Perak mencipta sejarah apabila diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai (PBC) berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Pengisytiharan rasmi status Pulau Pangkor sebagai PBC dijangka disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Dalam pada itu, usahawan gamat, Ismail Arshad yang lebih senang dipanggil Pak Ngah menyifatkan produknya tetap mendapat permintaan walaupun sebelum ini sedikit terjejas disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
“Permintaan amat ketara. Kita akan keluar bahan-bahan ini tetapi macam Pak Ngah, kita akan keluar bahan mentah sahaja.
“Pak Ngah tidak proses membuat produk. Mana buat produk ini, permintaan daripada kilang. Kilang akan buat produk.
“Kalau air, Pak Ngah keluarkan lebih kurang setakat ini dalam 1,000 liter. sebulan. Macam ini tidak masuk minyak, ibu dia (gamat) mungkin sampai 200 kilogram,” ujarnya.
Nada sama diberi Rasdi Ibrahim atau Pak Su yang mengusahakan industri pemprosesan hasil laut sebagai produk makanan.
“Enam tahun ini sate ikan menjadi produk pelancongan utama di Pulau Pangkor. Setakat ini kami sudah berkolaborasi dengan seluruh hotel di Pangkor.
“Maknanya, pelancong-pelancong yang menginap di hotel, kami terus membawa servis kami ke hotel atau pelancong ke jeti Pangkor atau kedai-kedai hasil laut yang berhampiran. Ada juga peniagaan kami secara dalam talian,” ujarnya.
Rasdi sudah 16 tahun terbabit dalam industri pemprosesan hasil laut yang menjadi satu daripada industri utama di Pulau Pangkor.
 Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam lawatan kerja sehari ke Pulau Pangkor. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-kisah 'ikan buntal'.. Pro & kontra.
Hidangan berita untuk anda. 

14 comments:

Anonymous said...

Awas perkataan yang keluar dari mulut barua DAP@ LeeKwanYew kena perlu berhati hati.. ada udang di sebalik batu...

Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee berkata bekas perdana menteri itu sepatutnya lebih faham keadaan yang sebenar.

Muhyiddin memberi amaran bahawa kenyataan Anwar itu secara tidak langsung boleh dianggap memperakui tuntutan China terhadap kawasan yang sudah sah merupakan wilayah Malaysia.

Perihal hubungan antarabangsa, ia melibatkan urus tadbir, pertemuan, dan timbang tara untuk menyelesaikan, atau setidak-tidaknya mengendurkan ketegangan dalam sesuatu isu, termasuk tuntutan bertindih di Laut China Selatan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Lee berkata Muhyiddin ‘menjejaskan’ kedaulatan negara apabila mengkritik Anwar mengenai hubungan Malaysia dan China.

Anonymous said...

Bila nak tangkap Zety Taufik Ayman dan Jho Low...!?

Anonymous said...

Bulan Posa weh....
Anony 8:50 AM ni KURANG AJAR, BIADAP DAN OTAK BODOH TAHAP GABAN.
Orang ni baru belajar agama TAPI tunjuk alim.
Masuk politik TAPI tidak berfikir, ikit pemimpin politik cakap dia percaya.
Inilah kelakuan puak2 SYIAH atau WAHABI.
Belagak pandai pulak tu....

Kilau Mat said...

Warga yang sayangkan negara akan sentiasa mempertahankan kedaulatan negara mereka. Bagi yang menumpang senang dan cari kekayaan di negara tersebut akan cabut lari ke negara lain apabila berlaku sesuatu musibah ke atas negara tersebut.

Anonymous said...

Masa tu seteru. Lalu dolly bawak kes 47 buat muridnya. Hari ni dah join kerajaan perpaduan. Yang ada 47 kes mohon digugurkan kes.

Cer korang pikir gugur ker tidak.

Ini situasi merbahaya. Atau situasi lawak. Atau situasi salah guna kedudukan. Halalkan yang haram. Haramkan yang halal.

Anonymous said...

Wakil rakyat pembangkang teruk sangat sepanjang negara ni wujud.

Anonymous said...

Sendiri makan sendiri tanggung lah. Org kapir je yang makan bukan2

Anonymous said...

Bangsa tu kalau paku dan zing boleh dimakan pun dia orang sapu. Orang dia juga yang jual. Mungkin bukan buntal tu...daging tu kot yang tercemar racun.

Anonymous said...

Aku suka makan ikan merah, ebek, tenggiri, kembong, selar, selayan (sardin) tamban, remon-tanda, siakap, itu jer yang selalu aku pilih jika memakan ikan dan yang lain tu boleh kata aku tak ada perasaan selera nak makan terutama kalau yg ikan air tawar sebut lah betapa mahal atau popular aku tak makan, begitu juga ikan laut yg exotik atau pun yg bukan popular pilihan harian diseluruh dunia.

Bagi aku ikan yg sedap dimakan itu adalah ikan yg diukur asasnya dengan sedap dimakan dengan tampa rempahan dan mudah pula diproses.

itu bab makanan hasil laut la.

Anonymous said...

Kafir extrem yang terdiri dari perpaduan golongan2 Pro-iblis, Pro-setan, neo-nimrud, neo-firaun, neo-abujahal, neo-musailamah, neo-maxis leninist, neo-maoist tiongkokist, serta golongan pro-NWO, pro-Zionis yang membentuk satu pakatan politik yang semua orang boleh nampak kewujudan mereka sekarang ini.

Anggota2 mereka akan memperlihatkan apa sahaja perbuatan yg menjadi larangan Allah swt samada dengan bangganya dan mencabar2 dalam melakukannya atau menjenamakan dengan nama yg baik bagi melindungi kefasadan perbuatan tersebut.

dan mereka dengan bangganya akan berkata "lihatlah betapa sundalnya kami, betapa menipunya kami, betapa sesatnya kami, dsb" dengan penuh keegoan mereka.

Hal2 kebaikan, dakwah akan disekat secara kediktatoran tampa mempunyai hujjah malah hanya beralasan ciptaan mereka sendiri dengan kisah2 yg bukan hujjah dan ayat2 atau hadis2 yg tidak berkaitan.

Ya Allah, lindungi lah aku, selamatkanlah aku, keluargaku, saudara2ku dari golongan ini.
Amien ya Rabb.

Anonymous said...

Jahanam demokrasi. Kerajaan perpaduan buat hal lagi. Dulu pulangkan passport. Kononnya senang berurusan keluar negara.

Dah ada kes, setelkan kes dulu. Baru buat kerja lain.

Ni nak minta gugurkan kes. Biar le bicara dulu. Kalau tak sabit kesalahan, baru bersih. Ni kerajaan perpaduan teruk. Tak ikut peraturan.

Cukup cukuplah perintah cara rimba. Rakyat dah bertamaddun. Pemimpin perpaduan pulak yang loklak.

Anonymous said...

Walaun tentu malu dgn sikap Wakil rakyat mereka.

Mcamana nak perintah negara?

Anonymous said...

betul tu memang penipu punya pmx dan phumdap jahanam tu,
menipu dan tak tahu malu.
nih petronas pun macam dah nak diserahkan pada china..
apa ke bodo pmx situa dulu sekolah sastera pangkat 3 nasib lulus sebab katanya cikgu dia tu pondan.

Anonymous said...

Ikan buntal bunuh manusia. Bmx bunuh demokrasi.
Kucing meow meow. Bmx mau mau.
Memerang suka ikan. Bmx suka saman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails