Saturday, April 29, 2023

Begini caranya, hapuskan Melayu asal S'pura? & PMX terdesak.

 

Gambar hiasan. - Foto REUTERS

1. Singapura nafi laporan 3,500 warga asing kaya diberi kerakyatan

SINGAPURA: Kementerian Dalam Negeri (MHA) menafikan laporan 'mengelirukan lagi tidak berasas' kononnya 3,500 individu asing berpendapatan tinggi akan diberikan taraf kerakyatan negara itu pada tahun ini.

Memetik laporan portal berita Channel News Asia (CNA), MHA menegaskan tidak tahu bagaimana Ketua Penyelidik firma New World Wealth, Andrew Amolls, yang berpangkalan di Johannesburg, Afrika Selatan memperoleh maklumat itu.

Kenyataan Amolls itu disiarkan oleh akhbar Cina, Lianhe Zaobao pada Khamis lalu.

"Dianggarkan antara 3,000 dan 3,500 individu berpendapatan tinggi dijangka menjadi warga Singapura pada 2023… kebanyakan daripada mereka berasal dari China," kata Amolls.

Zaobao juga memetik dakwaan firma berkenaan bahawa setiap individu itu memiliki aset kekayaan sekurang-kurangnya AS$6 juta (RM27 juta).

Pihak berkuasa Singapura berkata, kelulusan permohonan menjadi warganegara Singapura bagi 2023 'masih belum diputuskan'.

Menurut MHA, pemberian taraf kerakyatan negara itu bergantung pada beberapa faktor termasuk manfaat yang diperoleh Singapura, perniagaan yang diusahakan di Singapura dan jumlah rakyat Singapura yang digaji.

Mereka juga harus mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran masyarakat selain memberi komitmen untuk menetap di negara itu.

Laman sesawang penguat kuasa imigresen dan pusat pemeriksaan Singapura dengan jelas menyatakan, penilaian permohonan kewarganegaraan Singapura juga dibuat berdasarkan hubungan keluarga mereka dengan warga Singapura, sumbangan ekonomi, kelayakan, usia, profil keluarga dan tempoh masa menetap di negara itu.

MHA turut menegaskan, memiliki kekayaan bersih yang tinggi tidak menjamin pemberian kewarganegaraan. - AGENSI


2. PMX kian terdesak?  


RUMAH Terbuka Madani bersama Perdana Menteri di 6 buah negeri yang bakal berlangsungnya PRU Negeri adalah bukti Perdana Menteri ke-10 (PMX) amat terdesak untuk berhadapan dengan gelombang penolakan rakyat ke atas mereka.

Di mana maruah PMX selaku Perdana Menteri bagi keseluruhan rakyat di semua negeri dalam Malaysia? Kenapa hanya memilih enam negeri yang bakal berdepan pilihan raya sahaja sebagai tapak meraih sokongan rakyat? Bagaimana dengan negeri lain?

Adakah PMX serius mahu menjadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia atau tidak sabar untuk hilang jawatan dan hanya memimpin kerja-kerja politik bagi PH-BN dalam PRU Negeri akan datang ini?

Kami menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa program ini adalah dianggap sebagai program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan tidak wajar diadakan. 

https://www.sinarharian.com.my/article/255584/berita/politik/ini-kempen-prn-bukan-rumah-terbuka—sanusi

Program ini seperti mana kebiasaannya sifat Kerajaan Madani PMX adalah bertentangan dengan kata-kata mereka iaitu mahu melaksanakan dasar penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan. 

Mana lebih jimat: satu atau enam? Di mana pakar formula? Apakah sudah segan silu bermain angka?

Mengapa PMX tidak boleh belajar dengan PAS yang mandiri dengan premis dan dana yang diusahakan oleh ahli parti sendiri dalam usaha-usaha yang bersifat survival politik seperti ini?

Sebagai sebuah parti yang bermaruah dan berintegriti, PAS seperti tahun-tahun sebelum ini akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1444H di Kompleks PAS Negeri Kedah bagi tujuan menyantuni para penyokong dan pendukung PAS.

Begitu juga sifatnya penganjuran Rumah Terbuka PAS bagi peringkat negeri dan kawasan. Kesemuanya adalah 100 peratus menggunakan dana yang parti ada. 

Nasihat kami kepada PMX, bertaubatlah daripada sesuka hati menggunakan jentera kerajaan demi kepentingan politik yang sempit. Jangan diteruskan budaya politik yang jijik dan terkebelakang seperti ini.

Kami percaya rakyat akan sentiasa memerhati dan menilai sikap PMX yang dilihat hilang prinsip dan sentiasa mengkhianati perjuangan reformasi selama ini.

Pesan kami kepada rakyat di luar sana, marilah kita lakukan perubahan khususnya dalam PRU Negeri akan datang. Kita berikan pengajaran secukupnya kepada PH-BN yang merosakkan negara kita pada hari ini. 

Sekian. 

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan 
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 26/4/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Begini caranya, hapuskan Melayu asal S'pura? & PMX terdesak.  

Menurut kenyataan Amolls, disiarkan oleh akhbar Cina, Lianhe Zaobao pada Khamis lalu,  "Dianggarkan antara 3,000 dan 3,500 individu berpendapatan tinggi dijangka menjadi warga Singapura pada 2023… kebanyakan daripada mereka berasal dari China."

Zaobao juga memetik dakwaan firma berkenaan bahawa setiap individu itu memiliki aset kekayaan sekurang-kurangnya AS$6 juta (RM27 juta).

Beginilah caranya, puak-puak pendatang dan pembangsat menghapuskan bangsa Melayu penduduk asal Singapura dan nusantara. Atau sama seperti masalah Melayu Pulau Pinang, sekarang

Juga saperti Zionis Israel yang merampas bumi Palestin milik umat Islam di Asia barat. Justeru, kembalilah kepada Islam penyelamat umah dan kemanusiaan.


 INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 

(i) Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti!  

(ii) K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S... 

(iii) Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -k...(iv) Indahnya Islam kerana sistem zakat. RM76 juta agih...

9 comments:

Anonymous said...

Kesian ulamak dituduh seperti kera.

Anonymous said...

baru beberapa bulan phumdap tadbir katanya hutang negara dah bertambah lagi 500billion, dulu masa sipmx jadi menteri duit dia dah buat hutang negara dari 400billlion jadi 1trillion,..
ye la sibudak tua sastera mana tau bab ekonomi, bab berlakon dan bersastera boleh la sikit2, yg banyak dia tahu cuma kelentong jer mcm penjual ubat makjun taik kambing tepi jalan mcm dlm filem hitam putih, lingkup la semua agensi negara dibuatnya, dan dulu dia pergi berjudi forex kat England, dan dalam seminit jer habis 10billion lingkup tapi masih ketagih nak berjudi nasib baik si tunmadey terajang balik,, sekorup2 si tunmadey tubada la jgk batasnya, nih dia tu gila sakan kalau dah hadap judi forex, sampai negara hampir nak lingkop bengkrup dibuatnya,
nih bila dah jadi pm hasil bekerjasama dgn muridnya yg dia kata penyakau hoihoiyahoi dah menggila lagi dan dah nampak mcm nak sasau tak tau apa ke benda dibuatnya.

Anonymous said...

Dulu dulu ada menteri punya skandal liwat. Sekarang ni ada pulak exco agama punya skandal sex. Baru beberapa bulan jer pun jadi kerajaan madani. Kalau bior lama entah apa lagi masalah skandal.

Anonymous said...

Sebelum sakau duit minyak terengganu di kolalupo tu rumah kebanyakanya berdingding daun pandan dan zinc, dan malah ada lagi nama kg. pandan kekal sebagai petunjuk miskin nya negeri selangor walaupun dulu pernah ada bijih timah,
dan hasil sakau melanun hasil2 negeri dalam persekutuan maka boleh la nampak mcm ada gah dgn bangunan sikit tapi tu semua milik bank2 asing pada hakikatnya yg memberi hutang atas cagaran nilai aset bumi negeri2 pengeluar minyak.
Terima kasih serawak yg telah menubuhkan syarikat pengendalian hasil minyak milik negeri, mudah2an nanti semua negeri2 pengeluar minyak & gas akan menubuhkan syarikat pengendali hasil mereka sendiri, dan untuk tanda tidak berdendam dan pemaaf maka boleh lah kalau negeri2 tersebut mahu bagi sedikit duit ehsan pada kerajaan birokrat pusat dalam 3% dari hasil bersih dari pengeluaran minyak & gas, dan kalau petronas nak jadi sub-con atau mohon untuk menyertai sedikit bisness munkin mereka pehak negeri2 tersebut boleh pertimbangkan atas ehsan.

Anonymous said...

Buat jamuan raya kat negeri yang prn. Habis tu negeri lain x raya ker.

Kata penyokong sasau, jamuan bukan nak mancing undi. Kan ker penipu besau macam kepala menteri.

Kepala menteri menipu, yang sasau ikut menipu. Tapi yang sasau tak sehebat kepala menteri dalam bab menipu.

Anonymous said...

skandal menu liwat madani tu, dan skandal menu sex rahmah tu agaknya, jangan bising2 sebab tu punya hal ada tauliah tau.

Anonymous said...

Husam towkey jin nanti mesti sibuk nak meyakau duit royalti minyak kelantan maklumlah jin-jin dia mesti ramai dan kuat kedarah duit minyak munkin, menurut kata orang kelantan la, dan dia si husam jin tu pun ada sumbu ajaib boleh menjimatkan pengunaan minyak pada kenderaan menurut kata dia la dalam video yg terdapat di internet.
Dan jin-jin peliharaan si husam tu boleh bagi banyak maklumat sulit dan boleh bawak sekali dokumen2 yg diperlukan sekiranya diminta dalam sekelip mata saja menurut dia,
Woo hebat woo geng2 pg tu.

Anonymous said...

Kepala menteri memang kuat menipu. Second kepala menteri pun kuat menipu. Anak kepala menteri pun kaki penipu. Perempuan lagi. Su agong hancing pun tewas pru15. Rakyat tolak sebab jadi barua kepala menteri yg genius menipu.

Jangan harap ghanimah minyak dipulangkan. Guna buat jamuan. Rasuah undi. Bukan duit sendiri buat jamuan. Kena faham betul betul.

Anonymous said...

Makin ramai professional yang jadi ahli pas.
Mereka punya kesadaran.
Mereka tolak rasuah.
Mereka tolak islamofobia.
Mereka mahu profesionalisme bertaraf ibadah.
Mereka tolak liberal dan kefahaman komunis dajjal.
Mereka tak mahu sekongkol rampas kuasa pintu belakang.
Mereka tolak rasuah jadi derma.
Mereka tolak derma jadi rasuah.
Mereka tolak geng rompak.
Mereka mahu politik yang dibimbing oleh ulamak.
Mereka tolak politik diketuai genius bohong.
Mereka tolak genius bohong yang tunggang agama.
Guna jamuan raya beri makan untuk raih undi.
Paling penting, meluat dengan gerombolan pembohong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails