MELAYU dituduh angkuh dibandingkan dengan Kemboja, menunjukkan jahil tentang sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Islam di Kemboja, atau kerana buta hatinya.
Islam pernah dianut oleh bangsa Champa iaitu rumpun Melayu di Indochina yang memerintah Kerajaan Champa. Pengaruh kerajaan ini berkembang dalam wilayah yang luas sehingga wujudnya Pangkalan Champa (Pengkalan Chepa) di Kelantan. Malangnya, kerajaan ini mengalami kelemahan dan kejatuhan sehingga rumpun Melayu Champa menjadi kumpulan minoriti yang merempat kemiskinan dan kejahilan dalam tanah air mereka sendiri, sehingga mereka menjadi lemah tidak bermaya.
Pada era komunis, ramai penganut Islam dibunuh dan paling ramai yang berhijrah ke Malaysia. Kalau Melayu ini angkuh, mereka tidak akan memilih Malaysia sebagai tempat hijrah untuk menyelamatkan agama mereka.
Allah SWT menceritakan tentang kisah kaum yang dimusnahkan melalui firman-Nya:
﴿فَكَأَيِّن مِّن قَرۡيَةٍ أَهۡلَكۡنَٰهَا وَهِيَ ظَالِمَةٞ فَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَىٰ عُرُوشِهَا وَبِئۡرٖ مُّعَطَّلَةٖ وَقَصۡرٖ مَّشِيدٍ٤٥ أَفَلَمۡ يَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَتَكُونَ لَهُمۡ قُلُوبٞ يَعۡقِلُونَ بِهَآ أَوۡ ءَاذَانٞ يَسۡمَعُونَ بِهَاۖ فَإِنَّهَا لَا تَعۡمَى ٱلۡأَبۡصَٰرُ وَلَٰكِن تَعۡمَى ٱلۡقُلُوبُ ٱلَّتِي فِي ٱلصُّدُورِ٤٦﴾
“Maka, bukan sedikit negeri-negeri yang telah Kami binasakannya dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah (tembok-tembok) kotanya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong dan ditinggalkan). (45) Oleh itu, apakah mereka tidak mengembara di muka bumi (supaya dengan melihat kesan-kesan tersebut) mereka mempunyai hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya, bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang berada dalam dada. (46)” (Surah al-Hajj: 45-46)
Rumpun Melayu di Semenanjung menerima Islam secara damai dan aman yang disampaikan oleh para pendakwah yang datang berdagang dengan akhlak mulia, suatu perkara yang menjadi sebahagian daripada ajaran Islam. Mereka semuanya memeluk Islam, bermula daripada kalangan raja-raja sehinggalah rakyat biasa. Sehinggakan perkataan Melayu dan Islam menjadi satu, malah bangsa bukan Melayu yang menganut Islam juga dianggap masuk Melayu, sehingga masuk Islam dinamakan masuk Melayu.
Adapun Melayu yang dahulunya menganut agama Hindu, Buddha dan agama lain memeluk Islam dengan mudah kerana mengikuti para pendatang asing dari Arab dan India Muslim yang membawa Islam. Islam yang dianut diamalkan secara sempurna dengan gabungan kukuh berdasarkan peranan raja-raja dan ulama’ (umara’ dan ulama’), sehingga tertegaknya negara yang berdaulat dan tamadun Islam di Nusantara oleh rumpun Melayu yang menganut serta mengamalkan Islam secara sempurna.
Hal ini menunjukkan bangsa Melayu menerima kebenaran dengan mudah kerana sifat tidak degil dan tidak angkuh seperti Iblis yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
﴿وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ٣٤﴾
“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, ‘Sujudlah kamu (berikan penghormatan) kepada Adam.’ Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia termasuk golongan yang kafir.” (Surah al-Baqarah: 34)
Firman Allah SWT:
﴿وَلَقَدۡ خَلَقۡنَٰكُمۡ ثُمَّ صَوَّرۡنَٰكُمۡ ثُمَّ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ لَمۡ يَكُن مِّنَ ٱلسَّٰجِدِينَ١١ قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۠ خَيۡرٞ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِي مِن نَّارٖ وَخَلَقۡتَهُۥ مِن طِينٖ١٢﴾
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada para malaikat, ‘Sujudlah kamu kepada Adam’, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud. (11) Allah berfirman, ‘Apakah yang menghalangimu untuk sujud ketika Aku memerintahkanmu?” Iblis menjawab, ‘Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku daripada api, sedang dia Engkau jadikan daripada tanah.’ (12)” (Surah al-A‘raf: 11-12)
Kalau Melayu ini angkuh seperti Iblis, sudah pasti mereka tidak akan memeluk Islam dengan mudah kerana Islam dibawa oleh pendatang asing daripada kalangan bangsa Arab dan India Muslim yang bukan Melayu.
Apa yang sebenarnya berlaku, Melayu yang berkuasa dan mendaulatkan Islam tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam, tetapi melaksanakan Islam yang adil kepada semua. Sehinggakan, mereka berjaya mengislamkan kaum bangsanya sendiri dan kaum lain dalam kalangan bukan Islam yang datang ke sini.
Teguhnya pegangan Islam bangsa Melayu ini sehingga gagal dimurtadkan oleh penjajah yang datang silih berganti, bermula dengan Portugis sehinggalah Belanda, British dan Jepun. Melayu tidak boleh dimurtadkan sepertimana yang berlaku di negara-negara lain, apatah lagi dipengaruhi oleh ideologi komunis yang tidak percayakan Tuhan.
Akan tetapi, hanya segelintir sahaja yang terlalu bebal dan buta al-Quran. Sesiapa yang murtad, mereka dianggap bukan Melayu lagi.
Sifat Islam yang masih ada kepada Melayu menjadikan mereka boleh menerima masyarakat majmuk yang dipaksa oleh penjajah atas sifat kemanusiaan Melayu Islam yang ada dalam dirinya. Sehinggakan, satu keluarga bukan Islam boleh berada di tengah masyarakat Melayu yang besar jumlahnya.
Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan, pada masa yang sama hak beragama masih diberikan kepada penganut agama lain. Hal ini termasuklah hak berbahasa kepada kaum lain, sehingga dibenarkan sekolah jenis kebangsaan berbagai-bagai etnik wujud. Keadaan ini tidak berlaku di negara-negara lain. Kalau Melayu ini angkuh, nescaya tidak akan berlaku toleransi seperti ini.
Malangnya, terdapat dalam kalangan orang Melayu yang lebih dahsyat kefahamannya daripada kacang yang tidak berakal, bermata dan bertelinga yang melupakan kulitnya, sehingga menuduh bangsanya rasis, angkuh dan sebagainya. Termasuk yang dianggap ilmuwan yang berjela ijazahnya dan pemimpin yang diulungkan, tetapi lemah akalnya atau akalnya lebih kecil daripada ilmu dan ketokohan jasadnya.
Alhamdulillah, Melayu selamat daripada makhluk asing yang menggunakan godaan slogan Reformasi dan Arab Spring, sehingga ada negara yang tumbang kerajaannya dan hanya tinggal gusi. Malah, ada negara yang hancur kerana terlibat dalam perang proksi yang telah diaturkan oleh makhluk asing itu.
Melayu masih selamat daripada gangguan Musa Samiri yang merosakkan aqidah Bani Isra’il pada zaman dahulu. Allah SWT berfirman kepada Nabi Musa AS:
﴿قَالَ فَإِنَّا قَدۡ فَتَنَّا قَوۡمَكَ مِنۢ بَعۡدِكَ وَأَضَلَّهُمُ ٱلسَّامِرِيُّ٨٥﴾
“Maka Allah berfirman kepada Nabi Musa, ‘Sesungguhnya, Kami telah menguji kaummu dengan satu fitnah sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri.’” (Surah Taha: 85)
Hanya Melayu yang tidak sayangkan kaumnya yang berada di luar tabii atau tegak bersama fanatik kaumnya sahaja yang merosakkan Melayu itu sendiri dan merosakkan semua bangsa dalam masyarakat majmuk. Sebaliknya, hanya Melayu yang tegak bersama Islam akan menjadikan Melayu selamat dan semua bangsa selamat.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Ramadan 1444 / 7 April 2023 – HARAKAHDAILY 7/4/2023
2. Siapa yang angkuh? PMX atau Melayu?
Hari ini, bangsa Melayu dilabel bangsa yang angkuh oleh pemimpin nombor wahid dalam negara. Perlabelan itu dikaitkan kononnya Melayu meminggirkan kaum minoriti di Malaysia. Untuk pengetahuan Perdana Menteri ke-10 (PMX), kalaulah Melayu ini angkuh sudah pasti kaum selainnya akan menerima nasib yang sama seperti etnik Rohingya di Myanmar.
Kerana itu hak Bumiputera telah dilindungi oleh Perkara 153 dalam Perlembagaan negara kerana jiwa besar mereka memberi kerakyatan kepada kaum bukan-Melayu di Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama kontrak sosial antara kaum dalam Malaysia.
Bangsat sangatkah Melayu di bawah era pemerintahan PMX ini sehinggakan dilabel angkuh atau sombong tanpa sebarang bukti yang nyata? Adakah kerana PH-BN hari ini didominasi oleh kaum bukan-Melayu menyebabkan PMX mengeluarkan kenyataan seperti ini untuk mengekalkan undi mereka?
Hina sangatkah Melayu hari ini apabila memohon pengeluaran KWSP secara bersasar untuk mengurangkan beban kehidupan mereka? Buruk sangatkah Melayu sehingga dipuji kaum majoriti Buddha yang tidak merobohkan masjid di negara mereka.
Lupakah PMX dengan patung Buddha baring dan duduk terbesar yang ada di Kelantan? Ataupun PMX ada laporan bukan-Melayu ditindas di Terengganu dan Kedah dan rumah ibadah mereka dirobohkan? Ironinya semua negeri ini adalah negeri majoriti Melayu Islam.
Yang sebenarnya angkuh adalah PMX sendiri yang sanggup melabel bangsa sendiri dengan label hina. Janganlah terus memainkan api perkauman dengan gelaran tertentu. Rakyat Malaysia sudah aman dengan cara kita masing-masing. Hormatilah kami dan jangan terus bermulut celupar!
MUHAMMAD IRSYAD SYAFIQ BURHANUDDIN
Ketua Penerangan Pemuda PAS
Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 6/4/2023
MERUJUK kepada kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 6 April 2023 yang dikeluarkan melalui twitter hanya menggelar pencerobohan dan serangan tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi ke atas rakyat Palestin dan para jemaah yang beribadah di Masjid Al-Aqsa pada malam 5 April 2023 sebagai heinous crimes dilihat sebagai sangat lemah kerana Israel tidak pernah menghormati hak kesejahteraan rakyat Palestin yang dirampas sejak tahun 1948.
Selaku PM, kerajaan madani perlu lebih tegas bersuara mengenai penindasan terhadap rakyat Palestin yang tidak berkesudahan termasuk meluaskan peranan tentera Malaysia sebagai pasukan pengaman dan PAS Selangor sedia bersama pihak kerajaan Malaysia menghantar bantuan perubatan ke rantau yang bergolak itu.
Seruan PM terhadap campur tangan Majlis Keselamatan PBB juga perlu diterjemahkan dalam bentuk usul khas merujuk tentera pertahanan Israel sebagai kumpulan pengganas dan mengheret penjenayah antarabangsa into kemuka pengadilan walaupun diketahui tidak mendapat sokongan dari kuasa veto Amerika Syarikat. Sekurang-kurangnya, Israel terus ditekan masyarakat dunia.
Wisma Putra pula hanya mengeluarkan kenyataan mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu ke atas rakyat Palestin tetapi menekankan pengiktirafan negara Palestin yang bebas berdasarkan perjanjian sempadan sebelum 1967.
Justeru, PAS Selangor juga mendesak PM mengulangi pendirian dan kenyataan beliau yang dikeluarkan oleh Wall Street Journal pada 26 Januari 2012 bahawa beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel, atas kapasiti beliau sebagai Ketua Pembangkang pada waktu itu.
Bertentangan dengan Presiden Turki Erdorgan sendiri yang telah memberi amaran akan menggerakkan tentera dan rakyat Turki bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.
PAS Selangor lebih awal mengeluarkan kenyataan mengecam sekeras-kerasnya tindakan pencerobohan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa pada 5 April 2023 yang juga disiarkan dalam akhbar tempatan.
Sekiranya PM Anwar Ibrahim berani memberi amaran kepada orang Melayu untuk tidak angkuh dan sombong, sekembali dari lawatan rasmi ke Kemboja, mengapa tiada amaran yang sama ditujukan kepada pihak zionis Israel? Sedangkan Allah swt telah menggunakan perkataan angkuh dan sombong kepada Firaun dan tenteranya (Surah Al-Qasas; 29).
PAS Selangor komited mempertahankan kemuliaan agama Islam dan terus berjuang mewujudkan negeri Selangor yang lebih bersih, sejahtera dan toleran.
NUSHI MAHFODZ
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Jumaat, 7 April 2023/ 16 Ramadan 1444 – HARAKAHDAILY 7/4/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buta perut atau buta hati, tuduh Melayu angkuh. Israel, PMX lemah.
Lagi realiti, itulah taraf pemikiran PMX kita. Singkirlah segera sebelum terlambat.
Biar buta mata, jangan buta perut..
Sejak UMNo bersondolan dengan barua DAP@ LeeKwanYew Suara Melayu' sudah mati dalam Parti UMNo.. Dulu gadai Pulau Batu Putih UMNo di awah Bossku lawan Tun Mahathir Mohamad iaitu Barua LeeKwanYew@DAP.
ReplyDeleteSekarang bila AlJubori buka rundingan tuntutan bertindih yang ini hak kedaulatan Malaysia UMNo dibawah kepimpinan Zahid Dan Mat Hassan sebagai Menteri Pertahanan tiba tiba diam bisu pekak Dan tuli..
Undang persepsi buruk, imej parti terganggu..
Orang muda pun dah lama menjauhkan diri Dari UMNo. Kalau mengundang persepsi buruk, perkara itu akan menjadi kesan jangka panjang kepada parti terutamanya melibatkan golongan muda
Anwar menambah, ‘kalau negara China merasakan ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan’....!? Whattttt...!???
Tuntutan bertindih Malaysia - China di Laut China Selatan ‘terutama kebimbangan negara China kerana PETRONAS telah menjalankan satu kegiatan besar-besaran di satu kawasan yang juga dituntut oleh negara China’.
Kawasan cari gali PETRONAS yang dirujuk oleh Perdana Menteri adalah dalam wilayah Malaysia dan tidak boleh dirundingkan walaupun dituntut oleh negara China.
Sejak UMNo bersondolan dengan barua DAP@ LeeKwanYew Suara Melayu' sudah mati dalam Parti UMNo..
Undang persepsi buruk, imej parti terganggu.. Orang muda pun dah lama menjauhkan diri Dari UMNo. Kalau mengundang persepsi buruk, perkara itu akan menjadi kesan jangka panjang kepada parti terutamanya melibatkan golongan muda..
Bila semua pimpinan UMNo Bahagian tandatangan makna kata bala dah sampai depan hidung Prononegaro dan Mat Hassan .
Beramboss Mat Hassan dan Zahid
Anwar akan jawab tuntutan Mahathir.
ReplyDeleteSyabas Brother Anwar Bin Ibrahim barua DAP@LeeKwanYew yang baru lawan barua Lee Kwan Yew@DAP yang sudah dibakul sampahkan.
Pada orang Melayu' yg lain Mari kita Batu api Dan laga laga kan semua barua DAP@Lee KwanYew ini sampai renting..!!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan memberikan bukti atas dakwaannya yang dikatakan merujuk kepada Dr Mahathir Mohamad mengayakan diri dan keluarga semasa berkuasa.
Anwar ketika berucap pada Kongres PKR bulan lepas merujuk kepada seseorang “yang berkuasa selama 22 tahun dan (kemudian) campur 22 bulan” menggunakan kedudukannya untuk mengayakan diri dan keluarga.
Ini lah masa yang rakyat tunggu pergaduhan dan berbunuhan sesama barua barua Melayu' belaan DAP@LeeKwanYew berantakan.
Orang Melayu' Mari tepok tangan sambil membatu apikan kesemua saki Baki barua barua DAP@ LeeKwanYew ini berbunuhan.. Barua DAP@LeeKwanYew yg menang jadi aranh Dan barua LeeKwanYew@DAP yang beri Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew semestinya Tun Mahathir jadi abu ..
Siap kan pop corn dan haah orang Melayu' semua jangan nak terkinja kinja sama naik pula.
Haaaaah tepokkkk...
Bulan suci ni (Ramadhan) , jangan dok pusing2 cerita. Anwar kata macam mana, cuba dengag elok2. Berdosa kalau dok putaq2 kata dia. Dengag betoi-betoi...
ReplyDeleteBulan suci pun buat apa. Kalau selalu lewat.
ReplyDeleteDepa dok bawak ke mahkamah. Pasai kerajaan pintu belakang. Kalau lewat pun boleh. Mohong pun boleh. Mana mau nya lewat boleh kemudian bercakap sentiasa benar. Tak betui regu tu.
ReplyDeleteLewat ngan bohong seregu.
Lewat dengan cakap benar tak seregu.
Agama dan bercakap benar, itu seregu.
Atok dah berantakkan ngan seteru lama. Dua dua bukan bagus. Elok dua dua terguling. Kurang semak dalam politik msia. Sorang. Sorang lagi lewat dan cakap bohong. Persepsi pun banyak.
Melayu angkuh tu memang ada.
ReplyDeleteAda dalam golongan Islam extreme sekarang
Pemimpin kalah fitnah
Pemimpin langgar undang2 pkp dll.
Pemimpin x cerdik memerintah
pun masih diangkat
Sbb anggap golongan mereka golongan syurga.
Orang liberal jer yang fitnah Islam ekstreme angkuh. Sebenarnya liberal tu yang angkuh.
ReplyDeleteOrang liberal jer yang kata Islam ekstreme kalah fitnah. Sebenarnya liberal tu jadi kerajaan ikut pintu belakang. Boleh tanya wak jowo untuk kepastian.
Orang liberal tak pandai perintah. Kerajaan perpaduan ker atau kerajaan banduan. Madani ikut komunis dapig.
Orang liberal kaki saman. Telinga nipis cepat merah.
Bukan setakat Islam ekstreme jadi bahan oleh liberal. Taikun melayu pun kena bahan. Taikun cina langsung tak berani jentik. Takut kerusi empuk hilang. Mabuk kerusi.
Orang liberal bukan pandai perintah negara. Jual maruah negara pandailah. Pasai suka lewat.
ReplyDeleteRakyat mahu parti yang beri komitment pada rakyat.
ReplyDeleteBukan pada perut sendiri.
Bukan ikut pintu belakang.
Bukan perpaduan yang jual agama dan bangsa.
Bukan yang penuh rasuah dan lewat.
Bukan pada komunis dapig.
Kalau pengundi di Tambun tak mengundi si juburi ni..taklah kita semua kena jubur. Sekarang tadahlah jubur kamu kerana menangkan aaalljub..jubbb. Kerajaan pintu belakang sebab ketua suka belakang taruk.
ReplyDelete