Sunday, April 09, 2023

Hilang tanah S'gor. S/Mokhtar Al-Bukhary terselit. Ringgit susut.

 


1. 3,200 hektar TRM di Selangor hilang antara 2019-2021

PAS Selangor meneliti isu data Tanah Rizab Melayu setakat 30 November 2022 sebagaimana yang didedahkan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Nik Nazmi Nik bin Nik Ahmad melalui ciapan di laman twitter beliau Nik Nazmi on Twitter: “Kalau dengar jawapan penuh saya di Dewan Rakyat, saya merujuk semua data yang diberikan oleh PTG setiap negeri. Secara keseluruhan keluasan Tanah Rizab Melayu memang meningkat (daripada tahun 1947 hingga 2022). Penurunan Kedah merujuk kepada data antara 2021-2022. https://t.co/BJ0naJGvCL” / Twitter tempoh hari.   

Bagi tahun 1997, data yang dikemukakan tersebut menunjukkan Tanah Rizab Melayu di Selangor mencatatkan jumlah sebanyak 170,940 hektar. 

Namun, terdapat penurunan ketara daripada tahun 2019 hingga 2021.  

PAS telah memerintah Negeri Selangor melalui Pakatan Rakyat pada tahun 2008, sejak itu Rizab Tanah Melayu mencatatkan peningkatan yang ketara sebanyak lebih 30,000 hektar. 

Namun, jumlah Rizab Tanah Melayu mulai menurun secara mendadak daripada tahun 2019 hingga 2021 sebanyak 3,200 hektar.  

Berdasarkan data yang dikongsikan, Rizab Tanah Melayu di Kelantan yang diperintah oleh PAS telah mencatatkan jumlah paling tinggi dalam negara iaitu sebanyak 1.453 juta hektar. 

Manakala, Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak tiada maklumat yang jelas berkenaan Rizab Tanah Melayu atau hak milik Bumiputera.

Atas dasar akauntabiliti dan tatakelola yang baik, PAS menggesa kerajaan negeri Pakatan Harapan di Selangor memberi penjelasan kepada rakyat dan orang Melayu berkenaan kehilangan 3,200 hektar rizab Tanah Melayu di negeri ini untuk tempoh dari 2019 hingga 2021.

Sehingga kini tiada penggantian penuh dibuat dan ianya bertentangan dengan Enakmen Rizab Melayu (ERM 1933) di mana “Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti. Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah merujuk kepada Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan.”  

Kelemahan dan kecuaian kerajaan negeri di bawah PH tidak lagi boleh dimaafkan oleh rakyat dan majoriti orang Melayu apabila hak mereka tergadai sedangkan ERM telah dijamin Perlembagaan bagi memastikan tanah-tanah kepunyaan Melayu dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.

PAS Selangor komited mewujudkan Negeri Selangor yang bersih, sejahtera dan toleransi.   

DATO’ DR. AHMAD YUNUS HAIRI 
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS
Negeri Selangor 
Jumaat 
7 April 2023M / 16 Ramadan 1444H – HARAKAHDAILY 7/4/2023


2. Tan Sri Syed Mokhtar Al-bukhary vs 17 bilionair 


TERSELIT nama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dalam senarai 18 bilionair Malaysia yang dikeluarkan oleh Forbes 2023. 

Perasaan bangga dan hairan apabila melihat hanya beliau satu-satunya usahawan Bumiputera yang tersenarai dengan nilai kekayaan RM7.03 bilion.

Bangga kerana sebagai individu yang memiliki aset jutaan ringgit, beliau telah memberikan sumbangan yang besar dalam membantu meningkatkan taraf hidup orang Melayu. Antaranya:

1. Tubuh Yayasan Al-Bukhary yang telah membantu ratusan orang Melayu dan Bumiputera tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik.

2. Bantu usahawan dan syarikat Melayu dalam memperoleh peluang perniagaan dengan memberikan sokongan dan bantuan kewangan.

3. Bina Muzium Kesenian Islam untuk membiayai golongan fakir serta imam, bilal, dan siak masjid untuk menunaikan haji.

4. Bina Kompleks Al-Bukhary di mana terletaknya rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua, tadika, sekolah, universiti dan sebagainya yang ditanggung penuh oleh beliau dan banyak lagi.

Sungguh besar sumbangan beliau terhadap Bumiputera terutama orang Islam melalui zakat yang dibayarnya. 

Namun, sedikit rasa terkilan dan hairan apabila menyedari hakikat bahawa 17 daripada 18 individu paling kaya itu merupakan bukan Bumiputera. Bagaimanakah Perdana Menteri ke-10 (PMX) boleh mengatakan bahawa orang Melayu angkuh?

Menurut senarai itu, Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan mencecah RM51.88 bilion. 

Dua bilionair daripada industri perjudian – Lim Kok Thay, pengerusi Kumpulan Genting, dan Dr Chen Lip Keong dari Kumpulan Naga juga tersenarai masing-masing dengan jumlah kekayaan RM7.9 bilion 12.3 bilion.

Jika masih ingat, PMX pada awal-awal sidang medianya sebagai Perdana Menteri telah ‘menegur’ pemilik Bernas (Syed Mokhtar Al-Bukhary) berhubung monopoli import beras oleh Bernas. Kemudian ditimbulkan pula isu pengecualian cukai Yayasan Al-Bukhary.

Tiada masalah jika PMX ingin memastikan ketelusan dan membenarkan persaingan adil dalam kalangan syarikat Bumiputera. Namun, sehingga hari ini kita tidak mendengar apa-apa tindakan mahupun teguran daripada kerajaan dalam mengatasi monopoli taikun bangsa lain.

Kita juga tidak menafikan bahawa wujudnya monopoli barang oleh golongan kapitalis ekonomi tetapi kenapa hanya syarikat Bumiputera yang menjadi sasaran sedangkan hampir kesemua individu yang paling kaya di Malaysia adalah bukan Bumiputera.

YB USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Penerangan PAS Kedah
ADUN Sungai Limau
7 April 2023 – HARAKAHDAILY 7/4/2023


3. Apa usaha perkukuh ringgit daripada terus susut 

Datuk Razali Idris

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan sejauh manakah usaha dalam memperkukuhkan nilai Ringgit daripada mengalami penyusutan berpanjangan.

Perkara itu ditanyakan oleh Senator Datuk Razali Idris kepada Menteri Kewangan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau juga ingin tahu berapakah jumlah sebenar hutang negara sekarang dan siapakah pemiutang.

Berikut ialah soalan-soalan daripada wakil PAS, Bersatu dan Gerakan yang disenaraikan pada persidangan Dewan Negara, hari ini.

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah perkembangan terkini pihak Kementerian dalam kempen Generational End Game (GEG) Anti Rokok 18 dan sejauh manakah kempen ini berhasil.

 Datuk John Ambrose minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah yang diambil bagi mengawal harga baja tanaman kelapa sawit agar tidak mengalami kenaikan harga secara mendadak dan luar biasa.

Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-

(a)  bilakah (termasuk status) pihak polis akan mula menggunakan kamera badan bagi kegunaan anggota Unit Rondaan Bermotosikal dan kenderaan pelbagai guna; dan

(b)  adakah terdapat sebarang langkah dalam memastikan setiap bilik siasatan, lokap dan premis PDRM yang berurusan dengan orang ramai dan orang yang disyaki dilengkapi dengan kamera litar tertutup.

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada import makanan.

Tuan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian minta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini tuntutan Sarawak dan Sabah supaya diberi satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen dan sasaran utama yang sudah tercapai.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Ekonomi menyatakan apakah inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan oleh ECER kepada komuniti Orang Asli di Negeri Terengganu dalam program Pembangunan Modal Insan ini.

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-

(a) sejauh manakah usaha Kerajaan dalam perkukuhkan nilai Ringgit daripada mengalami penyusutan berpanjangan; dan

(b) berapakah jumlah sebenar hutang negara sekarang dan siapakah pemiutang.

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah status terkini mengenai kajian laksana semula perundingan mengenai Malaysia-EU FTA dan juga memohon Menteri untuk menjelaskan apakah rancangan Kerajaan dalam menangani embargo pengimportan minyak kelapa sawit di Kesatuan Eropah (EU).

Datuk Bobbey Bin Suan minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan projek Trans-Borneo Highway di sebelah negara kita walaupun perpindahan ibu negara Indonesia telah ditunda dan jika ada, apakah status terkini perancangan Kerajaan.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebagai lapangan terbang antarabangsa dan kargo memandangkan Kelantan adalah gerbang yang menghubungkan wilayah Indo-China dengan Malaysia.

Dato’ Haji Husain bin Awang minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah mekanisme yang dilakukan oleh Kerajaan dalam menyimpan stok makanan yang tahan lama untuk lima tahun akan datang bagi berhadapan dengan krisis perubahan iklim.

Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah langkah Kerajaan bagi menyelesaikan isu pelajar-pelajar tajaan negara yang tidak mahu pulang untuk berkhidmat di dalam negara selepas mereka tamat belajar.

Tuan Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah yang diambil untuk memantau kenderaan melebihi muatan yang menggunakan jalan persekutuan dan negeri sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta Perdana Menteri menyatakan adakah terdapat inisiatif untuk mengadakan geran tambahan khusus bagi sukarelawan rakan NADMA yang bersama-sama membantu ketika bencana berlaku dan pasca bencana.

Tuan Ak Nan A/L Ehtook minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh manakah tahap kesiap siagaan Hospital Tumpat dan Hospital Kajang dari segi keupayaan kakitangan dan kecukupan peralatan untuk merawat pesakit dan mengurangkan tempoh berada di hospital. – HARAKAHDAILY 4/4/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hilang tanah S'gor. S/Mokhtar Al-Bukhary terselit. Ringgit susut.

Apakah di Malaysia 'rasuah' sudah dihalalkan? Sedang didakwa perasuah, tiba-tiba boleh jadi TPM? Juga terkait  PMX? Perasuah terowong saksinya terkait kematian masih bebas lepas?

Apa nak jagi negara ini? Masih kekal dalam kutukan Allah?

10 comments:

Anonymous said...

Dia ni memang pandai ngayat. Habis pengundi diayatnya. Tu yang menang.

Orang derma untuk parti. Dia pulak guna untuk keluarga. Penderma pun diayatnya. Dapat juta juta. Ini pun scammer skala besar.

Bukan senang nak dapat buat luar tabii. Kena pandai ngayat juga. Baru dapat pasangan.

Satu msia diayatnya. Tapi yang busuk tu lama mana dapat tutup. Rm turun. Harga petrol turun tinggal kenangan. Menteri duit dia juga. Lembaga ampun pun dia juga. Cakap yang madani dan rahmah, tapi gabungannya terkenal dengan rasuahnya. Terkenal dengan ideologi komunis.

Royalti dirompak. Bantuan banjir dirompak. Peruntukan mp pembangkang dirompak. Ini bukan madani. Kaya perbendaharaan tapi miskin akhlaq.

Orang melayu jadi musuhnya. Jutawan. Usahawan. Politik. Kwsp. Semua jadi bahan tibai.

Mana madani. Mana rahmah. Tiada langsung. Yang ada rasuah masih dikerusinya. Yang ada kes mahkamah masih di pejabat nya. Yang miskin dan susah disuruh cagar kwspnya. Yang janji dulu masih dalam manifesto. Dalam frame untuk ditayang.

Buat muka slumber. Macam tak buat salah langsung. Kat jepun dah letak jawatan. Jaga maruah dari terus dibeban malu. Ada yang sampai harakiri.

Anonymous said...

Kesumatnya berskala besar. Yang betul betul depan mata, diberi jawatan. Yang pembangkang didakwa selagi boleh. Dicipta kesalahan.

Ini untuk negara. Untuk rakyat. Bukan untuk selamatkan diri. Bukan untuk rebut kerusi.

Anonymous said...

Apa bahaya pilih kerajaan perpaduan

Ex banduan
Lewat
Rasuah skala besar
Tibai orang melayu
Manifesto yang tinggal usang.
Nepotisme
Komunis dapig
X cerdik
X pandai perintah rm rudum
Bawa pelabur cina besar besaran
Kuat fitnah

Anonymous said...

Tuduh melayu angkuh. Apa punya sewel statement.

Anonymous said...

Melayu yg angkuh tu la sewel.

X fah pmx maksudkan.

Melayu pembunuh pun ada

Melayu penipu ramai

Melayu kalah saman fitnah pun ramai

Melayu x cerdik geng pn.

Anonymous said...

Bahaya pilih Phumdap

1. Perairan negeri2 Terengganu, Serawak & Sabah akan dijual kepada Tiongkok.
2. Pulau2 persisir Terengganu yg jaraknya melebihi 3batu nautika dari paras air surut akan bakal menjadi milik tiongkok.
3.Pulau benting Pattingi bakal digadai pada negara republik rakyat tiongkok.
(rata2 rakyat pribumi serawak dah mula marah sejak si bejadah pmx mengumumkan kunun wujud kerja2 carigali petronas di kawasan tuntutan bertindih dengan tiongkok.
4. Tidak diketahui keduduka pulau tioman samada akan diistihar pulau tuntutan bertindih dengan samada indonesia atau tiongkok.
5. Menurut negara tiongkok "nine dash line" iaitu peta rekaan jahat pengganas komunis tiongkok yg dapat dilihat melalui google maps versi negara tiongkok adalah jelas mereka melakarkan bahawa negara Brunei, Miri, bintulu, labuan dan pulau tioman, tenggol, perhentian dan etc adalah termasuk dalam wilayah "nine dash line" milik tiongkok.

Maka bilamana sibiol gila lagi bodo pmx mengumumkan yg dia akan berunding dengan tiongkok mengenai kunun tuntutan bertindih maka seluruh rakyat negeri seperti Terengganu pahang, Serawak, Sabah dan juga negara Brunei hendaklah berwaspada sebab munkin ada game pemetaan dan penjualan wilayah kedaulatan negeri anda sekelian sedang berlaku dibelakang tabir dan jangan biarkan samasekali ianya berlaku.
Ingatlah bahawa ucapan sibiol pmx telah mendapat pujian dari pehak parti komunis tiongkok dan tidak menunjukkan tentangan oleh pehak parti ph maka kewaspadaan wajib anda pertingkatkan.

Ingat Saudara2 orang negeri Sabah, Serawak, Terengganu Pahang dan juga negara Brunei, wilayah dan wilayah pesisir negeri2 anda adalah warisan pusaka nenek moyang anda, dan pertahankanlah.
Bertindak dan halau penceriboh serta penceroboh dalam selimut dan musang berbulu ayam serta balaci mereka dari negeri anda.

Daulatkan negeri2 anda.

Anonymous said...

Teringin nak tengok yang berserban bersama kerajaan perpaduan madani. Yang ada kartunis junar liberal. Yang ada rapper liberal. Yang ada lgbt. Potensi liwat. Serba boleh ikut filosofi komunis dapig.

Anonymous said...

Seorang aktivis mempersoalkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan dibuatnya terhadap Dr Mahathir Mohamad ketika kongres PKR bulan lalu.

Kua Kia Soong berkata, jika Anwar mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan yang Mahathir mengayakan keluarganya semasa berkuasa, perdana menteri sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekarang.

“Bagi seorang perdana menteri yang komited dengan pendekatan sifar toleransi terhadap salah laku dan rasuah, adalah menghairankan bahawa beliau selama ini tidak melaporkan dakwaan mengenai Mahathir mengayakan diri kepada SPRM

Anonymous said...

Rasuah kunun tiada.

Tapi bersama kutip hasil menang pilihanraya bersama penyakau duit cina wibawa.

Kah kah

Negeri mana bawah extreme maju?

Air kotor jalan sempit berlubang rakyat miskin harap bantuan federal.

Yang x cerdik sj pilih pn

Kah kah kah

Anonymous said...

Penyakau minyak masak

Kah kah kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails