Siti Nuramira Abdullah, 27, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika komediri di sebuah kelab komedi, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam, Jun tahun lalu.
Siti Nuramira Abdullah, 27, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan pilihan, semasa perbicaraan kes di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini. Mahkamah memerintahkan wanita itu dipenjara empat bulan, sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan pilihan, dia didakwa dengan sengaja melukakan perasaan agama lain dengan menyebut bahawa dia seorang Muslim, telah menghafal 15 juzuk al-Quran dan kemudiannya membuka tudung dan menanggalkan baju kurung.
Kesalahan dilakukan sewaktu persembahan di atas pentas, di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini, pada jam 6 petang, 4 Jun 2022.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob sementara tertuduh diwakili peguam, R Sivaraj.
Semasa prosiding, Abdul Malik berkata, Siti Nuramira telah memfailkan representasi berhubung kes ini pada 16 Mac lalu dan ia telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AGC)
“Oleh itu pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh,” katanya.
Sejurus dia menukar pengakuan kepada bersalah, pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kesalahan tersebut telah mengundang perhatian orang ramai.
Walaupun hukuman di bawah seksyen itu lebih ringan namun beliau berkata, ia tidak bermaksud kesalahan tertuduh adalah tidak serius.
Sivaraj kemudiannya merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan iaitu berbentuk denda.
Menurutnya, Siti Nuramira baru sahaja berkahwin empat bulan lalu dan hanya mahukan kehidupan yang aman.
“Dia sudah lama tidak aktif dalam media sosial kerana tidak mahu mencetuskan kontroversi.
“Anak guam saya juga menyesal dengan perbuatan itu dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat,” katanya.
Pada 22 Mac lalu, mahkamah memberi amaran bahawa perbicaraan membabitkan Siti Nuramira boleh dijalankan di rumah atau hospitalnya jika dia masih tidak hadir ke mahkamah.
Mahkamah mengeluarkan peringatan itu apabila pasukan pembelaan memberitahu bahawa Siti Nuramira sekali lagi tidak hadir pada prosiding itu.
Sehari sebelum itu, perbicaraan kes ditangguhkan selepas tertuduh diberi sakit kerana sakit perut.
Pada 13 Julai tahun lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun, jika sabit kesalahan. -- Sinar Harian
2. Kes wanita tanggal baju di Jalan Petaling disebut 13 Okt Persana Avril (gambar) didakwa menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas.
Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan kes bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, April lalu.
Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne supaya diberikan tempoh dua minggu untuk serahan gambar serta rakaman video kes terbabit.
Malini turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beberapa dokumen yang akan digunakan untuk perbicaraan telah diserahkan kepada tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33.
Mahkamah sebelum ini menetapkan tiga hari bermula 11 Jan depan untuk perbicaraan kes itu. Persana Avril, yang diwakili peguam Kelvin Tan hadir di mahkamah hari ini memakai baju hitam serta berseluar biru.
Pada 10 Ogos lepas, mahkamah sama memutuskan Persana Avril adalah waras dan layak dibicarakan selepas meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan.
Persana Avril didakwa menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas.
Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini kisah wanita tanggal baju. Di Kelab Komedi & Khalayak ramai..
Beginikah salahguna demokrasi di Malaysia? Bagaimana pula kalau di negara komunis dan marxis? Apa komen 'balaci-balaci anti Islam'?
PERHATIAN
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN
(i) Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -k... (ii) Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti! (iii) K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S...
1 comment:
Betul ke presiden parti kencing rakyat masuk penjara pasai liwat. Atau fitnah.
Post a Comment