Malah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menggerakkan lori bagi menghantar air ke tangki statik yang disediakan di lokasi yang menghadapi masalah bekalan air.
Usaha serupa juga dilakukan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff yang menyediakan penghantaran air percuma di kawasan Parlimen berkenaan.
Beliau berkata, langkah itu bagi membantu AKSB yang turut menghantar bekalan air bersih ke kawasan yang menghadapi masalah bekalan air.
“Sebelum ini, AKSB menyediakan lori tangki menghantar air di kawasan yang terjejas dan terputus bekalan air.
“Kak Lah turut membantu menghantar air menggunakan lori kepada penduduk yang terputus bekalan air menjelang musim perayaan sekarang,” katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya, keperluan bekalan air menjadi lebih terdesak apabila ramai anak perantau pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.
“Apa yang kita buat ialah menyediakan lori tangki besar dan pam penyedut dengan mengambil air dari pili bomba sebelum dihantar ke kampung terlibat.
“Alhamdulillah, kami bersama-sama AKSB, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) dan penduduk kampung bertungkus lumus sejak pagi sampai petang bagi menyediakan bekalan air kepada kampung yang terjejas,” ujarnya.
Siti Zailah juga berkata, usaha itu digerakkan hasil inisiatif sendiri tanpa mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat. – HARAKAHDAILY 20/4/2023
2. Majlis sambutan Aidilfitri pusat di 6 negeri keterlaluan
Takiyuddin HassanPERIKATAN NASIONAL (PN) merakamkan rasa terkejut dan ralat atas keputusan Kerajaan Pusat untuk mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri secara bergilir-gilir di enam buah negeri di Semenanjung Malaysia bermula pada 29 April di Kedah dan dijadual berakhir pada 14 Mei di Selangor. Selain itu, majlis turut dijadual berlangsung di Pulau Pinang (6 Mei); Negeri Sembilan (7 Mei); Kelantan (12 Mei) dan Terengganu (13 Mei).
Jika dilihat dari sudut mana pun, keputusan Putrajaya ini jelas berlebih-lebihan dan keterlaluan, malah kelihatan terlalu gelojoh dan sangat menjolok mata, selain tidak wajar dipertahankan.
Enam majlis sambutan Hari Raya di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tentulah akan mencetuskan persoalan mengenai motif dan tujuan ia diadakan.
Langkah sebegini sekiranya dikatakan untuk meraikan hari kebesaran agama serta muhibah umat iaitu Hari Raya Aidilfitri, ternyata jauh tersasar dan jelas akan tercemar.
Ini kerana ia tidak lagi boleh dipisahkan daripada motif politik dan persaingan pengaruh menjelang PRN yang bakal berlaku beberapa bulan sahaja lagi.
Retorik basi dan sumbang kononnya PAS dan sekarang ini PN adalah parti yang “menunggang agama” untuk tujuan politik nampaknya kini berbalik kepada pihak Kerajaan Pusat sendiri yang “menculik” majlis penting tahunan Islam itu bagi mencapai matlamat kuasanya.
Majlis sambutan bersiri ini juga melanggar konvensyen dan adab hubungan antara Kerajaan Pusat dan negeri-negeri dari segi wibawa dan bidang kuasa masing-masing.
Adalah lebih manis dan sopan sekiranya Putrajaya mengekalkan amalan pembahagian tradisi dengan majlis masing-masing pihak kekal sebagai acara sambutan terbesar dan utama di peringkat masing- masing sebagai tanda hormat terhadap wibawa dan bidang kuasa itu.
Tindakan melangkahi sempadan hormat dan adab antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam konteks ini jelas mencabar imej serta maruah negeri-negeri dan tentulah tidak akan menyumbang kepada hubungan baik dan saling mempercayai antara kedua-dua belah pihak.
Keadaan ini juga tentulah tidak bermanfaat kepada rakyat dan negara serta usaha dan cita-cita untuk mewujudkan sebuah persekutuan yang kuat dan saling mengukuhkan.
PN juga percaya majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlebih-lebihan seperti ini sangat berlawanan dengan penyataan dasar dan komitmen Putrajaya untuk berjimat cermat bagi mengukuhkan kedudukan kewangannya yang didakwa terbeban dengan hutang, salah pengurusan dan pembaziran kerajaan terdahulu.
Ini sebagaimana yang dinyatakan Perdana Menteri di Parlimen bahawa hutang dan liabiliti kerajaan kini ialah sebanyak RM1.5 trilion atau kira-kira 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Menurut beliau lagi, antara langkah utama yang akan diambil oleh Kerajaan pimpinannya ialah dengan menambah baik tata kelola kerajaan kerana kononnya sejumlah besar dana kerajaan hilang susulan kelemahan pengurusan dan ketirisan yang menyebabkan hutang menjadi lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi.
Kata-kata hanya akan membawa makna dan kesan sekiranya ia disusuli dengan langkah dan tindakan yang sama dan senada, bukan sebaliknya.
PN juga merakamkan kebimbangan berhubung kemungkinan berlakunya penyalahgunaan agensi dan jentera kerajaan dalam penganjuran majlis-majlis sambutan ini kerana motif politiknya sudah tidak boleh disorok lagi.
Justeru itu Kerajaan Pusat perlu memberi jaminan ia tidak berlaku, selain memastikan semua janji dan slogan tentang salah guna kuasa, penyalahgunaan jentera dan kelemahan pengurusan yang diwarwarkannya sebelum ini tidak hanya tinggal slogan dan janji di bibir semata-mata.
Dalam pada itu, PN juga terus menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan tidak profesional dan melanggar kontrak oleh stesen televisyen TV3 yang membatalkan slot takbir Hari Raya oleh Perikatan Nasional (PN) yang dijadual disiarkan oleh stesen berkenaan pada jam 10.20 malam, 21 April lepas.
Meskipun dalam e-mel yang dihantar kira-kira lima minit sebelum takbir berkenaan dijadual disiarkan, pihak TV3 memberitahu bahawa langkah itu terpaksa diambil kerana “masalah teknikal” sekali gus berjanji akan memulangkan bayaran yang telah dibuat oleh PN sebelum itu, namun sebagai sebuah televisyen ternama dan veteran dalam dunia penyiaran negara, PN beranggapan insiden itu tidak harus berlaku sama sekali.
Malah alasan “masalah teknikal” sebagai punca pembatalannya juga amatlah janggal dan tidak boleh diterima.
Justeru PN mendesak pihak pengurusan TV3 dan juga Kerajaan Pusat, terutamanya Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), supaya bersikap jujur dalam isu ini, sekali gus menafikan berlakunya campur tangan politik untuk mensabotaj siaran takbir berkenaan atas apa-apa tujuan sekali pun.
Integriti TV3 dan KKD sangat bergantung kepada kesediaannya untuk bersikap telus dan profesional, terutama dalam menghormati kontrak dan janji yang dibuat secara sah dan formal.
TAKIYUDDIN HASSAN
Timbalan Setiausaha Agung PN (Ketua Whip PN)
26 April 2023 – HARAKAHDAILY 26/4/2023
3. Tiket mahal: Jangan susahkan orang Sabah, Sarawak
Apa tidaknya, harga tiket penerbangan mencecah sehingga empat angkah. Difahamkan ia mencecah antara RM700 hingga RM5,000 seorang, bergantung destinasi yang hendak dituju. Harga ini sangat luar biasa dan mencekik darah warga Sabah dan Sarawak.
Harga yang sangat membebankan buat orang Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung Malaysia sebagai pemandu lori, bas, operator kilang, pelayan di restoran dan seumpamanya yang ingin pulang berhari raya bersama keluarga tercinta.
Beban itu juga memberi kesan terhadap golongan pelajar yang menuntut di pelbagai pusat pengajian tinggi di Semenanjung Malaysia.
Kalau di luar musim perayaan, biasanya harga tiket penerbangan hanyalah tiga angka serendah RM150 hingga RM 350 atau lebih sedikit dalam satu perjalanan untuk seorang penumpang. Jika bernasib baik boleh dapat di bawah RM150.
Namun, beberapa hari sebelum sambutan Hari raya Aidil Fitri baru-baru ini, kita disajikan dengan pelbagai laporan media tempatan yang memaparkan ramai pelajar dari Sabah dan Sarawak mengadu kos penerbangan balik ke kampung halaman yang sangat tinggi.
Pautan berita berkaitan: https://www.hmetro.com.my/utama/2023/04/959283/tiket-mahal-ada-penuntut-terpaksa-beraya-seorang-diri; dan https://www.hmetro.com.my/utama/2023/04/959753/tiket-ditaja-zulfikar-gembira-dapat-pulang-beraya-di-kampung.
Kumpulan pelajar ini merasakan sudah tiada pilihan melainkan terpaksa akur dengan kehendak pihak kapitalis yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan sepuas-puasnya pada musim perayaan ini.
Bagi pelajar yang berjaya ‘meloloskan’ diri untuk pulang ke pangkuan keluarga, mereka terpaksa menelan kepahitan untuk menanggung kos penerbangan ini dengan duit belanja pengajian mereka sendiri.
Itulah wang untuk makan minum sehari-hari dan kos-kos pengajian lain yang terpaksa dikorbankan demi bertemu keluarga tersayang dalam suasana hari raya yang mulia ini.
Bagi pelajar yang semamangnya tidak mempunyai wang saku yang cukup pula, ibu bapalah yang terpaksa mencari duit tambang di sana sini.
Jika tiada wang simpanan, terpaksalah mereka meminjam dan berhutang dengan keluarga atau rakan-rakan sekerja demi memastikan anak yang sudah berpisah lama pulang ke pangkuan keluarga tersayang di hari yang mulia ini.
Ramai ibu bapa dalam kalangan pelajar terbabit bukanlah dari keluarga yang kaya dan berkemampuan.
Sekadar cukup untuk menampung perbelanja rumah dan dapur bagi menyara kehidupan keluarga dan persekolahan adik beradik yang lain.
Ini isu penerbangan balik kampung, bagaimana pula kos penerbangan pulang semula ke pusat pengajian masing-masing di Semenanjung Malaysia kelak?
Isunya tetap sama, kos penerabangan tetap menggila. Golongan yang bersifat kapitalis ini terus mencekik kehidupan rakyat tanpa belas kasihan terutama para pelajar yang sedang menuntut ilmu pelbagai bidang di universiti masing-masing di Semenanjung Malaysia.
Sehingga saat artikel ini ditulis (25 April 2023) harga tiket balik ke Semananjung Malaysia mencecah antara RM700 hingga 1,900 seorang.
Jika orang dari golongan ’kayangan’ pun merasakan harga itu sangat mahal, sementelah pula bagi marhaen yang kurang berkemampuan.
Dalam hal ini ,kita tidak mempertikaikan mencari keuntungan kerana ia adalah strategi biasa dalam perniagaan, namun janganlah sampai berlaku penindasan terhadap pihak lain khususnya rakyat yang tidak berkemampuan.
Seolah-olahnya tiada penyelesaian konkrit untuk membantu meringankan beban golongan perantau ini.
Saban tahun, isu yang sama tetap berulang sungguhpun sudah pelbagai desakan dan luahan rasa hati oleh perantau dikalangan pelajar dan pekerja ini kepada pihak berwajib namun tiada penyelesaian konkrit.
Justeru, tiada pilihan lain melainkan pihak Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan PMX, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berkuasa di negara ini perlu mengambil tindakan pantas dan bijaksana bagi menyelesaikan isu ini dan mengekang sifat tamak golongan kapitalis ini dari terus menekan kehidupan rakyat Sabah dan Sarawak tanpa simpati.
Kalau ketika ini ada ‘Menu Rahmah’ kenapa tidak diadakan juga ‘Tiket Penerbangan Rahmah’ untuk rakyat dari golongan susah ini.
Sementara pihak kerajaan bagi kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak pula perlu mencari inisiatif bagi meringankan beban rakyat mereka di perantauan terutama buat golongan pelajar semasa pulang pada musim perayaan sebagaimana janji yang pernah diucapkan setiap kali adanya majlis ramah mesra bersama pucuk pimpinan.
Kita perlu menyedari bahawa rakyat, khususnya pelajar Sabah dan Sarawak jua adalah penentu masa depan negara ini.
Salam hormat.
SAHAR ABDUL MAJID
Timbalan Pesuruhjaya PAS
Negeri Sabah – HARAKAHDAILY 25/4/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, wakll rakyat PAS/PN.. X sambut Aidilfitri keterlaluan.
Bahkan PN terkejut.. kerajaan pusat sambut berlebih-lebihan, gelojoh dan “menculik” majlis penting tahunan itu bagi mencapai matlamat kuasanya.
INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN
(i) Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti!
(ii) K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S...
(iii) Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -k...(iv) Indahnya Islam kerana sistem zakat. RM76 juta agih...
Mengapa pengumuman berkaitan peruntukan pendidikan untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara dibuat Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan?
ReplyDeleteWalhal, individu yang sepatutnya layak mengumumkan perkara berkenaan adalah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, kata Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad.
(c&p)
Walhal dia mendahului menteri kewangan.
Nape bawak CT Halija je kan helok bawak Mariah Kari ke.. K Pop ke... Kikikiki
ReplyDeleteSiti Nurhaliza dan Amy Search dijadualkan membuat persembahan semasa majlis hari raya di 6 buah negeri sempena PRN Jun 2023 ini yang sebahagian besar atur caranya menampilkan ucapan daripada tokoh-tokoh kerajaan.
Siti Halija dan Tabung Haji. Nasi tambah kuah kari
Antara punca rakyat Malaysia terpaksa membayar kos yang tinggi untuk mengerjakan haji adalah kerja kerja tukang nasik tambah..!!
Malaysia yang beragama Islam sambut Ramadhan dalam suasana pilu apabila berita mengenai kos mengerjakan haji naik dengan sangat tinggi.
Kos haji:
Tahun 2009 hingga 2021. (PM Najib)
B40= RM9,980
M40= RM9,980
T20 = RM9,980
Tahun 2022.
B40= RM10,980
M40= RM12,980
T20 = RM12,980
Tahun 2023
B40= RM10,980
M40= RM15,980
T20 = RM30,850
Tabung Haji untung besar sepanjang tempoh Datuk Seri Najib Tun Razak jadi PM. Hibah Tabung Haji tinggi secara konsisten dan kos haji tidak pernah dinaikkan ketika itu tetapi kini semua sudah berubah.
Masihkah kita ingat ketika Tabung Haji mengesahkan telah membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Board (1MDB), Siti Nurhaliza memuat naik di twitter
“Sangat memalukan dengan apa yg terjadi dgn kes Tabung Haji.. Ya Allah Lindungi kami,” – Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) May 9, 2015
Memetik sumber, Projek Core Residences dimilik dan dibina oleh syarikat WCT bernilai RM1.4 bilion sudah 80% dijual. Dijangka jual 100% sepenuhya pada akhir tahun ini.
Secara peribadi, kita sebagai umat Islam sangat sedih dengan apa yang terjadi pada Tabung Haji. Peluang TH untuk menjana untung berjuta-juta ringgit terlepas begitu sahaja atas desakan mereka yang tidak bertanggungjawab seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain lagi.
Desakan mereka yang tidak bertanggungjawab seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain lagi. Mereka antara punca rakyat Malaysia terpaksa membayar kos yang tinggi untuk mengerjakan haji. Tak tau ekonomi baik fokus nyanyi jangan jadi nasi tambah
Adun Suka Menanti Zamri Yusuf, selaku pengarah Jawatankuasa Induk himpunan itu, berkata 10,000 orang dijangka menghadiri majlis yang bakal diadakan di Dataran Stargate, Alor Setar itu.
“Objektif himpunan ini untuk kita terapkan masyarakat tentang konsep Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan,
Tambang pergi haji bertambah mahal, tambang balik raya ke sabah & serawak lebih mahal dari tambang pergi tiongkok nih di era penjajahan jemaah belanda sipit, belanda jawa dan belanda kalinga.
ReplyDeleteMasih tak mau sedar lagi kah?
Eh engkorang tau tak ini ada berita tak baik pada masyarak umum bakal berlaku iaitu kemunkinan regim phumndap akan mengadakan sesi lockdown beberapa bulan selepas saja roadshow hayun rumah terbuka raya dalam seminggu dua macam tu selepas kunun didapati kes kovik wak akturus kunun merebak cepat dan tak terkawal, dan wabak ini munkin hanya mencanak dinegeri2 yg bakal ada prn je tau dan jadi bagi pengundi2 yg bermukim diluar kawasan maka kemunkinan hanya boleh mengundi secara pos dan oleh kerana terdapat peristiharan lockdown maka entahlah apa yg nak jadi dengan segala kertas undi yg ada kat dalam tu kerana ianyanya hanya boleh dibawa oleh pegawai pilihanraya dan polis yg dilantik khas oleh spr.
ReplyDeletehmmm, kalau betul lah ini yg aku dengar bakal terjadi maka...
entahlah.
aku curiga amat bila mendengar cerita nih sebab logik tu ada bila aritu si wak47kes-77puak ada hint pasal jangan pandang remeh wabak akturus dan mula tengok "pembesar2" mula start pakai mask... macam ada apa2 jer tu..
eh aku curiga lah.
aku tak tahu la kalau curiga dlm hal segini akan dipandang salah oleh siapa2 yg berkenaan dan kuncu2nya.
Tapi kan luahkan perasaan bila terdengar sesuatu tu masakan salah.