Umat Islam menunaikan solat di pekarangan Masjid Al-Aqsa sambil diawasi pasukan pihak berkuasa Israel. - FOTO AFP
Polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa, semalam. - FOTO REUTERS
1. Tidak sampai 24 jam, polis Israel serbu lagi Masjid Al-Aqsa
GAZA/BAITULMAQDIS: Polis Israel kembali bertempur dengan rakyat Palestin untuk kali kedua di Masjid Al-Aqsa, semalam, beberapa jam selepas pasukan rejim Zionis itu membuat serbuan pada awal pagi dan menahan serta mengeluarkan lebih 350 orang dari kawasan masjid berkenaan.
Konfrontasi itu yang berlaku ketika bulan mulia Ramadan dan menjelang sambutan keagamaan Yahudi, turut mencetuskan serangan saling berbalas merentasi sempadan di Gaza serta meningkatkan kebimbangan akan keganasan semakin memuncak.
Dalam insiden kedua pada malam tadi, polis Israel sekali lagi memasuki pekarangan masjid itu serta cuba mengusir jemaah dengan menembak peluru getah dan melepaskan bom tangan 'stun', kata petugas Waqaf - pertubuhan Islam dilantik Jordan untuk menguruskan kompleks berkenaan.
Polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa, semalam. - FOTO REUTERSSusulan itu, jemaah bertindak balas dengan membaling objek terhadap pasukan rejim Zionis berkenaan, menurut saksi, manakala Palang Merah Palestin pula memaklumkan enam orang mengalami kecederaan.
Polis Israel dalam satu kenyataan mendakwa, puluhan orang muda membawa masuk batu serta mercun ke masjid dan cuba membentengi diri mereka di dalamnya. Bagaimanapun, pihak Waqaf berkata, pasukan rejim itu memasuki masjid terbabit sebelum jemaah selesai menunaikan solat.
Nabil Abu Rudeineh sebagai jurucakap kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyifatkan tindakan pihak Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menyerang jemaah, sebagai tamparan kepada usaha Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini untuk mewujudkan ketenangan serta kestabilan ketika Ramadan.
Polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa, semalam. - FOTO AFPDalam insiden terdahulu tidak sampai 24 jam sebelum itu, polis menyerbu Masjid Al-Aqsa dengan mendakwa sejumlah perusuh bertopeng telah memasuki masjid dan menguncinya.
Menurut Palang Merah Palestin, seramai 12 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran pertama itu, termasuk akibat tembakan peluru getah dan dipukul, manakala polis Israel pula memaklumkan dua anggotanya cedera.
Susulan pertempuran pertama itu, sekurang-kurang sembilan roket dilaporkan ditembak dari Gaza ke Israel sebelum dibalas dengan serangan udara rejim Zionis yang menyasarkan lokasi pengeluaran senjata kumpulan Hamas. Begitupun, tiada sebarang kematian dilaporkan di kedua-dua belah sempadan Gaza.
Hamas tiada membuat pengakuan bertanggungjawab atas serangan roket itu, namun percaya ia adalah tindak balas terhadap serbuan polis Israel di Masjid Al-Aqsa. Sejurus sebelum pertempuran kedua di masjid itu, semalam, dua lagi roket dilaporkan ditembak dari Gaza. Tentera Israel mendakwa satu daripadanya tersasar, manakala satu lagi mengenai kawasan terbuka.
Mengikut ketetapan 'status quo' sekian lama bawah pengurusan pekarangan Masjid Al-Aqsa, hanya umat Islam boleh menunaikan solat di kawasan itu yang menyaksikan puluhan ribu jemaah memenuhinya untuk beribadah ketika Ramadan.
Mereka yang bukan Islam pula cuma dibenarkan melawat, namun semakin ramai pelawat Yahudi mengingkari ketetapan berkenaan dengan melakukan perkara keagamaan mereka di kawasan terbabit.
Pihak Waqaf menyifatkan tindakan polis Israel itu sebagai 'serangan terang-terangan terhadap identiti dan fungsi Masjid Al-Aqsa sebagai tempat ibadah untuk Muslim sahaja.' - REUTERS
2. Tentera Israel serbu Masjid Al-Aqsa dua hari berturut-turut
Foto daripada web Pusat Informasi Palestina.BAITULMAQDIS: Tentera Israel pada Rabu menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki untuk kali kedua berturut-turut.
Saksi memberitahu Agensi Anadolu, tentera Israel menyerbu Balai Solat Al-Qibli selepas solat tarawih, melemparkan bom tangan dan memukul jemaah Palestin.
Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata pasukan perubatan telah merawat enam rakyat Palestin di lokasi kejadian, dua daripada mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut akhbar Israel Yedioth Ahronoth, rakyat Palestin didakwa bertindak membaling batu dan bunga api ke arah tentera Israel.
Sebelum ini, kira-kira 350 jemaah ditahan dalam serbuan pertama tentera Israel ke atas masjid berkenaan.
Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin, polis Israel mula membebaskan tahanan dengan syarat mereka tidak dibenarkan berada di Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama Baitulmaqdis selama seminggu. – BERNAMA-ANADOLU
3. Saudi, UAE kutuk tentera Israel serbu Masjid Al-Aqsa
Seorang jemaah wanita di hadapan barisan tentera Israel di pekarangan Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis pada 5 Mac 2023. (FOTO: L'Orient Today)RIYADH: Kementerian Hal Ehwal Luar Arab Saudi mengecam tindakan jahat dan kejam tentera Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada Rabu (5 Mac), menyerang dan mencederakan sekurang-kurangnya 12 jemaah dan menangkap kira-kira 350 yang lain.
Dalam satu kenyataan pada Khamis (6 Mac) kementerian itu ‘menyatakan kecaman dan penolakan kerajaan Saudi’ terhadap penyerbuan secara terang-terangan di pekarangan Masjid Al-Aqsa dalam bulan Ramadan, lapor Saudi Press Agency (SPA).
“Amalan ini melemahkan usaha damai, dan (Kerajaan) menegaskan semula kedudukan teguhnya dalam menyokong semua usaha yang bertujuan untuk menamatkan pendudukan dan mencapai penyelesaian yang adil dan menyeluruh untuk perjuangan Palestin,” tambah kenyataan itu.
“Tindakan sedemikian melanggar prinsip dan norma antarabangsa mengenai penghormatan terhadap kesucian agama,” kata kenyataan itu.
Polis Israel menyerang berpuluh-puluh jemaah di pekarangan Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis sebelum subuh pada Rabu (5 Mac), kata saksi, selepas menyerbu masuk.
Insiden itu mencetuskan bantahan di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan tentera Israel berkata sembilan roket dilepaskan dari Gaza ke arah Israel selepas siren berbunyi di bandar-bandar selatan.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga mengutuk sekeras-kerasnya penyerbuan masjid Al-Aqsa oleh polis Israel pada Rabu.
“UAE menyeru pihak berkuasa Israel untuk menghentikan peningkatan dan mengelak daripada memburukkan lagi ketegangan dan ketidakstabilan di rantau ini,” kata kementerian luar negara utu dalam satu kenyataan.
Jordan dan Mesir, dua negara yang terlibat dalam usaha yang disokong AS baru-baru ini untuk meredakan ketegangan antara Israel dan Palestin, turut mengeluarkan kenyataan berasingan mengutuk insiden itu. – HARAKAHDAILY 6/4/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Israel serbu M/Al-Aqsa terus! Apa sikap M'sia?
Malaysia masih takut kepada AS dan zionis bangsat itu?
Israel serang masjid Al Aqsa ... AlJuburi mana ada nak kutuk.. depa kan barua LeeKwanYew@DAP .. Singapura little Israel di Asia Tenggara
ReplyDeleteKalau waktu geng Islam extrene perintah dlu buat serangan ka atas Israel, mungkin Israel da kecut perut sekarang.
ReplyDeleteBerlakon pandai geng pn nih
Apa barang nak tanya kerajaan perpaduan sekarang?
Biasa la tu kot...
ReplyDeleteTu munkin la ada kuliah halaqah memsyarahkan bab politik kot tu.
Rasanya dulu kerajaan israel tidak membenarkan sebarang unsur politik diperkatakan di mana2 masjid serta apa jua premis dan setiap guru agama islam mesti terlebih dahulu mendapat tauliah mengajar dari pejabat kementerian entah apa lupa aku, baru boleh mengajar atau membuka halakah tazkirah, kalau ada yg tak akur maka pehak berkuasa akan bertindak la.
ermm... tak salah gitu la yg aku dengar dari seorang refugee Palestin yg aku pernah jumpa suatu masa dulu.
Begitulah kalau tanah air telah dijajah.
Mudah2an Allah swt memperkuatkan mereka umat Islam Palestin dan mempermudahkan mereka melalui segala cabaran era penjajahan zionis tu.
Ingatkan boring x da lawak geng pn sbb sidang dewan rakyat dah habis.
ReplyDeleteRupa2nya lawak x habis.
Tapi tak tahulah nak gelak atau mcamana. Anak plak kena dakwa. Salah atau tidak, x penting.. Tapi lihatlah pemimpin pn... anak beranak bleh ada lesen minyak masak.
Pemimpin lain pn pula anak menantu juga terlibat.
Tapi yg pasti......... ramai dlm pn termakan duit haram masa pru lepas.
Rakyat merana pkp terpanjang.
Boleh kata celaka tak kpd golongan penyakau dlm pn nih?
Yg insaf sila keluar dan sokong perpaduan pilihanraya nanti
Aneh kerajaan mad dahni ada ke seorang lembaga pengarah biasa sebuah syarikat ditahan dan dituduh kunun sorok minyak sawit kerana kunun terdapat stok melebihi beberapa kilogram dari jumlah had yg dibenarkan, padahal pengurus, pemilik, pengarah urusan dan lain pehak syarikat tersebut tidak didakwa...
ReplyDeleteaneh aneh aneh.
nota: ada satu kawan cerita dulu yg dia penah nak disaman oleh polis trafik kerana membawa kenderaan melebihi hadlaju 90kmj dengan dia konon membawa kenderaan pada kelajuan 91kmj, kira salah la tu sbb dah lebih 1kmj dari had yg dibenarkan, cuma tak adalah encik polis tu jadi gila dengan bertindak menyaman penumpang bukan driver.
Balik dari Tiongkok si pmx kata kunun bawa balik mou pelaburan bilionbilion, pastu tetiba bagitau yg dia sedia berunding dengan tiongkok pasal perairan laut (pergi ke) cinaselatan yg tiongkok tuntut...
ReplyDeletehai ada apa2 ke ni hah?
sipmx dah gadaikan zon ekonomi ekslusif Negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak pada tiongkok ker?
Bahaya nih,
kena waspada betul2 nih..
Marah betui kerajaan perpaduan bila guna perkataan lewat. Terasa kut.
ReplyDeletePatutlah x bagi ceramah.
Cakap pasai agama dikata lawak.
ReplyDeleteCakap pasal liwat itu bukan lawak.
Suiz mana yang putus.
Mentol mana yang meletop.
Hati hati kutuk zionist. Nanti dana tak masuk.
ReplyDeleteDalam ketakutan.
ReplyDeleteBukan sbb salah
Tapi sbb terdedah anak beranak bleh ada link projek atau ada lesen besar.
Rakyat di suruh cari tabung sendiri kwsp
Liwat tu kes mahkamah dan dah pun dijatuhkan hukum. Tak percaya tanyalah hakim yang jatuhkan hukum tu...
ReplyDeleteBaru beberapa bulan ada yang mendakwa nak gadaikan kedaulatan negara pula, betul ke? Kalau betul, habis la kalau macam ni?
ReplyDeleteSome story about mysterious celebrity deaths
ReplyDelete