KUALA LUMPUR: Program Proklamasi Orang Melayu yang digerakkan Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu bukan agenda mana-mana parti politik, sebaliknya ia hanya untuk menyatukan orang Melayu yang semakin berpecah pada masa ini.
Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Marzuki Yahya, berkata program itu diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu mengenai situasi politik negara masa kini.
"Kami tidak mewakili mana-mana parti politik, sebaliknya gerakan ini hanya mahu menyatukan orang Melayu yang kini semakin berpecah akibat politik negara," katanya pada sidang media Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu, di sini, hari ini.
Marzuki berkata, maklumat terkini pergerakan Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu akan dihebahkan kepada semua rakyat melalui pelbagai saluran termasuk media sosial selepas ini.
Ditanya peranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dalam jawatankuasa itu, beliau berkata, Dr Mahathir hanya penasihat kepada gerakan itu.
Sementara itu, Dr Mahathir dalam ucapannya pada majlis sama memuji tindakan Kerajaan Perpaduan yang progresif membanteras kegiatan rasuah dalam kalangan pemimpin negara.
"Namun saya sedikit terkilan, tindakan hanya diambil jika mereka adalah daripada parti pembangkang.
"Kerajaan harus sedar pesalah rasuah ada di mana-mana termasuk dalam pemimpin kerajaan kini," katanya.
Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak perlu takut dengan Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu sehingga enggan membenarkan mereka membuat perjumpaan.
"Mengapa perlu takut dengan saya yang kalah 125 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, bukan kalah sikit, deposit pun hangus semua," katanya.
Dr Mahathir mendakwa pentadbiran kerajaan kini lebih zalim daripada penjajah British kerana ketika pemerintahan British, orang Melayu masih boleh berkumpul dan bersuara.
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, pembatalan perjumpaan Proklamasi Orang Melayu sebanyak empat kali sebelum ini mungkin disebabkan tangan ghaib yang takutkan bayang-bayang sendiri.
"Mereka takut segala salah laku mereka akan terbongkar apabila orang Melayu bersatu dan sedar perbuatan mereka selama ini," katanya.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Proklamasi Orang Melayu akan meneruskan kempen itu di media sosial dan segala saluran publisiti lain termasuk jelajah rakyat di seluruh negara. (BH)
2. Presiden PAS menang lawan kes fitnah komuniti Kristian
ALHAMDULILLAH Thumma Alhamdulillah.Kes Maklin Maksiau v Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH).
Tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Y.A.A. Dato’ Mohamad Zabidin Bin Mohd Diah, HBM Y.A. Dato’ Mary Lim Thiam Suan, HMP Y.A. Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, HMP memutuskan untuk membatalkan Notis Permohonan Perayu (Maklin) untuk mendapatkan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan atas alasan tiada affidavit yang kompeten sebagai sokongan dan permohonan tersebut adalah cacat.
Dengan itu, terbukti bahawa Tan Sri Tuan Guru tidak memfitnah komuniti Kristian, malah hanya memberi pandangan berkenaan kaedah misionari Kristian semata-mata.
Sebelum itu, di peringkat Mahkamah Rayuan, Mahkamah menyatakan bahawa deklarasi yang dipohon adalah semata-mata bermotifkan politik dan tidak mempunyai apa-apa asas dan sandaran dari segi fakta mahupun undang-undang.
Untuk rekod, mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram adalah peguam yang berhujah bagi pihak Maklin Maksiau di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, namun beliau meninggal dunia sebelum pendengaran hari ini. Peguam R. Kengadharan berhujah mewakili Maklin Maksiau pada hari ini.
TGHH diwakili sekumpulan peguam LUHAM yang diketuai oleh Tuan Haji Yusfarizal bin Yussoff.
LUHAM merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pasukan peguam yang bertungkus lumus mengendalikan kes ini sejak mula ia difailkan di Mahkamah Tinggi pada 2016.
Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat – HARAKAHDAILY 4/4/2023
3. Islam: Di antara menjaga agama dan kebebasan beragama
“Tidak ada paksaan dalam agama”. (Surah Al-Baqarah: 256) Firman Allah:
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَن فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا أَفَأَنتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ (99( ]سورة يونس: 99[
“Dan (bukanlah tanggun
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ]سورة البقرة256[
“Tidak ada paksaan dalam agama”. (Surah Al-Baqarah: 256)
Firman Allah:
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَن فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا أَفَأَنتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ (99( ]سورة يونس: 99[
“Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak mengkehendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?”. (Surah Yunus: 99)
Firman Allah:
فَإِنْ أَعْرَضُوا فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلَاغُ ]سورة الشورى[
Walaupun Allah menyatakan dengan
“Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu)”. (Surah As-Syura: 48) benar bahawa mereka yang beriman dan beramal soleh masuk syurga di akhirat nanti dan yang kufur tidak beriman dimasukkan ke neraka. Namun Allah berfirman:
وَقُلِ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ فَمَن شَاءَ فَلْيُؤْمِن وَمَن شَاءَ فَلْيَكْفُرْ ]سورة الكهف: 29[
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur )ingkar(, biarlah dia mengingkarinya”. (Surah Al-Kahfi: 29)
Konsep tiada paksaan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W apabila berjaya mencapai kemenangan membebaskan Makkah, walaupun berada di puncak kuasa dan kekuatan, Baginda Nabi S.A.W berucap kepada penduduknya yang menyerah diri dengan bersabda:
اذهبوا فأنتم الطلقاء
“Pergilah! Kamu semua dibebaskan”.
Khalifah Umar bin Al Khattab R.A memberi kebenaran kepada penganut Kristian menganut agama dan menjaga serta beramal di gereja mereka apabila berjaya membebaskannya daripada penaklukan Rom.
Kini dapat disaksikan bagaimana kedudukan yang baik bagi golongan minoriti bukan Islam di tengah masyarakat Islam yang benar-benar beramal dengan ajaran Islam. Islam mewajibkan adil terhadap seluruh manusia adalah amanah terbesar. Firman Allah:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) ]سورة النساء: 58[
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (Surah An-Nisa’: 48)
“Sejahtera Bersama Islam”
Bertarikh: 20 Zulkaedah 1439 / 2 Ogos 2018
Komen Weblog Ibnu Hasyim: K/Perpaduan takut orang Melayu -Tun M. & P/PAS menang saman.
Allah SWT mengawal agamaNYA, kita hanya menjalankan tugas perintah dan arahanNYA, Insya Allah!
2 comments:
Banyak ruu dah lulus. Kenapa kerajaan perpaduan takut nak luluskan ruu355.
Banyak kampong melayu yang miskin. Kenapa kerajaan perpaduan nak majukan kampong cina.
Banyak taikun cina yang jutawan. Kenapa kerajaan perpaduan tibai taikun melayu.
Banyak ditangkap yang terlibat rasuah. Kenapa kerajaan perpaduan tak tangkap yang terlibat rasuah dalam kerajaan perpaduan.
Banyak pelabur dari negara Islam. Kenapa kerajaan perpaduan hanya bawa pelabor dari cina dan kemboja.
Banyak yang menang undi. Kenapa kerajaan perpaduan lantik yang kalah undi jadi penasihat.
Banyak negara yang nilai mata wang naik. Kenapa kerajaan perpaduan tak jaga nilai ringgit.
Banyak benda boleh jadi cagaran hutang. Kenapa kerajaan perpaduan pilih kwsp jadi cagaran.
Banyak negara jaga kebajikan penduduk. Kenapa kerajaan perpaduan jaga kebajikan ahli politik jer.
Banyak pemimpin cakap serupa bikin. Kenapa kerajaan perpaduan cakap tak serupa bikin.
Begitu banyak mesjid dan surau, ke gereja jugak mereka ajak.
Kenapa ya?
Dalam begitu banyak kedai muslim halal, dikedai jual babigoreng jugak mereka tampal poster menu rahmah,
kenapa la ya?
Dalam begitu banyak sejarah Melayu yang belum dikaji selidik, sejarah china jugak la yang disuruh belajar, kenapa la agaknya ya?
Dalam begitu banyak budaya Melayu dan ketamadunan Islam, budaya liberal pluralisma lgbtq budakatolika jugak yang semacam dianjurkan,
kenapa la dengan puak ni ya?
Dalam begitu banyak taikun kapir tempatan selain dari takun warga asing yg memonopoli segala perniagaan di Mesia, taikun Melayu yg satu2nya yg hartanya cuma tak seberapa itu jugak yg dituduk kuat monopoli dan dibantai ganyang lunyai, kenapa dan apa sebenarnya yg terjadi ya?
Aku tanya satu pakcik yg sebaya usia tunMadey hal semacam ni ada ke berlaku dizaman askar Jepun dulu, dia jawab eh tak da la, askar Jepun pun takdak buat macam ni,,,
terlintas dihati aku.. ni dah parah ni.. ni dah mad-dah ni.
Post a Comment