Saturday, April 15, 2023

K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S'gor, PP, N9

 


1. Tertunaikah hak Kelantan di era Anwar?

PERSIDANGAN Parlimen yang berakhir dengan sesi Dewan Negara pada Selasa lalu dan Dewan Rakyat seminggu sebelumnya menyaksikan pelbagai perbahasan mengenai Kelantan terus dikemukakan.

Selain royalti yang telah dikupas dalam artikel sebelum ini, perkara paling menjadi tumpuan dan antara banyak juga disentuh di dewan mulia itu adalah mengenai pembangunan negeri.

Ia topik perbincangan yang tidak pernah terlepas dari perbahasan pada setiap kali persidangan, namun sejauh mana ia disempurnakan pihak Kerajaan Persekutuan, rakyat Kelantan lebih merasainya.

Semua itu terakam dalam Penyata Parlimen atau hansard yang menjadi bukti hak dan peruntukan serta keadilan atau kesaksamaan untuk Kelantan sentiasa diperjuangkan di sebaik-baik medan itu.

Tetapi sepertimana ramai yang tahu, Kelantan sejak tahun 1990 lagi telah dianaktirikan dengan dinafikan untuk mendapat pemberian seadilnya, bahkan peruntukan telah diluluskan pun ada dibatalkan.

Malangnya, bersama sekatan atau halangan disengajakan oleh sebab politik itu, mereka menjaja propaganda murahan dan mengejek-ejek negeri ini sebagai mundur, ketinggalan dan tanpa kemajuan.

Pembangunan berpaksi Islam

Dasar ‘Membangun Bersama Islam’ yang diketuai Menteri Besar, Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diperlekeh dan disalah ertikan serta dihadapkan dengan pelbagai tekanan.

Namun, di bawah ‘Kepimpinan Ulamak’ yang teguh menjunjung dan memartabatkan al-Quran dan as-Sunnah itu, Kelantan berusaha menunjukkan contoh teladan sebuah pentadbiran berpandukan Islam.

Diterajui PAS, Kelantan menyusun dan memperkukuhkan kembali agenda Islam dalam kerajaan yang telah diletak tapak asasnya semasa pentadbiran selepas Pilihan Raya Umum tahun 1959 dahulu.

Pembangunan insan menjadi tumpuan dengan kerajaan memperkasakan lagi pendidikan terutama melalui Yayasan Islam Kelantan yang telah ditubuhkan pada tahun 1974 dan sebelumnya tahun 1965 dengan menubuhkan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri. 

Rentetan dari situlah tertubuhnya Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat diikuti Maahad Tahfiz Sains dan paling terbaru adalah Maahad Tahfiz Sains Tok Guru yang menggabungkan elemen tahfiz, sains tulen, penguasaan bahasa dan pengajian kitab turath.

Pembinaan manusia yang dilaksanakan itu seiring dengan usaha amar makruf nahi munkar dilaksanakan di mana kerajaan telah mengawal aktiviti hiburan dan membanteras kegiatan atau amalan bertentang syarak dalam masyarakat.

Ketika sama usaha pembangunan dari penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan (1960), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (1966) dan Perbadanan Stadium Negeri Kelantan (1967) terus dilangsungkan.

Perbezaan politik

Tetapi kerana beralihnya sokongan politik rakyat Kelantan pada tahun 1990 itu, negeri ini pun ‘dikerat’ dan didiskriminasikan, antara yang ramai ketahui adalah peruntukan berkaitan perbekalan air.

Bahkan negeri Cik Siti Wan Kembang ini bagai dilumpuhkan apabila peruntukan bagi keperluan mengadakan tebatan banjir dan menangani bencana itu ditangguh-tangguhkan sekian lama.

Kerajaan Pusat bahkan seperti berlepas tangan merealitikan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hingga ke Kelantan dan penyelenggaraan Lebuhraya Timur-Barat yang telah teruk strukturnya kerana dibina di ‘zaman Komunis’.

Itu tidak termasuk lebuh raya dalam negeri ini di mana jajaran perhubungannya penting untuk menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi berikutan keluar masuk kenderaan begitu pesat bagi pelbagai tujuan atau urusan.

Begitu juga sewajarnya wujud Pelabuhan Persekutuan di negeri ini memandangkan kedudukannya di Lautan China Selatan dan bersempadan pula dengan aktiviti lautan beberapa negara jiran.

Kemudahan yang sepatutnya akan menjadikan Kelantan sebagai lokasi strategik bagi kegiatan perdagangan laut, sekali gus membawa limpahan ekonomi buat negara, termasuk mengimbangi kesibukan sedia wujud.

Selain itu, ia tentunya perlu menjadi pangkalan bagi tujuan keselamatan agar tindakan berkaitan dapat digerak atur dengan lebih baik dan menjamin perlindungan daripada sebarang bentuk anasir dan ancaman.

Paling semua pihak tidak dapat nafikan adalah sibuknya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) dengan kod Kota Bharu (KBR) dalam pelepasan dan pendaratan pesawat setiap hari.

Walaupun pembesaran terminalnya telahpun bermula dan bakal siap tidak lama lagi, namun amat penting juga Kerajaan Persekutuan memberikan semula taraf ‘Antarabangsa’ kepada LTSIP.

Bahkan sebelum ini, syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, AirAsia pernah berminat menjadikan lapangan terbang tersebut sebagai hab-udara bagi negara-negara rantau IndoChina.

Jika semua itu tidak terhalang selama ini, ditambah jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di samping perkhidmatan keretapi sedia ada, kerancakan pembangunan tersebut tentu dapat dibayangkan.

Sudah pasti pelabur akan memerhati dan menilai Kelantan sebagai antara potensi untuk pelaburan mereka di mana bakal menjana kewujudan kawasan industri dan teknologi serta peluang pekerjaan di sini.

Kelantan berdikari

Walaupun dipinggirkan selama hampir tiga dekad dan dimomokkan sebagai negeri yang jauh ketinggalan pembangunannya, Kelantan sentiasa menarik perhatian dan kunjungan hampir saban hari.

Hakikatnya banyak perubahan infrastruktur fizikal telah berlaku di mana pembinaan untuk masa depan juga giat dipacu dengan kemampuan sendiri serta kerjasama pelbagai pihak, selain peruntukan Persekutuan.

Antara pencapaian besar negeri ini tentulah dalam sektor pertanian, misalnya penghasilan beras terkini telah meningkat kepada 208 peratus, sekali gus menyumbang keperluan kadar sara diri (SSL) bagi negara.

Begitu juga bagi hasil sayuran dan buahan, ternakan dan perikanan juga melebihi bagi keperluan penduduk Kelantan yang membolehkan ia menampung permintaan di negeri-negeri lain.

Setakat rekod tahun 2021, pengeluaran kelapa meningkat kepada 166 peratus, daging kambing 190 peratus, buah-buahan (117 peratus), sayur-sayuran (98 peratus) dan ikan (93 peratus).

Kelantan juga ada projek Ladang Solar Terapung di Danau To’ Uban yang dikatakan terbesar di rantau ini di mana berkeupayaan menghasilkan tenaga elektrik sebanyak 60 megawatt (AC).

Projek Hijau ini bukan sahaja bakal memberi manfaat untuk 86,000 isi rumah, tetapi juga membantu usaha pengurangan pengeluaran karbon dioksida hampir 180,000 tan metrik setahun.

Ironinya dalam usaha mengurangkan karbon dioksida tersebut, bumi Serambi Makkah ini menerusi Bandar Tanah Merah telah dianugerah Pengiktirafan Diamond bagi Kategori Zon Rendah Karbon. 

Ia dari penyertaan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) dalam Low Carbon City 2030 Challenge (LCC 2030) anjuran Malaysian Green Technology and Climate Change Center (MGTC).

Selain itu, Kelantan sedang merintis usaha memperkenalkan penggunaan Tek-C hibrid iaitu beca solar bagi merancakkan lagi sektor pelancongan negeri di mana inisiatif ini akan dilaksanakan tahun hadapan.

Di Selatan negeri ini juga pintu masuk ke Kelantan, Gua Musang sedia menanti pelabur yang sebelum ini telah memulakan projek kilang simen untuk diteruskan dan dijangka mengeluarkan produk pertama tahun hadapan.

Menariknya juga, Kelantan menjadi negeri pertama yang mewujudkan Taman Perindustrian IBS yang merangkumi 47 lot industri seluas 120 ekar dan 60 lot komersial seluas 1.09 ekar di Machang.

Itu tidak termasuk keuntungan dicatat anak syarikat milik kerajaan negeri, pencapaian dan pengiktirafan berkaitan kewangan dan pengurusan serta integriti, selain paling utama istiqamah di atas landasan Islam.

Reformasi atau basi?

Ada banyak lagi yang tidak mungkin termampu untuk diperincikan di sini tetapi di pihak Kelantan sememangnya mengharap sikap tidak demokratik kerajaan-kerajaan terdahulu telah ditamatkan.

Menteri Besar, Dato’ Ustaz Ahmad Yakob sendiri menunjukkan kesungguhan dan harapan kepada Kerajaan Persekutuan baharu apabila mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Seperti mana pinta beliau, hanyalah supaya Kerajaan Pusat meneruskan projek yang telah diluluskan oleh pentadbiran sebelum ini agar pembangunan dirancang tidak terbantut atau terhenti.

Pun begitu, segalanya terletak pada iltizam dan ikrar pernah Anwar ungkapkan menjadi pelbagai janji dan kalimat yang masyhur sama ada beliau membawa perubahan atau mengekalkan perangai mereka terdahulu.

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 14/4/2023


2.Kelantan mohon PM pertimbang projek dilulus kerajaan lama 


KOTA BHARU: Kelantan berharap Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim meneruskan projek pembangunan yang telah dilulus pentadbiran kerajaan pusat sebelum ini di Kelantan. Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kunjungan hormatnya ke atas perdana menteri baru-baru ini membincangkan pelbagai perkara terutama memohon kerajaan pusat meneruskan projek yang telah dilulus pentadbiran sebelum ini.

“Pada pertemuan itu kita memohon semua projek yang telah dilulus pentadbiran kerajaan sebelum agak dapat diteruskan.

“Dan Perdana Menteri menjawab insyaAllah. Ia dianggap sebagai jawapan yang baik untuk rakyat Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pasukan keselamatan di Kota Darulnaim hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’kub dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

Pada Selasa lepas Menteri Besar melakukan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri di Putrajaya.

Ahmad berkata, perbincangan tersebut diharap dapat memberi sesuatu yang terbaik demi kepentingan rakyat. – HARAKAHDAILY 13/4/2023


3. Gelombang hijau dan gelombang perubahan 


DALAM Wacana Sinar semalam, YB Dr. Halimah Ali telah ditanya mengenai keyakinan PERIKATAN NASIONAL dalam menghadapai Pilihan Raya di enam buah negeri kelak.

Pastinya PAS melalui PERIKATAN NASIONAL optimis dan konsisten dengan misi untuk mengekalkan penguasaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah seterusnya menawan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Gelombang hijau yang berlaku pada PRU-15 lalu menyaksikan PERIKATAN NASIONAL telah menyapu bersih kesemua kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan hanya tewas satu kerusi di Kedah.

Meskipun dimomokkan dengan pelbagai persepsi dan naratif bagi memburukkan imej PERIKATAN NASIONAL, namun rakyat tetap bijak dalam memilih pemimpin yang prihatin kepada nasib mereka.

Dengan rekod bersih serta perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan sehingga sekarang, tidak mustahil untuk PERIKATAN NASIONAL meneruskan prestasi cemerlang di tiga buah negeri ini dalam PRN nanti.

Manakala menurut Dr. Halimah Ali, bagi Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang pula sememangnya PERIKATAN NASIONAL perlu bekerja dengan lebih keras.

Selain menawarkan pentadbiran PN yang Bersih dan Stabil, kelemahan hubungan PH-BN sekarang pasti akan memberi kesan besar kepada pengundi yang melihat sendiri prestasi mengecewakan kerajaan Anwar-Zahid ini.

“Mereka (rakyat) nak hidup. Tetapi suasana politik tidak stabil (dalam masa sama) mereka dihumban dengan berita tentang rasuah. Mereka mengkaji.“ -YB Dr. Halimah Ali

Justeru, gelombang perubahan adalah dijangka akan berlaku di tiga buah negeri ini kerana rakyat tidak bodoh dan tidak mudah ditipu oleh ucapan-ucapan bombastik kerajaan yang banyak cakap tak serupa bikin.

Setelah undi mereka dikhianati pada PRU lalu, PRN ini adalah peluang buat rakyat menyatakan suara mereka dan memberi signal kepada kerajaan morat-marit madani. 

PAS yakin rakyat bersama PN. Rakyat mahukan kerajaan yang Bersih dan Stabil.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
12 April 2023 – HARAKAHDAILY 12/4/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S'gor, PP, N9.

Pastinya PAS melalui PERIKATAN NASIONAL optimis dan konsisten dengan misi untuk mengekalkan penguasaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah seterusnya menawan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Gelombang hijau yang berlaku pada PRU-15 lalu menyaksikan PERIKATAN NASIONAL telah menyapu bersih kesemua kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan hanya tewas satu kerusi di Kedah. 
Rakyat tetap bijak dalam memilih pemimpin yang prihatin kepada nasib mereka. Insya Allah!

Lihat sebelum ini... 

9 comments:

Anonymous said...

Dolly menghadapi masalah krisis identiti yang ketara. Samada bumiputera muslim atau bangsa komunis dapig.

Komunis dapig create islamofobia. Islam back ward pembangunan. Dolly dengan reformasi liberal menolak Islam yang berlandaskan Quran dan hadith.

Komunis dapig menentang keras ruu 355. Dolly juga menentang malah menyindir pas ruu 355 adalah versi pas.

Kuppusamy ternyata ajk tamil eelam. Sebuah pertubuhan ganas tahap membunuh. Dolly tak rasa itu ancaman. Malah tidak terkutik ambil tindakan.

Ramai komunis dapig billiunaire. Tapi yang diserang dolly hanya yang sorang billiunaire bumiputera Islam.

Banyak sangat kalau nak senaraikan krisis identiti dolly. Patutlah akar umbi parti kencing rakyat selalu gunakan tag " SIKIT SIKIT SALAHKAN KOMUNIS DAPIG."

Anonymous said...

Dulu dapat kuasa terus ada kes rogol. Ni dapat kuasa pintu belakang, dah ada kes rasuah oleh pembantu menteri siva. Bila dapat kuasa pun ikut pintu belakang, mana mungkin kerajaan tu jadi kerajaan bersih. Dia sekadar kerajaan sembang kari.

Lagi pun macam mana tbm nak selesai kes rasuah. Dia sendiri pun rasuah. Ini yang dolly dok belai. Takut hilang kuasa. Dolly pulak dibelai oleh komunis dapig.

Tapi seperti biasa. Tbm tak ngaku rosakkan negara dengan rasuah. Dolly pun tak ngaku dia khadam komunis dapig. Tak ngaku dia liberal tegar. Tak ngaku dia lewat.

Anonymous said...

Battersea idea Bossku bukan idea bapa Pelingkup Brother Anwar Bin Ibrahim bersama bapa pemfitnah Tun Mahathir Mohamad semasa Pakatan Harapan memerintah selepas PRU 14.

Najib melakukan majlis pecah tanah projek tersebut pada 4 Julai 2013 tetapi dua bulan selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) beberapa projek yang diusahakan Najib dikaji semula kata Anwar Bin Ibrahim semasa jadi ketua Pembangang sebelum PRU 14.

“Enam puluh tahun lepas, hanya segelintir pihak sahaja telah meramalkan yang wang Malaysia akan menghidupkan kembali Battersea,” kata Najib dalam ucapannya pada majlis pecah tanah yang dirasmikan bersama-sama Perdana Menteri Britain, David Cameron.

PROJEK Battersea Power Station di London yang pernah dilihat sebagai membazir ketika dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2013 akhirnya menjadi mercu tanda ikonik bandar raya tersebut.

Media pada 12 Jun 2018 melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada waktu itu Ketua Umum PH berkata, satu siri pelaburan hartanah di United Kingdom (UK) yang menggunakan dana kerajaan termasuk Battersea Power Station akan disiasat dan dirunding semula jika wujud sebarang salah laku.

https://youtu.be/w-jm14JJE-4

Bercakap kepada The Guardian, Anwar yang dalam rangka lawatan empat hari ke London berkata, Battersea Power Station akan disiasat sebagai sebahagian pelaburan “diragui” yang dibuat kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

“Semua perjanjian ini yang dianggap mencurigakan, termasuk pelaburan dalam hartanah di London, perlu disiasat kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa PH berkuasa.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ketika ini berada di London dijadualkan merasmikan projek ‘milik’ Malaysia hari ini.

https://youtu.be/8JAoHWsvL-s

Malah Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook dalam ciapannya baru-baru ini berkata, syarikat itu akan membuka dan memindahkan ibu pejabatnya di dalam bangunan tersebut awal tahun depan.

https://youtu.be/uGM5yqjDqyI

Battersea Power Station bernilai 9 bilion pound sterling akan dibuka kepada umum secara rasmi pada 14 Oktober.

Dari tahun 1930-an hingga 1980-an Battersea Power Station ialah stesen janakuasa elektrik.

Najib memberi jaminan kepada rakyat bahawa pelaburan di Battersea tidak wujudkan pengaliran keluar wang negara.

https://youtu.be/9XjcYMEqkvE

NAJIB@ BOSSKU meminta rakyat melihat projek tersebut dari segi jangka panjang yang akan mendatangkan pulangan tinggi, termasuk kepada pihak individu yang membeli aset di projek ini.

Anonymous said...

Seperti dah terbiasa. Janji melambung, habuk pun tarak. Menteri formula dengan formula semua masalah boleh selesai. BMX dengan dengan confident dan arrogant, he is the best. Last last telor pun shortage. Komunis dapig bawak pakar rumah dari temasek. Ringgit rudum. Saudi tak layan sebagai ketua negara. Tapau jutawan melayu.

Macam tuhan turunkan dia dari langit. Semua masalah boleh selesai. Rupanya dia ejen dark vader. Dua alam. Masjid boleh. Khadam pun boleh. Masjid boleh. Lewat pun boleh.

Anonymous said...

Hebat kerajaan madani.

Tiada kenaikan harga mendadak raya ni

Anonymous said...

sudahlah nazman, bersihkan dulu kawasan kotor area pasar khadijah, kotoq macam tu ikut islam ka, pembangunan islam zaman mana tu yang hangpa ikut,

Anonymous said...



Isu Mainan geng Islam extreme dan x selesai walaupun pernah memerintah:

Babi
Tokong
Arak
Judi
Islam Melayu tertekan
Ruu
Dap
Komunis

Isu dan Tindakan Geng Perpaduan dgn sekali pemerintahan:

Hapus monopoli.
Menu rahmah
Selesai Telur x de
Tarik pelabur
Tangkapan rasuah
Bantuan kpd rakyat Kelantan
Belanjawan tertinggi
Gaji menteri discount
Pm x ambil gaji
Belanja berhemah
Bgi royalti
Belanjawan besar
X pau kontraktor cina atau Taikun Melayu utk parti.
Projek penyakau dulu dikaji save billion.
Istana suka sbb kerajaan stabil
Tiada perebutan pangkat jawatan
Penyakau asal diburu
Saman pemfitnah dan menang
Pelaburan berbillion
Sekat harga barang naik mendadak
Dan lagi.....tungguuuuuu

Anonymous said...

Apa citer yang atok nak saman. Udah siap ker?

Patutlah tak ambik gaji, derma berjuta. Gaji berapalah sangat. Derma tu yang berkali ganda dari gaji.

Isu pokok ialah rasuah. Tapi yang 47 kes masih kat pejabat. Derma tu betul ker derma. Atau rasuah yang dah jadi madani.

Kes trowong sunyi jer. Takkan dah dapat derma, kes gugur.

Kerja biar ikhlas. Bukan kat mulut jer. Budak tingkatan lima boleh bagi tau rasuah haram. Nak tolak rasuah cuma berqualiti ulamak jer mampu tolak.

Jangan hanya cakap tolak rasuah, tapi lewat selalu dah.

Anonymous said...

Fakta teekini pinjaman cagar KWSP ...

Dari Bank yg pernah Zahid jadi Pengerusi Bank semasa ketua pemoda UMNo dolu dolu...

4% dikenakan semasa buat pinjaman cagar wang KWSP setelah perjanjian pinjaman dibuat bila wang KWSP buat cagaran... 4% bukan 1% bukan , bukan 2% saya ulangggg 4% bunga bank kenakan..!!

Kalau pinjam 50K bila peminjam tak bole bayar Maka wang KWSP sebanyak 50 ribu itu akan diambil oleh pihak Bank bersama bunga 4% akan dikenakan lagi..

Otak menteliti menteri Kewangan PMx cakap tak serupa bikin.. Ini ke menteri Kewangan terbaik Asia...!?

Dah miskin lagi nak miskin kan org Melayu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails