Foto fail NSTP
Individu gemar minuman manis, kafein, alkohol turut berisiko diserang strok haba
KUALA LUMPUR: Individu yang gemar mengambil minuman bergula, berkafein dan beralkohol berisiko diserang strok haba jika lama terdedah dengan cuaca terlalu panas.
Golongan kanak-kanak pula mempunyai risiko tinggi mengalami strok haba berikutan sistem saraf pusat belum berkembang sepenuhnya manakala bagi warga emas berusia 65 tahun ke atas menghadapi kemerosotan fungsi sistem.
Selain golongan itu, atlet dan pekerja tapak pembinaan yang melakukan aktiviti berat berisiko diserang strok haba berikutan mereka terdedah terus kepada cahaya matahari, selain berpeluh hingga mengakibatkan dehidrasi.
Pakar bidang Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Juliana Jalaludin, berkata justeru, ibu bapa wajar mengambil iktibar kes kematian dua kanak-kanak yang dikaitkan dengan strok haba dan didakwa mengalami kerosakan semua organ dalamannya, supaya tidak membiarkan anaknya bermain di bawah panas terik.
"Cuaca terlalu panas akibat fenomena el-Nino ini boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia serta implikasi strok haba seperti keletihan atau kelesuan, sakit kepala dan pening, daya tumpuan lemah, kekeliruan, lemah otot dan kekejangan, pitam atau pengsan, sawan dan juga koma," katanya kepada BH, hari ini.
Sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin dilaporkan berkata, punca kematian dua kanak-kanak berusia 11 dan setahun tujuh bulan yang dipercayai akibat strok haba, masih lagi dalam siasatan.
Dua kes itu tular dalam media sosial mengenai dua kematian kanak-kanak itu masing-masing di Klinik Kesihatan Balai, Bachok dan seorang lagi di Kampung Kota, di sini pada Selasa lalu dipercayai akibat strok haba.
Dr Juliana berkata, dalam hal ini, ibu bapa perlu memastikan anak mereka minum air secukupnya kerana keadaan digambarkan ibu kematian anak yang mengatakan organ dalamannya anaknya 'hangus', adalah tanda serangan strok haba serta dehidrasi serius berterusan.
"Negara kita sedang mengalami musim peralihan monsun sehingga Ogos depan mengakibatkan cuaca luar biasa panas terutama di Kelantan serta negeri utara dengan suhu harian boleh mencecah atau melebihi 40 darjah Celsius.
"Keadaan ini mengakibatkan strok haba iaitu peningkatan suhu badan mendadak mengakibatkan hipertermia, iaitu keadaan suhu badan tinggi melebihi suhu normal antara 36 hingga 37.5 darjah Celsius.
"Hipertermia terjadi disebabkan suhu persekitaran yang tinggi dan badan tidak mampu lagi beradaptasi. Gejala hipertermia menyebabkan susah berpeluh, perubahan pada denyut jantung, kulit menjadi kemerahan, kebingungan, pening, gangguan penglihatan, tekanan darah rendah, kelelahan, mual, muntah, hingga pengsan," katanya.
Beliau berkata, antara boleh dilakukan jika mengalami strok haba adalah dengan mengalihkan kawasan lebih sejuk, berangin dan jauh daripada sinaran matahari; melonggarkan pakaian serta mengelap muka atau badan menggunakan tuala lembap dan mandi lebih kerap.
Selain itu, minum air perlahan dan mengemam ketulan ais bagi menambahkan cecair dalam badan dan jika gejala strok haba tidak pulih, kunjungi hospital atau pusat kesihatan berhampiran.
"Dalam pada itu, elakkan diri melakukan riadah yang terdedah cuaca panas terutama pada waktu puncak 11 pagi hingga 3 jam, di samping memperbanyakkan minum air sebelum, semasa dan selepas bersenam walaupun tidak dahaga untuk memenuhi syor minimum 2.5 liter.
"Selain itu, dalam keadaan cuaca panas, elakkan meninggalkan seseorang di dalam kereta terutama yang diletakkan di kawasan parkir terbuka, selainmemperbanyakkan hidangan sup dan makan buah-buahan, pakai pakaian kapas serta memakai topi kerana lebih 40 peratus kehilangan haba berlaku di bahagian kepala," katanya.
Katanya, orang ramai juga disarankan mengelak daripada berjalan atau melakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen atau bitumen, berada di kawasan atau ruang tertutup mempunyai pengudaraan kurang baik dan bersuhu tinggi.
"Selain itu, elakkan mengambil minuman mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi. Minuman mengandungi kafein bersifat diuretik, yang akan membuatkan lebih kerap buang air kecil dan pantau air kencing, kerana semakin gelap atau jumlahnya sedikit, menandakan badan kekurangan air," katanya.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang, berpendapat sekolah tidak perlu ditutup meskipun ada tragedi strok haba.
"Kita ada pengalaman dan sekolah sudah menguruskan perjalanan persekolahan ketika berada situasi strok haba, keadaan panas beberapa tahun lalu, jadi yang diperlukan, penguatkuasaan supaya tiada aktiviti luar bangunan dilaksanakan.
"Jadi persekolahan dapat diteruskan seperti biasa dengan apa yang dilakukan sebelum ini, tiada aktiviti luar dilaksanakan dan aktiviti kokurikulum, kegiatan sukan serta aktiviti pendidikan jasmani di padang ditangguhkan untuk tempoh terdekat ini," katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi buruk alkohol, diserang strok haba. Kembali kepada Islam..
Islam agama terbaik, kembalilah kepada cara hidup Islam melalui perjalanan kehidupan di dunia menuai buah kebahagiaan di akhirat. Bukan di dunia sahaja (sekularisme) tidak sangkut dengan akhirat.
Pilihlah parti Islam/PN.
INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN
Bala haba panas, bala harga barang naik, bala terwujud golongan pembela kemungkaran & kemaksiatan, bala munculnya ramai penyamun, bala bila wujud golongan ajnabi berjubah tak tahu hukum islam, tak tahu alquran dan sunnah, bala golongan yg memilih dan memberi sijil agama tak diketahui samada mereka itu tahu ke tidaknya ehwal agama, bala wujudnya mereka yg lulusan amarika tapi tak tahu berbahasa inggris kecuali sedikit lebih dari pandai kata i & you, bala ketua parti kunun parti islam cuma sekolah dewasa jurusan memasak kari itek,
ReplyDeletebala yg kunun ustaz ada phd tapi tak begitu reti berucap berbicara dalam bahasa arab, bala bila ada wujud golongan berstatus kunun ulama tapi bca alquran pun tergagap kecuali sedikit ayat2 lazim dan sedikit yg lain yg dihapal.
Bala bila zahir golongan pemfitnah merasa dirinya hebat dan berbangga dengan keupayaan peng-auta-an mereka.
Bala bila mereka yg jujur dihina dicaci.
Bala apabila hak2 sesaorang dirampas dan hartabenda disamun dan berlindung disebalik apabyg disebut "undang2" rekaan mereka atau yg sejenis mereka.
Bala apabila kemungkaran dan kesesatan dirasakan manis oleh pengamalnya.
Bala apabila perkataan nasihat dan kebenaran disekat dengan tangan2 golongan penyekat.
Bala apabila manusia lebih menyintai dunia dan mrmbenci akhirat.
Ya Allah lindungilah kami dari bala yg sedemikian dan yg lain2 laginya.
Dalam negara aman.
ReplyDeleteGeng Islam extreme sj cari gaduh dgn bukan Islam dan geng Islam sendiri. Fitnah berleluasa. Tanpa malu kalah saman
Lagi x cerdik.