Kerana DS Sanusi dianggap titik penghalang yang menyekat kemaraan mereka untuk mencapai cita-cita politik luar tabii yang makin menggila.
Kepimpinannya sebagai Panglima Perang yang mengemudi pasukan telah berjaya mencetuskan gelombang sokongan yang amat-amat hebat dan dahsyat. Gelombang itu pula diterjemahkan dengan jumlah puluhan ribu majoriti undi di negeri yang dikepalainya.
Sokongan masyarakat khususnya anak muda yang bertali arus tak pernah sedikitpun berkurangan. Bahkan ada lawan yang kini menjadi kawan dan mempertahankan beliau dan perjuangan beliau di dalam lapangan maya.
Pergilah ke mana sahaja, kehadirannya pasti akan mendapat minat dan perhatian anak muda. Daripada yang pakai seluar pendek, sampailah yang berserban. Daripada yang 'free hair', sampailah kepada yang bertudung litup berpurdah. Daripada acara sukan atas padang bola, padang ragbi, gelanggang badminton, sampailah kepada acara-acara rasmi bersama para pegawai dan kakitangan kerajaan, semuanya memberikan sokongan dan minat yang amat-amat hebat dan dahsyat!
Sebelum ini, pihak lawan tak pernah sangka manusia bernama Sanusi ini akan jadi fenomena. Maklumlah, kononnya budak kampung, pak lebai, tak reti apa.
Tapi bila dilantik menjadi MB, rupa-rupanya andaian lawan itu semua meleset. Keupayaan DS Sanusi mengemudi sebuah Kerajaan Negeri dan memimpin pasukan tentera, diakui semua pihak.
Sehinggakan banyak komen-komen di dalam media maya minta supaya MB di negeri mereka juga kena jadi macam DS Sanusi. Bahkan, kalau boleh, mereka mahu DS Sanusi itu dilantik jadi PM! Sampai tara tu!
Ertinya, kalau mereka mahu kekal berkuasa, terus menjadi PM, menang dalam PRN akan datang, titik penghalang ini mesti dimatikan. Jika tidak, kesemua impian politik luar tabii mereka itu akan musnah berkecai menjadi debu yang berterbangan.
KEDUA:
Kerana DS Sanusi mempunyai 'political will' yang tinggi untuk membangunkan empayar ekonomi baru dan menjadikan Kedah sebagai negeri tempat pemusatan kuasa ekonomi tanah Semenanjung.
Kesemua projek-projek mega yang dirancang sebelum ini, diteruskan oleh DS Sanusi. Bahkan, diusahakannya bersungguh-sungguh sampai dapat. Buat sampai jadi. Lawan sampai menang. Itu prinsip hidup DS Sanusi.
Dengan kedudukan Kedah yang amat strategik di utara Semenanjung, berada di sempadan Malaysia-Thailand, mempunyai gunung dan laut, ada hutan tadahan hujan yang besar, ada 3 empangan utama, memiliki tanah yang kaya dengan hasil mahsul bumi (termasuk REE), semua ini menjadikan Kedah sebagai satu negeri yang amat berpotensi dari sudut sosio ekonomi dan geopolitik.
Selain daripada projek Kedah Rubber City (KRC), projek Kedah Science And Technology Park (KSTP) di Bukit Kayu Hitam, Projek KXP atau nama barunya Kedah Aerotropolis, merupakan projek mega yang dikenali sebagai 'Economic Game Changer' bagi Negeri Kedah.
Difahamkan, Kedah Aerotropolis mengandungi 4 komponen utama; Lapangan Terbang, Sidam Logistic dan Manufacturing Hub (SLAM), Nother Corridor Highway (NCH) - lebuh raya baru dari Bandar Bharu ke lapangan terbang ke Sungai Petani, dan landasan keretapi baru yang menghubungkan Tasek Gelugor ke lapangan terbang, dan lapangan terbang ke Sungai Petani.
Sebelum ini, hasil mahsul dari Negeri Kedah diambil dan dihantar ke tempat lain. Kemudian, ianya dijual kembali kepada Kedah dengan harga yang tinggi. Sedangkan punca asalnya dari tanah Negeri Kedah, tetapi nikmatnya disedut oleh pihak lain kerana kekurangan kemudahan dan peralatan.
Kita letih tanam benih, tapi orang lain menuai dan menikmati hasil. Keadaan ini menjadikan Kedah sebagai negeri yang berada pada kedudukan kedua paling rendah dalam ukuran KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar).
Dengan terlaksananya semua projek yang disebut sebelum ini, maka banyak hasil mahsul Negeri Kedah dapat diproses dan dijual kepada pihak lain. Pendapatan negeri akan meningkat. Rakyat Kedah akan banyak dapat bekerja dalam negeri sendiri. Kepakaran-keparan luar akan mengalir masuk ke dalam Kedah. Limpahan ekonomi dan pelaburan juga akan turut memberi manfaat kepada Kedah. Pelaburan yang tertinggi di Malaysia pada tahun 2021 dan 2022 adalah bukti minat dan keyakinan pelabur terhadap potensi Negeri Kedah.
Kedah akan melonjak naik ke atas melebihi negeri-negeri di Lembah Klang. Rakyat Kedah yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu Muslim sudah tentu akan menjadi orang yang paling bertuah ketika itu, dengan nikmat hasil mahsul tanah Negeri Kedah yang Allah anugerahkan.
Inilah gagasan 'The Greater Of Kedah' yang disebut DS Sanusi sebelum ini. Tidak mustahil Kedah akan kembali gemilang seperti mana empayar Kerajaan Kedah Tua yang pernah wujud sebelum ini sebelum ianya dilenyapkan oleh penjajah yang jahat luar tabii.
Musuh amat-amat tidak senang hati dengan semua perancangan ini. Mereka mula rasa terancam. Mereka tidak senang melihat orang-orang Kedah merancang untuk menguasai ekonomi.
Menguasai ekonomi, ertinya membuka ruang untuk menguasai politik. Mempunyai kuasa ekonomi sahaja tidak cukup tanpa ada kuasa politik. Memiliki kedua-duanya iaitu kuasa ekonomi dan kuasa politik akan menjadikan sesebuah pemerintahan itu kuat, gagah dan tidak mudah digugat.
Kedah telah memiliki kuasa politik. Keputusan PRU15 telah melonjakkan kuasa politik Kedah yang didominasi oleh pengundi Melayu. Dengan mengekalkan momentum yang ada, Kedah hanya memerlukan kuasa ekonomi. Projek-projek mega yang disebutkan tadi adalah 'catalyst' atau pemangkin kepada kuasa ekonomi Kedah.
Kuasa ekonomi politik yang Kedah miliki ini sebenarnya akan menjadi pelengkap kepada kuasa ekonomi politik Malaysia. Kedah bukanlah pesaing yang mesti dihapuskan. Sebaliknya Kedah adalah pelengkap yang mesti diberi ruang seluas-luasnya untuk mempersiap diri menjadi anak sulung bagi berdepan dengan cabaran besar yang mendatang.
Selama ini pun Kedah telah menjadi abang yang memberi makan kepada adik-adiknya. Kedah menjadi negeri pembekal beras yang paling besar dalam negara. Kedah juga menjadi negeri pembekal air mentah kepada Perlis dan Pulau Pinang. Walaupun adiknya berlagak sombong luar tabii, namun abang tetap bagi adik minum. Tak sanggup tengok darah daging sendiri merana walaupun diberi susu dibalas tuba.
Maka, hanya kerana nafsu serakah luar tabii dalam ekonomi dan politik, projek Kedah Aerotropolis itu cuba untuk digagalkan. Mereka melihat Kedah sebagai ancaman, bukan sebagai pelengkap.
Melihat dengan mata lalat, bukan dengan mata lebah. Lalat cari sampah yang busuk dan jijik. Lebah cari bunga untuk hasilkan madu memberi manfaat kepada manusia.
KETIGA:
Kerana nak menjayakan strategi 'divide and rule' dalam kalangan negeri-negeri PN.
Layanan yang diberikan kepada pimpinan negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu, dilihat jauh berbeza dengan Negeri Kedah.
Kesemua MB di tiga negeri itu telah diberi peluang bertemu PM, tetapi tidak bagi MB Kedah. Walaupun sudah 2 kali surat diutuskan kepada PM, namun difahamkan masih tiada maklum balas diberikan untuk MB Kedah bertemu dengan PM, atas kedudukan sebagai Ketua Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Tidak cukup dengan itu, ada usaha untuk menyingkirkan MB Kedah daripada Majlis Kewangan Negara, satu platform yang berautoriti untuk membincangkan hal ehwal kewangan negara dan negeri. Tuntutan-tuntutan pajakan Kedah-P.Pinang dan hal-hal berkaitan, dibuat di dalam Majlis Kewangan Negara.
Bahkan, apa jua acara dan majlis rasmi Persekutuan di Kedah, langsung tidak melibatkan MB Kedah. Walhal, ADUN Pembangkang di Kedah kerap dijemput hadir melibatkan diri di dalam acara-acara rasmi Kerajaan Negeri, termasuk majlis rasmi di Seri Mentaloon, kediaman rasmi YAB MB Kedah.
Apa tujuan tindakan boikot ini? Supaya MB Kedah yang bernama DS Sanusi itu dilihat menjadi liabiliti. Itulah ungkapan-ungkapan yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin parti lawan dalam banyak majlis parti mereka di Kedah.
"Sanusi ni kerja duk berkelahi dengan orang. Hangpa kena tukaq Sanusi ni. Kita tak mau orang yang kerja duk berkelahi ni jadi ketua. Jadi JKK pun tak layak, apatah lagi nak jadi MB". Itu antara isi ucapan yang sempat didengari, keluar dari mulut pemimpin parti lawan, dalam video yang dipaparkan di media sosial.
Ketika di Parlimen tempoh hari, ada seorang pemimpin parti lawan berkata, "It is not about the goverment, it is about the person".
'The person' yang dimaksudkan itu ialah DS Sanusi.
Ni nak habaq bagi, "the problem is, the person is the goverment! The person is somebody who related to the goverment dan lead the goverment right now!"
Naratif menjadikan DS Sanusi sebagai liabiliti ini cuba ditanam dalam pemikiran rakyat dan pemikiran ahli-ahli parti khususnya PAS.
Kalau boleh, mereka mahu semua pihak menasihati DS Sanusi supaya berhenti 'berlawan'. Jika tidak, mereka akan buatkan supaya semua pihak meminggirkan DS Sanusi termasuk dari dalam parti DS Sanusi sendiri.
Ya. Itu yang sedang mereka lakukan sekarang. Caranya amat halus. Tak ramai yang sedar. Ataupun, ada yang sedar, tapi ambil langkah selamat. Politik 'play safe'. Biaq hang sorang ja bemeloih, aku nak wangi ja.
Soalannya, tang mana yang tak kena? Apa yang dibuat oleh DS Sanusi yang tak selari dengan kehendak politik? Apa yang tak kena dengan dasar Kerajaan Negeri?
Adakah mempertahankan Kedah Aerotropolis, memperbetulkan bilangan Tanah Rizab Melayu, mempertahankan proses tadbir urus di dalam Majlis Kewangan Negara, memberikan hak kepada rakyat Kedah yang memohon tanah, memperjuangkan prinsip federalisme, mempertahankan kedaulatan Negeri Kedah dari mulut lawan-lawan politik yang suka menyondol sesuka hati, adakah semua itu dianggap jahat?
Adakah berkempen ketika pilihan raya, menceritakan keadaan parti lawan, mempromosi parti sendiri, dianggap jahat?
Semua itu dilakukan oleh DS Sanusi kerana beliau berada di tempat yang memerlukan beliau bertindak seperti itu! Bertindak sebagai seorang Ketua Kerajaan, bertindak sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya parti, bukan atas kapasiti peribadi! Tidak sama sekali.
Jadi ketua memang kena tegas, kena berani, kena pertahan prinsip. Bahkan terbukti, pendirian dan prinsip seperti inilah yang menjadi kekuatan utama dalam memenangi PRU15 baru-baru ini.
Dalam situasi seperti ini, semua pihak samada dari luar ataupun dalam, perlu bersatu hati dan membulatkan tindakan bagi menghadapi lawan. Lagunya mesti sedendang rentaknya mesti seirama.
Terima kasih kepada semua pihak terutamanya para 'influencer' media sosial yang siang malam pagi petang tak kenal penat lelah mempertahankan DS Sanusi, Kedah dan PN.
Walaupun hangpa kena panggil soal siasat berjam-jam, hand phone kena rampas, tapi hangpa tetap kental mempertahankan prinsip dan kebenaran.
Kita akan lawan sampai depa tertiarap, sampai kita menang!
Kalau nak wangi, wangi sama-sama.
Kalau nak belemoih, belemoih sama-sama!
Afnan Hamimi
Loq Staq
16 April 2023 / 25 Ramadhan 1444H
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Little Napoleon PM..
& serang Sanusi!
Itulah perjuangan menegakkan negara Islam di Malaysia.
INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..
8 comments:
Rakyat mahu perpaduan. Tapi kerajaan perpaduan madani dok tibai orang melayu. Terbaru sekolah swasta cina dapat bantuan. Sekolah swasta tahfiz tak dapat apa apa.
Pasai duit pun dah tak nampak orang Islam. Dia cuma bmx untuk rakyat hancing dan komunis dapig. Juga utk wak kris.
Perpaduan menarik jika pas ada. Tapi pas takkan gadai prinsip dan maruah. Untuk bersama the liar. Genius liar.
Ahli Parlimen Jerantut itu menambah, hari ini siasatan SPRM terhadap kes rasuah berkaitan imbuhan kelulusan pekerja asing semakin banyak melibatkan Menteri Sumber Manusia dari PH tetapi Menteri tidak direhatkan.
“Untuk rujukan, pada 14 April 1999 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam tahun penjara ke atas Anwar, setelah disabitkan atas empat kesalahan berhubung penyalahgunaan kuasa campur tangan dalam siasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual. Rakyat tidak mahu lagi melihat kes sebegini berulang di dalam kerajaan,” ujar Khairil Nizam.
(C&P)
Bila tubuh kerajaan ikut pintu belakang, kerajaan itu kerajaan haram. Bila dah haram macam mana nak berfungsi dengan halal. Serba serbi haram. Kerjaan haram suka buat kerja haram. Jadi perompak. Belanja duit rompak buat jamuan. Bagi orang makan dengan duit haram.
Kat sekolah diajar jangan jadi perompak. Kerajaan madani ajar macam mana yang guna duit yang dirompak. Advance kan kerajaan madani.
Kat sekolah diajar jangan jadi pesalah. Kerajaan madani ajar macam mana nak sucikan pesalah. Advance kan. Menterinya ada isu rasuah pekerja asing. Tugas kerajaan mensucikan menteri itu. Advance kan.
Macam air bersih suci, campurkan sedikit arak. Jadi najis, air itu. Guna untuk tanak nasi, nasi pun jadi najis. Guna untuk buat kuih, kuih pun jadi najis. Guna bancuh kopi, kopi pun jadi najis.
Kerajaan pun macam tu. Guna pintu belakang, kerajaan tu jadi najis. Buat kerja amal, kerja amal tu pun jadi najis. Buat jamuan raya, makanan pun jadi najis. Semua kegiatan suci, amal baik, jadi najis. Sia sia.
Tambah lagi yg mentadbir bawa liberal. Yang mentadbir selalu lewat. Yang mentadbir bekas banduan salah guna kuasa. Untuk mengukuhkan kerajaan najis, bawa pula gerombolan hoi hoi ya hoi. Dan komunis dapig.
Suruh membaca malas, suruh mendengar Tuli, suruh mendengar pekak...PM8 bagi skolah cina rm15 JUTA, PM9 15 JUTA,PM10 rm15.75 JUTA..skolah Tahfiz rm150juta PM10 bagi.. adoiiii
Macam tak percaya sanusi dijemput.
Walhal menteri formula dah kasi ajar sanusi kaw kaw.
Menteri formula pun ke laut entah ke mana.
Tibai tiada menarik simpati.
Makin meluat, adalah.
Macam bossnya genius liar.
Pagi petang siang malam tak lekang telling lies.
Benar kata orang tua tua dulu.
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama lama mencuri.
Macam genius liar.
Kerajaan pintu belakang.
Bilang cukup sd, tapi tiada.
Jadi kerajaan kerjanya merompak.
Rompak royalti.
Rompak peruntukan.
Rompak bantuan banjir.
Sekat mb kedah hadir mesyuarat.
Jemput penyamun wak masuk meeting.
Meeting penting.
Pasal duit.
Lantik anak yang tewas pru, jadi penasihat duit.
Nak merompak lagi.
Cara madani.
Air yang sengaja disekat peruntukan dan lebuhraya yang dilewat-lewatkan sehingga contohnya mengundang Ketua Pengarah J-KOM yang dahulu kononnya PAS yang hakikatnya menyindir kegagalan Kerajaan Pusat menyediakan bekalan air bersih dan lebuhraya untuk rakyat Kelantan.
Cuba sebutkan negeri mana di Malaysia yang disekat peruntukan di bawah Perlembagaan bekalan air bersih kepada rakyat selain Kelantan?
Lebuhraya pula, manakah negeri di Malaysia yang membina sendiri lebuhraya kerana tanggungjawab ini adalah di bawah urus tadbir Kerajaan Pusat?
(C&P)
Dahlah zhalim dengan kelantan. Dah tu nak jamu jamuan raya prn. Memang muka tembok betul.
Post a Comment