Thursday, April 06, 2023

Maksiat pasangan dalam kereta, & ugut warga China.

 

Gambar hiasan tiada kena mengena dengan sesiapa..

1. Pasangan kekasih buat jelik dalam kereta ditahan

PASIR GUDANG: Sepasang kekasih yang tular di media sosial kerana melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan ditahan, di dua lokasi berbeza petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, rakaman kejadian itu berlaku pada jam 3.03 petang, 29 Mac lalu, tetapi baru tular di media sosial tiktok baru-baru ini.

Katanya penahanan dibuat membabitkan seorang lelaki berumur 22 tahun dan seorang wanita berumur 17 tahun.

"Polis mengesan video tular berkenaan sebelum mendapati lokasi kejadian adalah di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini.

"Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek telah ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara jam 4.15 petang hingga 5.15 petang, hari ini," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Mohd Sohaimi, semakan dibuat mendapati kedua-dua warganegara tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

"Dalam operasi tersebut, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara selama tempoh dua tahun," katanya.

Mohd Sohaimi turut mengingatkan orang awam agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar norma kehidupan dan insan negara ini.

Terdahulu, tular satu rakaman berdurasi 23 saat yang merakamkan perbualan jelik kedua-dua individu berkenaan di dalam sebuah kenderaan. (BH)


2. Ugut warga China, polis ambil keterangan lima individu 

Tangkap layar rakaman video yang tular mendakwa seorang anggota polis memeras wang daripada seorang pelancong wanita warga China. - Foto IHSAN PEMBACA

KUALA LUMPUR: Polis selesai mengambil keterangan lima individu berhubung dakwaan seorang anggotanya memeras ugut wanita warga China kerana gagal menunjukkan pasport dalam sekatan jalan raya di Bulatan Dato Onn, minggu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman, berkata anggota polis berkenaan adalah antara lima individu yang diambil keterangan, selain akan memanggil dua lagi individu untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, dua individu terbabit adalah pemandu e-hailing, yang membawa warga China itu dan seorang lagi wanita warga tempatan, rakan kepada wanita itu, yang turut berada dalam kenderaan terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada penyampaian sumbangan berbuka puasa kepada anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di pekarangan Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, di sini, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video dimuat naik di akaun TikTok sebelum tular di media sosial lain, memaparkan seorang wanita sedang mengulas isu berkenaan dalam bahasa Cina bersama sedikit sedutan rakaman kejadian.

Menerusi kapsyen yang disertakan bersama video itu, anggota polis terbabit didakwa memeras RM200 ke atas seorang pelancong wanita dari China kerana tidak membawa pasportnya, yang kononnya ditinggal di hotel.

Rakaman video kejadian itu juga dikatakan sudah tular di negara asal pelancong wanita terbabit.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, polis juga bekerjasama dengan Interpol dan Jabatan Imigresen bagi mengesan wanita warga China itu, yang dipercayai sudah meninggalkan Malaysia.

Yahaya berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di media sosial tanpa sumber sahih.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-2600 2222. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimMaksiat pasangan dalam kereta, & ugut warga China.

Kedua-duanya didakwa bersalah mengikut perundangan di Malaysia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails