Gambar hiasan..
1. Dakwaan rogol dalam lokap, reman Inspektor polis disambung Suspek merupakan pegawai penyiasat dalam kes berkenaan dan didakwa memaksa mangsa melakukan hubungan seks sebagai dorongan untuk melepaskan mangsa. - Gambar fail
KOTA BHARU: Perintah tahanan reman ke atas seorang anggota polis yang juga pegawai penyiasat narkotik berpangkat Inspektor disambung selama tiga hari lagi bermula hari ini.
Perintah reman berkenaan dikeluarkan oleh Penolong Mendaftar Mahkamah Kota Bharu, Amni Johari di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini pagi tadi.
Sebelum ini anggota polis terbabit direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rogol ke atas seorang tahanan wanita berstatus ibu tunggal.
Dia yang berusia 29 tahun didakwa melakukan perbuatan tersebut semasa mangsa yang berusia 27 tahun itu ditahan di lokap bagi membantu siasatan berhubung satu kes rampasan dadah.
Mangsa yang mempunyai dua anak itu sebelum itu ditahan bersama bekas suaminya dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kota Bharu pada Jumaat lepas.
Mangsa bersama bekas suaminya itu direman di lokap balai polis Pengkalan Chepa selama tujuh hari untuk siasatan berkaitan rampasan dadah.
Suspek merupakan pegawai penyiasat dalam kes berkenaan dan didakwa memaksa mangsa melakukan hubungan seks sebagai dorongan untuk melepaskan mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabie.
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dihukum penjara 13 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Choo Kiong, 51, yang juga Bendahari Parti Bangsa Malaysia (PBM) berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Mahkamah Tinggi sebelum ini, mengarahkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak itu memasukkan penyataan pembelaan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, pada 6 Disember lalu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Polis rogol ibu tunggal sama b/ADUN DAP rogol amah?
Inspektor polis yang dituduh merogol itu tidak dapat mengelak dari bekas jawatannya sebagai polis, tapi bekas pemimpin DAP bila ternyata merogol amah itu tiba-tiba pula berjawatan Bendahari Parti Bangsa Malaysia (PBM). Tiada nama DAP.
6 comments:
Wakil rakyat DAP salah rogol kena 13 tahun je? Sebagai wakil rakyat elok kena 130 tahun, baru bebaloi!
Macam sial... Asal Babi lepas..!!
Sam mohon maaf kepada ibu bapa mangsa kemalangan..
Mahkamah Rayuan membebaskan Sam daripada pertuduhan memandu secara berbahaya yang menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak itu di Johor Bahru pada 2017.
Mahkamah rayuan memutuskan bahawa pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan adalah cacat.
Ucap maaf lepas tu bebas... Apa punya babi la
Macam sial... Asal Babi lepas..!!.. Jho Low lepas Navin Tan anak Vincent Tan peladang ganja berkilo kilo lepas . babi betina ni pun lepas... Suma babi lepas...!!!
Masyarakat madani atau masyarakat babi..!!
Apa UMNo bole buat sekarang..!!
Hidup babi..!! 3x
Pemfitnah tak serik2 mcm babi tak?
Najis nak cuci najis. Nanti najis tak bersih, yang bersih pun jadi najis. Perasuah nak cuci rasuah. Nanti rasuah tak selesai, yang tak rasuah pulak jangkit jadi rasuah.
Sakit mental bmx. Sakit sebab anut liberal.
Allah maha pengampun. Kalau manusia insaf.
Biarlah penyakau the 1st nak minta ampun diraja. Banyak lagi kes berjalan. Agong lebih bijaksana.
Yg terbaik dlm kerajaan madani sekarang, x dengar ada rasuah dah dlm ahli politik.
Klau ada bleh report pmx
Tunggu kes penyakau the 2nd bersama geng Islam extreme yg makan hasil plak.
Ha ha ha
Post a Comment