Wednesday, April 12, 2023

Serangan di Masjid N/Jersey & Toronto.. Suspek (bulatan merah) sedang menyerang..


Detik sejurus suspek (bulatan merah) bangun dar barisan jemaah di Masjid Omar sebelum menyerang Imam Elnakib. (FOTO: Aaj English TV)

1. Imam masjid di New Jersey parah ditikam

CHICAGO: Imam sebuah masjid di  bandar Paterson, New Jersey cedera parah akibat serangan pisau oleh  seorang suspek yang menyertai kira-kira 200 jemaah untuk solat Subuh.

Pendakwa raya Paterson, New Jersey berkata, mangsa, Imam Sayed Elnakib, 65, dari Masjid Omar, di 501 Getty Avenue, diserang oleh suspek yang berlutut bersama jemaah lain semasa solat di masjid itu pada subuh Ahad (9 Apr), waktu tempatan.

Imam Elnakib segera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Saint Joseph di Paterson untuk rawatan kecederaan  yang diklasifikasikan sebagai ‘tidak membawa maut’, lapor Arab News.

Sementara, pejabat pendakwa  tempatan berkata bahawa suspek segera ditahan di masjid berkenaan yang dikenali sebagai Serif Zorba. 

Jemaah lain yang berada di lokasi kejadian berkata bahawa Zorba telah pergi ke masjid  itu banyak kali tetapi bukan ahli masjid tersebut.

Semasa kejadian, Zorba meluru ke arah Imam Elnakib semasa dia mengimamkan solat kira-kira jam 5.37 pagi. 

Selepas menikam Imam Elnakib beberapa kali, Zorba berpaling untuk melarikan diri dengan berlari di celah-celah jemaah lain yang dikatakan polis telah segera menahannya sehinggalah polis tiba di lokasi kejadian.

Masjid Omar di bandar Paterson, New Jersey lokasi kejadian Imam Elnakib diserang dengan pisau ketika mengimankan jemaah solat Subuh pada 9 Apr 2023. (FOTO: United States.K.News. MEDIA)

Pendakwa Raya Passaic County,  Camelia M. Valde berkata, sebaik tiba, anggota polis menemui suspek berusia 32 tahun itu di dalam masjid yang ditangkap oleh jemaah lain.

“Serif Zorba akan didakwa dengan sabit kesalahan cubaan membunuh tahap pertama; memiliki senjata untuk tujuan yang menyalahi undang-undang, tahap ketiga; dan memiliki senjata yang menyalahi undang-undang, tahap keempat,” tambahnya.

Menurut Valdes lagi, jika sabit kesalahan, Zorba berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun, yang mana atas kesalahan cubaan membunuh tahap pertama ialah 10 hingga 20 tahun di penjara negeri New Jersey dengan 85 peratus daripada tempoh itu akan meringkuk di dalam penjara sebelum kelayakan parol, menurut ‘akta tiada pembebasan awal’ dan lima tahun parol pengawasan selepas dibebaskan.

“Tuduhan untuk memiliki senjata yang menyalahi undang-undang boleh menambahkan lagi enam tahun tambahan kepada hukuman itu,” katanya. 

Zorba hadir di Mahkamah Pemprosesan Kehakiman Pusat di Paterson Perbicaraan itu diadakan di hadapan hakim mahkamah atasan New Jersey pada petang Isnin (10 Apr), yang mana pertuduhan difailkan secara rasmi dan ‘penahanan praperbicaraan’ telah diberikan, menafikan pembebasan ikat jamin suspek.

Dalam pada itu, pihak polis berkata, Imam Elnakib yang  telah berkahwin dan bapa kepada tiga anak lelaki itu  dijangka pulih sepenuhnya dalam masa terdekat. 

Rakaman litar tertutup menunjukkan suspek (dalam bulatan putih) turut menyertai jemaah solat Subuh yang diimamkan oleh Imam Elnakib. (FOTO: CBS News)

Polis tambahan kawal masjid

Datuk Bandar Paterson, Andre Sayegh, yang beragama Roman Katolik dari keturunan Arab-Amerika, dilaporkan telah melawat Imam Elnakib di hospital pada pagi Isnin (10 Apr).

Sayegh memberitahu pemberita pada sidang media bahawa beliau akan menugaskan polis tambahan bagi berkawal di semua masjid di wilayah itu untuk memastikan keselamatan orang ramai pada baki hari Ramadan ini.

“Anda tidak perlu takut untuk berdoa, anda harus berasa selamat untuk berdoa,” kata Sayegh.

Ahli Majlis Paterson, Al Abdel-aziz, yang menyertai jemaah di masjid pada malam Ahad (9 Apr) untuk berdoa untuk kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya buat Imam Elnakib.

“Saya sangat sedih mendengar kejadian tikaman yang berlaku semasa solat di masjid Omar awal pagi ini, dan hati saya terharu kepada semua orang yang terjejas oleh peristiwa tragis ini,” tulis ahli majlis Abdel-aziz di laman Facebooknya.

“Walaupun tidak jelas apa yang mendorong penyerang, tidak ada justifikasi untuk sebarang jenis keganasan, terutamanya dalam ruang suci (masjid) ini.

“Saya berasa lega apabila mendengar bahawa Imam Sayed Elnakib berada dalam keadaan stabil, dan mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya dan cepat. Harap maklum bahawa fikiran dan doa saya bersama dia dan keluarganya semasa masa yang sukar ini.” tambahnya.

Menurutnya lagi, sebagai sebuah komuniti, adalah penting untuk semua bersatu untuk menyokong satu sama lain dan mengecam semua bentuk kebencian dan keganasan. 

“Saya menggalakkan semua orang untuk menghubungi satu sama lain untuk keselesaan dan sokongan, dan berusaha ke arah mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra untuk semua yang memasuki masjid anda,” ungkapnya.

Dari segi populasi, hampir satu pertiga daripada 158,000 keseluruhan penduduk Paterson, di New Jersey itu adalah beragama Islam dari keturunan Arab. – HARAKAHDAILY 11/4/2023 

Wajah suspek yang berjaya ditahan selepas terbabit dalam serangan pisau ke atas Imam masjid di Paterson, New Jersey ketika solat Subuh pada 9 April 2023. (FOTO: Pejabat Pendakwa Raya New Jersey/Arab News)


 2. 
Suspek ditahan lakukan jenayah kebencian di masjid Toronto 
Persatuan Islam Markham (ISM) mendakwa suspek telah menerjah masuk ke dalam masjid di Markham, Toronto, Kanada sebelum mengoyak al-Quran dan memaki hamun jemaah Toronto Kanada dalam kejadian pada 6 April 2023. (FOTO: Arab News)

ONTARIO: Seorang suspek lelaki telah ditahan pihak berkuasa Kanada selepas apa yang mereka labelkan sebagai ‘insiden bermotifkan kebencian’ di sebuah masjid di wilayah Ontario.

Dalam kenyataan pada Ahad (9 Apr), pihak polis berkata dalam kejadian pada Khamis (6 Apr) lalu, suspek didakwa telah memandu ke arah seorang jemaah dan menjerit yang berbunyi ugutan serta cemuhan terhadap agama Islam, lapor Arab News.

“Insiden itu berlaku di bandar Markham manakala suspek, Sharan Karunakaran, 28, kemudian ditahan di Toronto,” ujar Polis Wilayah York, di sini dalam satu kenyataan.

Sementara, Menteri Perdagangan Kanada, Mary Ng mengecam kejadian itu dan menyifatkan ia sebagai jenayah kebencian, dengan mengatakan perkara itu  tidak mempunyai tempat dalam masyarakat Kanada.

“Keganasan dan Islamofobia ini tidak mempunyai tempat dalam komuniti kami,” kata Ng Kanada, yang juga merupakan ahli parlimen tempatan, dalam reaksinya terhadap insiden itu.

Sehubungan itu, Persatuan Islam Markham (ISM) berkata seorang individu telah memasuki masjid di Markham, 30 kilometer di  utara Toronto, pada hari kejadian dan telah mengoyakkan kitab suci al-Quran dan memaki hamun jemaah. 

Kenyataan polis yang dikeluarkan pada Ahad bagaimanapun tidak menyebut kejadian  al-Quran dikoyak suspek di masjid tersebut.

Insiden itu berlaku semasa bulan suci Ramadan, ketika beribu-ribu jemaah berpusu-pusu ke masjid  di Markham.

Polis menambah bahawa mereka mendakwa suspek atas sabit kesalahan mengeluarkan ugutan, menyerang dengan senjata dan memandu secara berbahaya. 

Suspek dijadualkan dihadapkan di  Mahkamah Keadilan Tinggi Ontario di Newmarket pada  Selasa (11 Apr). – HARAKAHDAILY 10/4/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Serangan di Masjid N/Jersey & Toronto.. Suspek (gambar bulatan merah di atas) sedang menyerang..

Ini juga adalah sikap biadap antarabangsa seperti disebutkan. Sebenarnya ia adalah usaha Islamfobia puak-puak tertentu di barat untuk menghapuskan agama Islam. Contoh terdekat, sila lihat di Afghanistan sejak beberapa tahun lalu Islamfobia barat tetap diteruskan untuk hancurkan Afghanistan.  

Difitnahkan, konon 'Perhimpunan wanita Afghanistan dalam protes yang diluluskan Taliban'Tapi sebenarnya tuntutan wanita Afghanistan bila diteneliti adalah:

(i) 'tunjuk perasaan memprotes sekatan ke atas Taliban.'

(ii) 'menyeru Barat untuk membebaskan pembekuan aset negara ketika krisis kemanusiaannya semakin mendalam.'

(iii) Beberapa orang memegang sepanduk bertulis: "Kami wanita Afghanistan menyokong Emiriah Islam," (mahu kerajaan Islam)

(iv) Sepanduk juga menyeru Washington untuk membuka akses kepada AS$9.5 bilion (RM39.81 bilion) dalam aset bank pusat Afghanistan. 

(v) "Mereka yang bertindak bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kebangsaan negara bukanlah wakil wanita Afghanistan..."

Lagi Islamfobia 'syaitan barat' untuk hancurkan  Afghan  ..

Kesimpulan

Di Malaysia ada puak-puak anti Islam yang menyalin balik kegiatan Islamfobia di barat, melaksanakan di sini, untuk menutup kegagalan dan kejahilan mereka, yang bersembunyi dibawah tempurung sempit perkauman kecinaan komunis yang sia-sia..

Sekian, harap maklum.

5 comments:

Anonymous said...

Ahli dan penyokong Ph sepatutnya pergi berarak beramai2 dijalan2raya menuntut najib dibebaskan dari penjara,
dan pmx hendaklah mengistiharkan cuti umum tujuh hari berturut2 serta mengadakan pesta besar dengan menjemput artis2 besar diseluruh dunia menghiburkan apa sahaja.
Dan juga pmx hendaklah mengumumkan yg dia akan mengarahkan supaya pihak pendakwa supaya tidak membantah apa2 yang peguam najib kemukakan pada mahkamah terhadap apa jua tuduhan lain terhadap beliau dan supaya hakim cuma dapat mendegar penghujahan dari pehak peguambela najib dan pehak pendakwa diam membisu atau setuju saja pada apa saja yang dihujah peguam najib supaya keadilan terhadap najib dapat terjadi dan bergermerlapanlah cahaya perundangan malaysia dan dengan itu negara akan disanjung tinggi oleh seluruh pengamal undang2 diseluruh dunia.
Dengan terbebasnya najib maka pmx dan ph akan dianggap sebagai hero dan pahlawan terhebat sepanjang sejarah dan pmx anwar akan dianggap sebagai sang dewata mulya raya 2.0 oleh pengikut mereka.
Anwar, najib, dan seluruh pimpinan parti2 yg berada dalam ph dan bn pula hendaklah sama2 menyertai pesta besar didataran putrajaya dan sama2 menyanyikan lagu hoyhoiyahoy secara bersama disatu pentas dan juga turut menyanyikan lagu "akulah penyamun" lagu yg terdapat dalam filem nujum pak belalang lakonan p.ramli dulu.

Selamat majujaya anwar pmx dan najib pm6.
hidup pmx, hidup najib,
hoyhoiyahoy, hoyhoiyahoi manyak power woo.
Pmx kenalah buat dua tugu besar setinggi bagunan parlimen dijalan masuk parlimen dengan satu wajah pmx dan lagi satu wajah najib dengan kaki patung2 tersebut berada dikiri dan kanan jalan supaya mereka yg pergi keparlimen melalui jalan utama itu terpaksa la lalu dibawah nya.

Like Reply

*tumpang paste yg di copy pakcik.

Anonymous said...

Heran juga bila abah didakwa ambik rasuah. BMx tahu juga sapa yang beri rasuah. Tapi yang beri rasuah tak didakwa.

Betui loklak cara pmx berpikir. Satu tu haram. Satu halal. Kalau dua dua haram, dua dua kena dakwa. Memang luar tabii. Macam tabii lewat.

Sekarang ada reformasi. Mengampunkan ajib. Pening dibuatnya. Dah salah, nak bagi ampun. Tapi jho low bebas juga.

Makin merapu perundangan bawah bmx.

Anonymous said...

Yg bagi rasuah tu bangsa perasuah

Anonymous said...

Apa citer atok saman dolly. Dolly minta lanjut tempoh. Cari bahan. Kata dah ada bukti. Cari bahan apa lagi.

Atau sembang kari dolly. Bukti takda, tapi kata ada. Tak habis habis bohongnya.

Nampak gayanya era dolly adalah era saman saman. Dolly saman seteru. Seteru saman dolly. Nak selesai masalah pimpinan. Masalah negara no tiga. No dua masalah nak bagi rakyat percaya kat dolly. Masalah rakyat bukan yang utama.

Gitulah halnya bila kerajaan ditubuh ikut pintu belakang. Luar tabii. Seperti tokohnya.

Anonymous said...

Korang terpikir tak? Macam mana sorang koruptor nak ambik tindakan terhadap seorang koruptor yang lain. Kalau pinda ruu, koruptor tegar hukum tembak jer. Boleh ker lulus ruu tu. Koruptor 47 kes ada dalam jemaah mesyuarat.

Atau ruu pasai lewat. Macam mana yang kaki lewat nak ambik tindakan pada yang lain yang juga lewat. Tentu susah nak buat reformasi pasai ruu lewat. Bila yang lewat ada kepentingan peribadi dalam jamaah. Akhirnya tiada reformasi pasai ruu bab lewat.

Tu sebab yang tadbir mesti orang yang tiada kes. Yang bersih dan amanah. Bukan amanah macam makpuz pan atau mike sabun pan. Bersih dalam ertikata bersih. Bersih dari kemaluan yang selaput kunyit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails