Sebahagian Ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL.
1. Kehadiran Shahidan menceriakan Dewan RakyatKUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad berkata, kehadiran Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat menjadikan suasana ceria.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, Ahli-ahli Parlimen PERIKATAN NASIONAL (PN) seramai 74 orang telah memberikan pandangan dan kritikan yang membina sepanjang persidangan berlangsung.
“Seramai 74 orang Ahli Parlimen kami berpadu tenaga dan fikiran untuk memberi pandangan dan kritikan yang membina.
“Semua kami diberi tanggungjawab untuk portfolio dan fokus pada setiap kementerian,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.
Menceritakan pengalamannya menjadi ahli parlimen pembangkang, ujarnya persidangan kali ini sungguh berbeza jika dibanding dengan sesi 2013-2018 dahulu.
Katanya, perjalanan agak tersusun dengan dibantu pasukan penyelidik.
“Gabungan MP lama yang berpengalaman dan pernah memegang jawatan menteri sudah tentu memberi kelebihan kepada kami.
“Kehadiran Dato’ Seri Shahidan Kasim, Ahli Parlimen Arau selaku otai yang menceriakan dewan. Maklumlah persidangan ada sampai malam,” ujarnya.
Lebih menarik pula, katanya setiap hari ada jamuan yang ditaja oleh Ahli Parlimen PN di kantin sebelah Dewan Negara.
“Siapa pun boleh makan, istilah yang popular digunakan oleh Dato’ Seri Shahidan ialah untuk semua rakyat Malaysia,” tambahnya.
Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas (2023) bermula 13 Februari lalu dan berakhir hari ini.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15. – HARAKAHDAILY 4/4/2023
2. Isu KWSP: Faham ke masalah orang miskin?
RAMAI yang komen mengenai permintaan nak keluarkan duit KWSP. Ada yang sokong dan ada yang tak setuju.
Saya tak mahu komen panjang kerana saya tidak berada di tempat mereka yang sekarang ini menghadapi masalah untuk meneruskan hidup.
Nasihat saya kalau tak faham atau tak pernah rasai apa yang mereka rasai maka tutuplah mulut dan kawal jari dari menaip perkara-perkara yang menghina.
Saya tak boleh salahkan mereka yang mengutuk kerana puak-puak kayangan dan mereka yang hidup senang lenang itu tak merasai apa yang mereka di bawah rasai.
Sebab tidak faham keluar kata-kata keji. Orang nak jalan kaki pun mereka permainkan. Konon boleh masuk Olimpik dan sebagainya.
Selama 10 tahun sebagai Exco, saya jaga pembangunan strata termasuk juga flat kos rendah.
Saya dah nampak dan rasa apa yang puak-puak kayangan atau mereka yang ada pendapatan tetap atau mereka yang ada banyak harta tak nampak atau tak rasa.
Percaya atau tidak ada keluarga yang buka puasa makan nasi dengan kicap sahaja? Lauk pun tak ada. Dulu pernah berlaku jadi sekarang dengan keadaan ekonomi yang lebih teruk, lu fikir sendirilah.
Siapa pernah rasa orang datang rumah pukul 12 tengah malam minta duit sebab esok pagi kena bayar yuran anak?
Siapa pernah rasa orang datang rumah minta pinjam duit untuk beli susu anak? Sanggup tinggalkan handphone sebagai cagaran.
Pernah ada kes seorang anak minta makan dari jiran sebab lapar sangat.
Ada anak-anak yang jarang berjumpa dengan ibu bapa kerana mereka kerja sampai malam. Anak-anak diberi kunci rumah dan terpaksa menguruskan diri sendiri. Makan, mandi, buat homework, ulangkaji dan sebagainya semua buat sendiri. Mereka bukan macam anak atau cucu kamu yang belajar di hostel.
Saya bukan nak cakap saya hebat tapi itulah keadaan orang di bawah. Pergi campur dengan marhaen, jangan duduk di atas sahaja. Jangan buka puasa di hotel sahaja, sekali sekala buka dengan gelandangan.
Kalau tak faham atau tak pernah rasa jangan hina. Bersyukurlah Allah S.W.T telah memberi kamu kemewahan dan kesenangan.
DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Dan Pembangunan Perumahan (REACH) –
HARAKAHDAILY 5/4/2023
3. Kerajaan belum sasar 100 peratus pengeluaran beras
KUALA LUMPUR: Dewan Negara diberitahu kerajaan sehingga sekarang belum menyasarkan 100 peratus tahap sara diri (SSL) bagi pengeluaran beras.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, kerajaan menyasarkan tahap SSL sebanyak 75 peratus menjelang tahun 2025 dan 80 peratus pada 2030.
“Jadi kita masih belum mensasarkan 100 peratus, cuma setakat 80 peratus.
“Namun untuk memastikan kecukupan bekalan beras kita menyediakan stok pound negara termasuk trading stok berjumlah 1.1 juta metrik tan yang dapat menampung 5.5 bulan keperluan negara,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Sr Mohd Apandi Mohamad hari ini.
Mohd Apandi sebelum itu mahu tahu perancangan kerajaan untuk tidak lagi bergantung kepada beras import bagi keperluan rakyat.
“Sekarang rakyat nak dengar bila agak-agaknya kita tak perlu bergantung kepada (beras) import, kalau nak bergantung kepada import pun lebih kepada stok simpanan.
“Bila rancangan kerajaan kita boleh mencapai guna penuh hasil padi 100 peratus. Kita tidak mahu 70 peratus,” katanya semasa mengemukakan soalan pada sesi jawab lisan. – HARAKAHDAILY 5/4/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: “Siapa pun boleh makan," semua rakyat. -Shahidan Kassim. & KWSP, beras.
Masih akan beginikah rakyat Malaysia di bawah PMX?
"Percaya atau tidak ada keluarga yang buka puasa makan nasi dengan kicap sahaja? Lauk pun tak ada. Dulu pernah berlaku jadi sekarang dengan keadaan ekonomi yang lebih teruk, lu fikir sendirilah.
Siapa pernah rasa orang datang rumah pukul 12 tengah malam minta duit sebab esok pagi kena bayar yuran anak?
Siapa pernah rasa orang datang rumah minta pinjam duit untuk beli susu anak? Sanggup tinggalkan handphone sebagai cagaran. Pernah ada kes seorang anak minta makan dari jiran sebab lapar sangat.
Ada anak-anak yang jarang berjumpa dengan ibu bapa kerana mereka kerja sampai malam. Anak-anak diberi kunci rumah dan terpaksa menguruskan diri sendiri. Makan, mandi, buat homework, ulangkaji dan sebagainya semua buat sendiri. Mereka bukan macam anak atau cucu kamu yang belajar di hostel.
Saya bukan nak cakap saya hebat tapi itulah keadaan orang di bawah. Pergi campur dengan marhaen, jangan duduk di atas sahaja. Jangan buka puasa di hotel sahaja, sekali sekala buka dengan gelandangan."
-keluh Iskandar Abd Samad, Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Dan Pembangunan Perumahan (REACH)
No comments:
Post a Comment