TIDAK syak lagi Selangor sebuah negeri yang kaya dan paling maju di Malaysia.
Setakat penghujung November 2022 ia merekodkan hasil sebanyak RM2.304 bilion. Satu angka yang besar berkat limpahan rezeki dari Allah S.W.T.
Di Selangor ada KLIA, Pelabuhan Klang, Lapangan Terbang Subang, Cyberjaya dan sistem pengangkutan awam tercanggih termasuklah LRT, MRT, KTM Komuter dan lebuhraya-lebuhraya terbesar.
Tetapi rakyat Selangor tidaklah segah negerinya. Mereka yang tidak berharta, tidak punya rumah sendiri masih ramai khasnya di kalangan Melayu.
Anak Selangor tiada rumah tiada tanah sendiri walau sekangkang kera.
1.2 peratus rakyatnya jatuh bawah paras kemiskinan mutlak. Selangor punya 5.7juta penduduk ini bermakna 68,400 rakyatnya miskin mutlak!
Kemiskinan bukan hanya di luar bandar tapi juga bandar. Malah paling ketara di bandar.
Di beberapa kawasan di Petaling Jaya, Gombak, Ampang, Pandan, Sg Buloh, Klang, Shah Alam, Selayang terutama penempatan penduduk Melayu yang B40 keadaannya cukup memilukan, tidak terurus.
Dibina rapat-rapat dengan jalan (bayangkan jika berlaku kebakaran), perparitan cukup dhaif. Pengurusan sisa pepejalnya juga cukup lemah termasuk di kawasan Menteri Besar.
Sekolah-sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama terperosok di celah-celah penempatan ini juga tidak terurus.
Tidak sebagaimana SJKC yang teguh gagah, tinggi bangunannya, bilik darjah berhawa dingin. Itupun kerajaan mahu suntik wang bantuan lagi.
Bukannya rasis tetapi itulah realitinya di Selangor. Siapa yang mewah, siapa yang kaya senang sebenarnya?
Program merakyatkan ekonomi Selangor yang diperkenal Allahyarham Tan Sri Khalid dulu ditukar, dipinda, dikurangkan ada yang dihapus, menjadikan negerinya kaya tetapi rakyat di bawah tidak merasa
Air percuma pun cuma sampai ke 50 peratus rakyat yang layak, selebihnya tidak merasai kerana pengurusan kerajaan negeri yang lemah.
Bila hujan lebat sedikit air naik hingga musnah harta rakyat, bila sumber air tercemar kerana kilang haram yang berleluasa bekalan air diputuskan, yang merana rakyat B40 yang tinggal di perumahan PPRT yang bertingkat-tingkat mencecah awan, bukannya tauke di banglo dan semi D yang punya tangki simpanan ‘spare‘ dan pelbagai kemudahan.
Kerajaan PH ini entah apa keutamaannya. Denyut nadi rakyat seakan tidak dirasai, tidak didengari. Yang kaya mewah adalah tauke pemaju dan tauke kilang walaupun berstatus haram.
Kembalikanlah kerajaan negeri diurus oleh anak tempatan, anak Selangor yang tahu masalah dan kesusahan rakyat Selangor.
Yang ada kini anak Johor, anak Perlis, anak Kedah. Tukarlah.
Pilih dan angkatlah mereka yang berwibawa, yang kompeten, yang bersih lagi bertaqwa. Yang tinggal dan membesar dalam rumpun keluarga anak Selangor sebenar.
Selangor perlukan pemimpin jujur yang berjiwa rakyat. Untuk itu rakyat Selangor perlu bangkit buat perubahan.
Demi Selangor yang bersih dan stabil. Kita bangkit buat perubahan.
ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS
Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 27/4/2023
2. Pinjaman perumahan kerajaan: Bantu atau belenggu rakyat?
Dr Ramalan YunusPersidangan Parlimen Dewan Negara pada 6 April lalu menyaksikan soal jawab antara Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu (Bersatu), Datuk Razali Idris dengan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengenai isu pinjaman rumah.
Dalam sesi soal jawab tersebut, kedua-dua ahli parlimen tersebut sedang membahaskan tentang pinjaman rumah Skim Rumah Pertamaku yang merupakan insentif yang diamalkan oleh kerajaan yang bakal digantikan dengan Skim Pinjaman Kredit Perumahan.
Menurut pandangan kedua-dua Razali dan Akmal Nasrullah, pinjaman-pinjaman rumah sebegini diperlukan supaya dapat membantu rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap dalam memiliki rumah pertama mereka.
Justeru persoalannya, adakah skim pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan benar-benar membantu rakyat atau mengikat rakyat dengan belenggu hutang?
Ikuti wawancara wartawan HarakahDaily, IKMAL EMIR dengan pakar ekonomi Islam bebas, Dato’ Dr. Ramalan Yunus yang memperkatakan tentang hakikat sebenar mengenai perkara tersebut. Beliau mempunyai pengalaman yang amat luas dalam bidang kewangan dan ekonomi dan juga merupakan penganalisis politik dan ekonomi bebas.
Beliau merupakan Pengerusi dan Penasihat dalam syarikat White Straits Capital Berhad yang terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan dan ekonomi secara meluas di rantau Asia, termasuklah dalam ekonomi digital.
Namun begitu, beliau lebih memilih untuk dikenali rakyat sebagai seorang penganalisis politik dan ekonomi bebas yang berjuang melawan sistem ekonomi yang berasaskan kepada riba; dan beliau adalah seorang yang amat tegas dalam isu tersebut.
HARAKAHDAILY: Dalam Persidangan Parlimen Dewan Negara ada menyebut tentang hutang rumah seperti Skim Rumah Pertamaku dan Skim Jaminan Kredit Perumahan. Pada pandangan Dato’, adakah skim-skim pinjaman perumahan kerajaan membantu rakyat atau mengikat rakyat dengan hutang?
DATO’ DR RAMALAN: Pada pandangan saya, sudah sampai masanya untuk saya bersuara dan menasihati mana-mana parti politik sekalipun supaya sebaik-baiknya menggalakkan rakyat agar tidak cenderung untuk berhutang.
Hal ini kerana kita kena faham hakikat sebenar bahawa apa sahaja jenis bentuk hutang sebenarnya hanya akan membebankan rakyat dan negara. Lihatlah apabila kenaikan kos kehidupan berlaku hasil daripada kenaikan hutang negara kita sendiri, rakyat biasa juga akan menanggung bebanan dan ditambah lagi pula dengan hutang-hutang mereka yang sedia ada seperti hutang rumah, hutang kereta, hutang kad kredit, hutang pendidikan dan yang seumpama dengannya.
Kita semua wajib mengakui bahawa satu-satunya hutang yang bagus adalah yang merupakan apabila kita meminjam, kita dapat bayar semula hutang tersebut secara penuh dan tepat pada waktunya.
Namun, masalah utamanya adalah kerana rakyat tidak pernah diajar bagaimana cara yang betul untuk menggunakan hutang demi kesejahteraan dan kemakmuran mereka. Ini yang memburukkan lagi krisis kewangan negara kita.
Maka, sebaik-baiknya saya bersuara mengenai hal ini kerana hutang adalah ibarat senjata tajam yang mampu memberikan kelebihan kepada kita atau boleh mengancam keselamatan kita.
Oleh sebab itu, memandangkan penggunaan hutang ini bergantung kepada ilmu dan kemahiran kita untuk menggunakannya, maka jelaslah bahawa pendidikan kewangan perlu diberikan perhatian khusus oleh pihak kerajaan.
Saya ada terbaca dalam majalah Labur di mana ada gunakan kad kredit dalam pembelian rumah lebih lebih lagi dengarnya dapat macam macam manfaat seperti cashback dan seumpama dengannya. Pada pandangan Dato’, adakah ini contoh sifat yang sepatutnya kita sebagai umat Islam amalkan?
Sebenarnya, kita sebagai umat Islam wajib tahu bahawa Islam amat menyuruh kita untuk menjauhi hutang, lebih-lebih lagi hutang yang mempunyai riba.
Seperti saya telah jelaskan tadi bahawa satu-satunya hutang yang bagus merupakan apabila kita meminjam, kita dapat bayar semula hutang tersebut secara penuh dan tepat pada waktunya. Ini jelas merupakan prinsip amalan hutang dalam Islam.
Namun, hutang tersebut mestilah tiada sebarang kadar faedah dikenakan terhadap penghutang. Walau bagaimanapun, Islam amat mengajar umatnya supaya berhati-hati dengan urusan hutang. Mengapa? Kerana amalan hutang akan membuka kepada pintu riba.
Kita sebagai umat Islam wajib tahu bahawa tidak ada sebarang dosa lain yang Allah SWT dan Rasul-Nya mengisytiharkan peperangan kecuali riba satu-satunya.
Masalah dengan hutang-hutang yang ada sekarang adalah barang siapa yang mengambil hutang maka terpaksa membayar lebih daripada apa yang dia hutang dan jelas ianya adalah riba walaupun bayaran lebihan itu adalah sekecil-kecil kuman sekali pun.
Ini kerana dalam Islam, hutang bukanlah satu perniagaan dan dilarang mengambil sebarang keuntungan dari pemberian hutang.
Bukankah Allah SWT dan Rasul-Nya telah mengisytiharkan perang kepada para pengamal riba? Lihatlah keadaan ekonomi kita sekarang di mana kenaikan kos hidup yang tinggi, berlakunya pula sebahagian kecil golongan yang kaya semakin kaya, manakala kebanyakannya pula semakin miskin diikuti dengan setiap masalah politik dan sosial yang semakin buruk. Semuanya berpunca daripada riba.
Maka, sudah menjadi kewajipan untuk kita sebagai umat Islam untuk menjauhi apa jua hutang yang melibatkan riba, walau sebesar mana pun manfaat yang ditawarkan kepada kita.
Adakah hutang-hutang seperti hutang rumah, hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kad kredit dan seumpama dengannya merupakan alat kepada perhambaan?
Jawapan saya adalah ya, (fakta) walaupun hutang-hutang tersebut dilabelkan sebagai ‘Islamik’ sekalipun.
Pada hakikatnya kalau kita faham betul-betul sistem ekonomi sekarang, hutang telah digunakan oleh para kapitalis untuk menjerat manusia dan menghambakan manusia.
Ini membuktikan bahawa sistem ekonomi sebegini yang diamalkan di negara Malaysia ternyata amat berbeza dengan ekonomi Islam. Ini kerana ekonomi Islam merupakan ekonomi yang bersifat bebas dari hutang dan riba.
Apabila kebanyakan rakyat kita terbelit dengan hutang maka mereka bukan sahaja hilang kedaulatan dirinya malah juga akan terus menjadi hamba kepada pemberi hutang sehingga hutang itu dapat diselesaikan.
Paling parah adalah sekalipun orang tersebut telah meninggal dunia dalam keadaan sebegitu, bukan sahaja dia akan menghadapi masalah dengan Allah SWT di dalam kubur mengenai urusan hutang, malah di dunia ini pula hutang tersebut harus diwarisi oleh ahli-ahli keluarganya pula.
Kalau kita bahas mengenai soal menyelesaikan hutang, sebagai contoh hutang membeli rumah, ini merupakan hutang yang berpotensi untuk menjadi satu proses seumur hidup kerana sejujurnya hanya segelintir sahaja yang dapat keluar daripada hutang rumah dan ia fakta yang perlu kita semua mengambil perhatian dan pelajaran.
Mengapa rakyat kita terlalu taksub nak membeli rumah dengan macam macam hutang sehinggakan ada yang sanggup belajar rajin rajin ambil PTPTN dengan dapat kerja beli rumah yang juga guna hutang dan guna kad kredit lagi untuk hutang walaupun jelas kesemua ini riba?
Untuk menjawab soalan ini, kita kena melihat hubungan rakyat dengan hutang berserta riba itu sendiri. Apabila kita melihat semula hubungan rakyat dan hutang yang melibatkan riba dari kaca mata Islam, ini menunjukkan bahawa umat Islam pada hari ini sudah tidak beriman lagi dengan pokok ajaran Islam dan ia juga menunjukkan bahawa umat Islam pada hari ini sudah tidak takut lagi untuk berperang dengan Allah dan Rasul-Nya.
Malah, ramai juga yang sanggup menipu Allah SWT dan Rasul-Nya dengan berselindung di sebalik istilah ‘darurat’ bagi tujuan mengambil hutang yang mengandungi riba padahal hakikatnya bila Allah SWT dan Rasul-Nya berperang dengan mana-mana golongan yang mengamalkan riba, ia amat jelas bahawa tiada istilah darurat yang dapat digunakan untuk menghalalkannya.
Buktinya, masih ada sesetengah orang yang memiliki rumah besar tanpa menggunakan hutang dan riba walau sedikit pun. Malah, ada juga sesetengah orang yang rumahnya kecil atau terpaksa menyewa rumah, keretanya juga bersaiz sederhana tetapi hidupnya tenang tanpa hutang dan riba.
Ini jelas dapat membuktikan bahawa tiada alasan darurat sedikit pun dapat digunakan untuk amalan mengambil apa jenis hutang dan riba tetapi ramai orang kita sanggup menipu Allah dan Rasul-Nya dengan berselindung di sebalik istilah itu.
Fenomena ini menunjukkan bahawa iman umat Islam pada hari ini begitu nipis dan rapuh sekali. Mungkin inilah zaman yang disyaratkan oleh Rasulullah SAW dimana umat Islam itu begitu ramai namun seperti buih-buih di lautan.
Situasi ini amat menyedihkan memandangkan tidak ada kekuatan pada kebanyakan umat Islam kerana tidak berupaya menentang riba dan tunduk serta akur kepada sistem tersebut.
Tambahan pula, kebanyakan rakyat juga telah taksub dengan doktrin, kempen dan propaganda para kapitalis yang mempromosikan gaya hidup masa kini yang diluar kemampuan yang menyebabkan mereka sendiri memilih untuk taksub berhutang semata-mata untuk mengejar gaya kehidupan tersebut.
Ini menjadikan mereka terpaksa berhutang untuk membiayai gaya hidup yang dianggap sebagai gaya hidup yang normal di zaman ini.
Apa nasihat Dato’ kepada setiap masyarakat Malaysia dalam menghadapi setiap situasi sebegitu? Adakah menyewa sambil menambah pendapatan melalui perniagaan merupakan antara solusinya?
Nasihat saya kepada setiap masyarakat Malaysia adalah jauhilah hutang dan riba sama ada dalam bentuk hutang rumah, kereta, PTPTN dan sebagainya. Ini kerana riba adalah merupakan dosa besar yang kedua selepas syirik dan kita sendiri boleh lihat bahawa disebabkan oleh riba, kebanyakan rakyat Malaysia telah menjadi hamba hutang.
Tidak terkecuali ada juga dalam kalangan kakitangan kerajaan dan orang politik sendiri pun yang tersiksa akibat daripada belenggu hutang dan riba.
Itu sebabnya mengapa saya menasihatkan kepada mana-mana parti politik sekalipun supaya sebaik-baiknya menggalakkan rakyat tidak cenderung untuk berhutang dan cari alternatif yang lebih baik seperti mengajar rakyat untuk menyewa atau seumpama dengannya, yang penting tidak mengajar rakyat untuk berhutang.
Ada pelbagai cara untuk kita mengelakkan diri kita daripada terlibat dengan hutang dan Riba. Apa yang paling penting adalah untuk tidak mencari apa pun alasan untuk tidak melawan sistem riba.
Bak kata pepatah Melayu, kalau hendak seribu daya dan kalau tak hendak seribu dalih.
Memang benar ada sebahagian yang akan menyalahkan kerajaan dan ada yang akan menyalahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Rosmah Mansor atas apa yang terjadi. Serta ada juga yang menyalahkan parti politik, saya sendiri tidak menafikan perkara tersebut mungkin benar-benar terjadi.
Namun, kita jangan lupa bahawa penyebab utamanya adalah riba dan yang mengambil hutang riba juga turut sama bersalah kerana menyumbang kepada sistem riba itu untuk terus berkembang. Ini sekaligus menyumbang kepada setiap masalah politik, ekonomi dan sosial yang sedang kita hadapi.
Oleh sebab itu, saya ingin menegaskan bahawa kita wajib melawan sistem riba walau dengan apa cara sekali pun kerana ini adalah merupakan perjuangan yang jelas berkait rapat dengan soal aqidah dan keimanan kita kepada Allah dan Rasul-Nya.
Dalam al-Quran sendiri membuktikan bahawa jika benar kita orang yang beriman, maka tinggalkan segala sisa riba.
Ini jelas membuktikan bahawa orang-orang beriman yang sebenar adalah orang-orang yang meninggalkan apa sahaja amalan riba kerana sudah termaktub dalam al-Quran, bukan hanya sekadar cukup Rukun Islam dan Rukun Iman sahaja.
Ini merupakan solusi yang dapat saya berikan untuk dipraktikan dan dijadikan panduan oleh setiap umat Islam tanpa sebarang alasan pun kerana ia jelas fakta yang tidak boleh disangkal dan dipersoalkan lagi kerana termaktub dalam al-Quran dan merupakan sunnah Rasulullah SAW.
Bagaimanapun, jika masih lagi ada orang yang ingin menafikannya maka bersiap sedialah untuk menanggung akibatnya baik di dunia mahu pun akhirat kelak.
Bila kita bahas mengenai isu ini, ada pengguna kad kredit yang jenis pelanggan tak berguna (deadbeat credit card customer) iaitu jenis bayar setiap bulan tanpa gagal walau apa pun, kesannya tak bayar kadar bunga sedikitpun. Adakah Dato’ mempunyai sifat hormat kepada orang sebegini?
Memang benar bila kita bahas mengenai isu ini termasuklah riba, tidak dinafikan ada pengguna kad kredit jenis no matter what tetap dapat bayar setiap hutang kad kreditnya tanpa gagal dan hasilnya, dia tidak membayar sedikitpun kadar faedah (riba).
Sudah tentu saya amat menghormati sesiapa sahaja yang mampu menyelesaikan hutang mereka, termasuklah orang sebegini kerana ini menunjukkan orang tersebut mempunyai disiplin diri yang cukup tinggi dan ini memang wajar dihormati.
Kita semua sedia maklum bahawa dalam Islam, apa sahaja hutang memang wajib dibayar walau apa pun akan tetapi seperkara lagi yang perlu saya ingatkan kepada umat Islam adalah bukan sekadar menjauhi hutang malah jauhilah sistem kewangan dan perbankan Riba.
Pada zaman Malaysia Madani ini sudah sampai masanya untuk umat Islam membangunkan Sistem Monetari, Perbankan dan Kewangan yang bebas Riba. Dengan hadirnya kripto dan teknologi blockchain perkara itu sudah sewajarnya diusahakan oleh umat Islam dengan kadar yang segera.
Saya juga tidak menafikan bahawa ada alternatif lain yang ditawarkan dalam membina sistem kewangan yang bebas Riba seperti penggunaan emas, perak serta penggunaannya dalam pembinaan pasar serta seumpama dengannya.
Yang saya amat ingin tegaskan ialah apa sahaja alternatif yang dibuat seperti penggunaan kripto, penggunaan emas dan perak serta seumpama dengannya benar-benar membantu dalam membebaskan rakyat daripada setiap belenggu hutang dan riba, maka sebaik-baiknya jangan diabaikan oleh mana-mana pihak terutamanya pihak kerajaan. – HARAKAHDAILY 14/4/2023
INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN
(i) Ini, kerajaan Islam contoh di Malaysia.. Sila teliti!
(ii) K'tan, pembangunan berpaksi Islam. Kekal & tawan S...
(iii) Jom kreatif. K'tan -Tek-C hibrid solar. Turkiye -k...(iv) Indahnya Islam kerana sistem zakat. RM76 juta agih...
8 comments:
Barisan Nasional (BN) menyeru agar semua pemimpin dari pelbagai lapisan masyarakat untuk terus menjaga perpaduan dan keharmonian agar kestabilan politik dapat dijamin.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerusi satu kenyataan berkata, Dewan Tertinggi BN telah sebulat suara bersetuju dan komited untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan.
(C&P)
Super lawak jaga perpaduan dan keharmonian. Setuju pertahan kerajaan perpaduan madani rahmah.
Yang betul betul nak perpaduan, jangan follow kerajaan madani. Semua tu rebut jawatan. Suka juga pintu belakang.
Umno kata jamuan raya semai perpaduan. Iyer ker.
Tapi pasai apa bila seteru politik serba serbi kena dakwa. Bila sekutu macam wak, tidak pulak didakwa.
Peruntukan kerajaan negeri pembangkang dirompak. Peruntukan kerajaan negeri bukan pembangkang tidak dirompak.
Royalti negeri pembangkang dirompak. Royalti negeri bukan pembangkang tidak dirompak.
Peruntukan mp pembangkang dirompak. Peruntukan mp kerajaan tidak dirompak.
Projek negeri pembangkang dibatalkan. Projek negeri kerajaan diteruskan.
Ini bukan perpaduan. Ini komunis.
Nasihat kami kepada PMX, bertaubatlah daripada sesuka hati menggunakan jentera kerajaan demi kepentingan politik yang sempit. Jangan diteruskan budaya politik yang jijik dan terkebelakang seperti ini.
Kami percaya rakyat akan sentiasa memerhati dan menilai sikap PMX yang dilihat hilang prinsip dan sentiasa mengkhianati perjuangan reformasi selama ini.
(C&P)
Genius liar ni, time buat bohong muka selumber jer. Kata orang kampong muka sardin.
Dia kata dia bukan kaldai komunis dapig. Tapi anthoni lok umumkan bantuan sekolah swasta cina sampai 15 juta rm. Menteri pengangkutan.
Berani ker genius liar nak umumkan. Bantuan sekolah cina swasta.
Untuk bantuan maahad tahfiz kosong juta. Mangsa lagi. Tapi genius liar boleh buat muka sardin.
Tindakan kerajaan meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara, ternyata mencetuskan pelbagai pertikaian dan polemik daripada banyak pihak.
Bukan hanya sejumlah peruntukan bantuan yang diberikan kerajaan menjadi isu, bahkan pengumuman dibuat oleh menteri tidak berkaitan juga mencetuskan pelbagai tanda tanya.
Pada masa sama, Mohd Khairul atau lebih dikenali sebagai Buzze Azam turut mempersoalkan, adakah sekolah swasta dan sekolah persendirian bukan Cina layak untuk mendapat bantuan sama daripada kerajaan.
Genius liar ada menteri formula. Juga genius liar. Juga genius robber. Bijak bagi alasan. Tapi logik belum cukup. Masih persepsi dan kosong ibadah.
Tahniah kedah, kelantan dan trengganu. Pimpinan bersih pelabur pun sanjung.
Jangan percaya genius liar. Mulut manis, dalaman bertanduk.
Jangan lupa bangsa melayu pedagang hebat zaman selat melaka. Sebelum dirompak oleh portugis. Sekarang genius liar rompak royalti.
Menteri formula cuba menormalkan jamuan raya undi. Duit kerajaan guna di jamuan kedah, kelantan dan trengganu. Negeri lain guna duit negeri. Caca marba. Pasai pa ada beza.
Nak tunjuk tak da repo dengan negeri pembangkang. Senang nak rompak royalti.
Sekolah tahfiz tak dapat bantuan. Sekolah cina swasta dapat juta juta.
Dulu jutawan melayu kena tibai. Jutawan cina tak diusik.
Formula menteri formula buat muka pandai. Idea ke laut.
Post a Comment