Saturday, June 24, 2023

5,000 kerja kosong di Gua Musang. & Pekerja Indonesia di kehendaki?



Pusat proses kelapa sawit sedia 5,000 peluang pekerjaan

GUA MUSANG: Kedudukan di kawasan hulu yang jauh dari ibu negeri tidak menghalang Gua Musang terus membangun, seiring bandar-bandar lain di Kelantan.

Malah sehingga sekarang muncul banyak pusat pertumbuhan baharu yang merubah wajah lama Gua Musang, antaranya Bandar Baharu Gua Musang, Bandar Utama, Bandar Ciku 3 dan Bandar Lama.

Dan tidak lama lagi bakal muncul pula Bandar Dato’ Bentara Gua Musang yang terletak di Panggung Lalat, laluan ke Tanah Tinggi Lojing dan Cameron Highlands.

Projek itu dilaksanakan secara usahasama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan syarikat Nextgreen Global Berhad (NGGB).

Perasmian projek Pembangunan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Dato’ Bentara Gua Musang serta Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Biojisim Kelapa Sawit tersebut disempurnakan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob hari ini. (Foto atas)

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pemimpin tempatan.

Projek terbabit yang dijangka siap menjelang tahun 2035 mampu menyediakan rumah mampu milik kepada 4,000 keluarga serta perumahan sederhana dan dusun kepada 4,340 penduduk.

Selain itu, sebanyak 5,000 peluang pekerjaan akan dijana melalui pembangunan pusat pengumpulan dan pemprosesan biojisim kelapa sawit, kilang makanan haiwan, kilang baja dan kilang pulpa.

Pegawai Serantau Dun Paloh Azman Ahmad berkata, kewujudan bandar baharu itu secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat setempat.

“Projek tersebut juga membuktikan satu lagi kejayaan kerajaan negeri menyediakan pembangunan tersusun untuk rakyat.

“Bandar Dato’ Bentara dijangka memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada penduduk tempatan memandangkan lokasinya begitu strategik di laluan Gua Musang-Cameron Highlands,” katanya.

Lokasi terbabit juga terletak tidak jauh daripada penempatan Orang Asli di Kuala Betis. – HARAKAHDAILY 18/5/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 5,000 kerja kosong di Gua Musang. & Pekerja Indonesia di kehendaki?

Mengenai, 'pekerja Indonesia di kehendaki', blog ini sedia memberi 'khidmat panduan' untuk pekerja-pekerja Indonesia yang ingin bekerja di Malaysia mengikut peraturan perundangan yang ada di kedua negara tersebut.

Sila hubungi Ibnu Hasyim

014 400 2015

 INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

5 comments:

Anonymous said...

Datuk Seri Ahmad Maslan meminta ahli-ahli UMNO semalam supaya mengundi mana-mana parti lain dalam kerajaan campuran pada Pilihan Raya Negeri (PRN), ia termasuk calon DAP sekalipun.

Kenyataan Ahmad atau dikenali sebagai Mat Maslan yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu secara tak langsung menimbulkan persoalan adakah UMNO mendapat kerusi paling sedikit untuk bertanding pada PRN nanti?

Anonymous said...

Dengar cerita bahwa wakpono murid nuwaqalju telah memberi amaran yg sesiapa ahli umno yg mengkritik dapigs akan samada digantung atau dipecat keahlian dan akan didakwa dimahkamah sekiranya pernah menerima projek dana seperti apa yg berlaku pada satu blogger tu seminggu dua lepas.
siwakpono pun dah selesa dengan jika umno disebut umpigs yg cantik manis berbanding dengan umdap yg kurang manis.
Dan siwakpono pun tak kisah kalau enam negeri umdapigs tak menang satu kerusi pun asal saja dia kekal tpm.

Anonymous said...

dolu dengar ringgit pulih bila nuar jadi pm .. sebab k3rajaan najib sakau duit.. skang nilai ringgit jatuh lagi. adakah kerajaan nuar sekarang juga sakau duit.???

Dolu Cakap bergogar gogar dunio.. jubo ponoh dng taik..


Puiii..


kah kah kah

Anonymous said...

Khabar yang mengatakan dun negeri johor munkin bubar kian bertiup kencang akibat terdapat usaha oleh umdap untuk menukar mb yg merupakan sepupu hishamuddin.
Khabar desas desus menyebut bahwa sekiranya hishamuddin beralih ke pbbm maka besar kemunkinan lah dun johor akan bubar dan munkin beberapa adun2 johor sekarang akan beralih ke parti pbbm.
Di perak pun sudah ada kedengaran yg terdapat beberapa adun2 umno yg akan meninggalkan parti dan menyertai pn yg mana akan mebuka jalan bagi pilihanraya kecil bagi dun2 terbabit.
Dan di pahang pula bergantung kpd kedudukan ds isnail sabri yg mana sekiranya beliau mengambil keputusan menyertai pn maka akan berlaku perletakan jawatan beberapa adun dan ini akan membawa kpd pilihanraya kecil bagi dun2 yg terbabit.

Sekiranya ini berlaku dan phumdap kalah disemua enam negeri prn6n, dan tiga negeri2 perak, pahan & johor beralih kepada ) PN, maka inilah pertama kali kerajaan pusat cuma mengusai satu negeri disemenanjung iaitu melaka, dan dua kerajaan negeri2 Sabah & Sarawak pula hanyalah merupakan rakan bersifat sementara yg berlainan parti yg bukan berada dalam satu gabungan longgar.

Ramai berpendapat yang kerajaan gabungan plural yang dipimpin oleh dap lim kitsiang denga pm bonekanya anwar ibrahim bakal tumbang pada bila2 masa sahaja.

Anonymous said...

Orang melayu adalah pedagang hebat sebelum penjajahan. Jom teruskan legasi ini. Remove rasuah, liberal, lgbt and the culprits.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails