Monday, May 08, 2023

DAP & Projek LRT. Baiknya orang Melayu PTM..

 

Loke berkata, secara prinsip Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih pelaksanaan LRT daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan projek itu dimulakan dengan segera. - Gambar fail

PERMATANG PAUH: Kerajaan Persekutuan secara prinsip mengambil alih pelaksanaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi membolehkan projek itu dimulakan dengan segera, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Beliau berkata, kerajaan Persekutuan akan membiayai projek berkenaan, namun modul dan mekanisme berkaitan pembiayaan perlu dibincang dan diperincikan terlebih dahulu sebelum projek itu dimuktamadkan.
Mengulas lanjut, Loke berkata, kerajaan pusat hanya membiayai projek LRT dan ia tidak melibatkan projek tambak laut.
"Kita akan fokus pembinaan sistem LRT. Satu keputusan prinsip telah diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa Kerajaan Persekutuan bersedia untuk membiayai projek ini... tapi dari segi model pembiayaan, dari segi mekanisme pembiayaan, itu perlu dibincangkan dan diperincikan.
"Sebab ada melalui dana daripada pembangunan ataupun off budget atau cara pembiayaan melalui PTP sebagainya... itu perlu kita perincikan lagi.
"Jadi itu belum kita muktamadkan, yang penting ialah Kerajan Persekutuan secara prinsipnya telah bersetuju untuk melaksanakan projek ini di bawah tanggungjawab Persekutuan," katanya.
Mengulas lanjut, Loke berkata, pihaknya juga mempertimbangkan pembinaan depoh Transit LRT di pulau yang akan ditambak dalam Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) seperti dicadang dalam laporan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow melahirkan rasa gembira dan menyifatkan projek LRT itu sebagai hadiah terbaik Aidilfitri buat rakyat dan negeri Pulau Pinang .
Katanya, rancangan Projek LRT dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ke Bayan Lepas sudah diusahakan sejak 2015 meskipun menerima tekanan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat sendiri.
"Ini adalah hadiah Aidilfitri terbaik untuk rakyat Pulau Pinang selepas sekian lama mengharungi halangan berliku, banyak dugaan termasuk bantahan daripada rakyat dan NGO namun akhirnya semua cabaran dapat diatasi apabila Kerajaan Persekutuan terbuka melihat keperluan kita untuk membangunkan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh pada Sabtu
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kerajaan Persekutuan akan menambah dana kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan segera projek LRT di negeri itu.
Katanya satu pertemuan dengan kerajaan negeri akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan skim pelaksanaan projek terbabit.
2. Kerajaan setuju tambah dana bangunkan projek LRT Pulau Pinang - PM Anwar 
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melambaikan tangan kepada orang ramai pada Rumah Terbuka Malaysia Madani di UiITM Cawangan Pulau Pinang hari ini. - Foto BERNAMA

PERMATANG PAUH: Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk menambah dana kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui skim khas bagi melaksanakan segera projek Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan langkah itu berupaya membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang disifatkannya sebagai keterlaluan, sejak lebih sepuluh tahun yang lalu di negeri itu.
Tambah beliau, pertemuan membabitkan kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri juga akan diadakan seawal minggu hadapan bagi membincangkan secara terperinci berhubung skim bagi pelaksanaan projek terbabit.
"Jemaah Menteri, (termasuk) Menteri Pengangkutan sudah berikan persetujuan secara prinsip, semalam saya ada pertemuan dengan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) dan pegawai Kementerian Kewangan untuk mencari kaedah yang terbaik.
"Dalam tempoh satu dua minggu kita akan ada pertemuan dengan Kerajaan Pulau Pinang untuk kita adakan skim yang benar-benar cukup kerana peruntukan itu agak besar, jadi (ianya adalah) berbentuk pinjaman, dan perlukan campur tangan kerajaan Persekutuan supaya (ia) dapat disegerakan," katanya.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Aidilfitri sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Peringkat Negeri Pulau Pinang bersama Perdana Menteri, di UiTM Permatang Pauh, pada Sabtu.
Tambahnya lagi, pengumuman berkenaan juga dilihat mampu meredakan pelbagai isu atau kontroversi yang terkait dengan kerajaan Pulau Pinang termasuk Projek Tambak Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).
Anwar turut menzahirkan kepercayaan penuh kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow bagi menangani isu yang berbangkit dengan langkah langkah yang diambil dalam memberi kebaikan kepada semua pihak.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP & Projek LRT. Baiknya orang Melayu PTM..
Begitulah baiknya orang Melayu atau Bumiputera di Persekutuan Tanah Melayu (PTM), memberi keutamaan kepada puak keturunan pendatang bangsat di negara sendiri. Beruk di hutan disusukan anak kelaparan ditinggalkan.
Justeru, kembalilah kepada keadilan Islam yang dibawa oleh PAS/PN.

 INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  


Bersambung....

8 comments:

Anonymous said...

(Video) UMNo jangan nak memacam..!!!

'UMNo menumpang kasih sayang DAP@LeeKwanYew",.. kata Mat Hassan..!

"UMNo bukan tuan...macai saje", kata Mat Asan kah kah kah..!!

https://youtu.be/8njcyklsd0I

Kit Siang UMNo kena kuat semola....!!!
Ahlul UMNo skliannn haaah tepokkkkk..!!

Tuan UMNo ialah Lee Kwan Yew di Singapork sanun melalui proksi nya iaitu DAP... Hingat tu..!!

Anonymous said...

Bila gagal bantu petani miskin, penoreh getah, para nelayan dan golongan B40 yang lain, kenapa pula nak salahkan hartawan Melayu... ish..ish.. kerjanya asik tuding jari je, pemimpin apa macam ni?

Anonymous said...

Dahulu selalu guna nama Yusof Qardawi, kemudian selalu sebut2 petik2 nama Erdogan... ish..ish.. binalah kekuatan sendiri, generate idea2 sendiri, tak usahlah guna nama2 besar ni untuk nampak diri tu hebat? Walhal dah lebih 100 hari, apa deliverables pun takde? Yilekkkk!!!

Anonymous said...

Lepas ni beliau ini akan terus disanjung oleh komunis dapig. Kena tanya juga berapa beliau dapat komisyen. Lenyap sudah ingatan pada petani, nelayan, pesawah yang miskin miskin. Beliau tidak lagi berkhidmat untuk bangsa melayu. Berapa banyak royalti ditibai untuk bangunkan pulau pinang.

Anak beliau jadi penasihat ekonomi. Walaupun tewas tidak dikehendaki. Yang korup beliau masih pertahankan. Yang rasuah sex dipertahankan. Masih jadi anggota perpaduan. Yang bermasalah tidak dipecat. Membusuk di balik madani dan rahmah.

Beza dengan pas. Yang bermasalah terus dipecat. Tidak layak memerintah. Menyerlah cahaya keamanan. Sinar untuk tidak berlaku rasuah, tidak berlaku salahlaku sex, tidak berlaku lanun lanun. Sinar untuk petani, nelayan, pesawah.

Anonymous said...

Fakta terkini pinjaman cagar KWSP ....

34,643 layak terima pinjaman peribadi RM722 juta bakal miskin tegar selepas buat pinjaman bercagar wang KWSP

Sebanyak 74,392 permohonan diterima di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) setakat 14 April 2023, dengan 34,643 daripadanya adalah permohonan yang layak dengan jumlah RM722 juta, menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dari Bank yg pernah Zahid jadi Pengerusi Bank semasa ketua pemoda UMNo dolu dolu...

Pergi campur dengan marhaen, jangan duduk di atas sahaja. Jangan buka puasa di hotel sahaja, sekali sekala buka dengan gelandangan.

Puak-puak kayangan ini hidup senang lenang itu tak merasai apa yang mereka di bawah rasai.

Siapa pernah rasa orang datang rumah pukul 12 tengah malam minta duit sebab esok pagi kena bayar yuran anak?

Siapa pernah rasa orang datang rumah minta pinjam duit untuk beli susu anak?

Sebab tidak faham keluar kata-kata keji. Orang nak jalan kaki pun mereka permainkan. Konon boleh masuk Olimpik dan sebagainya.

4% dikenakan semasa buat pinjaman cagar wang KWSP setelah perjanjian pinjaman dibuat bila wang KWSP buat cagaran... 4% bukan 1% bukan , bukan 2% saya ulangggg 4% bunga bank kenakan..!!

Kalau pinjam 50K bila peminjam tak bole bayar Maka wang KWSP sebanyak 50 ribu itu akan diambil oleh pihak Bank bersama bunga 4% akan dikenakan lagi..

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Amir Hamzah Azizan berkata KWSP menjangkakan jumlah permohonan FSA2 akan terus meningkat, lebih-lebih lagi setelah Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan BSN MyRinggit Insan-i pada Sabtu.

Otak menteliti menteri Kewangan PMx cakap tak serupa bikin.. Ini ke menteri Kewangan terbaik Asia...!?

Ada anak-anak yang jarang berjumpa dengan ibu bapa kerana mereka kerja sampai malam. Anak-anak diberi kunci rumah dan terpaksa menguruskan diri sendiri. Makan, mandi, buat homework, ulangkaji dan sebagainya semua buat sendiri

Permohonan 74,392 yang diterima bakal dimiskin kan lagi untuk org Melayu yang dah sedia miskin

Kah..kah.. kah.. Bahana bila otak letak kat jubo..

Saya ulangggg...!!

Anonymous said...

Majlis jamuan hariraya yang guna duit kerajaan kini menjadi medan sembang kari untuk berpolitik? Terang2 salahguna kuasa dan wang rakyat!!! Mana Bershit ni? SHIT betol Bershit ni...

Anonymous said...

Mudah2an Allah subhanahu wata'ala takdirkan Selangor, N9, P.P dapat dikuasai oleh PN, dan tiga lagi Negeri kekal dengan pentadbiran PN.
Dan mudah2an selepas itu Perak dan Pahang beralih ke PN serta Serawak ikut join PN bersama2 dengan Sabah.
Amin ya Rabbil 'Alamien.

Anonymous said...

Adakah melayu mudah lupa. 60 tahun parti kris berlakon. Akhirnya terbongkar kepalsuan.

Kini bmx berjanji lagi. Tidak tergugat kandungan perlembagaan kononnya. Belum apa apa bantuan sekolah swasta cina lulus. Psi lulus. Lrt lulus.

Sedangkan masalah air kelantan tidak dibantu. Sekolah tahfiz tiada kesungguhan. Jangan terpedaya dengan pidato yang kelihatan meyakinkan. Tapi dihakis hak orang melayu. Jahiliah makin diserlahkan.

Jangan korbankan untuk 60 tahun lagi. Enough is enough.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails