Datuk Seri Takiyuddin Hassan
1. Lebih 20 bekas pemimpin, ahli Umno akan sertai PAS
KOTA BHARU: Beberapa nama besar adalah antara lebih 20 bekas pemimpin dan ahli Umno dijangka menyertai PAS tidak lama lagi.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tokoh terbabit termasuk bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.
Katanya, mereka dijangka akan menyertai PAS dalam masa terdekat.
“Tan Sri Annuar ada maklumkan baru-baru ini untuk menyertai PAS. Setakat ini kita menerima banyak permintaan daripada bekas-bekas pemimpin Umno untuk sertai PERIKATAN NASIONAL (PN).
“Mereka boleh menyertai mana-mana parti dalam PN sama ada PAS atau Bersatu yang merupakan parti komponen PN,” katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu, di sini, hari ini.
Pada Sabtu lepas, Annuar memberitahu masih aktif dalam politik biarpun dibuang daripada Umno.
Menurutnya beliau akan lebih aktif selepas ini dengan memilih perjuangan bersama parti ‘berhaluan baik’.
Takiyuddin juga berkata, bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ada memberi maklum balas mengenai tawaran menyertai PN.
“Mereka yang bakal menyertai kita itu sama ada akan diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau sebaliknya ia bergantung pada keadaan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.
Mengenai Muktamar Tahunan PAS ke-69, beliau berkata tidak akan berlaku sebarang perubahan besar saf kepimpinan parti.
Menurutnya, setakat ini kepimpinan yang sedia ada diterima baik dan mereka terbukti mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
“PAS ada pemilihan pimpinan pada muktamar tahun ini. Mesyuarat agung di 197 kawasan di seluruh negara sudah selesai diadakan.
“Cuma di peringkat pusat belum lagi diadakan muktamar dan pemilihan pimpinan kerana ia ditangguh bagi memberi tumpuan menghadapi PRN,” katanya.
Sebelum ini, beliau mengumumkan Muktamar PAS ke-69 yang sepatutnya diadakan 3 hingga 5 Mei ini ditangguh kepada suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Penangguhan itu dilakukan untuk memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri termasuk Kelantan. – HARAKAHDAILY 1/5/2023
2. PN Pulau Pinang sedia tewaskan DAP
Kami berbincang banyak perkara terutamanya mengenai persediaan bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.
Insya-Allah PERIKATAN NASIONAL Pulau Pinang berazam untuk merampas Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada DAP atau PH yang terang lagi bersuluh bersikap diktator dalam banyak perkara merampas hak rakyat untuk kepentingan mereka dan kroni mereka.
Projek-projek gajah putih mega adalah langkah rakus mereka dengan penuh beragenda menjarah tanpa belas kasihan kepada rakyat jelata.
Terbaru Ketua Menteri mengumumkan akan menambak pulau tidak lama lagi. Apa mereka peduli kepada nasib nelayan dan rakyat terhadap bekalan ikan segar berbanding agenda besar itu.
Banyak lagi isu-isu negeri ini yang sangat membimbangkan jika mereka terus berkuasa. Nasib rakyat terus diperjudikan demi agenda besar mereka.
Bagi ahli politik, sudah tentu dapat membaca segala tipu daya, helah dan manipulasi mereka melalui pelbagai projek yang akan dibangunkan bahkan ada yang sudah menjadi tragedi yang merugikan kerajaan dan rakyat Negeri Pulau Pinang.
Kroni diutamakan,
Rakyat jadi taruhan,
Menyalak itu pembangunan,
Pemukiman ikan bakal dilenyapkan.
Ayuh! Selamatkan Pulau Pinang.
USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS
Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 27/4/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Giliran K'jaan Islam pula naik! Bersiaplah!
Perjuangan Islam pasti menang, sama ada di dunia atau di akhirat. Seperti yang pernah berlaku dalam sejarah Islam kepada pejuang Islam Jabal Tariq. Beliau menyeru pengikutnya memilih antara dua kematian, menang atau syahid sewaktu menyeberang Selat Gibraltar, untuk membebaskan negara tesebut.
Sekian.
INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN
wah, sedapnya teh tarik terus dari ladang. jadila ikan seluang yang pandai curi umpan, jangan jadi sotong yang makan umpan.
ReplyDeleteBab bab curi umpan kena tanya dolly. Ini pakar. Umpan kecik umpan besor semua boleh. Umpan madani. Umpan rahmah. SD tak cukup pun boleh tubuh kerajaan. Kerajaan pintu belakang.
ReplyDeleteCukup cukup sudah dengan politik tipu. Politik tibai orang melayu dan Islam. Politik luar tabii. Politik dendam. Politik rakus. Politik reka persepsi.
Jom pilih politik yang bersih dan bebas rasuah. Sudah terbukti. Bukan omong kosong. Bukan politik jamuan raya.