Saturday, May 20, 2023

Halangi rasuah terowong dengan undi PAS/PN. Bagaimana?



1. Kes terowong: Serah laporan forensik perbualan WhatsApp

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan telah menyerahkan laporan forensik perbualan di aplikasi WhatsApp antara dua ahli perniagaan dalam kes rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi bahawa dokumen berkenaan telah diserahkan kepada pihak pembelaan pada 18 April lepas.

“Untuk rekod, pihak pendakwaan telah membuat serahan laporan forensik dan aduan sebagaimana permohonan yang dibuat pihak pembelaan,” katanya semasa sebutan kes itu hari ini.

Peguam Haijan Omar yang mewakili Lim mengesahkan telah menerima dokumen tersebut.

Laporan forensik itu membabitkan perbualan di aplikasi WhatsApp antara ahli perniagaan G. Gnanaraja dan pengarah syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berhubung pemberian ‘Coklat RM2 juta’ yang didakwa telah diberikan kepada Lim sebagai rasuah.

Perkara itu (perbualan di WhatsApp) didedahkan pada perbicaraan sebelum ini melalui keterangan pegawai penyiasat forensik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Penolong Penguasa Wan Mohd Firdaus Wan Yusof.

Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.

Lim yang juga bekas setiausaha agung DAP turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan bersambung 18 Julai ini. – BERNAMA


2. Melayu diingat agar tidak tertipu muslihat DAP


KUALA LUMPUR: Orang Melayu-Islam diingatkan agar tidak tertipu dengan muslihat politik DAP yang hanya mahu memancing kaum ini untuk menjadi alat kepada parti Cauvinis itu.

ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abd Halim al-Hafiz memetik pendedahan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai rancangan DAP mahu menghancurkan kesatuan Melayu dan menguasai negara ini.

Dalam rakaman audio tersebut, Rafizi menyatakan bahawa kerjasama politik dibuat DAP bertujuan merosakkan pemimpin-pemimpin Melayu, namun atas hubungan itu hingga dapat menjadi parti besar.

Jelas Rafizi, perkara tersebut membolehkan DAP mendapat sokongan Melayu, namun setelah itu parti tersebut membuat masalah dengan rakan kerjasamanya dan memaki pemimpin Melayu serta meninggalkan mereka.

Katanya, DAP turut melakukan perkara sama dengan PKR di mana jelas menunjukkan bahawa parti itu hanya berminat menunggang orang Melayu dan bukannya ikhlas dalam kerjasama dijalinkan.

Menurut beliau yang terkenal dengan formula-formula, DAP lebih menyukai MCA kerana dianggap tidak menikam belakang, sebaliknya dengan orang Melayu akan dibuang selepas dipergunakan.

Malah kesali Rafizi, DAP juga pernah ‘meludah’ Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu di mana itu bertujuan untuk mendapat undi orang Melayu sahaja.

Menurut Ustaz Shahril, walaupun DAP menyatakan partinya berbagai-bagai kaum, namun perkara itu tidak boleh menghapus tabii mereka yang cintakan kaum masing-masing. 

“Sehinggakan, mereka menunjukkan sikap melampau menentang syariat Islam yang menjadi hak penganut Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

“DAP menggalakkan penggunaan Bahasa Cina di tempat yang wajib menggunakan Bahasa Kebangsaan mengikut lunas Perlembagaan.

“Mereka mencabar hak istimewa kaum Bumiputera dalam Perlembagaan dan lain-lain,” bidas beliau selaku juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau.

Katanya, DAP mendedahkan strategi politik terbuka mereka yang mahu menguasai negara dengan memancing Melayu menjadi alat sementara waktu dengan pelbagai jawatan yang ditawar atau dikompromikan. 

Iaitu terangnya, sebagai Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri, Datuk Bandar dan lain-lain bagi memancing kuasa untuk sementara waktu hingga menyebabkan ramai orang Melayu memakan pancing tersebut.

“PRN enam negeri nanti (pastikan) tolak PH-BN. Sebab satu undi untuk Umno-BN (adalah) satu undi untuk DAP. Satu undi untuk PAN (adalah) satu undi untuk DAP. Satu undi untuk PKR satu undi untuk DAP.

“Undilah PAS dan Perikatan Nasional, insya-Allah DAP semakin lemah dan PH-BN akan tumbang,” seru beliau.

Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim juga memberikan peringatan sama terutama terhadap Umno yang kini menjalin hubungan mesra dengan DAP agar mewaspadai parti tersebut.

“PAS dah lalui zaman Pakatan Rakyat (PR) dan tahu sangat putar belit DAP. Apa dia yang DAP nak dari PAS masa itu hanya nak undi Melayu. Lepas PRU13 ahli PAS tersentak dan sedar tipu daya DAP. 

“Saya sebahagian dalam kerajaan ketika 2008-2015. Melayu yang terpedaya dengan lakonan Lim Guan Eng-DAP terus keluar parti dan tubuh parti oren.

“Hasil dari DAP berjaya pecahkan PAS melalui beberapa individu tertentu, mereka putuskan hubungan dan keluar PR. BERSATU pula berkawan 22 bulan dalam PH.

“Rakan-rakan dari BERSATU nampak kelaku DAP yang biadab kepada Islam, berpecah dan terus keluar PH. Parti Ultras Melayu kini mangsa seterusnya. PH hanya perlu 10 peratus undi Melayu,” ujarnya memberi nasihat.

Katanya, ternyata tipu daya PH-DAP berjaya mendapat 11 peratus undi Melayu dalam PRU15 lalu dan ditambah pula BN bertaut pada PH-DAP untuk kelangsungan hidup di mana itulah kebetulan yang diharapkan DAP-PH.

“Soalannya mampukah lagi mereka mendapat sokongan Melayu? Namun BN kali ini bukan lagi dominan. Mampukah bertahan lama bersama DAP dengan umpan 3-5 kerusi DUN sahaja untuk bertanding di Pulau Pinang.

“Gelombang hijau beralun-alun, alunnya tinggi di Pulau Jerjak. Marah orang Melayu jangan sampai dibalun, nanti dibalun hingga hilang tiada dapat dijejak.

“Sebagai rakan-rakan yang pernah kita bersama, adalah lebih elok Umno duduk dengan PAS dan Muafakat Nasional serta Perikatan Nasional demi persaudaraan Islam,” seru beliau. – HARAKAHDAILY 5/5/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Halangi rasuah terowong dengan undi PAS/PN. Bagaimana?

Sudah dibuktikan bahawa PAS/PN regu yang tegas memerangi rasuah hingga ke akar umbi. Terkenal Kelantan 'sifar rasuah'. 

Bahkan PMX sendiri terlibat menyelamatkan 'pengkhianat UMNO perasuah' menjadi regunya. Bahkan lagi menjadi 'barua talibarut' DAP dalam menghapuskan kuasa Melayu dan Islam di negara ini.

Alternatifnya, undilah PAS/BN dalam pilihanraya seterusnya.

3 comments:

Anonymous said...

Saya faham. Banyak sangat kecelaruan dalam team PMX. Team media yang turut dicelarukan dengan team komunikasi yang diketuai oleh seorang mantan profesor UKM.

Saya mendapat tahu, betul atau tidak, Wan juga menghadapi tekanan daripada team soldadu cyber PMX, yang melihat Wan seperti “tidak begitu setia” dengan team PH.

Sepanjang seminggu ini saya sempat bertemu dengan beberapa pihak. Antaranya yang berada di tempat yang “tertinggi” negara dan sebagainya.

Nada mereka sama. PMX tidak boleh buat kerja. Cakap sahaja pandai. Retorik beliau nombor satu.

“Saya kenal beliau sangat. Dia pandai cakap sahaja, kerja tak boleh.” Kata tokoh itu, yang tak perlu saya sebut siapa di sini.

Dengar kata akhbar Singapura pun sudah mula kritik PMX. Hairan ya? Juga dikatakan Indonesia pun (sudah) tak berapa selesa dengan beliau. Entahlah?

(C&P)

Anonymous said...

Say no to dap and gang.
Vote not to dap and gang.

undi bn dapat dap.
undi ph dapat dap.

.

Anonymous said...

Beliau ni memang tak pandai buat kerja. Cakap banyak. Apa yang dia tahu pasai pelunjuran ekonomi. Apa yang dia tahu pasai perancangan ekonomi. Yang dia tahu ikut cakap orang. Terutama apa yang dirancang oleh komunis dapig. Rancangan komunis dapig meluaskan jajahan. Rancangan komunis dapig menolak orang melayu mengesot ke luar bandar. Lihat apa jadi kat kampong melayu di pulau pinang. Apa manfaat yang diperoleh oleh orang melayu di situ.

Beliau ni kalau ada rancangan pun selalu gagal. Kalau jadi kerajaan esok harga minyak turun. Kalau dia rancang untuk kebaikan orang melayu, pasti dibantah oleh komunis dapig. Bantahan disokong oleh sperma komunis dapig parti kuali.

Nak hapus ptptn, tak jadi. Nak hapus tol, tak jadi. Nak tangkap kaki rasuah, tak jadi. Nak jadi imam, makmum geli. Retorik jer sama dengan menteri formula.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails