Tuesday, May 16, 2023

Lagi bantah K/Madani: Salahguna kalimah Allah, DAP, LGBT.

 


1. UMMAH bantah tarik balik rayuan guna kalimah Allah

UMMAH mengikuti secara rapat tindakan Kerajaan Madani yang telah menarik balik rayuan keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah. Surat penarikan bertarikh 18 April 2023 adalah dirujuk.

UMMAH dengan ini membantah sekeras-kerasnya tindakan ini.

Ini bermakna bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh mana-mana bukan Islam secara bebas yang dikhuatiri akan mengelirukan umat Islam khususnya generasi anak muda.

UMMAH menzahirkan rasa terkilan dan terkejut dengan keputusan ini, ditambah lagi keputusan yang dibuat secara unilateral ini seolah-olah menjatuhkan kredibiliti pihak-pihak berkepentingan yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal Islam seperti Majlis Raja-Raja Melayu, Majlis Agama Islam negeri-negeri dan pelbagai institusi lain dalam negara ini.

UMMAH turut menggesa agar YB Menteri Agama mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan drastik Kerajaan Madani. Hal ini kerana isu ini adalah isu yang berkait rapat dengan portfolio di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sekiranya tiada penegasan daripada pihak berautoriti, dibimbangi akan ada kelompok yang akan bertindak ekstrem dan boleh mewujudkan perasaan tidak senang, tidak selamat, dan menggugat keharmonian serta kesejahteraan hubungan antara kaum.

UMMAH mendesak supaya pihak berwajib memikirkan semula tindakan ini dan meneruskan proses rayuan seperti sepatutnya.

Sehubungan dengan itu, suatu Sidang Meja Bulat (RTD) akan diadakan oleh pihak UMMAH bersama-sama NGO Islam serta pelbagai pihak lain dalam masa terdekat.

DR. KAMARUZAMAN YUSOFF
Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
Bertarikh: 15 Mei 2023 / 24 Syawal 1444 – HARAKAHDAILY 15/5/2023


2. Kalimah ‘Allah’: Mengapa.. bukan-Muslim DAP gesa dibenarkan guna? 


KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi mengisytiharkan larangan penggunaan kalimah ‘Allah‘ serta tiga perkataan lain untuk digunakan oleh penganut Kristian sebagai tidak berperlembagaan, hakikatnya seperti menikam jantung umat Islam negara ini.

Kes kalimah ‘Allah’ ini beberapa tahun dahulu telahpun diberi keputusan yang amat menjaga sensitiviti agama, ketenteraman awam dan keharmonian kaum. Tetapi keputusan kes hari ini telah memberikan dapatan yang berbeza.

Telah saya tegaskan sebelum ini, Kalimah Allah yang digunakan untuk mengelirukan umat Islam, menggoncang aqidah umat Islam dan digunakan dengan tidak merujuk kepada makna yang sebenar bahkan memberikan kalimah ‘Allah’ pada selain daripada Allah adalah dilarang sama sekali.

Menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak boleh dibenarkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

Mengapa terdapat pihak yang begitu bersungguh-sungguh menuntut hak menggunakan kalimah tersebut, sedangkan majoriti penganut dan tokoh agamawan Kristian sedunia tidak beriktikad demikian? Hanya masyarakat Kristian di Arab sahaja yang menggunakan kalimah Allah kerana uruf kebiasaan mereka di sana.

Begitu juga pemimpin politik bukan-Muslim khususnya dari DAP yang lantang bersuara menggesa ia dibenarkan guna. Malah, ada yang menunjukkan keraian teruja dengan keputusan itu seolah sinikal kepada Muslim.

Inilah yang mengundang rasa curiga dan syak wasangka bahawa tuntutan tersebut mempunyai motif dan tujuan menyeleweng dari pegangan atau amalan keagamaan sebenar. Ia dilihat terbuka untuk menyebabkan salah guna, bukan sahaja oleh mereka yang mahu mencapai matlamat sulit seperti gerakan Evangelis, tetapi juga menimbulkan provokatif dan hasutan di mana berpotensi menjadi punca tindak balas ekstrem.

Sehubungan itu kami menggesa Kerajaan supaya mengambil satu langkah proaktif dalam mempertahankan kesucian kalimah Allah serta akidah umat Islam.

Kerajaan mestilah bertanggungjawab melalui kerangka Siyasah Syar’iyyah dan autoriti yang ada, untuk mengenalpasti serta mengambil tindakan tegas kepada pihak yang cuba memanipulasi penggunaan kalimah Allah dan berniat untuk mengelirukan umat Islam demi kepentingan dakyah mereka.

Seandainya mereka mempunyai sebarang dakyah tersembunyi di sebaliknya, ingatlah amaran kami bahawa ia hanya akan menjemput bahaya. Pemuda PAS menegaskan bahawa kami sendiri akan menggerakkan solidariti bantahan secara terbuka sekiranya wujud rancangan balik tabir yang jahat dan mencipta permusuhan, untuk menggunakan isu ini untuk membawa kerosakan kepada perpaduan bangsa di Malaysia.

Pemuda PAS juga menuntut agar kerajaan membuat rayuan bagi kes tersebut dan tidak sama sekali menarik balik Pekeliling KDN KKDN/S59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986 yang melarang penggunaan empat perkataan eksklusif untuk orang Islam iaitu kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat, untuk dilarang penggunaannya kepada bukan Islam.

Sekalipun Mahkamah Tinggi memutuskan ianya tidak berperlembagaan, Kerajaan boleh memohon penangguhan pelaksanaan (stay of execution) bagi memastikan larangan dalam Pekeliling tersebut dikekalkan. Ini bagi memastikan ianya tidak diambil kesempatan oleh para Evangelis untuk menggerakkan dakyah mereka.

Pemuda PAS mengajak seluruh masyarakat Islam di Malaysia supaya bersatu hati, tanpa mengira bangsa, aliran pemikiran mahupun fahaman politik, untuk sama-sama mempertahankan kesucian Islam, serta menolak cubaan bagi menggugat akidah umat Islam di Malaysia.

Sebarang cubaan untuk merosakkan pemikiran umat Islam adalah suatu perbuatan mencetus ketidakharmonian, dan harus ditentang sehabisnya.

YB SENATOR IR TS HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia


3. PUSPAL wajar bertegas halang artis Barat promo LGBT

DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyarankan agar Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) bertegas dengan kemasukan artis yang terang-terangan mempromosi LGBT daripada membuat persembahan di negara ini. 

Seharusnya kita sedar bahawa agenda normalisasi LGBT dalam negara sentiasa berlaku melalui jarum yang sangat halus. Tindakan yang segera dan tegas pula sangat wajar bagi membendung perkara tersebut daripada terus meracuni pemikiran anak bangsa walaupun secara tidak langsung. 

DUPP menegaskan bahawa PUSPAL perlu bertindak secara aktif dalam hal ini. Sikap keterbukaan yang tiada sempadan serta garis panduan yang khusus dalam membendung kemasukan artis yang mempromosi LGBT hanya menambah masalah sosial anak muda dalam negara.

DUPP telah berulang kali mengingatkan Kerajaan supaya garis panduan terhadap PUSPAL perlu sentiasa ditambah baik termasuklah daripada sudut keanggotaan dan peranan agensi di dalamnya. Peranan agensi agama seperti JAKIM wajar diketengahkan bagi memastikan peranan PUSPAL yang lebih komprehensif. 

Dalam masa yang sama, DUPP menyarankan agar ada satu usaha ke arah penggubalan peruntukan undang-undang yang khusus bagi membentengi negara daripada ancaman LGBT. Ia bagi memastikan negara bebas daripada normalisasi budaya tersebut serta mengekalkan dasar menolak pengaruh budaya LGBT. 

Tambahan lagi, penganjuran sebarang bentuk program yang merosakkan nilai dan jati diri golongan muda dalam negara bertentangan dengan imej ketimuran serta dasar Kebudayaan Kebangsaan yang bertujuan membentuk, mengangkat serta mengekalkan identiti budaya yang diamalkan di Malaysia.

YB UST. DATO’ HAJI AHMAD YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 10/5/2023

3.Kalimah ‘Allah’: Mengapa.. bukan-Muslim DAP gesa dibenarkan guna?

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi bantah K/Madani: Salahguna kalimah Allah, DAP, LGBT.
Kembalilah kepada kebangkitan Islam di Malaysia melalui peti undi. Allahu Akbar.

11 comments:

  1. Filem SI KITOL : THE UNTOLD STORY dari kacamata seorang yg bermasalah. Yg ditarik gelaran datok. Terlibat dengan dadah. Dan punya masalah rumah tangga.

    Sebuah karya yang tak boleh dipercayai. Punya fakta yang diselewengkan. Untold story yang dimurnikan. Untuk menutup salah laku si kitol. Si kitol yang madanikan rasuah. Madanikan en siva. Madanikan trowong. Madanikan lgbt.

    Sebuah karya untuk reform malaysia ke budaya liberal sesat. Reformasi. Membuang nilai murni budaya bangsa melayu dan Islam.

    ReplyDelete
  2. Untold story sama nasib dengan M for Mahathir... Kutipan Pecah punggung

    ReplyDelete
  3. Kes isu kalimah Allah ni kan dibawa oleh pejabat agama?
    Dan rayuan tu dibuat atas titah dua sultan atau lebih?

    nak tanya arahan tarik balik ni dibuat atas arahan sultan ke atau seban pejabat agama lawan titah sultan dengan mengikut arahan pehak lain?

    ReplyDelete
  4. Murid si kitol yang jaga kdn bukan ulamak pun. Apa yang dia tahu pasal kalimah. Dia ikut cakap si kitol. Si kitol pun bukan ada back ground agama yang kuat. Dia liberal. Jadi si kitol berpandukan syarahan dari siang kit anak beranak.

    Yang jadi mangsa ialah orang Islam dan perlembagaan. Untold story about si kitol jelas reformasi yang songsang. Menambahkan lagi kuah pada fahaman liberal si kitol.

    ReplyDelete
  5. NO UMNO NO DAP...!!

    .Orang Melayu' dah sedar semua pemimpin Melayu' UMNo dolu dolu diciptakan untuk jadi barua LeeKwanYew melalui agen nya taikun taikun mata sepet bersama hidden hand MCA / DAP ..

    Sekarang UMNo dah melingkup dan hancur. UMNo Terpaksa tunduk pada komunis DAP.

    Umpan Khairy, Shahril jadi PM petanda DAP tiada calon layak.. DAP dah tak ada calon Melayu' untuk dikudakan ...

    Aljuboori adalah pemimpin Melayu' terakhir DAP kudakan sebagai barua tuannya LeeKwanYew @DAP..

    Baru-baru ini, bekas Ahli Parlimen Bangi dari DAP, Dr Ong Kian Ming mengajak bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, menyertai DAP kerana parti itu tiada calon untuk diangkat menjadi Perdana Menteri (PM).

    Umno pun macam tu. Masuk pakatan hancing sebab dah tewas teruk. Lingkup abiss.. sbb mudah UMNo pemimpin nya hanya acah acah power Melayu' Islamik' sebenarnya.

    Sapa percaya kat sumpah keramat UMNo pasti melingkup kena main, Ahli UMNo tak serik jadi mangsa tipu.

    60 tahun dapat kuasa, hancur orang Melayu dibuatnya sebabnya UMNo bergantung pada Kartel mata sepet bertuankan tetap DAP@LeeKwanYew walaun Kartel mata sepet ini warga nagara ini.

    Sekarang UMNo lagi hancur. UMNo Terpaksa tunduk pada komunis DAP. Terhegeh hegeh menumpang kasih sayang DAP bertuankan Lee Kwan Yew. UMNo Sama sama masuk tong taik najis bersama PKR.

    Lingkup kan barua Al Jubori PRN ini maka barua hapuslah semua barua barua DAP Singapura@LeeKwanYew Dan automatik melingkup juga negara Singapura sana

    ReplyDelete
  6. Bila UMNo melingkup makna kata warisan pemikiran penjajah kolonial British sudah tammat...

    Melayu' tak perlu UMNo lagi.... Warisan British Kolonial secara rasmi sudah tamat

    ReplyDelete
  7. Umno kini dilihat menjadi alat untuk DAP terus berkuasa... kah..kah..kah, syukurlah Pas telah diberikan hidayah untuk bertaubat dan membetulkan arah perjuangannya...

    ReplyDelete
  8. Pas perlukan lebih ramai pemimpin2 seperti MB Kedah dalam memenangi hati rakyat. Terlalu banyak isu2 yang menyebelahi mereka yang boleh dimainkan ketika ini. Gunakan peluang emas ini untuk menang di S'gor, N Sembilan dan P Pinang.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan madani sudahlah jadi perompak. Sekarang cabul perlembagaan, undang undang negeri atau undang undang pertubuhan. Bila perlembagaan, undang undang negeri atau undang undang pertubuhan tidak menyebelahi kerajaan, guna kuasa menteri. Merogol undang undang.

    Tu baru beberapa bulan memerintah. Kata nak benteras rasuah. Badut wak jowo masih lagi ketuai kabinat. Mat gelap siva masih lagi masuk pejabat.

    Sama jer etika nya. Buruk dan membingungkan. Macam bapak larang anak jangan merokok, tapi suruh ke kedai beli roko bapak. Double standard. Anak tak boleh, bapak boleh.

    Lingkop.

    ReplyDelete
  10. Seronok tengok blok2 politik dalam youtube. Semua komen kerajaan skrg gagal membantu hidup rakyat terutama B40. Semua dah tak mau Mr Retorik lagi dan mahukan ia berundur dengan segera!

    ReplyDelete
  11. MEDIA lapor 3,214 Hektar Tanah Rizab Melayu (TRM) Perak sekarang telah dimiliki oleh bukan-Melayu seperti mana yang laporkan oleh Laporan Audit Negara 2019 Siri 2 Negeri Perak.

    Laporan Audit yang sama juga mendedahkan 3,417 TRM adalah milik perseorangan Cina. Rujuk lampiran 1 dan lampiran 5.

    (C&P)

    ReplyDelete