Soalan:
Assalamualaikum Datuk Mufti, saya ingin bertanya, baru-baru ini tular berkenaan kewujudan sesetengah pihak yang menjual duit syiling khas yang boleh digunakan di dobi, funfair dan tempat-tempat lain dengan harga yang begitu murah.
Akan tetapi, jualan sebegini bakal mendatangkan kerugian kepada para pengusaha kedai dobi dan funfair oleh kerana kebiasaannya untuk satu syiling itu, harga yang diletakkan adalah RM1, tetapi ia boleh didapati di pasaran dengan harga serendah RM0.28.
Persoalan saya, bolehkah perbuatan sebegini dilakukan? Adakah ia termasuk dalam satu bentuk sabotaj dan penganiayaan? Mohon pandangan Datuk Mufti. Terima kasih.
Ringkasan Jawapan
Hukum berjual beli syiling khas atau token khas sebegini di laman perniagaan Shopee atau sebarang aplikasi lain dengan tujuan ingin menggunakan khidmat dobi atau sesetengah perkhidmatan dengan harga yang lebih rendah berbanding kebiasaan, maka hukumnya adalah haram. Ini kerana, ia dikira sebagai suatu bentuk penipuan, penganiayaan dan kezaliman terhadap para pengusaha kedai atau pusat perkhidmatan tersebut.
Huraian Jawapan
Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke Hari Akhirat.
Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.” (Surah al-Nisa’: 29)
Pada dasarnya, Allah SWT meletakkan hukum harus ke atas segala bentuk jual beli selagi mana ia dilakukan dengan cara yang benar dan menurut syariat yakni bukan dengan cara menipu, merampas, mencuri atau sebagainya. Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa Allah SWT melarang kita memakan harta dengan cara yang batil[1].
Dobi layan diri merupakan sebuah perniagaan di mana pemilik tidak perlu berada di premis perniagaan untuk menjalankan proses perniagaan. Namun, terdapat juga kedai dobi layan diri yang menyediakan pekerja atau penjaga kedai untuk membantu pelanggan sekiranya mereka memerlukan bantuan semasa proses cucian dan pengeringan.
Pelanggan hanya perlu menggunakan sistem token atau syiling khas untuk memulakan basuhan ataupun pengeringan. Kebiasaannya, masa yang diambil ialah lebih kurang 30 minit untuk cucian dan 30 minit untuk pengeringan. Pelanggan perlu menggunakan mesin penukaran wang untuk menukarkan wang kertas kepada syiling khas atau token. Operasi dobi yang menggunakan syiling terdiri daripada tiga perkara asas iaitu penjagaan, penyelenggaraan dan pengurusan kutipan bayaran[2].
Secara kebiasaannya juga, token atau syiling khas dobi ini ditukar dengan nilai bersamaan RM1 bagi satu syiling. Meskipun begitu, tular baru-baru ini di laman sosial berkenaan kewujudan sesetengah pihak yang didakwa menjual token atau syiling khas berkenaan dengan harga serendah 28 sen sekeping menerusi laman Shopee. Token khas ini dijual dalam pelbagai bentuk dan bentuk seiring dengan jenis mesin dobi layan diri yang tersedia dalam negara. Selain daripada jualan token khas untuk dobi, token atau duit syiling ini juga ada yang boleh digunakan untuk mesin air, pusat hiburan kanak-kanak dan sebagainya.
Rentetan daripada itu, penjualan token dobi harga yang lebih rendah di laman Shopee berbanding jika ia dibeli secara langsung di dobi ini secara tidak langsung bakal memberi kerugian buat pemilik dobi layan diri sekiranya diguna secara meluas oleh pengguna tidak bertanggungjawab. Perbuatan ini dianggap sebagai suatu bentuk penganiayaan, penipuan dan kezaliman terhadap pengusaha kedai. Ini kerana secara realitinya pengguna akan menggunakan token yang dibeli melalui laman Shopee itu di pusat dobi sedangkan pemilik dobi tersebut tidak memperoleh sebarang keuntungan malah mendatangkan kerugian pula.
Agama Islam jelas melarang kita daripada perbuatan sedemikian. Rasulullah SAW bersabda:
وَمَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا
Maksudnya: “Dan sesiapa yang menipu kami, maka dia bukanlah daripada kalangan kami.” Riwayat Muslim (101)
Rasulullah SAW bersabda lagi:
إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى البِرِّ، وَإِنَّ البِرَّ يَهْدِي إِلَى الجَنَّةِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا. وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الفُجُورِ، وَإِنَّ الفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا
Maksudnya: “Sesungguhnya kejujuran akan membimbing pada kebaikan, dan kebaikan itu akan membimbing ke syurga, sesungguhnya jika seseorang yang sentiasa berlaku jujur maka dia akan dicatat sebagai orang yang jujur. Begitu juga sesungguhnya pendustaan akan membawa kepada kejahatan dan sesungguhnya kejahatan itu akan mengiringi ke neraka. Sesungguhnya jika seseorang itu selalu berdusta maka akan dicatat baginya sebagai seorang pendusta.” [Riwayat al-Bukhari (6094) dan Muslim (2607)]
Imam al-Nawawi menukilkan kalam para ulama yang menyatakan bahawa hadis ini merupakan suatu tuntutan dan kewajipan ke atas setiap insan agar bersifat dengan sifat benar dan melaziminya serta larangan daripada berdusta dan juga bersikap mudah-mudah dengannya. Hal ini kerana jika seseorang itu terlalu bermudah-mudah dengan sifat menipu ini, maka lama kelamaan terbiasalah dia[3].
Pun begitu, perkara ini masih lagi dalam kerangka harus selagi mana ia bukan bertujuan untuk menipu atau menganiaya pihak pengusaha. Sekiranya tujuan pembelian token tersebut sekadar niat untuk simpanan, maka hukumnya adalah harus. Dan sekiranya sebaliknya, maka ia adalah haram. Ini berdasarkan kepada kaedah Fiqh yang umum iaitu:
الأمور بمقاصدها
Maksudnya: Setiap perkara bergantung kepada niatnya
Kesimpulannya, mereka yang berjual beli syiling khas atau token khas sebegini di laman perniagaan Shopee atau sebarang aplikasi lain dengan tujuan ingin menggunakan khidmat dobi atau sesetengah perkhidmatan dengan harga yang lebih rendah berbanding kebiasaan, maka hukumnya adalah haram. Hal ini kerana, perbuatan ini dikira sebagai suatu bentuk penipuan, penganiayaan dan kezaliman terhadap para pengusaha kedai atau pusat perkhidmatan tersebut.
Wallahu A‘lam.
Rujukan:
[1] Syamsuddin al-Qurtubi, al-Jami‘ li Ahkam al-Quran, Tahkik: Ahmad al-Burduni & Ibrahim Atfisy, (Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah, cetakan ke-2, 1384H/1964M), 5/152.
الرَّابِعَةُ- اعْلَمْ أَنَّ كُلَّ مُعَاوَضَةٍ تِجَارَةٌ عَلَى أَيِّ وَجْهٍ كَانَ الْعِوَضُ، إِلَّا أَنَّ قَوْلَهُ (بِالْباطِلِ) أَخْرَجَ مِنْهَا كُلَّ عِوَضٍ لَا يَجُوزُ شَرْعًا مِنْ رِبًا أَوْ جَهَالَةٍ أَوْ تَقْدِيرِ عِوَضٍ فَاسِدٍ كَالْخَمْرِ وَالْخِنْزِيرِ وَغَيْرِ ذَلِكَ
[2] Siti Nuraini Abu Bakar, Perniagaan Dobi: Potensi Perniagaan kepada Koperasi, Dimensi KOOP, (t.tp: Institut Koperasi Malaysia, Bil.53, 2017), 62-65.
[3] Yahya bin Syaraf al-Nawawi, al-Minhaj Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, (Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, cetakan ke-2, 1392H), 16/160.
قَالَ الْعُلَمَاءُ هَذَا فِيهِ حَثٌّ عَلَى تَحَرِّي الصِّدْقِ وَهُوَ قَصْدُهُ وَالِاعْتِنَاءِ بِهِ وَعَلَى التَّحْذِيرِ مِنَ الْكَذِبِ وَالتَّسَاهُلِ فِيهِ فَإِنَّهُ إِذَا تَسَاهَلَ فِيهِ كَثُرَ مِنْهُ فَعُرِفَ بِهِ
Tulisan ini diambil daripada kolum Irsyad Al-Fatwa yang disiarkan melalui laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 2 Mei 2023.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tolak, puak buta 'halal-haram' di M'sia..
Siapa puak-puak buta atau tak kenal halal-haram di Malaysia? Mereka adalah puak-puak yang tak tahu agama tetapi sentiasa mengkritik hukum agama Islam yang dibawa oleh Mufti-mufi bertauliah atau ulamak-ulamak Islam.
Puak-puak itu sanggup diperalatkan oleh'barua-barua' anti Islam samada di dalam atau di luar negara. Na'au zubillahi min zalik!
INI MODEL NAGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN
17 comments:
Duit cina wibawa halal atau tidak guna utk pilihanraya utk menang kerusi?
Ha ha ha
Alhamdulillah kata penganut pkr kerana tokey judi sanggup dilantik dalam suruhanjaya pilihanraya dan tokey judi sudi untuk membuka kasino di serawak dengan menu judi rahmah la agaknya
baik sungguh tokey judi dengan ph.
dan sukur sukur sebab ameno sanggup jadi barua baru ph.
sukur sukur sebab agensi amerika mcm IRI dan NED yg dikuasai yehudi masoni yg begitu baik hati telah membiayai parti2 ph sejak sekian lama.
terima kasih la sebab pundewa2 ph yg akrab dengan geng2 tersebut atas dasar iklas sama iklas.
Kena dengan geng liberal jahiliah, jadi kerajaan ikut pintu belakang pun dikira halal.
Lepas tu canang nak hapus rasuah.
Mana yang terima derma, dikata rasuah.
Tu sebab yang beri derma tidak didakwa.
Kerana tafsiran liberal jahiliah ikut kepala hotak dolly jahiliah.
Bila kemaruk nak berkuasa, jahiliahnya bertingkat tingkat.
Dengan sesama Islam bermusuh.
Lebih jahil lagi bersekutu dengan kafirun menyerang Islam.
Sama level zionist kat palestine.
Semakin menyokong bmx, semakin masuk ke zaman jahiliah.
Jahiliah moden.
Sampai jamuan raya jadi alat meraih undi.
Simple jer, tapi jerumus ke jahiliah.
Guna duit kerajaan, bukan duit sendiri.
Ni dapat kuasa, dan salah guna.
Jahil betul.
Macam abu jahal.
PAN tu anak bayi Tabung uji Lee Kwan Yew.. setelah Lee Kwan Yew "pha chu cheng'" sblom mati dikeluarkan sperm untuk disejuk bekukan lalu menetaskan bayi Tabung uji dengan DAP yang diberi nama PAN...
Baka dari Lee Kwan Yew 'pha chu cheng' sebelum mati itu lahirlah pemimpin Syiah, Liberal Dan totok DAP bersarang dirumah Penang Institut yang dulu dikenali dengan IKD ( Institut Kajian Dasar) dipelopori Brother Anwar Bin Ibrahim Maka lahirlah gerakan Pluralisma Agama, LGBT Dan liberalisma Agama. ..
UMNo jangan nak memacam..!!!
'UMNo menumpang kasih sayang DAP@LeeKwanYew",.. kata Mat Hassan..!
"UMNo bukan tuan...macai saje", kata Mat Asan kah kah kah..!!
Kit Siang UMNo kena kuat semola....!!!
Ahlul UMNo skliannn haaah tepokkkkk..!!
Tuan UMNo ialah Lee Kwan Yew di Singapork sanun melalui proksi nya iaitu DAP... Hingat tu..!!
Bila Zahid Dan Mat Asan jadi jurucakap UMNo.. ini lah bahana yang mendapat Link bawah ni haah.. lu fikir lah sindri..!!
https://suaramelayubaru.blogspot.com/2023/01/penentu-kedudukan-kerajaan-ds-anwar.html?m=1
UMNo/BN kena buli atau kena kencing oleh rakan PH..!? Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution Ismail berkata PH dan BN bersetuju parti yang memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan bertanding semula pada pilihan raya akan datang di enam negeri.
Beliau berkata konsensus itu dipersetujui semasa perbincangan awal mengenai peruntukan kerusi oleh PH dan BN untuk pilihan raya negeri.
Di Selangor, Pakatan Harapan (PH) mempunyai 40 kerusi - 19 disandang PKR, DAP (15) dan Amanah (6)..!!
BN mempunyai lima kerusi di Selangor - Semenyih, Sungai Burong, Hulu Bernam, Sungai Panjang, Sungai Air Tawar - semuanya dimenangi Umno.
Sampai mampos lah UMNo / BN kena main lagi nih... Bila nak kontrol percaturan atau kena catur kan..!!? Keretakan dalam gabungan antara Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) itu sudah boleh dilihat apabila sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan Umno Johor menegur beberapa pemimpin DAP dan PKR kerana melontarkan komen yang dianggap sebagai menghina parti UMNo (Melayu) itu.
"Umno Hanya Penumpang, Bukan Tuan Rumah, Tuan rumah sebenar ialah Lee Kwan Yew di Singapura melalui proksi nya Parti DAP", inti kata tersirat dari Tok Mat..
Bila orang (UMNo) dah lemas tong taik pun (UMNo) bole gantung berpaut..mana ada hala tuju. Hala tuju kita(Umno) adalah untuk hidup menumpang kasih sayang LeeKwanYew@DAP..", kata Mat Hasan lagi
Makna kata UMNo sekarang ini hanya kuli dan macai Lee Kwan Yew@DAP dalam PH.. kah kah kah
Haah tepokkkkk..!!!
Cer korang pikiaq. Masa najib pun dah huru hara Malaysia dibuatnya. Billiun duit lesap. Angkara najib dan 1mdb. Lepeh tu nak mintak ampun segera.
Sebelum tu pun atuk dah bikin huru hara. Perwaja rugi. Forex rugi. Port klang rugi. Tapi atuk jadi kaya raya. Mana ada pm zaman moden digelar firaun.
Sekarang zaman wak. Ada 47 kes. Cer korang pikiaq. Boleh ker dia selesaikan isu rasuah. Selesaikan isu perpaduan. Yang bersih macam abang cik pun disingkir oleh wak. Yang ada kes, terus dengan kuasanya.
Wak sangat menggunakan kuasa sebagai ketua parti. Guru legendnya ialah dolly lewat. Muridnya pun dah teruk, guru apa lagi. Ada lagi ilmu teruk yang disimpan oleh guru. Jahiliah. Guru pun sangat pulun kuasa yang ada.
Cer korang pikiaq. Dua kuasa evil yang bergabung. Campur komunis dapig dan spermanya. Apa arah tujunya. Lingkop. Jahanam. Malapetaka terutamanya bumiputera dan Islam.
Jangan gadaikan hak bumiputera dan Islam. Hak bumiputera dan Islam adalah ramuan kestabilan di negara ini. Termaktub dalam perlembagaan. Terusik akta ni, bergoncang politik.
Rakyat kena tolak gagasan rasuah, jahiliah dan komunis dapig serta spermanya. Madani tapi koruptor ada dalam parti. Rahmah tapi halal lanun dan rompak. Jamuan raya guna duit kerajaan, duit royalti yang dirompak.
PARLIMEN TAMBUN BANJIR KUAT PETANG SEMALAM
TAK PENAH YEOP TAMBUN BANJIR DOLU KALA
ASAL PMX KE MANA SAJA PASTI ADA BALA PETAKA
HANYA ORANG YANG BERFIKIR INI PMX PETANDA APA...!?
ASAL PINDAH TEMPAT ADA SAJA BALA BENCANA MENIMPA
HANYA ORANG ADA OTAK INI PETANDA APA YAA
HAAH YEOP N YONG DI TAMBUN PULAK DAH MERASA
PRN JUN 2023 NAK PILIH DAP@LEEKWANYEW JUGAK KER...!?
CUKUP CUKUP LAH YEOP N YONG UDAH UDAH LAH KALI INI
PETAKA BANJIR DI TAMBUN TAK PENAH ADA SEBELOMNYA
MARI KITA LINGKUP KAN SAKI BAKI BARUA BARUA YANG ADA
DEMI ISLAM DAN MELAYU LEBIH BERJAYA AKHIRNYA .
#TAMBUNBANJIRYEOPOOIII
pulok dah. yeop mung baru duduk tambun ke, asal bencana je bala. selalu je banjir kilat kat ipoh tu, ribut pun selalu, agaknya bala banjir kat kelantan, terengganu, pahang tu agaknya sebab apa. tu la mengaji bagi abis dulu, kalau la tiap bencana tu bala agaknya doa orang alim kat situ tak makbul.. ingat dia je terpaling islam. dah tu doa yeop tambun tak makbul sebab apa agaknya. patutnya kalau yeop tambun terpaling soleh allah lebih makbul doa yeop, allah dah bagi nikmat tak banjir kat tambun berapa hari, baru kena banjir sehari dua dah kata bala, patut syukur dengan tahap kepanasan termat sangat kat tempat lain, tambun kena banjir kilat, dengar ceramah allahyarham dato ustaz ismail kamus, bila orang buat kita, jangan ditengok sakit tu tapi tengok kenapa orang sakit hati dekat dia, sebab allah bagi kelebihan dekat dia, tu yang orang sakit hati...
Makan jamuan raya PN klau hasil sakau cina wibawa atau duit rakyat haram atau tidak?
Pehak ICI ada dlm stament beliau mengakui yg agensi zionis amarika itu telah membiayai keewangan parti ph.
ici seperti juga NED adalah dua agensi zionis yg bergerak menakluk negara2 asing dengan menaja individu2 dan ngo2 dan parti 2politik bagi tujuan agenda NWO yg telah lama dirancang dan berjalan dalam plan2 yg pelbagai.
Menurut jurucakap pehak zionis israel bahawa duit yg mereka berikan itu adalah halal kosher dan menerimanya dan menjayakan ageda itu adalah suci dan beroleh pahala menurut tafsiran ajaran Luciferian dan Lucifer memberekati mereka itu.
Copy and Paste.
menteri janawibawa tu umno
Jamuan raya haram bila liberal jahiliah rompak royalti. Hasil rompak guna buat jamuan di 6 negeri. Ada politikal mileage ker. Ngapa tak seluruh semenanjung. Alang alang sangat. Teruskan sampai sabah serawak.
Nanti rakyat puji bmx perihatin pasai jamuan. Currency merudum, takpa. Rakyat susah, janji serakah bmx makbul. Bila dah suka lewat, serba serbi mengantoi. Madani lah. Rahmahlah. Dalil mana bmx pakai. Mungkin dalil komunis dapig.
Amy search kalau konsert berbayar pun biasanya puluhan ribu hadir menonton, disebabkan adanya wak pono dan papa spin makanya cuma hadir ada dalam 2ribu orang yg itu pun sebab hasil dikutip angkut dengan bas dan khabarnya juga ramai pelarian myanmar yg dijanjikan taraf dan rumah.
juga khabarnya hadirin telah diberikan saguhati kehadiran.
Kebimbangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sekiranya Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan selepas ini apabila semua pencuri akan mendapat pengampunan.
Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz menjelaskan parti tersebut kekal dengan pendirian menolak langkah pengampunan kepada bekas Perdana Menteri itu kerana ia bakal memberi contoh tidak baik pada masa depan kerana seseorang yang bersalah mencuri boleh mendapat pengampunan.
(C&P)
Macam bmx kira kira dah suci. Dapat pengampunan. Tapi rakyat tak ampun. Dah sakau duit, gantilah balik. Ampun dapat, duit sakau dapat. Masuk akaun isteri. Ini bukan pemimpin. Ini penyangak besar. Contoh yang tidak baik.
Elok kempen perpaduan.
Sedarkan rakyat bahawa kunun nak Islam sahaja bukan itu ajaran sebenar Islam.
Islam membawa kemajuan, bersih, amanah dan toleransi agama selagi tiada tanda perangi Islam yang jelas.
Bukan seperti yang Pas fitnah tentang bangsa lain. Dan juga bukan seperti negeri pas miskin/kotor/air merah.
Tolak pas pn. Pilih kerajaan perpaduan prn nanti.
Zaman Pakatan Hancing dulu ramai PARIAH2 yg buat2 terkejut melihat kedaifan sekolah2 di Sarawak. Hal ni dah settle ke belum lagi? Tanya je..
Kos sara hidup tinggi, ada yg tinggalkan bayi depan surau, ada yang terjun bangunan dsb! Kerajaan hancing tak berbuat2 apa2 ke? Tanya je...
Post a Comment