Sunday, June 11, 2023

Tukar PH segera! Bawa pelaburan halal, DAP tambak nelayan.

 


1. Tukar K’jaan PH di 3 negeri, bawa pelaburan halal

MENCERMATI laporan berita yang disiarkan oleh The New Strait Times dan dipetik oleh Malaysia kini pada 16 Mei 2023 yang bertajuk ‘Maybank IB: Sports Toto’s earnings may reduce with change of Selangor, Penang, Negeri Sembilan Govt’ dan ‘Pulangan pelaburan Sports Toto merosot jika tukar kerajaan di 3 negeri- Maybank IB’. Ia tidak lain dan tidak bukan memberi amaran bahawa jangkaan dari pulangan jangka panjang Maybank Investment melalui pengendali nombor ramalan iaitu Sport Toto boleh jatuh sebanyak 52 peratus. Perkara ini nampak seperti ianya sesuatu yang negatif kepada pengundi-pengundi di tiga buah negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi seolah-olah ia sesuatu yang buruk bakal berlaku khususnya kaum bukan-Melayu.

Sebaliknya ia adalah berita baik bagi umat Islam dan masyarakat tidak kira bangsa dan agama kerana secara tidak langsung adalah bukti bahawa kerajaan yang sedia ada di tiga buah negeri ini perlu ditukar bagi memberi laluan kepada kerajaan yang baru yang mementingkan kehidupan masyarakat yang baik, harmoni dan mempunyai tatakelola yang menyelamatkan masyarakat dari kesan buruk berjudi.

Dalam Islam, berjudi adalah perbuatan yang diharamkan seperti mana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 90;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(al-Maidah: 90)

Dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, Nabi S.A.W bersabda:

إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَيَّ ، أَوْ حُرِّمَ الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْكُوبَةُ

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atasku, atau diharamkan arak, judi, al-kubah (sejenis permainan yang menggunakan papan, buah dan dadu, juga dikenali sebagai tabal atau nard).”

(Riwayat Abu Daud (3696), Al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (21519), Ahmad (2476) dan Ibn Hibban (5365))

Meskipun judi dianggap sebagai bentuk hiburan bagi sesetengah masyarakat bukan-Islam, ia tidak lari dari risiko dan kesan negatif seperti masalah keberhutangan dan kewangan serta akan terkait isu-isu lain akibat dari budaya berjudi. Hiburan seperti ini boleh dielakkan dan digantikan dengan hiburan sihat yang lain. Masyarakat bukan-Islam juga tidak boleh memarahi umat Islam di negara ini kerana ini adalah kewajipan agama yang perlu dipatuhi sama seperti ibadah dan larangan lain dalam Islam. Jika seluruh masyarakat faham akan tanggungjawab masing-masing maka tidak akan menjadi masalah jika PERIKATAN NASIONAL memenangi Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri nanti.

Sebagai Institusi kewangan yang dihormati di Malaysia, Maybank Investment perlu memandang serius terhadap andaian yang mereka keluarkan. Seharusnya sudah sampai masanya mereka meneroka dan meluaskan skop pelaburan mereka kepada yang patuh Syariah yang mana akan menaikkan pengantaraan berasaskan nilai (Value Based intermediation – VBI). Tidak perlu menakut-nakutkan masyarakat dengan unjuran politik mereka dek kerana 52 peratus pelaburan mereka yang terkait perniagaan nombor ramalan bakal merosot, dan mereka perlu memikirkan cara mendidik masyarakat mengikut acuan tatakelola yang baik disamping mengoptimumkan urusan pelaburan mereka. Sesungguhnya Islam tidak menolak peningkatan dalam perniagaan dan pelaburan, malah sangat melindungi pihak-pihak yang terlibat.

Rakyat dan pengundi di tiga negeri yang diperintah oleh Pakatan Harapan sudah boleh menanam azam untuk melakukan perubahan demi memastikan anak bangsa dan negara kita bakal diperintah oleh golongan yang taat kepada agama serta memikirkan mengenai masa depan generasi selepas ini. Ia juga boleh dikatakan sebagai melunaskan tanggungjawab agama dengan memilih PERIKATAN NASIONAL yang diakui oleh rakan dan lawan. Usah lagi bersekongkol dengan pihak-pihak yang mementingkan keuntungan tanpa mengira larangan dan tegahan dari Allah S.W.T.

Pemuda PAS Selangor menyeru agar Institusi-Institusi kewangan terus memacu pembangunan negara dengan melakukan aktiviti yang membina masyarakat serta menyelamatkan mereka dari perkara yang ditegah agama Islam sebagai agama Persekutuan di Malaysia ini. Masyarakat juga diingatkan agar terus yakin dengan pengalaman memerintah dan pentadbiran yang baik, beramanah yang telah dibuktikan oleh PERIKATAN NASIONAL di negeri-negeri serta pengalaman kerajaan pusat sebelum ini.

Semoga Allah S.W.T menjauhkan kita daripada segala perkara yang ditegah oleh-Nya dan menjadikan kita daripada orang yang bersungguh-sungguh melakukan ketaatan kepada-Nya. Amin.

ABU UMAIR JAMALUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 18/5/2023  


2. Siapa penyakau yang mundurkan tiga negeri Melayu? 

VETERAN DAP, Lim Kit Siang sebagaimana biasa dan seperti kebanyakan pimpinan lain parti itu, sentiasa menjadikan PAS dan negeri-negeri diterajui Parti Islam ini sebagai sasaran.

Tidak cukup dengan sindiran dan perlekehkan yang meremehkan serta merendah-rendahkan, adakalanya diserang secara semberono dengan perspektif berat sebelah, keliru dan songsang.

Minggu lalu, Kit Siang kembali panas dan koyak apabila agenda Penyatuan Ummah disambut Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melalui Proklamasi Orang Melayu diusahakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bertambah melenting apabila Tuan Guru masih mengulangi kenyataan bahawa kalangan bukan-Islam dan bukan-Melayu paling besar dan banyak penyakaunya, serta paling ramai kaya-raya penyumbang dan penerima rasuah.

Walhal, Presiden PAS itu sudahpun melalui proses siasatan oleh pihak Polis, malah kenyataan tersebut terbukti dengan data dari jurnal penyelidikan universiti yang tular setelah itu.

Lalu dengan bebalnya, Kit Siang menempelak Kelantan, Terengganu, dan Kedah sebagai tiga negeri dengan kadar pembangunan paling perlahan di Malaysia dalam tiga dekad yang lepas sejak 1991.

“Adakah perkara ini terjadi kerana negeri-negeri ini ditipu oleh perompak yang ‘memberi dan menerima rasuah’?” soal beliau dengan mengemukakan bahawa negeri-negeri tersebut berada pada KDNK tercorot setakat tahun 2020.

Tidak pasti Kit Siang yang telahpun mengumumkan persaraannya buat-buat lupa atau mabuk bahawa sebahagian besar masa lalu negeri-negeri tersebut khususnya Terengganu dan Kedah berada di bawah pentadbiran Umno-BN.

Umno-BN yang pernah berkuasa lebih 60 tahun dan menjadi sasaran keras DAP selama itu untuk dijatuhkan, serta dilempar palit dengan pelbagai kenyataan celupar dan cabul seperti ‘perompak, penyamun dan kleptokrat’.

Tetapi kini menjadi rakan yang mewangi dan dipuji puja serta bersih suci kerana bersama menerajui kuasa Persekutuan dan di beberapa negeri dalam Kerajaan Perpaduan?

DAP sendiri hakikatnya memiliki jawapan untuk Terengganu dan Kedah itu mundur, melainkan sengaja buta pekak tuli setelah menemui ‘persamaan’ Umno-DAP dalam Kerajaan PH-BN ketika ini.

Uncle Lim,

‘Kelantan mundur’ itu telah diratib menjadi propaganda politik Umno-BN sejak sekian lama khususnya dari tahun 1990 apabila Angkatan Perpaduan Ummah (PAS-S46) berjaya menerajui negeri ini.

Anda juga mengetahuinya, bahkan sebelum itu pernah membela Kelantan kerana pengisytiharan Darurat yang dibuat ke atas negeri ini tahun 1977 merupakan satu campur tangan dan tekanan politik.

Malah, anda juga ketika DAP bersama PAS dalam GERAK, BA dan PR dahulu, sangat mengetahui bahawa negeri ini dipinggir dan diabaikan serta dianaktirikan pemerintah Umno-BN di Persekutuan.

Selain sebagai orang lama berada dalam Dewan Rakyat, anda pasti menyaksikan banyak perbahasan mengenai Kelantan dan pembangunan wilayah tidak seimbang menjadi punca semua momokan itu.

Sejak 1990 itu, bukan sahaja kelulusan-kelulusan projek pembangunan dan infrastruktur sepatutnya diadakan di negeri ini ditangguhkan, malah juga dibatalkan dan sudahnya mereka sendiri menjelik ‘Kelantan mundur’.

Lucu kan? Tapi kini, anda pula dengan bebas dan celupar mengejek dan mengeji negeri ini dengan ungkapan serupa pernah dimainkan Umno-BN untuk kami dipandang kolot, bodoh dan tidak tahu mentadbir?

Uncle Lim,

Anda sendiri pasti tahu bahawa Kelantan dan Terengganu adalah antara empat negeri selain Sarawak dan Sabah yang menjadi penyumbang besar pendapatan negara menerusi petroleum.

Tetapi sehingga ke hari ini, janji royalti pernah ditandatangani termasuk hasil berkaitannya tidak tertunai dengan baik hinggakan semua negeri tersebut masih mengemukakan tuntutan-tuntutan.

Untuk makluman, Kelantan sendiri hanya menerima kurang 2 peratus daripada jumlah sepatutnya diperolehi berdasarkan perjanjian, tetapi dihadapkan dengan pelbagai alasan oleh Kerajaan Persekutuan.

Ini belum termasuk hasil-hasil pertanian yang menjadi sumber penting makanan rakyat Malaysia datangnya dari lebihan sara diri (SSL) Kelantan dan Terengganu memenuhi keperluan di negeri lain.

Kedah pula selaku Jelapang Padi Malaysia terus menyumbang sebahagian besar beras yang menjadi ruji rakyat, termasuk membekalkan air mentah untuk Pulau Pinang dengan memelihara kelestarian aliran Sungai Muda.

Nah, inilah pemilikan dan ‘kuasa’ yang ada pada negeri anda katakan mundur itu, tetapi mereka tidak sombong untuk berkongsi dan berkorban dengan seluruh Persekutuan ini, demi kepentingan bersama.

Uncle Lim,

Ungkapan berbaur penghinaan anda hamburkan kepada negeri-negeri tersebut tidak meruntuhkan atau menyebabkan ke belakangnya semua kesungguhan yang sedang dibangunkan di bawah pentadbiran PAS ketika ini.

Biarkan anda terus seperti ‘katak di bawah tempurung’ yang buat-buat tidak tahu akan kebangkitan negeri kami, tetapi gagal melihat negeri diperintah sendiri umpama ‘kokok berderai-derai, ekor penuh tahi’.

Hakikatnya, di sebalik pemunduran yang dipaksakan ke atas negeri-negeri kami, negeri dikuasai dan negeri-negeri cuba dikuasai anda menerima kemajuan antaranya dari peranan para penyakau dan perasuah.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor ada mengupas serta mendedahkan percaturan muslihat tersebut yang disebutnya ‘grand designed’ mewujudkan ‘The Greater Klang Valley’ dan ‘The Greater Penang’.

‘The Greater Klang Valley’ melibatkan Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan untuk dijadikan pusat pertumbuhan yang akan membawa pelbagai limpahan di negeri-negeri tersebut.

Manakala ‘The Greater Penang’, semua prospek pembangunan dan rancangan masa depan serta kebijakan dibawa untuk menjadi pusat pertumbuhan yang akan membawa limpahan ke seluruh kawasan Utara.

Uncle Lim,

Akuilah, bahawa pertumbuhan ekonomi dan pencapaian KDNK Pulau Pinang yang diperintah DAP ketika ini adalah disumbangkan daripada negeri-negeri Utara lain khususnya Kedah.

Kerana segalanya terpaksa melalui lapangan terbang dan pelabuhan di Pulau Pinang; di mana adakah sebab itulah juga melalui Kerajaan Madani, usaha Kedah membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tidak diberikan pertimbangan?

Dengan dolak-dalih termasuk oleh Menteri Pengangkutan yang juga dari DAP, entah bagaimana pula nasib Pelabuhan Yan yang telahpun diisytiharkan sebagai Pelabuhan Persekutuan sebelum ini?

Sebagaimana perangai dengki, khianat dan sabotaj Umno-BN, tidak mustahil di bawah kuasa yang kamu ada akan cuba juga memundurkan perancangan dan usaha hebat telah diadakan itu.

Begitu juga jika Pulau Pinang yang maju dibandingkan dengan Kelantan kamu kata mundur itu di mana masing-masing menunjukkan indikasi pencapaian dan integriti pentadbiran. 

Berpandukan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 diterbitkan September 2022 yakni yang paling terkini, pendapatan Kelantan adalah sebanyak RM773.48 juta berbanding Pulau Pinang cuma RM692.24 juta.

Kelantan berbelanja RM725.87 juta, sekali gus memiliki lebihan (surplus) yang merupakan untuk tahun keenam berturut-turut, berbanding belanja Pulau Pinang RM836.48 juta iaitu mencatat defisit untuk beberapa tahun berturutan.

Menariknya, di sebalik penyata Kelantan lebih baik itu, kedengaran kecurigaan di pihak-pihak tertentu, adakah penyata Pulau Pinang itu wujud ‘muslihat’ berlakunya ‘smart accounting’?.

Di mana mungkin sebahagian hasil negeri atau keuntungan telah dimasukkan atau diagihkan melalui syarikat atau sub-kontraktor tertentu menjadi perolehan kaya-raya untuk mereka?

Uncle Lim,

Terserah kepada pihak berkuasa lebih berautoriti untuk menyiasatnya, namun syak dan keraguan tersebut antara boleh dijadikan jawapan ditanya anda mengenai kemunduran serta peranan dan siapa penyakau tersebut.

Sebagai ingatan untuk anda, Kelantan sudah lebih 30 tahun merekodkan pencapaian bersih pemerintahan Kerajaan Negeri sifar rasuah, Pulau Pinang pula bingit seketika dengan skandal rasuah ‘coklat’ terowong dasar laut dan banglo dari hanya baru beberapa penggal.

Bahkan laporan semasa menunjukkan rasuah dalam penjawat awam meningkat di Pulau Pinang dan Selangor, di mana bolehkah kita meneka, ia tidak akan berlaku di peringkat bawah jika di atas tidak melakukannya? 

Kami juga buktikan kesejahteraan hidup rakyat sebagaimana Indeks Kebahagian pernah dikeluarkan sebelum ini, sedangkan Pulau Pinang mengusir rakyatnya sendiri dengan menaikkan pembangunan super mewah.

Malah, kadar jenayah di Kelantan tidak seteruk rekod di Pulau Pinang, itupun terdapat banyak masalah moral melibatkan pelacuran, peminuman arak, pengambilan dadah dan lain-lain tidak direkodkan di pulau itu.

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 19/5/2023


3. PSI: Selagi ada hayat, projek tetap dibantah – nelayan 
Ibrahim Che Rose berucap dalam himpunan aman nelayan membantah projek tambak laut di Unit Nelayan Sungai Batu, Balik Pulau semalam.

BALIK PULAU: Lebih 4,000 peserta perhimpunan aman membantah projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) di Unit Nelayan Sungai Batu menyeru kerajaan negeri mendengar suara hati nelayan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang, Ibrahim Che Rose berkata meskipun baru-baru ini kerajaan negeri memutuskan menambak satu pulau daripada cadangan asal tiga pulau, namun bantahan tetap diteruskan sehingga PSI berjaya dibatalkan.

Katanya, nelayan bukan sahaja menolak projek PSI yang dirancangkan di Permatang Damar Laut malah menolak sebarang projek tambakan di seluruh Pulau Pinang yang menjejaskan punca pendapatan dan sumber laut.

“Saya berharap kerajaan negeri pandang kami, supaya menolak pembangunan pulau ini. Begitu juga dengan perdana menteri kita yang datang pada 2019 menyatakan akan membantu nelayan. Hari ini dia telah bawa keluar permit (kelulusan EIA) untuk kerajaan negeri membuat pulau ini. Kita tetap membantah!

“Selagi ada hayat selagi itulah kita membantah projek ini!” ucapnya yang turut menyeru nelayan meneruskan bantahan di Parlimen nanti.

Berpengalaman sebagai nelayan selama 40 tahun, Ibrahim berkata pendapatan sebagai nelayan cukup lumayan telah menarik minat generasi muda untuk turut menyertai pekerjaan sebagai nelayan. 

Anak muda yang bekerja sebagai nelayan turut terkesan dengan projek tambak laut.

“Mengapa kerajaan negeri tidak nampak? Mengapa PM10 tak nampak? Saya berharaplah PM kita ini sedar diri, muhasabah diri, tolonglah nelayan yang terdiri daripada pelbagai masyarakat tidak kira Melayu Cina dan India.

“Inilah mereka, inilah pengundi yang akan memilih kerajaan pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berucap dalam himpunan bantah projek PSI pada Ahad yang dihadiri para nelayan, penduduk tempatan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Berkata kepada pemberita, Ibrahim mewakili 6,000 nelayan di Pulau Pinang akan menyerahkan memorandum bantahan projek PSI kepada Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memohon agar baginda dapat melihat nasib nelayan di sini. – HARAKAHDAILY 15/5/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tukar PH segera! Bawa pelaburan halal, DAP tambak nelayan.

Tunggu apa lagi, begitu jahatnya politik DAP dan kuncu-kuncunya, kembalilah memilih politik Islam yang diredhai Allah di dunia hingga ke akhirat.

Manfaatkan undi anda kerana Allah SWT. untuk manusia sejagat.

Allahu Akbar!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

11 comments:

Anonymous said...

Khas untuk 3.5 jota ahlul walaun UMNo Mesia sklian...

Ini Amanat mauttt utk ahlul marhean UMNo.. Amanat ini bukan untuk ahlul kayangan UMNo

Siapa yang dapat memastikan sama ada ahli-ahli UMNO bersedia untuk mengundi calon-calon DAP yang bakal bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan pada enam pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Gambaran sebenar tentang sikap ahli-ahli UMNO yang dikatakan berjumlah 3.5 juta orang hanya akan diketahui setelah kajian dibuat selepas selesai PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta semua ahli UMNO mentaati arahan parti termasuk dari segi mengundi calon-calon Pakatan Harapan (PH) yang menjadi sekutu dalam Kerajaan Perpaduan.

Ada mata tengok
Ada hidung bau
Ada Otak fikir
Ada telo goyang ke tak goyang

Kalau tak goyang sila undi PN


Kikikiki

Anonymous said...

30 tahun kelantan kena sakau dengan atok. Royalti tukar jadi ihsan. Untuk memurnikan sakau.

Menyakau jadi tradisi BN. Sambung oleh Pak Lah, Ajib. Sekarang si kitol sakau lagi. Tambah dua negeri. Trengganu dan Kedah. Atas nama madani.

Nama madani tapi tabiat melanun. Sama jer ihsan dan madani. Dua dua menyakau.

Cukuplah. Jangan lanjutkan tradisi sakau. Jangan lanjutkan tradisi lanun. Jangan lanjutkan tradisi rasuah.

Jangan ditambah dengan liberal. Jangan ditambah dengan lgbt. Jangan ditambah dengan lelaki hidung belang.

Jom kita berpolitik bersih. Hanya dengan PAS.

Anonymous said...

Hari hari parti kris sakau hasil mahsul negara masuk poket pimpinan. Hari hari selama 60 tahun. Slogan keramat membela nasib orang melayu. Rupa rupanya slogan puaka.

Tiba tiba hanya beberapa hari selepas pru 15, parti kris keluar dengan slogan yang sama. Membela nasib orang melayu.

Puakanya bertambah bila minta orang melayu menyokong komunis dapig selepas jadi ahli pakatan hancing. Puakanya bertambah bila no anwar no dap, jadi sokong anwar sokong dap.

Mbx terkenal karektor suci, tetapi hidung belang. Trowong menerowong. Kuat sakau juga. Sakau hasil mahsul negeri minyak. Sakau jutawan melayu. Sakau duit derma. Sakau peruntukan.

Sama jer karektor parti kris dengan bmx.

Jom sokong yang tak sakau. Sokong yang karetor bersih. Jom sokong pas.

Anonymous said...

Hari2 kerja ph adalah tipu.
dah dna penipu agaknya geng ni sebab gaya tipu pu dah terang2 dan berdepan tampa ada sedikit pun rasa malu. Munkin dah kehilangan kemaluan kot makanya sudak tidak berkemaluan lagi dan terus menerus menipu.

Anonymous said...

Dulu iraq kuat masa saddam hussein. Amerika bawak cerita saddam diktator. Saddam buat loji nuklier. Rakyat bangkit. Percaya kat amerika. Percaya kat orang kafir. Yang buat fitnah.

Bila saddam kena gantung, iraq makin teruk. Ekonomi tak pulih. Minyak disakau oleh amerika. Rakyat baru tahu mereka terpecaya kepada musuh Islam. Mereka ditipu oleh amerika. Terpaksa ngaku andainya Saddam masih hidup.

Libya pun punya cerita yang sama. Kuat masa muammar gaddafi. Bila terbunuh muammar, libya terus dirundung malapetaka. Terpaksa ngaku andainya Muammar masih hidup.

Strategi amerika mudah. Gulingkan saddam. Gulingkan muammar.

Kat malaysia, strategi nya sama. Gulingkan Islamik politician. Fitnah tghh. Fitnah pimpinan pas. Sapa punya kerja. Oleh parti yang terkenal dengan budaya rasuah. Terkenal dengan budaya politik wang. Terkenal dengan budaya beli undi.

Oleh parti yang mengembangkan liberal. Oleh parti yang sokong lgbt. Oleh parti yang tibai orang melayu dan Islam.

Juga parti yang anti Islam. Parti yang kuat fahaman komunis. Yang cetus Islamofobia.

Jangan menyesal seperti rakyat Iraq. Jangan menyesal seperti rakyat Libya. Jangan mudah percaya kepada musuh Islam. Lebih baik percaya politician Islam banding percaya musuh politician Islam.

Anonymous said...

dekat facebook dah ada orang becerita soal samada sianwaq, bini dan anak2 dia ada bank account kat israel, ada duit banyak dan siap bagi number2 account lagi,
juka betul ni memang dah terlampau parah tu.

Anonymous said...

ingatkan johor, pahang dan perak jer terdapat adun umno akan berhijrah kepada pn dan pas, rupa²nya melaka pun tak mahu ketinggalan sehinggakan si-wakpono terpaksa bergegas berlutut ber-"sembah sunkem" pada adun² umno yg dikhabarkan sudah bersiap untuk berangkat ke terengganu berjumpa presiden pas,
dengar khabar juga dah tercirit birit dah menteri phumdapigs dan umno nanti akan mengecil dan akan sekadar menjadi parti pameran saja lah macam parti prm.
mca dan mic pun katanya dah mendekati bersatu mengintai peluang berteduh dibawah lembayung pn.

Anonymous said...

Jom sucikan malaysia dari politik rasuah. 60 tahun diperintah oleh parti yang rasuah sudah jadi budaya. Rasuah sudah jadi gaya hidup. Siapa yang tidak rasuah, dikatakan tidak pandai perintah.

Itu yang dilabelkan kepada pas. Pas tidak amal rasuah. Tiada rasuah dalam politik pas. Maka dikatakan pas tidak pandai perintah.

PMx lantik yang ada 47 kes sebagai pembantu. Rasuah sedang dinormalisasikan. Rasuah terus jadi gaya hidup di masa akan datang. Tiada usaha menyingkirkan perasuah dari jawatan.

Mat sabun pula sedang normalkan komunis. Sedang menyuntik falsafah komunis adalah pejuang kemerdekaan malaysia. Sedang membiakkan syiah yang ketara sesat. Sedang mendakwahkan jahiliah.

Beban baru buat rakyat. Liberal sedang dinormalkan. Lgbt sedang dinormalkan. Jemput pengamal lgbt buat konsert. Usaha juga untuk normalkan budaya komunis. Parti rasuah berkerjasama dengan dengan pmx.

Jom sokong pas. Tiada rasuah dalam pas. Tiada komunis dalam pas. Tiada lgbt dalam pas. Tiada ajaran liberal dalam pas. Tiada perasuah menjawat jawatan dalam pas. Jom sucikan politik malaysia. Sokong pas, sokong pemulihan politik.

Anonymous said...

8 daripada 10 ahli UMNO diramal tak sokong DAP

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, ramalan itu berdasarkan permusuhan antara UMNO-DAP yang sudah berlarutan sekian lama sebelum kedua-dua parti menjadi sekutu di bawah Kerajaan Perpaduan.

Namun di peringkat bawahan (akar umbi) mungkin akan wujud protes sebab permusuhan kedua-dua parti ini sudah berlaku terlalu lama selain kita belum nampak kecenderungan pengundi UMNO untuk bergerak bersama DAP

Menurutnya, hanya sekitar satu atau dua pengundi daripada 10 pengundi UMNO di satu-satu kawasan dijangka memangkah calon DAP pada PRN nanti.

Anonymous said...

Permusuhan tidak terangkat. Kecuali wak jowo. Sebab agenda peribadi. Habis disingkir yang tolak dap.

Jom tolak wak jowo dalam pru akan datang. Suruh dia balik ke pulau jowo. Waris banyak di sana. Kat sini tiada waris. Tu yang rosakkan kris.

Anonymous said...

Dah pernah jd kerajaan x33 bln tiada apa yg raayat dpt PM sakau duit lagi adalah.. Dikenakan PKP... Suruh rayaat berkurung dlm rumah nka cari mkn pun susah.. Wujudkna jana wibawa...bknya nak tolong kontraktor bumiputra.. Rupa nya sakau duit raayat masuk dlm akaun party.. Ini yg dikatakan bersih..... Kami tak takan percaya dgn katakata mainan ini... Mereka nka menang hanya untuk nak menyelamatkan puak2 paklebai yg akan didakwa tak lama lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails