Friday, May 19, 2023

Wahai Nelayan kenangkan Tuhan.. Ini..

 


1. Korek muara bantu nelayan keluar menangkap ikan  
Mohd Adanan Hassan

KOTA BHARU: Kesukaran kira-kira 100 nelayan untuk keluar ke laut bagi menangkap ikan disebabkan muara cetek turut mendapat perhatian wakil rakyat.

Adun Kelaboran, Mohd Adanan Hassan berkata, bagi pelan jangka pendek kerajaan negeri akan berusaha mengorek pasir yang menyukarkan nelayan ke laut mencari rezeki.

Bagaimanapun katanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan dicadang mendapatkan peruntukan bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala kedalaman muara tersebut.

“Kerja-kerja penyelenggaraan sungai perlu dilaksanakan secara berterusan terutama selepas banjir melanda.

“Cadangan nelayan untuk bina benteng pemecah ombak itu perlu kelulusan kerajaan pusat kerana ia memerlukan peruntukan yang besar,” katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini Harakahdaily melaporkan kira-kira 100 nelayan di Pulau Timun, Pulau Suri, Pulau Che Soh dan Pulau Tongkang sukar keluar ke laut kerana muara cetek.

Adanan juga berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai dana yang besar untuk membina benteng pemecah ombak sebagaimana dicadangkan nelayan.

“Oleh itu kerajaan pusat dicadang menyenaraikan projek tersebut dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi mengatasi masalah yang dihadapi nelayan sejak lima tahun lepas,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/5/2023 


2. Muara sungai cetek sukar nelayan cari rezeki 


TUMPAT: Muara sungai cetek dan berlumpur menyukarkan kira-kira 100 nelayan di beberapa kampung untuk keluar ke laut bagi mencari rezeki.

Masalah itu dihadapi nelayan di Pulau Timun, Pulau Suri, Pulau Che Soh dan Pulau Tongkang yang berlaku sejak lima tahun lepas.

Seorang nelayan Mohd Asri Abdullah, 49,,dari Kampung Pantai Suri berkata, masalah tersebut berlaku sejak lima tahun lalu dan terus berulang selepas musim tengkujuh.

Katanya, pasir yang dibawa ombak kuat pada musim tengkujuh menyebabkan muara menjadi cetek ketika musim kemarau.

“Kami mencadangkan kerajaan membina benteng penahan ombak bagi menghalang kemasukan pasir secara berterusan setiap kali musim tengkujuh sehingga menjejaskan kedalaman sungai.

“Ombak besar pada musim tengkujuh membawa sekali pasir ke muara sungai. Pada pandangan kami kalau ada benteng pemecah ombak, pasir yang dibawa ombak tidak lagi mendap di muka kuala,” katanya ketika ditemui di sini.

Aziz Ismail, 57, (foto bawah) dari Kampung Kuala Besar memberitahu kuala yang terletak di Kampung Pulau Nik Mat merupakan laluan utama penduduk dan nelayan untuk ke Tumpat.

Menurutnya kuala tersebut hanya boleh dilalui ketika air pasang menggunakan fiber kecil bagi mengurangkan risiko terlanggar beting pasir.

“Tetapi musim kemarau sekarang tidak boleh lalu langsung. Kami meminta kerajaan bina benteng pemecah ombak bagi mengelakkan pasir masuk ke kuala sungai,” ujarnya.

Katanya juga buat sementara waktu nelayan terpaksa menggunakan laluan jauh sehingga tiga jam untuk sampai ke laut melalui Pulau Beluru, Pulau Renjuna, Pulau Dollah dan Kuala Besar. – HARAKAHDAILY 17/5/2023 

3. Hibur Hibur Sikit

Nelayan oleh Orkes El-Suraya.



OST Sumpah Wanita 1960 - Ikan Kekek



Q-Genz 巧千金] Ikan Kekek -- 小小美人鱼 (Official MV)




Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wahai Nelayan kenangkan Tuhan.. Ini..

Nasyid Nelayan yang dipersembahkan oleh Orkes El-Suraya di atas ini antaranya menyebutkan:

"Wahai nelayan di tengah lautan, siang berpanas malam berembun, wahai nelayan kenangkan Tuhan, siang dan malam mohonkan ampun."

Bagaimana sebenarnya untuk memohon keampunan Tuhan dan mensyukuri nikmat Nya? Sokonglah perjuangan untuk menegakkan kerajaan Islam di negara ini. Undilah PN dalam PRU di Malaysia.

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..

Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN  



Bersambung..

11 comments:

  1. UMNo sedia pertahan isu kalimah Allah

    Peerghh..!!

    "UMNo bukan tuan rumah. UMNo tumpang kasih sayang DAP@ LeeKwanYew saja", kata Mat Asan

    Makna kata UMNo macai DAP tuan beso Lee Kwan Yew .!! UMNO membawa dasar mempertahankan dan memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu serta Islam mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, manakala DAP membawa dasar kesamarataan kaum dan agama atau ‘Malaysian Malaysia’... Celah mana adanya persamaan UMNo/DAP.!?

    Fiyyooo..!! UMNo Ketua Penerangan UMNO, Azalina Othman Said berkata, UMNO akan kekal terus berjuang menegak dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan... Peerghh..!!

    Macam Tun rupanya acah acah power Melayu' Islamik' akhirnya serah Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew sambil gentel telo ajer..!!

    Apakah mintri UMNo ni sekadar acah acah power pertahan kalimat Allah sambil gentel telo ooopsss silap..bijik kelentit...!!?

    #itumintriadabijikaa?

    Kikikiki..

    ReplyDelete
  2. .Awas agenda Pluralisma sedang berkembang bila Brother Anwar Bin Ibrahim diangkat PMx

    Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) telah mengeluarkan kembali kenyataannya yang bertarikh 21 Februari 2021 bersama Liga Ulama Islam dan Liga Arab Maghreb ketika mengadakan persidangan yang bertajuk The Position of the Islamic Ummah on the Abrahamic Religion yang merumuskan bahawa Abraham Religion adalah satu ancaman terhadap akidah umat Islam.

    Penggunaan kalimah Allah salah satu bunga bunga rencana kecil Pluralisma Agama di Malaysia tak sampai 3 bulan setelah dinobatkan sebagai PMX... AWAS..!!

    Lagi pelik sepatutnya biar diperingkat Mahkamah Persekutuan yang menentukan isu kalimah Allah. PMx pulak yang terhegeh hegeh nak tentukan isu kalimah Allah.. Apa motif PMx...!?

    tanggal 16 Februari lalu UAE secara rasminya telah membuka Abraham Family House, iaitu satu komplek yang mengandungi sebuah masjid, gereja dan synagogue di Pulau Saadiyat, Abu Dhabi, UAE.

    Akhbar utama negara haram Israel, The Jerusalem Post dalam ulasannya begitu bangga dengan perkembangan tersebut.

    KUIS dalam kenyatannya menyeru para cendekiawan Islam, penuntut ilmu dan pendakwah untuk menunaikan kewajipan mereka terhadap agama Islam dalam menghadapi cabaran bid’ah yang sesat di zaman ini.

    Syeikh Dr. Ahmed Al Tayeb, Abraham Religion adalah satu ancaman dan muslihat besar yang boleh menyesatkan akidah umat Islam. Agama baharu ini perlu ditolak dan diperjelaskan bahayanya kepada umum di samping bertujuan untuk memanipulasi umat Islam supaya menerima keberadaan zionis Yahudi.

    UMNo bole buat apa ... Sekadar jadi macai DAP bertuankan Lee Kwan Yew...

    ReplyDelete
  3. Rocky de Vibrator says: Burung camar hinggap dijejari sorang nelayan sedang bermimpi... (Kembara) Ikan dan camar lebih mengerti, tragedi hidop kami, dari mereka yang berjanji DENGAN KATA BAK PUISI... laut ngeri dibulan Disem,ber ada kala nya lebih simpati, kerna mengambil diri dan melimpahkan rezki, serentak pada hidop kami .. (Harmoni)

    ReplyDelete
  4. Penggunaan kalimah Allah salah satu bunga bunga rencana kecil Pluralisma Agama di Malaysia tak sampai 3 bulan setelah dinobatkan sebagai PMX... AWAS..!!

    Lagi pelik sepatutnya biar diperingkat Mahkamah Persekutuan yang menentukan isu kalimah Allah. PMx pulak yang terhegeh hegeh nak tentukan isu kalimah Allah.. Apa motif PMx...!?

    ReplyDelete
  5. Kenapa PMx sangat tergesa gesa Dan terhegeh hegeh dalam isu kalimah Allah..!?

    Kan lebih helok Mahkamah Persekutuan jalankan tanggungjawabnya. Kes kalimah Allah: "Kerajaan tak patut tarik balik, biar mahkamah putuskan mengikut undang-undang", kata Hassan Karim MP dari PKR

    Jelas, ini membuktikan perdana menteri seorang yang cuai, yang tidak meneliti keputusan mahkamah...

    Apa motif kerajaan PMx..!?

    Apakah kena sondol dengan sekutu DAP..!?

    Atau Kena sondol dengan kaum Pluralist kah.?

    Atau kena sondol dengan puak LGBT kah..?

    Atau kena sondol dengan puak Gay kah..?

    Atau kena sondol dengan CIA, NAD, KAF Dan USA kah..?

    Atau kena sondol dengan puak Avanglista DAP dalam PH kah...?

    Atau No sondol No undi..!?

    Kikikiki..

    UMNo sedia pertahan isu kalimah Allah.

    Peerghh..!! Dasatttt..


















    Puiiiii....!!!

    ReplyDelete
  6. Amanah khadam DAP nampaknya terus berdiam diri dalam isu kalimah Allah?

    ReplyDelete
  7. Ramai nama2 besar dahulu dari parti Umno dikatakan akan menyertai parti PN. Maka tinggallah pemimpin2 yang berjiwa ikan bilis dalam parti tersebut yang kini hanya berfungsi menjadi pengampu DAP sahaja? Ini pandangan awam sahaja...

    ReplyDelete
  8. Punyalah takutnya wartawan tua terkenal tu dengan PMX? Sehingga kini lansung tak berbunyi? Kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  9. Menteri2 pakatan hancing dikatakan gunakan kemudahan kerajaan utk berkempen utk parti? Apa komen BERSHIT? Terus menikus? SHIT betul geng2 tu!!!

    ReplyDelete
  10. Apa pasal Hj Hadi asik disiasat polis saja sejak akhir2 ini? Apakah negara sudah berubah menjadi pemerintahan ala komunis? Tanya je...

    ReplyDelete
  11. Akar umbi UMNO akan menilai Anwar dan hubungan BN/PH melalui keputusan pengampunan Najib.

    Keputusan pengampunan Bossku harus dipandang dari sudut yang luas merangkumi isu Jho Low yang Masih bebas lepas kaya raya sambil terbahak bahak tepok tangan tiada sekor pun yang berani menangkan Jho Low.

    Angkara perbuatan Jho Low dan kaum mata sepet sedang tepok tangan tengok berapa bodoh bangang nya semua pemimpin Melayu' bercakaran da berbunuhan sesama sendiri.

    Apakah lagi dua ekor monyet laki bini ini iaitu Taufik Ayman dan Zety betul betul depan lubang hidung penguasa sampai sekarang la sung tak ambil tindakan Mahkamah...

    AWAS ini punca kenapa UMNo dan walaun yang bersama barua DAP yang bertuankan Lee Kwan Yew perlu dilingkupkan PRN June 2023 ini nanti

    Tungguuuu

    ReplyDelete