Thursday, June 08, 2023

Abad Turkiye’ kini bermula, M'sia abad Islam mendekat..

 


1. ‘Abad Turkiye’ kini bermula, kata Presiden Erdogan 

ANKARA: Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata kini bermulanya ‘Abad Turkiye’ yang akan terus merintis kebangkitan negara ini.

“Turkiye memasuki era baharu selepas pegundian berakhir dan keputusan diumumkan,” katanya dalam ucapan selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden Turkiye.

Turkiye mengadakan pilihan raya penentu pada 28 Mei untuk pemilihan presiden selepas tiada calon memperoleh lebih 50 peratus undi yang diperlukan untuk kemenangan pada pusingan pertama pada 14 Mei.

Erdogan memenangi dengan 52.18 peratus undian menewaskan pencabarnya Kemal Kilicdaroglu yang mendapat 47.82 peratus, menurut keputusan rasmi.

Terdahulu, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) Erdogan dan sekutunya turut memenangi majoriti  kerusi parlimen.

“Saya berharap misi yang mulia ini akan membawa kebaikan kepada negara saya yang telah saya abadikan hidup saya untuk berbakti kepada negara dan rakyat.

“Saya harap kita tidak akan mengecewakan negara dan rakyat kita yang tercinta yang telah memberikan kepercayaan mereka kepada saya, parti dan perikatan kita,” kata Erdogan.

Beliau berkata sebagai presiden yang dilantik semula beliau sama sekali tidak akan melupakan limpahan sokongan yang diberikan oleh rakyat Turkiye.

“Kami akan mendakap semua 85 juta rakyat (di negara ini), tanpa mengira pandangan politik, asal usul, atau mazhab mereka,” ikrar Erdogan.

Presiden menambah bahawa beliau tidak akan melupakan limpahan sokongan yang dirasainya di Turkiye dan wilayah sekitarnya pada 28 Mei.

Erdogan juga berikrar untuk berkhidmat dan mencurahkan segala baktinya sepanjang tempoh lima tahun akan datang sebagai tanda penghargaan kepada Turkiye.

Majlis angkat sumpah itu turut dihadiri oleh pegawai kanan kerajaan, termasuk 50 ketua negara, 13 perdana menteri, pegawai parlimen dan peringkat menteri dan wakil pertubuhan antarabangsa, termasuk NATO, Pertubuhan Negara-negara Turki, dan Pertubuhan Kerjasama Islam.

Antara yang hadir ialah Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Presiden Republik Turkiye Utara Cyprus Ersin Tatar, Presiden Venezuela Nicolas Maduro, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan. – BERNAMA-ANADOLU


2. Isyarat jelas rakyat Selangor mulai tolak kerajaan PKR-DAP 

FOTO: J KEMALA

TANJONG KARANG: Lautan manusia memenuhi tapak Kompleks PAS Selangor (KOMPAS) dan kawasan sekitarnya malam tadi, sebagai isyarat menggambarkan kebangkitan rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN)

Ia juga memperlihatkan gelombang hijau terus marak di Selangor untuk membolehkan rakyat negeri itu beralih kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) selepas dikuasai PKR dan DAP sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Ceramah perdana sempena Jelajah PN di kawasan lapang KOMPAS mula dibanjiri orang ramai seawal jam 6 petang dan semakin sesak selepas jam 8 malam.

Kehadiran Pengarah Pilihan Raya PN yang juga Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhamad Sanusi Md Nor disambut dengan laungan takbir. Manakala kehadiran bekas pimpinan Umno yang juga Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kassim dan bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar mendapat tepukan gemuruh.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi; Pengerusi PN Selangor, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali; pimpinan Bersatu, Gerakan dan PAS Selangor.

Pelbagai lapisan masyarakat dan pelbagai kaum memenuhi setiap ruang tapak KOMPAS menjadikan kawasan tersebut sesak dengan orang ramai sejak Maghrib.

Ceramah dimula dengan bacaan doa oleh Ketua Penerangan PAS Selangor, Nushi Mahfodz Mohamed.

Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang memulakan ceramah mengajak orang ramai menghidupkan lampu telefon bimbit sebagai tanda menolak Kerajaan PH-BN. – HARAKAHDAILY 5/6/2023  


3.PRN: Peralihan kuasa di Pulau Pinang tidak mustahil 


PERMATANG PAUH: Kebangkitan rakyat mampu menjadikan peralihan kuasa daripada DAP-Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) sebagai sebagai sesuatu yang boleh berlaku pada PRN nanti termasuk di Pulau Pinang.

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad berkata, perkara tersebut yang didakwa mustahil berlaku kerana terdapat ramai pengundi bukan-Islam, hakikatnya telah berubah dengan perkembangan politik mutakhir ini.

Ahli Parlimen Bagan Serai itu menjelaskan, para pengundi dalam kalangan bukan-Islam telah semakin musykil dengan PH yang dirasakan mereka telah berbohong kerana berpakat dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Terang beliau terhadap situasi tersebut, sebelum ini para pengundi memberi sokongan kepada PH kerana mahu menolak Umno yang didakwa terlibat dengan isu-isu rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

“Orang Cina pun fikir. Orang Cina ni pantang dia orang tipu. Orang Cina dia tak suka, dia tak hendak apabila pemimpin bersikap untuk menipu mereka. Dan banyak isu-isu di Pulau Pinang dan isu tatakelola,” ungkapnya.

Datuk Ustaz Idris berucap pada Himpunan PN BEST Peringkat Pulau Pinang merangkap Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri yang berlangsung di Kubang Semang, di sini malam tadi.

Menurut beliau masyarakat kaum Cina juga kesal dengan isu pencemaran hingga menjejaskan sumber air untuk keperluan harian mereka, lebih-lebih lagi yang cintakan pemeliharaan alam sekitar.

Manakala ahli-ahli Umno pula katanya, sebelum ini menolak sikap DAP dan PH terhadap parti itu mulai merasa tidak senang dengan tindakan parti mereka bersama DAP-PH termasuk diarah mengundi DAP.

Jelas beliau, mereka merasa tertipu dan protes mulai berlaku kerana selama ini DAP-PH bukan sahaja memburuk-burukkan Umno, malah sehingga kini membayangkan tidak memberi laluan kepada parti itu bertanding di negeri ini.

“Umno bukan takat gigit jari, gigit siku, tak apa biar pemimpin mereka. Tapi pengikut-pengikut mereka yang kita tahu. Yang ikhlas dalam perjuangan. Kita tahu hat bawah-bawah ni ikhlas dalam perjuangan. Mereka tak ada kepentingan apa.

“Yang terdiri dari kalangan tokoh-tokoh awal, dari kalangan orang-orang tua lama. Mereka bersama-sama dengan Umno dengan harapan Umno itu menjadi payung kepada orang Melayu. Sekarang sudah tidak ada.

“Bayangkan ketika Umno mengatakan ‘Kami tolak DAP, kami tolak Anwar Ibrahim, kami tolak PH’ dia dapat 30 kerusi. (Sekarang ) Dia (DAP-PH) block (halang) kerusi Umno,” ujarnya mengajak renungan.

Tambah beliau lagi, akar umbi Umno juga memberi reaksi tidak dapat menerima fitnah keterlaluan dilakukan PH terhadap PAS terutamanya seperti isu tuduhan terima dana judi dan ekstremisme. – HARAKAHDAILY 4/6/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Abad Turkiye’ kini bermula, M'sia abad Islam mendekat..

(i) Ya, dunia akan kembali kepada Islam. “Turkiye memasuki era baharu selepas pegundian berakhir dan keputusan diumumkan,” kata Erdogen.

Antara yang hadir dalam majlis itu ialah Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, Presiden Republik Turkiye Utara Cyprus Ersin Tatar, Presiden Venezuela Nicolas Maduro, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dan Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan. 

(ii) Sedangkan di Selangor Malaysia, Rakyat Selangor kini meletak harapan besar kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) selepas mereka berada di bawah kerajaan PKR-DAP sejak 2008.

Timbalan Pengerusi PN Selangor Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, “Gelombang yang dicetus PN akan menatijahkan kita ada kemampuan untuk menawan Selangor.

“Ini adalah titik pertama Gelombang Negeri Selangor untuk terus kita membuat perubahan pada PRN kali ini,” katanya pada ceramah Jelajah Selangor Baharu di KOMPAS, Tanjong Karang malam tadi.

(iii) Di Pulau Pinang, kebangkitan rakyat mampu menjadikan peralihan kuasa daripada DAP-Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) sebagai sebagai sesuatu yang boleh berlaku pada PRN nanti. 

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad berkata, perkara tersebut yang didakwa mustahil berlaku kerana terdapat ramai pengundi bukan-Islam, hakikatnya telah berubah dengan perkembangan politik mutakhir ini.

(iv) Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, termasuk 'barua-barua'nya yang ada di negara kita. 

Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

11 comments:

  1. Pemfitnah2 yang memfitnah Pas dirasuah RM90 juta tak mahu ke minta maaf?

    Amat malang kalau kuat ibadat tapi tak mahu minta maaf! Minta maaf je pon, bukan susah sangat?

    ReplyDelete
  2. Jom sokong pas.
    Kalau sokong pakatan hancing, rasuah tak selesai.
    Presiden pun ada kes. Susah nak pecat orang bawah yang ada kes.
    Boleh pulak bawak masuk xmb yang dipecat sebab rasuah.
    Konon nak kuatkan parti. Nak kuatkan aktiviti rasuah.
    Presiden dapat sokongan padu dari group rasuah.

    Kalau sokong pas, rasuah boleh distopkan.
    Sebab dalam pas, yang bermasalah segera dipecat.
    Pimpinan always yang kristal clear.

    Bmx pulak kaki temberang. Kuat berbohong.
    Hari ni jadi kerajaan, esok harga minyak turun.
    Hari ni jadi pm, esok menteri kewangan orang lain.
    Hari ni jadi kerajaan, pas akan diharamkan.
    Hari ni jadi kerajaan, nilai ringgit naik.
    Bm retorik.
    Bmx temberang.
    Bmx kaki bohong.
    Bmx reformasi luar tabii.

    ReplyDelete
  3. Bmx ni luar tabii.
    Lain dijanji, lain dibuat.
    Ini akibat ego tinggi.
    Bersangka dirinya terbaik.
    Tergila gilakan jawatan kepala menteri.
    Akhirnya rakyat dihidangkan dengan pembohongan.
    Sampai filem pun diboxofficekan.
    Kerja ahli fitnah zunnar.
    Kartonist jijik.
    Dari planet pluto.

    Macam mana masalah orang melayu nak selesai.
    Bila yang leadnya bermasalah.
    Ada yang banduan.
    Ada yang kaki lewat.
    Ada yang kaki temberang.
    Ada yang kaki boros, naik helikopter, naik jet sewa.
    Ada yang kaki rasuah.
    Ada yang kaki gubal duit haram.
    Ada yang kaki jual harta negara negeri, komisyen masuk poket.
    Ada yang bagi jawatan kat kroni.
    Politik saka.
    Dari kris ke parti keparatkan rakyat.
    Perpaduan.
    Madani.

    ReplyDelete
  4. Tun madey kata bahwa dia masih hidup adalah rahmat.

    Nak tanya sikit jer nih, tak nak ker menteri haprak nak klaim yg Tun Madey masih hidup tu sebab umur menu rahmah?

    Tanya ajer jangan marah yer.

    ReplyDelete
  5. Jom pakat pakat sokong pas.
    Kalau kata pas tak pandai perintah, itu fitnah.
    Kalau kata pas politik kampong, ramai usahawan berjaya bersama pas.
    Kalau kata pas jumud, ramai cendekiawan bersama pas.
    Kalau kata pas miskin, ramai jutawan Islam bersama pas.
    Kalau kata pas keputusan dana, ramai osman affan di dalam pas.
    Kalau kata pas tidak cekap, ramai profesional jadi ahli pas.

    Pas tidak mengiklankan diri.
    Pas tidak membangunkan rasuah.
    Pas tidak membangunkan jahiliah.
    Pas menyelesaikan rasuah.
    Pas ikut hukum politik Islam.
    Pas tidak menzalimi seteru politik.
    Pas tidak amalkan politik dendam.
    Pas utamakan pembangunan fitrah.
    Pas utamakan pembangunan material halal.

    ReplyDelete
  6. Bila nak tangkap dan heret Tun Mahathir Mohamad ke mahkamah.. Tun Dr Mahathir Mohamad jika didapati bersalah akan dipenjara 20 tahun ...Kah kah kah..

    Sepandai pandai jadi barua DAP@LeeKwanYew akhirnya sesama sendiri berbunuhan sesama sendiri... Akhirnya hanya sekor Jho Low jadi pemenang... Barua barua DAP@LeeKwanYew berbunuhan... Pada orang Melayu' ini lah iktibar dan pengajaran bila seronok terkinja kinja jadi barua barua kaum mata sepet..!!

    Polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Mahathir bersabit kes penghinaan institusi diraja.

    Polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Dr Mahathir Mohamad berkait dakwaan menghina institusi raja.

    Barua vs Barua DAP@LeeKwanYew makin hottt, makin panassss dan makin mengelegakkk..!!

    Kasi tepokkkkk satu kalii...!!! Angkara sekor Jho Low semua Melayu' berantakan berbunuhan PRU 14 dahulu. Jho Low sampai sekarang lepas be as kaya raya sambil ketawa dengan kaumnya tengok barua barua Melayu' DAP@ LeeKwanYew berbunuhan sesama sendiri..!!

    Akhirnya Jho Low yang Menang.. Sekor Jho Low sedang ketawa tepok tangan smbil terbahak bahak guling guling macam babi bersama kaum mata sepetnya di Malaysia Dan tuan besar mata sepet di Singapura... Kikiki

    Haaahh tepokkkkk...!!

    Zety Dan Taufik Ayman serta Nik Faisal pun boleh tumpang tepok tangan.... Barua DAP@ LeeKwanYew ini juga akhir nya berantakan dan berbunuhan sesama sendiri..

    haah tepokkk lagi..!!

    kah kah kah

    Setiausaha Polis, Noorsiah Saaduddin, berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara minggu depan selaras peruntukan undang-undang.

    Saya ulangggg...!!

    Sepandai pandai jadi barua DAP@LeeKwanYew akhirnya sesama sendiri berbunuhan sesama sendiri... Akhirnya hanya sekor Jho Low jadi pemenang... Barua barua DAP@LeeKwanYew berbunuhan... Pada orang Melayu' ini lah iktibar dan pengajaran bila seronok terkinja kinja jadi barua barua kaum mata sepet..!!

    Maka mulai Jun 2023 ini wahai Melayu sekelian...

    June 2023 ini maka kesemua saki baki barua DAP@LeeKwanYew yang masih ada mesti dilingkupkan kesemuanya secara total..!!

    #lingkupkanbaruaDAP@leekwanyew

    ReplyDelete
  7. Mencari Negeri Kedah Lama.

    Tidak mustahil Pakatan Harapan akan tumbang di Pulau Pinang...

    Kebangkitan rakyat mampu menjadikan peralihan kuasa daripada DAP-Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) sebagai sebagai sesuatu yang boleh berlaku pada PRN nanti termasuk di Pulau Pinang.

    Perkara tersebut yang didakwa tidak mustahil berlaku kerana terdapat ramai pengundi bukan-Islam, hakikatnya telah berubah dengan perkembangan politik mutakhir ini.

    Para pengundi dalam kalangan bukan-Islam telah semakin musykil dengan PH yang dirasakan mereka telah berbohong kerana berpakat dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  8. Jom sokong pas.
    Kalau sokong pakatan hancing, rasuah tak selesai.
    Presiden pun ada kes. Susah nak pecat orang bawah yang ada kes.
    Boleh pulak bawak masuk xmb yang dipecat sebab rasuah.
    Konon nak kuatkan parti. Nak kuatkan aktiviti rasuah.
    Presiden dapat sokongan padu dari group rasuah.

    Kalau sokong pas, rasuah boleh distopkan.
    Sebab dalam pas, yang bermasalah segera dipecat.
    Pimpinan always yang kristal clear.

    Bmx pulak kaki temberang. Kuat berbohong.
    Hari ni jadi kerajaan, esok harga minyak turun.
    Hari ni jadi pm, esok menteri kewangan orang lain.
    Hari ni jadi kerajaan, pas akan diharamkan.
    Hari ni jadi kerajaan, nilai ringgit naik.
    Bm retorik.
    Bmx temberang.
    Bmx kaki bohong.
    Bmx reformasi luar tabii.

    yang bohong presiden pas. cuba tanya kes memali ngaku tak dia punca solat dua imam. eh ko idup ke time tu. lepas tu yang cakap boleh bohong sebab maslahat tu sapa kalau tak presiden pas. cuba tanya dia kenapa judi naik jadi 22 cabutan dia sebagai presiden takde tegur, last sekali cuba tanya kenapa dia tak boleh menziarahi tanah haram, tempat semua orang islam nak pergi, tak hina ke, kat dunia lagi dah tuhan tunjuk..

    ReplyDelete
  9. Dalam internet ada banyak gambar ada sorang tu konon atas nama ugama islam telah membawa lari anak pompuan orang ke siam, pastu kawin.
    Buleh buat cerita tu mesti femes lagi sensasi kisah tu, lagi la kalau ada adegan xxxxx semasa dalam waktu melarikan diri tu macam selalu ada dalam filem2 barat dan tamil menurut peminat filem2 dari dua sumber tersebut.
    Tak salah aku mengikut banyak laman2 web si jantan tu nama dia "anwaq" dan si pompuan gatal nak berlaki sampai ikut lari tu nama dia "jijah"..

    Macam kebetulan pulak nama yang berdua tu sama macam yang jadi pm sekarang dan bini dia.

    Entah ler, aku cuma baca saja dah banyak ada kat laman2 web.
    Ada pencerahan saper2 boleh bagi tolong ler bercerita sikit pada aku dan mereka yang ingin tahu serba sedikit tentang kisah tu.
    Bukan aper, cuma curious nak tahu ajer..

    ReplyDelete
  10. Syarat mudah Mahathir dan Muhyiddin kembali ‘bersatu’. No Boboi No PejWang..!!

    Jangan benarkan Boboi jadi calon dan jangan bagi Parti Pejuang masuk Pakatan Perikatan. Period

    Mahathir mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

    Tugas Boboi Dan Parti PejWang kali ini panjat tiang letrik gantung gambar calon yang bertanding PRN June 2023 Kali ini..Period ..!!

    No Boboi No Pejuang..!!

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya mahathir tak patut campur. Dia dah hanyut. Dia yang start sampai dapat gelaran maha firaun. Pas dengan bersatu dah cukup. Masuk mahathir boleh menyebabkan sokongan muhyiddin dan tghh susut.

    Biar komponen yang bersih jer bergerak. Mahathir, anwar, zahid dan mat sabu adalah komponen yang rosak.

    ReplyDelete