Thursday, July 13, 2023

A/Saudi kreatif: The Line, Piala Dunia. & K'tan juga


Putera Mahkota e Mohammed bin Salman (FOTO: Arab News)

Putera Mohammed dedahkan idea awal The Line

RIYADH: Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah membincangkan beberapa idea terawal mengenai reka bentuk The Line, kemegahan masa depan Arab Saudi, dan maksud projek mega itu kepada kerajaan Saudi dan dunia secara amnya.

Bandar raya moden dan pintar yang bercita-cita tinggi itu adalah sebahagian daripada projek pembangunan utama NEOM Arab Saudi, yang terletak di utara Saudi, dan beliau membayangkan semula bagaimana kehidupan bandar sepatutnya pada abad ke-2

“Kerajaan  Saudi bermatlamat mahu mencipta tamadun baharu untuk masa depan dan telah menggesa negara untuk bertindak sama demi membina planet yang lebih baik,” katanya  itu dalam wawancara dengan Discovery Channel mengenai The Line yang disiarkan pada hari Isnin (26 Jun), waktu tempatan.

Beluiu bercakap dalam dokumentari tentang bagaimana idea reka bentuk di sebalik terhasil dan apa yang akhirnya ia menjadi sesuatu yang sangat bermakna untuk Saudi, lapor Arab News.

“Memandangkan negara ini  mempunyai tempat kosong, dan kita mahu mempunyai tempat untuk 10 juta orang populasi, maka marilah kita berfikir dari awal,” kata putera mahkota itu. 

Pembinaan The Line sejauh 170 kilometer merupakan sebahagian daripada projek bandar raya futuristik, Neom di Arab Saudi. (FOTO Neom.com)

“Kami bercakap tentang banyak idea, ‘mengapa kami tidak boleh membina bulatan?’” kongsinya sambil mengimbau langkah pertama dalam proses reka bentuk bandar itu. 

“Kami boleh menghubungkannya dengan mobiliti dan membinanya secara perlahan-lahan sehingga ia siap untuk 10 juta penduduk,” tegas Putera Mahkota itu.

Selepas sumbang saran dan pertandingan untuk pereka terbaik untuk idea tentang penampilan bandar itu, satu pilihan reka bentuk menonjol telah dipilih.

“Mereka (pereka-pereka yang bertanding) memberikan kami bandar berdasarkan kaedah sedia ada tetapi dengan penyelesaian yang lebih baik… kecuali seorang, yang berkata: ‘Mari kita ubahnya daripada bulatan kepada garisan’,” tambahnya.

Dari situ, Putera Mahkota mencadangkan akan mewujudkan rupa ikonik yang akhirnya dikenali sebagai The Line itu. 

Ilustrasi struktur Mirror Line di hujung The Line yang menghadap lautan luas. (FOTO news.18.com)

“Idea infrastruktur bagus, tetapi apabila anda masuk ke dalamnya, dengan lebar 2 kilometer, anda tidak merasakannya sebagai sejauh itu. 

“Saya memberitahu pasukan perancang The Line, ‘bagaimana pula jika kita mengambil 2km itu dan membeleknya (supaya ia menjadi) dua menara (merentasi) keseluruhan barisan, adakah ia akan berfungsi atau adakah ia terlalu besar?’

“Hasilnya ialah fenomena reka bentuk bandar sepanjang 170km, 200 meter lebar yang akan dijalankan pada 100 peratus tenaga boleh diperbaharui, dengan 95 peratus tanah dipelihara untuk alam semula jadi – dan ia akan bebas aliran trafik kereta,” ujarnya lagi.

Beliau berkata reka bentuk itu akan menjelaskan struktur dalaman bandar berbilang lapisan itu dan menangani masalah bandar rata rata dan mendatar.

Ilustrasi struktur penempatan penduduk di bangunan Mirror Line yang terletak di The Line, di tengah bandar raya pintar futuristik Neom, di Arab Saudi pada ketinggian 500 meter di atas paras laut. (FOTO Constructionweekonline)

Putera mahkota berkata, penduduk Arab Saudi pada 2030 dijangka mencecah antara 50 dan 55 juta, meningkat dengan ketara daripada 33 juta sekarang. 

“Pada 2030, kami akan mencapai kapasiti penuh infrastruktur sedia ada di Arab Saudi,” katanya, yang menekankan akan keperluan pembinaan bandar raya baharu, The Line itu.

“The Line akan menangani cabaran yang dihadapi manusia dalam kehidupan bandar hari ini dan akan menyinari cara alternatif untuk hidup,” 

“Kita tidak boleh mengabaikan kebolehdiaman dan krisis alam sekitar yang dihadapi oleh bandar-bandar lain di dunia yang kita diami ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/6/2023   


Komen Weblog Ibnu Hasyim: A/Saudi kreatif: The Line, Piala Dunia. & K'tan juga   

Lihat juga ini..

(i) Jeddah tuan rumah Piala Dunia Kelab 2023 

Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah, antara gelanggang bola sepak terbaik Arab Saudi

Badan induk bola sepak dunia, FIFA, semalam, mengumumkan Piala Dunia Kelab 2023 akan berlangsung di Jeddah, Arab Saudi.

Keputusan itu dibuat selepas lawatan delegasi FIFA ke bandar itu, minggu lalu untuk menilai persiapan yang dijalankan bagi kejohanan itu.

“Kami gembira kerana Jeddah dengan kemudahan terkini dan reputasi menganjurkan acara sukan antarabangsa utama, dipilih sebagai bandar tuan rumah untuk Piala Dunia Kelab FIFA,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF), Yasser Al Misehal.

Kejohanan itu yang akan berlangsung mulai 12 hingga 22 Disember akan diadakan di Arab Saudi buat kali pertama seperti yang diumumkan sebelum ini pada Februari lalu.

Piala Dunia Kelab edisi 2023 akan menjadi yang terakhir dijalankan mengikut format semasa — pertandingan tahunan dengan tujuh pasukan — yang akan dihentikan sebelum diperluaskan kepada 32 pasukan yang kali pertama diadakan di Amerika Syarikat pada 2025. – REUTERS

(ii) Israel lawan nukiear Saudi, sama DAP PP, PH-BN S'gor.. 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) dan Israel Katz dalam sesi khas untuk mengundi kerajaan baharu di Knesset, Baitulmaqdis pada 13 Jun 2021 (FOTO FAIL: AFP)



(iii) Kretifnya Kelantan terus lalui banyak perubahan biarpun ditekan dan ditindas kerajaan pusat.

KOTA BHARU: Kelantan telah mengalami banyak pembaharuan, pembangunan dan kemajuan serta pencapaian berbanding 30 tahun dahulu walaupun berdepan tekanan politik sejak tahun 1990. 

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pengalaman suka duka itu dilalui dengan kemampuan sendiri berkat dasar ‘Membangun Bersama Islam’ pentadbiran kerajaan negeri.

Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menurutnya, telah memperkenalkan dasar yang mantap itu di mana bijak mengemudi negeri dengan sokongan para pegawai tadbir dan ahli-ahli politik.

“Dulu bila kita menang orang ingat PAS ni antipembangunan dan PAS ni tidak boleh mentadbir negeri dan tidak ada perancangan,” ujarnya pada program Sembang Santai sempena Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam.

Beliau memberikan petunjuk di mana dahulunya pendapatan negeri banyak bergantung kepada pembalakan, tetapi pentadbiran yang semakin cekap telah merubah perolehan hasil daripada sumber lain.

Menurut ADUN Panchor itu, balak kini berada di kedudukan ketiga, sebaliknya pendapatan utama Kerajaan Negeri Kelantan diperolehi daripada hasil tanah dan perkhidmatan.

“Makna pergantungan utama kita (kepada balak) ni sudah turun. Dulu orang ingat Kelantan ni kalau tak ada balak tak dak duit. Tapi dengan penyusunan kita, perancangan kita, kita berjaya mengurangkan pergantungan kita kepada balak. 

“Dalam masa yang sama kita boleh bangunkan negeri ini, sebab ada income perkapital kita, pertumbuhan ekonomi kita semakin semakin meningkat,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Rangsangan juga nyata beliau, ditunjukkan menerusi pencapaian agensi-agensi kerajaan negeri termasuk dalam aspek kesejahteraan rakyat seperti pemberian geran tanah dan meningkatkan lagi sektor pendidikan. – HARAKAHDAILY 23/6/2023

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

11 comments:

Anonymous said...

Alangkah Indah hidup ini jika aku jadi barua DAP@LeeKwanYew, Jho Low , Zety Taufik dan anak penyamun nya.

Nasib Barnie Maddof sceme ponzi NYSE scheme jauh bezanya dengan Zety Jho Low..!!

(Thank You Netflix siar Barnie Maddof tiba tiba teringat muka haramjadah penyamun Zety Jho Low dan Tun Mahathir)

Bila barua Melayu DAP@LeeKwanYew mula cari Melayu.. makna nya apa.!!

Apa UMNo boleh buat sekarang ini..!?

https://www.malaysia-today.net/2022/09/07/sebab-apa-tindakan-tidak-diambil-terhadap-lebih-dari-350-penerima-duit-1mdb-yang-bukan-dari-umno/

Bangsa Perasuah seronok tepok tangan ketawa terbahak bahak bila semua pemimpin Melayu mangsa rasuah mereka terus bercakaran sesama sendiri.

Fitnah jijik dan si batu api ini sebenar pemilik kemenangan bagi barua barua Lee Kwan Yew dan proksi.

kemenangan fitnah jijik itu juga adalah milik Zety dan Taufik Ayman anak anak penyamunnya kerana berjaya mencuri RM700 juta duit AMLA

Hebat yang 700 juta buat buat buta tidak didakwa yang 34 juta ditandatangai secara palsu dibongkar habis habisan..!!

Dengan fitnah jijik juga mantan Perdana Menteri Najib boleh ditogelkan semua termasuk akaun bank tetapi Zety dan Taufiq Ayman Jho Low Nik Faisal pula sebaliknya.

Link dibawa di mana mantan AG lantikan Tun Mahathir iaitu Tomy Tomas menghalang siasatan ke atas Zety dan Taufik Aman dilakukan

https://captainmgs.blogspot.com/?m=1

Sepanjang 22 bulan berkuasa dalam kerajaan PH. Pakatan Harapan memerintah negara selama 22 bulan dibawah Mahathir, hutang negara bertambah .

Haah sambung lagi kat sini sial...

Anonymous said...

Jom pakat pakat sokong pas.
Ameno tak boleh diharap bantu bangsanya sendiri.
Asyik sakau untuk poket sendiri.
BMX pun tak dapat bantu bangsa melayu.
Beliau adalah boneka komunis dapig.
Hanya pas yang kekal bersih.
Jom pakat pakat sokong pas.

Anonymous said...

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) terus mencatat prestasi cemerlang apabila keuntungan tahun lepas meningkat sebanyak 37 peratus melebihi sasaran awal ditetapkan.

Manakala pencapaian bagi 15 anak syarikat PKINK secara aggregat 30 peratus lebih baik berbanding sasaran yang ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Ab Aziz Yunus berkata, tiga anak syarikat mencatatkan keuntungan yang cemerlang tahun 2022 iaitu Permodalan Kelantan Bhd (PKB), Infra Quest Sdn Bhd dan Kumpulan Perladangan.

(C&P)

Masa ameno dulu, kira nak sakau jer. Mana mana syarikat yang beri untung, dijual pada harga lebih rendah dari harga pasaran. Lingkop habis syarikat dijual oleh ameno.

Anonymous said...

Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa kononnya beliau tidak memiliki ciri-ciri pemimpin original yang ditarbiah PAS.

“Dalam Islam ni ada pelbagai watak. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, watak-watak pemimpin Khulafa Ar-Rasyidin juga berbeza-beza antara satu sama lain,” ujar Menteri Besar Kedah itu.

Saifuddin baru-baru ini dilaporkan berkata Sanusi tidak memiliki ciri-ciri tarbiah seperti Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.

“Kalau semua yang ditarbiah PAS jadi tok guru, dia (Saifuddin) jadi apa, Dia pun pernah bertanding parlimen atas tiket PAS, dia tarbiah apa, pandai judge orang saja,” kata Sanusi.

(C&P)

Dia bertanding pun tak menang. Dok tmpung bontot bmx. Dapatlah jadi senator. Kemudian jadi mentri. Kemudian bantah keputusan ros. Lagi, benarkan kalimah Allah digunapakai oleh non muslim.

Anonymous said...

Pada masa sama, Anwar juga mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak pernah berdendam dengan sesiapa serta mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mana-mana individu yang terpalit dengan kes rasuah ketika ini.

“Sesiapa sahaja disiasat SPRM, itu kerja SPRM. Saya tidak arahkan kerana saya tidak mahu memfitnah.

“Saya sendiri melalui liku-liku hidup yang susah. Jadi apabila ada kuasa, takkan saya nak buat kerja sebegitu (politik dendam)…kalau lakukannya maknanya kita serupa sahaja (pimpinan dulu),” kata Anwar.

(C&P)

Heran juga. Pasai pa kes wak senyap jer. Atau kes banglo. Suci kuuut. Tak campur tangan. Atau guna body language. Tapi bila pembangkang makin laju. Dan dah selesai pun. Contoh rasuah politik marang atau putra jaya.

Jangan terus terusan membohongi rakyat. Jangan double standard.

Walau apa pun jom pakat pakat sokong pas. Buat kerja sungguh sungguh, tolak rasuah sungguh sungguh.

Anonymous said...

Seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membebaskan pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), semalam.

Perbuatannya dipercayai bagi 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang.

Sumber itu berkata, apabila dihalang, beliau menggunakan kuasa menterinya termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen.

(C&P)

Anonymous said...

Pemuda Umno hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan terhadap seorang menteri yang didakwa menceroboh dan membuat kecoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan, jawatan menteri itu seharusnya dilucutkan kerana tindakan yang dibuat sama sekali tidak boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia.

"Tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang. Waima siapa dan apa sekalipun jawatan kamu.

(C&P)

Beranike bmx penuhi permintaan ameno. Menguntungkan komunis dapig. Salah guna kuasa sepenuhnya. Jom buat laporsan polis.

Jom pakat pakat sokong pas. Pasti salah guna kuasa seperti ini tidak berlaku.

Anonymous said...

Kalau yang sangkut kat airport tu orang Islam atau indonesian muslim, adakah mentri itu akan guna kuasa dia. Pastinya tidak. Kuasa mentri itu hanya digunakan untuk meloloskan bangsa komunis dapig.

Takkan akar umbi ameno dan akar umbi parti liberal sanggup berdiam diri. Tolak pimpinan yang sekongkol dengan komunis dapig. Bawa banyak mudharat banding manfaat.

Jika ditinggalkan pimpinan ameno dan pimpinan parti liberal, banyak manfaat dari mudharat.

Jom pakat pakat sokong pas dan bersatu. Banyak manfaat banding mudharat.

Anonymous said...

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tiong King Sing mengakui dirinya menteri yang dimaksudkan dalam kekecohan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Bagaimanapun, kata Tiong kehadirannya di sana telah mendedahkan rasuah di kalangan pegawai di lapangan terbang.

"Saya bersyukur, kerana kehadiran saya telah membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah yang dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara.

(C&P)

Elok siasat dua dua pihak. Lagi pun dia ni kroni mat temberang. Dulu bawak masuk pelancong covid. Kononnya rasis bila dilarang. Sekarang ni kata rasuah. Takkan tular sampai tiga kali.

Anonymous said...

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa beliau menerima pelbagai ugutan daripada 'geng kaya' yang sedang berpakat untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang dipimpinnya kini.

Tanpa mendedahkan secara terperinci siapa dimaksudkan dengan 'geng kaya' itu, Perdana Menteri berkata beliau bagaimanapun tidak terkesan dengan ugutan itu dan akan terus lawan untuk mempertahankan prinsipnya demi rakyat.

(C&P)

Reka cipta. Macam langkah kajang. Langkah port dikson. Macam fotostat gelap 90 juta. Kemudian bawa naratif lawan rasuah. Tapi segera bawa masuk 47 kes. Jadi menteri. Sampai sekarang belum pecat.

Anonymous said...

Menurut beliau, saiz ataupun ‘volume’ dagangan ekonomi gelap di negara ini dianggarkan sekitar 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ataupun sekitar RM300-350 bilion setahun.

Tegas Dr Zuhdi, ia jumlah yang sangat besar di mana memberikan kemudaratan kepada negara sama ada kepada ekonomi ataupun kepada sosial masyarakat antaranya menyebabkan berlakunya amalan sogokan dan rasuah.

“Ia juga membunuh ekonomi putih yang dilaksanakan oleh pemain-pemain ekonomi mengikut peraturan. Ia menghilangkan kepercayaan pelabur-pelabur terhadap negara kita serta mengurangkan daya saing ekonomi negara.

(C&P)

Kata mentri kdn, ada ahli politik terlibat sama. Mungkin dari ameno. Atau komunis dapig. Lagi pun zaman ameno jadi kerajaan banyak rasuah. Termasuk 1MDB. Memang tak pandai mentadbir.

Jom pakat pakat sokong pas. Terbukti 60 tahun bebas rasuah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails