Sunday, June 25, 2023

Bukti PAS jaya tadbir. Kit Siang sama macam PMX.

 


1. Kit Siang suka tebar propaganda cetus persepsi macam PMX

PAS kesal dengan kenyataan berniat jahat Tan Sri Lim Kit Siang yang meminta Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan keterlibatan DAP dalam mencetus isu 13 Mei sedangkan Tuan Guru tidak pernah menyebutnya dalam artikel terkini beliau.

Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi dalam rencananya hanya menyebut sebagai peringatan iaitu: “Malaysia pernah mengalami peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi sejarah hitam dalam hubungan masyarakat majmuk. Maka, peristiwa hitam itu jangan diulang sekali lagi dengan membawa agenda yang salah.”

Umpama gaya PMX, beri propaganda dan minta nafi, ini permainan licik Kit Siang dan DAP, malah rakyat tahu bertapa DAP dan pemimpin parti itu selalu menimbulkan kegusaran, ketegangan kaum dengan kenyataan yang amat anti kepada Melayu dan Islam.

Gaya percakapan dan tuduhan mereka ini umpama bermain ‘play victim’ dan mahu orang lain dilihat bersalah serta rasis atau ekstrim.

Beberapa kenyataan dan ucapan pemimpin serta penyokong DAP jelas mempertikai kontrak sosial, memprovokasi umat Islam dan Melayu dalam ceramah-ceramah mereka amat diketahui umum.

Justeru rakyat Malaysia harus terus berhati-hati dengan permainan licik Kit Siang dan DAP yang sebenarnya sedang membawa agenda mereka dalam pentadbiran negara demi kepentingan kumpulan mereka.

YB IR. TS. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
13 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 13/6/2023 


2. TDM Berhad bukti kejayaan PAS tadbir Terengganu 


TDM Berhad baru-baru ini telah menjenamakan semula logo syarikat selepas 17 tahun menggunakan logo lama. Majlis pelancaran logo yang disempurnakan oleh YAB Dato Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, turut menyaksikan perasmian bangunan baharu, Wisma TDM di Jalan Kamaruddin. 

Pelancaran logo dan perasmian bangunan baru ini selaras dengan usaha transformasi syarikat milik kerajaan negeri. Transformasi ini tidak hanya pada imej dan logo baharu, namun perkara paling diutamakan adalah prestasi syarikat.  

Sejak PAS mengambil alih pentadbiran Terengganu pada tahun 2018, TDM diletakkan dalam ‘recovery’ mode. Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan tertinggi telah merancang beberapa inisiatif dalam bahagian Perladangan dan Penjagaan Kesihatan bagi meningkatkan prestasi TDM yang pada tahun 2017 telah mencatatkan kerugian sebelum cukai iaitu RM96.9 juta. 

Hasilnya prestasi TDM terus meningkat dan pada tahun kewangan 2022, TDM Berjaya mencatatkan hasil tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM614.4 juta. Prestasi yang memberangsangkan ini dipacu oleh 2 sektor utama iaitu Perladangan dan Penjagaan Kesihatan. 

Sektor Perladangan mencatatkan hasil sebanyak RM335.4 juta pada 2022 meningkat dari RM287.3 juta pada 2021. Sektor kesihatan pula mencatatkan RM279.0 juta pada 2022 meningkat dari RM224.3 juta pada 2021. TDM menjangkakan hasil pendapatan akan meningkat ke RM620 juta pada tahun kewangan 2023.

Bagi meningkatkan prestasi sektor perladangan, beberapa usaha telah dilaksanakan oleh TDM Berhad seperti pengambilalihan Ladang THP-YT Plantation seluas 2,594.5 hektar pada 2020 dengan pertimbangan tunai RM78.68 juta. Selain itu, TDM dengan kerjasama Concord Biotech Sdn Bhd telah membina 2 loji janakuasa biogas di Kemaman dan Sungai Tong bernilai hampir RM50 juta. Loji janakuasa yang mampu menghasilkan tenaga boleh diperbaharui sebanyak 29,784,000 kilowatt per jam setiap tahun ini turut dirasmikan oleh DYMM Tuanku Sultan Mizan. TDM juga berusaha mengurangkan kos operasi dengan menandatangani perjanjian pembelian baja dengan East Coast Fertilizer Sdn Bhd, sebuah syarikat milik MBI Terengganu. 

TDM Berhad sebelum ini sangat bergantung kepada pekerja asing. Namun sejak COVID-19 melanda, TDM Berhad seperti banyak syarikat perladangan yang lain, menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja akibat sempadan negara ditutup. Bagi menyelesaikan isu ini, kepimpinan TDM Berhad mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan jawatan pakar penuai (harvesting speacialist) yang menyasarkan rakyat tempatan di mana mereka mampu memperolehi pendapatan sehingga RM5,000 sebulan. Ini sekaligus meningkatkan taraf ekonomi rakyat Terengganu.

TDM Berhad juga terpaksa menguruskan dua anak syarikat sakit yang dibeli ketika zaman kerajaan terdahulu iaitu PT Rafi Kamajaya Abadi dan PT Sawit Rezki Abadi. Syarikat di Kalimantan Indonesia ini yang telah menelan hampir RM850 juta (kos pelaburan dan kos operasi) gagal memberikan pulangan keuntungan kepada TDM Berhad. Syarikat ini telah sekian lama menyebabkan aliran tunai TDM terganggu. Dengan usaha kepimpinan TDM Berhad, syarikat ini telah berjaya dijual pada Mac 2022 bagi  membantu mengurangkan kerugian anak syarikat ini yang terpaksa ditanggung oleh TDM Berhad.

Prestasi baik sektor kesihatan adalah melalui beberapa aktiviti peningkatan hasil yang dijalankan oleh anak syarikat TDM Berhad iaitu KMI Healthcare Sdn Bhd. Pelancaran Cath Lab Services di KMI Kuantan Medical Center pada tahun 2019 dan KMI Kuala Terengganu Medical Center pada 2020 memberikan impak positif kepada hasil syarikat. KMI Kuala Terengganu juga menjadi hospital swasta pertama di Terengganu yang menjadi ‘baby friendly hospital‘ sekali gus menjadikan KMI Kuala Terengganu sebagai hospital tumpuan bagi kesihatan ibu dan anak. Buat pertama kali juga, KMI Kuala Terengganu berjaya mencatatkan keuntungan pada tahun 2022.

Pada 2022 KMI telah menyempurnakan pembambilalihan Tawau Specialist Hospital dan menjenamakan semula kepada KMI Tawau Medical Centre. Selain itu KMI Healtchare juga bakal membina Hospital keenam di Chukai Kemaman. Hospital yang mempunyai kemampuan 50 katil, membabitkan peruntukan RM70 juta. KMI Healthcare juga telah melebarkan sayap ke Negeri Perlis dengan menandatangani memorandum persefahaman dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (SEDC Perlis) bagi meninjau peluang bina hospital di Perlis. 

Pada tahun 2015, TDM dikeluarkan dari senarai patuh syariah kerana tidak mematuhi tanda aras saham patuh syariah. Namun selepas PAS mengambil alih pemerintahan Terengganu pada 2018, usaha bagi mengembalikan TDM Berhad sebagai saham patuh syariah terus dimulakan. Alhamdulillah dengan usaha gigih kepimpinan TDM Berhad, pada 27 November 2020 TDM Berhad telah kembali tersenarai sebagai salah satu daripada 715 saham patuh syariah di Bursa Malaysia. 

Keuntungan yang dicatatkan oleh TDM Berhad ini turut dikongsi bersama dengan rakyat Terengganu dalam bentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Peruntukan sejumlah RM2 Juta diperuntukan pada tahun 2022 melalui aktiviti seperti Karnival Penghayatan Islam, sumbangan hari raya, program hari raya korban dan program pemberian bubur asyura. Program seperti ini merupakan platform bagi TDM mendekati rakyat Terengganu yang memerlukan terutamanya golongan B40. 

TDM Berhad merupakan salah satu kejayaan PAS memerintah Negeri Terengganu. Dengan berbekalkan pasukan kepimpinan yang efektif, prestasi kewangan yang memberangsangkan, perancangan strategik yang berkesan serta pematuhan kepada ‘Code of Business Ethics‘ menjadi pemangkin kepada prestasi yang cemerlang ini. Prestasi cemerlang ini juga sudah tentu akan membawa kepada keyakinan rakyat Terengganu kepada TDM Berhad dan juga Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh PAS. 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 13/6/2023   


Komen Weblog Ibnu HasyimBukti PAS jaya tadbir. Kit Siang sama macam PMX.

Ini pula, PN yang prihatin tetap membela rakyat tertindas.

Di KL, Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) berkata, kebanyakan jururawat tempatan berhijrah ke luar negara kerana menerima tangga gaji yang lebih lumayan.

“Pada November 2022, maklum balas dari 103 hospital, kita memerlukan kira-kira 9,224 jururawat sehingga 2025.

“Kekurangan jururawat bukan sahaja berlaku di hospital swasta, malah hospital kerajaan kerana beberapa faktor termasuk soal kebajikan jururawat, terutama gaji,” katanya ketika membahaskan Usul Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat, hari ini.

Salamiah berkata, seorang jururawat negara ini, Nurul Wahida Osman yang bertugas di Hospital Riyadh selama tujuh tahun menceritakan pengalamannya menerima layanan terbaik di Arab Saudi.

“Sehingga mereka disediakan kemudahan tempat tinggal, pengangkutan percuma ke tempat kerja, kad kesihatan dan tiket penerbangan serta boleh membawa ahli keluarga ke sana,” katanya.

Beliau mencadangkan agar isu kekurangan jururawat di negara ini diselesaikan tanpa perlu mengambil jururawat luar negara.

“Ini kerana institusi pengajian tinggi awam dan swasta kita menawarkan bidang ini di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

“Buka peluang latihan kepada lebih ramai yang berkelayakan serta meminati bidang ini,” katanya. Tahniah, al-hamdulillah!

Ya, sewajarlah kita semua kembali kepada Islam.  Celeklah mata wahai rakyat tertindas. Simpan apa lagi kerajaan macam yang ada ni. Tumbangkan segera melalui peti undi. Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam Insya Allah! 

Jom bangun bersama Islam.

1 comment:

Anonymous said...

Malaysia perlukan pimpinan pas. Supaya jadi negara maju seperti turkiye. Kerajaan dulu dan sekarang terus menerus dengan rasuah, judi, lgbt, khadam. Merompak dan takut dengan taikun judi. Takut dengan komunis dapig.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails