Monday, June 26, 2023

Haji adalah politik. & politik terbang PMX .


Jemaah haji wukuf di Arafah. (Foto hiasan)

Petunjuk politik Islam dalam surah Al-Hajj

SAAT ini saudara-saudara kita telah mula berada di Tanah Suci bersiap sedia bagi melaksanakan ibadah haji untuk tahun ini. Seramai 31,600 jemaah haji dari Malaysia akan menyertai kira-kira tiga juta umat Islam dari seluruh dunia di Tanah Suci bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima untuk tahun ini. 

Dijangka lebih daripada tiga juta umat Islam akan bergerak ke Arafah bagi menunaikan wuquf pada 9 Zulhijjah iaitu 27 Jun dengan majoriti umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah iaitu pada hari Rabu, 28 Jun 2023.

Saya cukup tertarik apabila membaca surah Al-Hajj yang merupakan satu-satunya surah yang dinamakan dengan nama ibadah yang terdapat di dalam rukun Islam iaitu ibadah haji.

Allah SWT memulakan firman-Nya di dalam surah ini dengan mengingatkan kita akan perihal dahsyatnya apabila berlakunya Hari Kiamat sehinggakan memperumpamakannya dengan ibu yang menyusukan anak melupainya dan ibu yang mengandung gugur kandungannya kerana terlalu dahsyat peristiwa tersebut.

Kedahsyatan Hari Kiamat ini digambarkan sebahagiannya di dalam ibadah haji khususnya ketika wuquf di Arafah. Ketika wuquf di Arafah kita melihat lautan manusia berhimpun dengan ramainya sementara menunggu untuk bergerak ke Mudzalifah.

Begitulah keadaan manusia kelak apabila dibangkitkan di Padang Mahsyar sementara menunggu untuk dihisab di hadapan Allah SWT. Lautan manusia memenuhi di Padang Mahsyar kelak dari seawal-awal kejadian hingga yang terakhir menunggu penghakiman Allah SWT.

Di dalam ayat 41 surah Al-Hajj, Allah SWT menyebut pula berkaitan dengan politik atau siasah. Allah SWT menerangkan tentang ciri-ciri pemerintah yang diredhai oleh-Nya iaitu pemerintah yang menjaga hubungannya dengan Allah SWT dan menjaga kebajikan rakyat yang berada di bawah pemerintahannya serta melaksanakan tugas amar makruf dan nahi munkar.

Di sini menunjukkan bahawa politik adalah sebahagian daripada Islam bahkan ianya adalah satu ibadah yang mendapat pahala jika sekiranya mengikut lunas-lunas syarak dan bukannya menjadikan hawa nafsu sebagai asas.

Di Hari Kiamat kelak bukan sahaja orang yang solat, berpuasa, menunaikan zakat dan haji akan dimasukkan ke dalam syurga bahkan juga pemimpin dan ahli politik yang mengikut landasan agama akan beroleh ganjaran yang sama bahkan lebih daripada itu lagi.

Pemimpin yang adil adalah golongan pertama yang akan berada di bawah naungan Allah SWT di Padang Mahsyar kelak sebagaimana yang tsabit di dalam hadis yang sahih.

Falsafah ibadah haji bukan hanya untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT bahkan juga untuk kepentingan penyatuan umat Islam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, kaum, bangsa dan warna kulit.

Saat ini kita melihat pelbagai ujian dan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam namun sebenarnya sebahagian besar daripadanya adalah berpunca dari umat Islam itu sendiri yang sanggup setia dengan musuh-musuh Islam dan dalam masa yang sama sanggup bermusuh sesama Islam.

Sesungguhnya di saat terlalu banyak ujian dan cabaran yang melanda dunia Islam kini, kita seharusnya melihat dan menilai kembali pesanan dan gesaan Allah SWT dalam surah Al-Hajj serta meninjau kembali maksud dan peranan ibadah haji kepada kita umat Islam.

Penyatuan, ciri – ciri kepimpinan dan politik Islam yang tersirat dalam surah Al-Hajj patut kita ambil dan realisasikan sebagai sebahagian daripada asas dan modul sebuah negara Islam yang dinamik dan di redhai Allah SWT.

Manakala kisah kegerunan dan kedahsyatan Hari Kiamat pula perlu kita ambil sebagai iktibar dan sempadan agar kita tidak tergolong dalam golongan orang yang kufur dan dimurkai Allah SWT kerana pembalasan mahupun nikmat yang dikurniakan Allah SWT selepas kita dibangkitkan semula benar belaka.

Namun apabila berbicara tentang Hari Kiamat usah kita lupa pula kepada tanda-tanda hampirnya kiamat. Beribadah dan lakukanlah kebaikan ketika kudrat masih ada dan selagi bernyawa kerana apabila tibanya Hari Kiamat mahupun setelah dicabut nyawa, semuanya sudah terlambat.

Itulah hubung kait yang menghubung dan menjalinkan ketiga-tiga perkara yang menjadi asas yang sangat penting di dalam agama Islam ini.

Perbanyakkan doa dan istighfar, tingkatkan ibadah dan ketaatan di masa yang penuh dengan keberkatan ini.

Semoga kita memperolehi kejayaan di dunia mahupun akhirat.

“Malaysia Sejahtera”

YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 24/6/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Haji adalah politik. & politik terbang PMX

Apa politik terbang PMX?

(i) The real Untold Story: Kos penerbangan PMX 


SEMALAM dalam Sidang Parlimen, ada diberikan soalan oleh pihak pembangkang, YB Afnan Hamimi Taib Azamudden wakil Alor Setar, yang inginkan jawapan dari Kerajaan Madani berkenaan kos penerbangan keseluruhan yang telah dibelanjakan oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX) sepanjang menjadi orang nombor satu di Malaysia. 

Soalan yang sebegitu, dikira amat biasa, semenjak dahulu, sering sahaja dikemukakan oleh Ahli Parlimen bagi mendapatkan penjelasan. Dan dari dapatan lalu, Kerajaan BN yang dituduh PH sebagai kerajaan korup dahulu, pernah memberikan jawapan kos yang telah digunakan bagi penerbangan seorang Perdana Menteri.

Apa yang mengejutkan ialah, jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi Sabah Dan Sarawak, Datuk Armizan Mohd Ali ialah kerajaan tidak mahu memberikan butiran kos penerbangan yang telah digunakan oleh PMX, semenjak mengambil alih kuasa dengan bergabung dengan musuh yang dikatakan rejim yang korup suatu masa dahulu, bersama membentuk kerajaan dengan PH, November lalu.

Walau menteri menjelaskan penerbangan itu adalah hak keistimewaan seorang Perdana Menteri, tetapi sehingga ke sudah, kos itu tidak juga beliau berikan.

Sedangkan sebelum itu, pada soalan YB Fadhli Shaari, Pasir Mas, berkenaan kos sambutan Hari Raya Madani, dijawab beliau, siap dengan perbandingan dengan kos tahun lalu, yang mana tahun ini lebih jimat. Tetap jawapan dan perbandingan itu hanya bagi tiga buah negeri sahaja, manakala majlis itu sepatutnya bagi enam buah negeri. Kata menteri, kos tiga buah negeri lagi ditanggung oleh negeri masing-masing. 

Habis negeri tu, guna duit siapa?

Seorang penulis pro-PH yang juga wartawan veteran, Shahbudin yang mana tulisan beliau sering menyerang PN dan mempertahankan PH, kelihatannya kecewa dengan jawapan menteri itu. Bagi beliau, Kerajaan Madani PMX yang beliau puja dan pertahankan semenjak dahulu, ketika beliau menjadi wartawan di Utusan Malaysia, tidak telus dalam memberikan jawapan di Parlimen.

Sambung beliau lagi, dahulu, ketika Najib menjadi Perdana Menteri, Kerajaan BN menjawab soalan itu dalam Parlimen dengan memberikan jumlah 100 juta sepanjang tiga tahun Najib menggunakan keistimewaan itu. 

Demi sahaja mendengar jawapan itu, kemudiannya muncullah Nga Kor Meng ‘menganjing’ dengan mencadangkan supaya Najib menggunakan penerbangan komersial biasa menerusi perkhidmatan Malaysian Airlines (MAS) sebagai langkah penjimatan atas apa yang beliau sifatkan sebagai pemborosan duit rakyat. 

Ramai pimpinan PH waktu itu juga menjadikan isu itu sebagai lelucon mereka, menyerang Najib. Apa yang dikesali oleh Shahbudin sekarang, tiada pula suara yang mendesak PMX kesayangan beliau supaya mendedahkan kos sebenar penggunaan wang rakyat bagi kemudahan menggunakan kapal terbang atau jet itu. 

Ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi PMX yang beliau kasihi itu telah berulang kali dengan tegas sebelum dan selepas bergabung dengan Umno yang ada individu tertuduh kes rasuah itu melaungkan untuk tidak bertolak ansur dengan pembaziran, rasuah dan salah laku lain berkaitan duit rakyat marhaen. 

Walaupun sewaktu beliau melaungkan itu, tertuduh kes rasuah ada sepentas dengan beliau. Tegas sungguh PMX, dia tidak peduli siapa. Tetapi ke mana tegas itu telah pergi sekarang.

Saya agak sedih membaca luahan hati Shahbudin itu kerana harapan beliau amat besar. Dia pastinya tidak mahu untuk menjadi penentang kepada PMX, maka dengan itu beliau memujuk dengan penuh tertib dan adab. Beliau juga mentaati PMX dan sanggup menjadi penulis yang tanpa gagal mempertahankan PMX. 

Akan tetapi sampai bila? Beliau menutup lubang, tetapi PMX pula membocorkan. Kalau main bola, macamana mahu menang, pertahanan asyik bocor sahaja, beri gol kepada lawan, kan? Siapa tahan? Akhirnya beliau membuat soalan, madani apa ni? 

Cuma saya ada terfikir alangkah eloknya kalau PMX menjadi ‘Superman’ bagi menyelamatkan duit rakyat kerana beliau suka terbang dan Superman terbang percuma. 

Akan tetapi bila saya fikirkan kembali, saya tidak jadi mahu mencadangkannya kerana beberapa sebab.

Sebab yang pertama, Superman memakai seluar dalam berwarna merah di luar. Walaupun merah melambangkan ‘ong’ bagi masyarakat Cina, iaitu bangsa yang menolong beliau dalam PRU, tetapi ada isu lain. 

Isunya ialah PMX akan dianggap sebagai melakukan gangguan seksual kerana cara pemakaian sebegitu. Lebih-lebih lagi PMX sebelum ini sudah banyak terpalit dengan isu-isu seksual. Jadi nanti bertambah teruk imej PMX.

Keduanya kekuatan Superman terletak di batu kriptonite yang datang bersamanya dari planet dan disimpan di satu tempat khas. Malangnya kripto itu bukan berwarna biru muda seperti kostum  Superman, tetapi berwarna hijau gelap. PMX alah dengan warna hijau gelap. 

Ketiga, Superman tidak boleh kahwin, nanti kuasanya hilang. PMX dah kahwin, anakpun ramai. Keempat, Superman gagah, boleh lawan semua sakit, tapi PMX pernah sakit pinggang dan pernah diracun dengan arsenik. Oleh itu PMX tak boleh jadi Superman

Ataupun kos penerbangan PMX yang Untold itu, adakah ia sengaja disembunyikan supaya menjadi rahsia sekarang kerana ada perancangan untuk difilemkan pula selepas ini? Sama-sama kita nantikan tiket percuma filem itu. 

Komen Mohd Nasir Abdullah 24 Mei 2023  HARAKAHDAILY 24/5/2023 

(ii) Gambar Superman dari Quora 


4 comments:

  1. Ketemberangan songsang biolswel pmx menyebabkan nilai ringgit jatuh, harga barang naik rakyat hilang pekerjaan, ikan dilaut pun bekurang dan jadi mahal.

    kisah peruncit sepet dapigs jual murah pada sepet jual mahal pada melayu dan india bukan cerita baru tapi sekarang makin melampau khabarnya sebab dapigs dah jadi taiko kerajaan phumdap.

    harga petrol bakal naik jika pmx masih pm sebtember ini adalah kabar angin yg mempunyai asas yg kukuh kerana segala benda prodok siap sudah naik mencanak sekarang.

    Tnb tibai tanah Terengganu, perak, serawak buat dam jana letrik tapi tiada insentif bagi penduduk negeri2 berkenaan dalam bab tarif letrik, rakyat negeri berkenaan jangan jadi bodo.. bangkit ungkit hal tersebut sebab negeri engkoran produser tenaga letrik, dan mintak insentif.

    Negara telah bertaraf mundur kebelakang10tahun dari segi rating dunia disebabkan pmx fdan kabinetnya yg bodoh, sombong & rakus.

    ReplyDelete
  2. Bila pergi program, lancar projek ini, projek itu. Bantuan ini bantuan itu. Bila tanya kos naik jet dan helikopter, senyap sepi.

    Yang paling menyayat, bila mintak nombor telipon student perempuan.

    ReplyDelete
  3. Mp hancing tak berqualiti. Yang tewas lantik jadi senator. Yang menang takde ker.

    ReplyDelete

  4. Err... kalau korang nak dengar sikit² pasal hal rungutan orang B40 .. engkorang boleh surf dekat sini:
    STR (Sumbangan Tunai Rahmah ) 2023 | Facebook
    https://m.facebook.com/groups/2364047807213607/

    Nampak mcm ada banyak cut berlaku pada duit yang sepatutnya diterima tapi dah di "rahmahkan" oleh kerajaan sekarang yg kunun nak basmi kemiskinan...

    Cara bahlol mcm mana pun aku tak tahu.. tapi dari segi strateginya semacam diaorang guna teknik meng-delete - kan atau menurun kan graf kategori miskin pada titik pendapatan.. yakni sekiranya pendapatan lebih dari rm1,400.00 maka hilang status B40 mereka... jadi atas kertas statistik kemiskinan dah kurang la jumlah orangnya.

    nih kira bijak ke khianat nih?

    .

    ReplyDelete