Saturday, June 17, 2023

Ini bukti, negara lebih baik di bawah Muhyiddin. X al-juburi..

 

1. Ramai percaya negara lebih baik di zaman Muhyiddin

KENAPA ramai percaya keadaan negara lebih baik di zaman Abah Muhyiddin:

Ekonomi

1. Zaman sekarang orang hilang kuasa beli.
2. Peningkatan kadar kemiskinan yang dramatik walaupun kapitalis makin untung.
3. Kos sara hidup makin meningkat terutama makanan.
4. Elektrik makin naik.
5. Kadar faedah bank mencanak.
6. Eksport makin menjunam.
7. Permintaan domestik makin menjunam dan akan terus menjunam.
8. Bajet defisit yang terlalu besar.
9. Matawang jatuh pada kadar krisis ekonomi 1998.
10. Pengangguran belia makin tinggi.

Politik

1. Orang tak percaya usaha Perdana Menteri ke-10 (PMX) banteras korupsi.
2. Dakwaan korupsi terhadap lawan dianggap bermotif politik.
3. Gabung dengan Umno.

Agama

1. Isu kalimah Allah.

Sosial

1. LGBT.
2. Orang miskin merasa mereka disisih.
3. Kerajaan tiada empati terhadap marhaen (inflasi, matawang, gaji).

Pentadbiran

1. Lambakan lantikan politik dalam GLC.
2. Lantikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tiada seorang dalam Kerajaan Madani tawarkan solusi.

PN tak perlu buat apa-apa untuk menang. Rakyat sendiri akan tolak kerajaan sekarang. Abah makin dirindui. 

Diringkaskan dari artikel Murray Hunter, 2023.

ALANG IBN SHUKRIMUN
24 Zulqaedah 1444
13 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 13/6/2023



2. 20,000 pelajar Islam terancam hilang tempat belajar di Selangor 
Mohd Zai Mustafa

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS) mendesak kerajaan negeri Selangor agar memudahkan urusan kelulusan permohonan Kebenaran Merancang untuk kegunaan bagi menjalankan operasi sekolah Islam persendirian di negeri Selangor.

“Ia adalah susulan isu lebih 80 buah Sekolah Islam Persendirian (SIP) terancam ditamatkan operasi menyebabkan lebih 20,000 pelajar Islam bakal kehilangan tempat belajar di negeri Selangor,” kata Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa dalam satu kenyataan beliau, di sini, hari ini. 

Menurutnya, berdasarkan syarat- syarat permohonan kelulusan perancangan yang telah dikeluarkan garis panduan oleh bahagian perancang bandar pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit, telah menyukarkan kelulusan penggunaan rumah kedai sebagai tempat pembelajaran SIP dan pelajar-pelajar Islam  di Selangor.

“Perkara berkenaan diumumkan melalui satu surat pekeliling yang dikeluarkan kepada pihak sekolah serta menyukarkan proses kelulusan penggunaan bangunan, sehingga ada sekolah yang diarahkan supaya ditutup oleh pihak PBT. 

“Ada juga sekolah yang telah disaman dan bayaran denda telah dikenakan kepada pengusha institusi ini. Ini sangat ketara berlaku di PBT Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSA),” dakwa beliau.

Tambahnya, kesukaran mendapatkan kelulusan Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan juga sebahagian daripada proses kelulusan yang akan dikeluarkan oleh PBT.

“Akibatnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak dapat mengeluarkan surat kelulusan pendaftaran sekolah sementara dan tetap kepada pihak sekolah terbabit.

“Ini telah mengakibatkan pelajar di sekolah terbabit tidak boleh mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) tahun ini di sekolah-sekolah berkenaan.

“Sebanyak lebih 80 buah sekolah dan lebih 20,000 pelajar yang terbabit di dua PBT yang terlibat iaitu Shah Alam dan Subang Jaya,” dedah beliau lagi.

Perkara ini, ujarnya, sangat merisaukan pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan murid terbabit yang bakal mengambil peperiksaan pada akhir tahun 2023.

“Sebelum ini,  perkara seperti itu  tidak berlaku, yang mana pihak sekolah telah pun mendapat kelulusan PBT dan JAIS antara tempoh satu hingga lima tahun. Ada di antara sekolah yang terbabit ini telah pun beroperasi diantara lima hingga lebih dua puluh tahun,” jelasnya.

Sehubungan menurutnya lagi, UMMAH mengesa agar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan kerajaan negeri itu segera tampil menyelesaikan isu ini dengan semua pihak duduk di meja rundingan bagi kebaikan dan kepentingan semua pihak yang terbabit khususnya masa depan golongan pelajar yang terbabit.

“Adalah sangat tidak wajar menggunakan pelbagai akta dan syarat yang sukar dipenuhi serta membebankan dengan kos yang tinggi kepada pengusaha sekolah, tanpa mengambil kira peranan dan tanggungjawab memberikan pendidikan yang terbaik sewajarnya perlu diambil kira oleh semua pihak secara kolektif,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/6/2023   


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini bukti, negara lebih baik di bawah Muhyiddin. X al-juburi..

Maka berkatalah bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dan bekas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini:

'Umno harus membuka benak fikiran dan merenung jauh perjalanan perjuangan bangsa dan agama oleh parti itu, namun akhirnya kini duduk di bawah pemerintahan parti tidak berteraskan Melayu-Islam.'


Ya, sewajarlah kita semua kembali kepada Islam.  Celeklah mata wahai rakyat tertindas. Simpan apa lagi kerajaan macam yang ada ni. Tumbangkan segera melalui peti undi. Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam Insya Allah! 

Jom bangun bersama Islam.

No comments:

Post a Comment