Wednesday, June 14, 2023

Ini DAP, 15 tahun jajah. Rosakkan fikiran rakyat..


DAP yang sebenarnya membawa agenda cauvinisme dan murtad kini tidak lagi bersuara setelah parti itu berjaya mewujudkan bala tentera Melayu yang tidak mempunyai semangat dan maruah agama serta bangsa. 

1. 15 tahun ‘penjajahan’, DAP mencemaskan rakyat 

PERMATANG PAUH: Pemerintahan DAP selama 15 tahun di Pulau Pinang bukannya membawa politik kepimpinan, tetapi penjajahan ke atas negeri di mana berlaku banyak perkara mencemaskan ke atas rakyat.

Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff mengaitkan keadaan pemerintahan sedemikian dengan peringatan telah diberikan Allah SWT di dalam al-Quran dari kisah Nabi Sulaiman A.S dan Ratu Balqis.

Jelas beliau, pemerintahan penjajahan dibawa oleh DAP hakikatnya memusnahkan negeri dan menyebabkan rakyat yang mulia menjadi hina di sebalik pembangunan diadakan oleh mereka.

Menurutnya, Kerajaan DAP itu beria-ia untuk mengadakan projek mega Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) yang didakwa dapat memberi kebaikan kepada rakyat, namun hakikatnya menzalimi penduduk.

“Kononnyalah, PSR itu tujuannya untuk ekonomi negeri. Sebenarnya mereka ni kelentong kita, PSR itulah untuk membiayai atau mendanai projek PTMP (Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang),” ujar beliau.

Ustaz Fauzi berkata demikian ketika berucap pada Himpunan PN BEST Peringkat Pulau Pinang yang juga Pelancaran Jentera Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN) di Kubang Semang, di sini malam tadi.

Kupas beliau, PTMP yang pada asalnya diperlukan kos RM6 bilion, namun dengan rancangan PSR telah meningkat kepada RM40 bilion dan selepas itu meningkat lagi kepada RM53 bilion.

Bidasnya, ternyata PSR tersebut adalah pembohongan kepada rakyat di mana ia menyebabkan kemusnahan kepada alam sekitar khususnya laut, sekali gus mengakibatkan masalah kepada lebih 2,000 nelayan di selatan pulau itu.

Kata beliau, itu tidak termasuk ke atas nelayan di Utara Perak dan Selatan Kedah yang akan turut terkesan dengan projek tersebut, selain kehidupan laut juga boleh pupus akibat dari pembangunan dijalankan.

Menurut beliau lagi, jika benar projek dijalankan itu untuk kepentingan rakyat, maka PTMP yang sepatutnya diberi tumpuan iaitu dengan tujuan asal menyelesaikan masalah kesesakan di hadapi di dalam pulau.

Terangnya, masalah kesesakan tersebut bukan sahaja teruk berlaku di dalam pulau, tetapi melibatkan aliran trafik sehingga di Batu Kawan dan Sungai Dua, tetapi ia gagal menjadi fokus Kerajaan DAP.

“Inilah yang menjadikan utama atau fokus perlu diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tapi depa (mereka) fokus yang lain. Depa fokus nak tambak laut (PSR). Depa bukan nak buat yang memberi faedah ataupun yang menghilangkan kesengsaraan rakyat.

“Sebaliknya mereka mahu membina rojek-projek yang mendatangkan keuntungan kepada mereka dan kroni mereka,” bidas beliau yang turut menarik hadirin dengan beberapa isu di negeri itu.

Kesali beliau, banyak isu-isu yang berlaku di bawah pemerintahan DAP di Pulau Pinang bersifat memberi ancaman kepada rakyat di mana antara lain adalah isu asrama pekerja warga asing dan bekalan air. Rakyat Pulau Pinang terpaksa bergantung 80 peratus kepada Sungai Muda.

“Itu perlu kita ketahui sebagai perkara-perkara yang boleh mendatangkan risiko kepada rakyat kalau sekiranya kerajaan tidak fokus kepada isu bekalan air mentah,” ujarnya memberi peringatan. – HARAKAHDAILY 4/6/2023   


2. Ahli-ahli Umno akan ‘ajar’ pemimpin parti itu 

PERMATANG PAUH: Ahli-ahli Umno kini sedang menunggu masa untuk mengajar pembohongan dan penafian dibuat oleh para pemimpin parti itu yang jelas memperkecil-kecilkan mereka.

Naib Presiden BERSATU, Dr Mohd Radzi Jidin berkata, dahulu Presiden Umno tegas menyatakan ‘No Anwar, No DAP’ tetapi akhirnya kedua-dua tersebut dapat ‘tawan’ Dewan Merdeka milik Umno.

Malah, arahan pemimpin Umno supaya ahli-ahlinya mengundi DAP pada pilihan raya nanti bersama alasan tidak memangkah lambang roket juga ternyata telah memperolok-olokkan akar umbi parti itu.

Menurut beliau, pasca-PRU15 bukan sahaja ahli-ahli Umno merasakan seperti ‘melukut di tepi gantang’ disebabkan perbuatan pemimpin mereka, malah penyokong Pakatan Harapan (PH) juga tidak dapat menerima pembohongan yang berlaku.

Bahkan ujarnya, ahli-ahli Umno terasa kerana sebelum ini parti itu teruk dikecam oleh para pemimpin dan penyokong PH hingga dicipta lagu siulan, tetapi kini Umno diheret menerima dengan DAP dan PH.

Kupasnya, enam bulan pemerintahan kerajaan sekarang begitu ketara segala janji-janji dan segala formula pernah dinyatakan dahulu langsung tidak ditunai atau dilaksanakan, sebaliknya kini asyik ‘bersembang’ yang sukar dipercayai.

Kerana itu peringat beliau, pembohongan yang dilakukan ahli-ahli politik mesti dipandang berat oleh rakyat dengan tidak menaik atau memilih mereka sebagai pemimpin mahupun dijadikan kawan.

“Enam bulan ini, ekonomi yang kencang atau sembangnya yang kencang?” ujarnya menyindir kadar pertukaran matawang Ringgit hampir kepada ‘harga Rahmah’ RM5 berbanding Dolar Amerika Syarikat.

Beliau selaku juga Ahli Parlimen Putrajaya berucap demikian pada Himpunan PN BEST Peringkat Pulau Pinang yang juga Pelancaran Jentera Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN) di Kubang Semang, di sini malam tadi.

Namun katanya, apabila Ringgit jatuh, kos sara hidup meningkat, harga barang semakin mahal dan inflasi tinggi, Perdana Menteri masih bersikap dengan penafian menyatakan bukan salah dirinya dan semua masih terkawal.

Malah bidas beliau, dalam konteks isu negeri, mereka sebelum ini menentang projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR), namun kini berdiam tanpa mempertikaikannya seperti dahulu.

Dr Radzi turut mengupas perbandingan enam bulan awal semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ketika itu berdepan situasi pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun dalam cabaran tersebut katanya, kerajaan ketika itu mengadakan pelbagai pakej rangsangan ekonomi untuk membantu rakyat, malah banyak pelaburan masuk ketika ini adalah hasil usaha dilakukan pentadbiran ketika itu. – HARAKAHDAILY 4/6/2023   


3. Kaum Cina dan India jangan tertipu oleh DAP 

PARTI Tindakan Demokratik (DAP) yang ditubuhkan selepas negara ini mencapai kemerdekaan, cuba menggantikan parti MCA (Persatuan Cina Malaysia) dan parti MIC (Kongres India Malaysia) yang telah ditubuhkan sejak belum kemerdekaan lagi.

Advertisement

DAP yang ditubuhkan kemudiannya cuba merungkai hubungan masyarakat majmuk yang telah bertapak dengan harmoni tanpa paksaan beragama Islam, walaupun disebutkan Islam itu agama bagi Persekutuan. Namun, juga diberikan hak kebebasan beragama dan tanpa merubah rupa bangsa, bahasa dan budayanya.

Islam yang disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan itu hendaklah ditafsirkan dengan makna yang sebenar mengikut ajaran Islam. Ia tidak boleh ditafsirkan mengikut bahasa penjajah, kerana salah makna dan tujuannya yang sebenar, sekali gus memberikan maksud yang tidak sempurna dan bermakna Islam tidak berdaulat dalam negaranya sendiri.

Kaum Melayu dan rumpunnya lebih awal berada di sini. Mereka menganut Islam yang sempurna dalam sebuah negara berdaulat yang menjadikan Islam berkuasa, di luar daripada takrif sekularisme yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Dalam keadaan Islam berkuasa, Allah SWT memerintahkan dalam al-Quran supaya menerima hakikat adanya berbagai-bagai bangsa dan bahasa yang tidak boleh dipaksa untuk dihapuskan. Dalam keadaan adanya juga bahasa tonggak yang menjadi bahasa rasmi bagi pentadbiran, bahasa ilmu dan bahasa perantaraan sebagai asas perhubungan antara kaum.  

PAS berada di peringkat Persekutuan pada posisi pembangkang, walaupun hanya satu kerusi sahaja yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Pertama 1955 iaitu Pilihan Raya Pra-kemerdekaan. Sedangkan, majoritinya ketika itu dimenangi oleh Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC).

PAS sebagai pembangkang boleh bersama-sama UMNO memainkan peranan yang besar bagi memasukkan perkara-perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam, Melayu dan bumiputera, raja-raja, dan hak kebebasan beragama. Semua perkara yang dipandang remeh oleh Suruhanjaya Reid.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-2 (tahun 1959) selepas memperoleh kemerdekaan, PAS hanya mendapat 13 kerusi di peringkat Persekutuan serta berjaya memerintah kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu (sekadar bertahan dua tahun). Walaupun bidang kuasa kerajaan negeri sangat terbatas, tetapi ruang memerintah itu dapat menunjukkan sedikit ajaran Islam, termasuk dalam aspek hubungan masyarakat majmuk.

Kaum bukan Islam di Kelantan dan Terengganu khususnya di bawah kerajaan PAS, Kedah, Perlis, Perak Utara, Johor dan lain-lain kawasan majoriti besar Melayu Islam tidak menjadi masalah adanya minoriti bukan Islam di tengah-tengah masyarakat Islam dalam tempoh masa yang panjang. Walaupun Islam tidak berkuasa dengan sempurna, keadilannya yang sempurna tetap boleh dilaksanakan.

Hal ini disebabkan sifat kemanusiaan yang dibawa oleh Islam masih ditanam dalam diri bangsa Melayu yang sangat erat bersama Islam. Sekalipun dalam kalangan bangsa Melayu itu ada golongan yang jahil dan tidak beramal dengan kebanyakan ajaran Islam.

Apabila DAP membawa agenda baharu Malaysian Malaysia dan prinsip sekularisme yang memisahkan agama daripada urusan politik, ekonomi dan lain-lain, perkara itu merupakan suatu usaha untuk merungkai semula apa yang telah diikat dengan baik. Mungkin generasi muda daripada kalangan kaum Cina dan India tidak perasan dengan langkah yang sumbang ini kerana kebanyakan mereka lahir selepas kemerdekaan.

Alasannya cuba menggambarkan kalangan bangsa Melayu itu rasis, tanpa melihat wajah yang sebenar di lapangan. Padahal kaum Melayu ialah kaum yang paling tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah menerima jus soli menjadi syarat kemerdekaan dengan menerima pendatang daripada kalangan kaum Cina dan India menjadi warganegara.

Namun, pengaruh Islam yang ada dalam diri kaum Melayu boleh menerima kewujudan kaum lain di tengah-tengah mereka. Hal ini dapat dilihat betapa keluarga bukan Islam Cina dan India dengan  kelompok yang kecil bebas untuk berniaga, bertani dan beragama. Hanya mereka yang buta akal sahaja menuduh Melayu ini bersikap rasis.

Malah, di negara ini juga dibenarkan setiap kaum menggunakan bahasa masing-masing, sehinggalah membuka sekolah yang dinamakan jenis kebangsaan. Selain itu, juga diberikan kebebasan menyebarkan akhbar dalam bahasa kaum masing-masing, dalam keadaan bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan di bandar dan kampung, serta diterima menjadi bahasa rasmi yang disebut sebagai Bahasa Kebangsaan.

Pendekatan Malaysian Malaysia dibawa oleh mendiang Lee Kuan Yew di Singapura pada awal tahun 60-an bersama rakan-rakannya menerusi Malaysian Solidarity Convention yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik. Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai hak keistimewaan kepada orang Melayu dan bumiputera.

Mereka berpendapat, bukan Melayu yang telah diberikan kerakyatan juga berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu adalah sama taraf dengan orang Melayu dan bumiputera. Dalam lain perkataan, semua bangsa, bahasa, agama dan budaya adalah sama.


Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan beberapa hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera. Antaranya seperti Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, melindungi institusi Melayu, kuota pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam, kuota biasiswa untuk pendidikan, lesen perniagaan dan lain-lain.


Semua ini ditetapkan bagi menyusun semula ketempangan dasar British yang telah menjajah negara ini dari tahun 1824 hingga 1957 yang menindas kaum Melayu Islam, dengan mengutamakan para pendatang asing seperti orang Cina dan India. Pada masa yang sama, sengaja meminggirkan penduduk asal khususnya kerana permusuhan mereka terhadap Islam dan umatnya, serta sikap umat Islam menentang kehadiran penjajah sejak awal lagi.

Penjajah British meminggirkan penganut Islam mengikut apa yang telah dilakukan di Palestin, Cyprus, Fiji dan lain-lain apabila mereka membawa masuk berbagai-bagai etnik ke tanah jajahannya bagi meninggalkan masalah. Kaum Yahudi dibawa masuk ke Palestin, kaum Greek dibawa masuk ke Cyprus, kaum India dibawa masuk ke Fiji serta kaum Cina dan India dibawa masuk ke Tanah Melayu.

Apabila mereka memberikan kemerdekaan kerana tidak dapat bertahan menghadapi tentangan umat Islam, lalu mereka membawa masuk pendatang asing menjadi rakyat yang juga ditetapkan menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kemerdekaan.


Selepas Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965, konsep ini terus diperjuangkan oleh DAP iaitu sebuah parti serpihan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura sehingga sekarang. Itulah sebabnya orang Melayu dan bumiputera sekarang terus-menerus menolak konsep ini yang bakal melenyapkan ketinggian Islam, ketuanan Melayu, hak keistimewaan dan kelebihan mereka di bumi asal mereka.


Orang Melayu dan bumiputera ialah keturunan Nusantara (The Malay Archipelago), bangsa asal Gugusan Kepulauan Melayu. Orang Melayu dan bumiputera tidak akan sekali-kali menerima pakai konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP.

Bangsa Melayu yang menganut Islam dan melaksanakan Islam yang sempurna sebelum kedatangan penjajah, telah menentang  penjajah sejak awal kedatangannya bermula tahun 1511 sehingga beberapa abad lamanya dengan mengorbankan ramai para syuhada’ daripada kalangan rakyat sehinggalah para ulama’ dan raja-raja. Sehinggakan, para penjajah terpaksa berundur dengan perancangan dan tipu daya mereka yang mewujudkan masalah. Antaranya ialah membawa masuk warga asing dari tanah jajahan yang lain, namun tetap ditangani dengan sifat kemanusiaan yang telah diajarkan oleh Islam.

Jus soli ialah alternatif kepada idea Malayan Union yang menjadi bebanan kepada orang Melayu sebagai penduduk asal yang menentang penjajah. Namun, Islam yang dinobatkan menjadi agama bagi Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan sudah cukup memberikan pengiktirafan terhadap hak ketuanan dan kepimpinan Melayu Islam dalam negara ini.

Oleh itu, sepatutnya kalangan bukan Islam itu menghargai sumbangan negara ini yang memberikan tempat kepada mereka. Bahkan, mereka wajib menerima hakikat bahawa kebanyakan negara di dunia tidak memberikan tempat kepada sesiapa yang bukan penduduk asal dan tidak menganut ideologi negaranya, namun sebaliknya Islam memberikan hak yang adil kepada penduduk bukan Islam yang tidak menganut Islam menjadi aqidah negara.

Kedudukan Islam  yang dianut oleh rumpun Melayu dengan akrab tidak  boleh dicabar sewenang-wenangnya. Malah, sepatutnya sikap toleransi yang diberikan kepada mereka itu hendaklah dihormati.

Konsep sekularisme dan Malaysian Malaysia boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama. Pernah berlaku ketegangan di Singapura, ketika konsep tersebut mula diperkenalkan. Walaupun PAP dapat menguasai Singapura kerana kedudukan majoriti kaum pendatang mengatasi majoriti Melayu Islam, namun keadaan mereka tidak selamat kerana berada di tengah-tengah jumlah umat Islam terbesar di Nusantara.

Malaysia pernah mengalami peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi sejarah hitam dalam hubungan masyarakat majmuk. Maka, peristiwa hitam itu jangan diulang sekali lagi dengan membawa agenda yang salah.

Teruskan sahaja penyelesaian yang ada dan kepimpinan Melayu Islam tanpa diganggu-gugat. Penyelesaian yang memberikan hak kemanusiaan secara tabii, kemanusiaan bermasyarakat majmuk yang beraqidah ketuhanan yang melimpah dengan keadilan dan rahmat-Nya kepada seluruh manusia tanpa paksaan menganut Islam.

Selain itu, juga memberikan peranan kepada kalangan bukan Islam dalam urusan kehidupan manusia yang tiada kaitan dengan rukun aqidah, sehingga bukan Islam dibenarkan berada dalam kabinet dan Exco Kerajaan Negeri, termasuk jabatan kerajaan. Inilah perkara yang tidak pernah diizinkan oleh semua ideologi apabila masing-masing memerintah negara.

Umat Islam sangat berpegang dengan kitab suci al-Quran. Antaranya, firman Allah SWT:

﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا١﴾

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menciptakan pasangannya (Hawwa’) daripada Adam; lalu daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat. Sesungguhnya, Allah sentiasa memerhatikan (mengawasi) kamu.” (Surah al-Nisa’: 1)

Dan firman Allah SWT:

﴿يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ١٣﴾

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya, Kami telah mencipta kamu daripada lelaki dan perempuan; kemudian Kami jadikan kamu pelbagai bangsa dan pelbagai suku agar kamu saling berkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)! Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya.” (Surah al-Hujurat: 13)

Bagi menjaga hubungan kemanusiaan dan menegakkan adil kepada semua, maka kepimpinan Islam yang bertaqwa adalah diwajibkan. Taqwa tidak terdapat dalam mana-mana ideologi sekularisme yang tidak dipandu oleh agama, khususnya agama Tauhid (ketuhanan Allah yang Maha Esa).

Hak terhadap bukan Islam dalam negara Islam sudah cukup memberi tempat kepada mereka yang dipaksa oleh penjajah untuk berada di sini. Mereka tidak dihalau pulang ke negara asalnya secara paksaan kerana Islam menerima semua kaum membawa risalahnya kepada seluruh manusia, sama ada memeluk Islam tanpa paksaan atau terus berdamai dan menganut agama masing-masing dengan wajib diberikan hak kemanusiaan dan keadilan terhadap semua di atas bumi Allah SWT.

Maka, kedudukan Perlembagaan Persekutuan yang digubal melalui penglibatan parti-parti masyarakat majmuk yang menentang penjajah perlu dipertahankan. Pada masa yang sama, hendaklah ada penambahbaikan yang memperkasakan hubungan masyarakat majmuk dengan aman dan harmoni, bukan merombak dan merosakkan dasar dan konsep yang baik. Perkara inilah wajib dipertahankan berdasarkan sentimen kaum yang melampau oleh kalangan mereka yang tidak terlibat secara langsung dengan perjuangan kemerdekaan.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 18 Zulqa‘dah 1444 / 7 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 7/6/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini DAP, 15 tahun jajah. Rosakkan fikiran rakyat..

Tiada jalan lain lagi, melainkan kembalilah kepada Islam. Tolaklah penjajah yang merosakkaan pemikiran rakyat, walau pun mereka hanya 'barua pecacai' dari luar negara. 

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

14 comments:

Anonymous said...

Empat puluh unit beg tangan bernilai ratusan juta ringgit yang dikaitkan dengan skandal 1MDB dalam proses dilelong, kata menteri undang-undang Azalina Othman Said.

Dia berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen kepada soalan Lim Lip Eng (Pakatan Harapan-Kepong) yang manu tahu berkaitan jumlah aset dirampas dan apa yang akan berlaku padanya.

(C&P)

Ni bukan salah akar umbi. Ni salah pimpinan umno. Gasak duit selagi. Beli barang juta juta rm.

Madu dibalas racun. Budi dibalas khianat. Dapat undi, dapat jawatan. Dapat jawatan, dapat harta. Ni yang dilakukan oleh pimpinan selama 60 tahun. Pada masa sama, tanah rizab melayu leboh. DEB hanyut. Biasiswa sudah jadi asing. Orang melayu kekal miskin di tanah air. Orang politik makin kaya. Pimpinan yang haloba.

Tiba masa pilih parti yang kekal bersih selama 60 tahun. Pimpinan yang jaga akhlaq. Jaga agama. Jaga negara. Jaga bangsa.

Anonymous said...

Ahli parti kris bodoh piang. Puluh kali kena tipu dengan pimpinan. Baru dapat anak ayam, udah puji pimpinan baik. Baru dapat sehelai kain pelikat, pimpinan prihatin. Galak orang sembahyang. Tak sedar yang sehelai kain pelikat tergadai hak melayu.

Beza dengan ahli bulan, cerdik. Langsung tidak makan rasuah. Pimpinan yang buruk tidak terpilih.

Anonymous said...

Ajelina tu bengong. Tapi bagus juga. Dedahkan kerakusan bossku. Beg pun rega ratusan juta. Kalau boss dah macam tu, anak buah apa lagi.

Pimpinan tu semua tak boleh pakai. Kat perak sebab jawatan mb sanggup gadai maruah. Sanggup terima jawatan mb. Sanggup gadai tanah malay reserve. Sanggup beri hak milik kekal. Ni contoh pimpinan yang laknat. Bukan nak jaga bangsa nya.

Anonymous said...

Sebenarnya berapa duit kerajaan yang telah dikeluarkan untuk perbelanjaan penggunaan jet peribadi Perdana Menteri ke-10 (PMX)?

Semasa jadi pembangkang dulu, PKR dapat dedahkan secara terperinci kos sewaan, operasi, perjalanan yang digunakan Perdana Menteri Keenam, Najib Razak.

Mustahil sebagai kerajaan sekarang pimpinan PH-BN tiada maklumat.

Kalau Kerajaan Umno guna RM40.8 juta dalam tempoh 6 bulan, Kerajaan Umno-PH guna berapa?

Seandainya ia memang keperluan Perdana Menteri, bentangkanlah. Kecuali jika ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

YB DATUK HAJI AWANG HASHIM

(C&P)

Anonymous said...

Bagi kat nuar. Apa dia tahu pasal agama. Kalimah Allah pun boleh sharing. Kalau dia tahu pasal agama, dia tak lewat. Dia tak bawa masuk coldplay. Dia tak bercakap bohong. Dia tak cenderong menuju munafiq. Manefesto pun dia tak bandingkan dengan al Quran. Ini akibat bila tiada ilmu agama.

Bagi kat nuar. Apa dia tahu pasal ekonomi. Harga minyak pun dia boleh turunkan. Tanpa tahu senario ekonomi dunia. Opr pun dia boleh naikkan. Supaya rakyat boleh simpan duit.

Nak simpan macam mana. Harga bawang mahal. Harga cili mahal. Harga ikan kembong mahal. Mana maunya menu rahmah, harga turun. Rakyat perlu makan. Bukan makan batu. Atau makan angin. Jangan layan rakyat macam kayu.

Pelabur cabut lari. Kerana bimbang dengan gila gila profesor serba tahu. Adalah nanti tenaga kerja yang hilang pekerjaan. Kalau kat jepun, rakyat nya yang buat buat teknologi tu.

Bagi kat nuar. Apa dia tahu pasal politik. Politik bersih. Masakan jiwa politiknya bersih. Jika tidak, masakan dia sanggup bekerjasama dengan parti kaki rasuah. Atau parti yang mohon hak milik kekal. Masakan dia kenal falsafah zionist. Dan falsafah politik rakyat asal.

Dia masuk politik memenuhi serakah. Nak jadi pm. Bermula dengan masuk tong najis. Dan hari ni jadi perasmi parti najis. Cakapnya tak serupa bikin. Mahu cuci rasuah. Tindakannya merasmikan mesyuarat parti rasuah. Beri nyawa pada rasuah.

Beri pulak title tinggi pada penganut komunisme. Menormalisasikan komunisme.

Anonymous said...

Nuaq cikgu wakpono bodoh kata (majoriti) rakyat, murid dia terlebih lagi bodoh tambah (majoriti) rakyat lagi,
yang kata mereka berdua nih pandai cuma mereka samada yg tersangat bodoh atau dubuk2 politik yang ingin membaham apa jua harta negara nih yg ada.
Lagi sudah tentu anakcucu pendatang yg beragenda mereka yg entah apa pun akan bersama mereka berdua nih kerana munkin "penasihat pm" tu munkin si sekor tu yg tak disebut nama pun ramai orang buleh agak siapa dia, ... dan oh ya gambar video perjumpaan di kedai arak sewaktu pru15 antara sinuaq dan warga2 asing tempoh hari pun munkin itu adalah pemegang tali hidung sinuaq, jadi apa dan siapa dibelakang sinuaq tu dalam mengurustadbir negara pun ada banyak misteri yg pasti nanti bakal terungkap.

.
Undi PN negara selamat.

Anonymous said...

Menteri Besar, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail didesak mengemukakan bukti di atas pembohongan kenyataan beliau yang berunsur tuduhan fitnah terhadap ADUN-ADUN PAS negeri ini.

ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abd Halim al-Hafiz bahkan menjawab setiap tuduhan dilemparkan Wan Rosdy yang turut telah melabelkan pimpinan PAS sebagai tikam belakang dan khianat.

(C&P)

Mereka tak mampu dah dengan persaingan sihat. Macam Anuaq, guna fotostat gelap. Atau 90 juta. Fitnah paling legend.

Anonymous said...

Kadang kadang ada orang politik banyak nonton pilem doraemon.

Doraemon, bila seluk saku, keluar yang dia nak. Kalau nak kipas, seluk saku keluar kipas. Kalau nak kereta, seluk saku keluar kereta. Kalau nak keretapi, seluk saku keluar keretapi. Berjela jela panjang. Siap boleh bawak ratusan penumpang.

Politik nuaq macam tu. Dalam ceramah, sama macam doraemon. Jadi kerajaan, turun harga minyak. Pembangkang guna dana judi, esok semua masuk penjara. Naik opr, ringgit teguh. Lantik rapiji, ekonomi rancak. Semua tu angan angan. Harap harap jadi macam kartun doraemon.

Satu jer betul. Tan sri dapat pada sekutu.

Anonymous said...

Depa dok marah sangat kat sanusi. Celupar katanya.

Yang penting pulau pinang kedah punya. Lebih penting lagi orang melayu di pulau terjaga. Tidaklah hilang 29 kampong melayu kerana komunis dapig nak jadikan pulau tu hanya ada cina jer.

Anonymous said...

PAU kali ini kononnya dikatakan untuk menunjukkan kebersamaan UMNO bersama-sama dalam kerajaan campuran dipimpin Anwar, tetapi realitinya ia adalah demi mengekalkan kuasa dan jawatan yang mereka dapat.

Jadi tidak hairan pada PAU kali ini, para perwakilan sudah disiapkan dengan skrip dan naratif untuk memuji DAP disamping mengangkat Anwar sebagai ikon yang perlu disanjung ahli-ahli UMNO.

Perkara paling utama pastinya akar umbi UMNO akan digesa untuk membantu jentera DAP dan parti kerajaan campuran lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk memastikan kemenangan rakan politik mereka.

(C&P)

Anonymous said...

JUNE 2023 PRN akan diadakan maka kesemua saki baki barua barua LeeKwanYew@DAP mesti dilingkupkan secara total...!!

Senarai barua barua LeeKwanYew@DAP yang melingkup semasa PRU 15 ialah

1.Tun Mahathir acah acah power Melayu Islamik Pulau Batu Putih bagi anak Lee Kwan Yew
2. Boboi COMANGO@MarinaGereja
3. Azmin Mat Blur
4. Nurul Liberal Pluris/Liberal
5. Mak Lampir Mesra Along
6. Mujahit @DosaPeribadi
7. Kalit Samat@KalitGereja
8. Rina Harun@LufikirSindri
9. Saifuddin,
10. Tian Chua
11. Dr Hatta

Antara pemimpin terkenal UMNo yang mengalami nasib sama adalah bekas perdana menteri yang juga pengerusi

1. Tengku Razaligh,
2. Mahahir Kalid,
3. Rizal Marican ,
4. Pemimpin BN Perlis suma lingkup,
5. Presiden Putra Ibrahim Ali (Putra-Rantau Panjang)
6. Presiden PPP, M Kayveas (Ipoh Barat).

Nama lain termasuk bekas naib presiden Amanah,

1. Husam Musa (Pasir Mas),
2. bekas presiden MCA, Ong Tee Keat (Warisan-Pandan),
3. Naib Presiden MIC A Kohilan Pillay (Batu),
4. bekas Ahli Parlimen DAP dan PKR, Wee Choo Keong (bebas-Wangsa Maju).

Syukur my prediction 95% menjadi. Means my kempen from day one PH jadi kerajaan sudah diterima komen pembaca dan pengundi.

Senarai ulangan yang perlu dilingkup kan PRN jika calon ini bertanding peringkat DUN Jun 2023

Boboi - Kalu tak serik lagi kasi hilang deposit Kali ke 2

Assmin n gangs - Mat Blur kasi lingkup Kali ke 2

Mak Lampir n gang - Kasi serik Kali ke 2

Mujahit n gangs - Kasi serik kali ke 2

Maka PRN June 2023 masih ada saki baki barua LeeKwanYew@DAP perlu dihapuskan secara total.!!

Saya Ulangggg...

Maka kesemua saki baki barua barua PRN Jun 2023 kali ini semua saki baki barua barua LeeKwanYew@DAP mesti dilingkupkan secara total...!!

#KJ for MB Selangor...!!

Anonymous said...

Apa nak bahas audit. Benda dah betul. Audit kerajaan pas terbaik. Takda pun rasuah atau seleweng. Buang masa.

Bahaslah ruu. Bahaslah masalah rakyat. Bahaslah masalah peruntukan. Bahaslah pasai ringgit merudum. Atau harga barang mencanak. Atau pasai supply teloq. Bahas pasai mp yang ada prima facie. Ni baru tugas wakil rakyat. Bukan bahas kerja audit.

Anonymous said...

Mana mana pemimpin yang rapat dengan Tun Mahathir pasti melingkup... Stay away from Toxic Tun Mahathir Mohamad. No Boboi No Pejwang

Mahathir telah buat segala-galanya untuk bunuh Najib dan maklum bahawa ianya kuasa Peguam Negara Tommy Thomas untuk mengenakan seberapa dakwaan yang dia mahu terhadap Najib.

– Mahathir telah pecat Ketua Hakim Negara.

– Mahathir telah langgar Akta JAC 2009 untuk melantik Ketua Hakim Negara baharu

– Hakim kes Najib pula digantikan dengan Hakim yang tiada pengalaman jenayah setelah kes bermula. Hakim ini juga telah dibuktikan oleh SPRM mempunyai konflik kepentingan dan telah salah fakta dalam kehakiman bertulisnya terhadap Najib.

– Mahathir lantik peguam swasta yang pro-PH untuk menjadi Peguam Negara

– Lalu, Tommy juga telah lantik dua orang peguam pro-PH untuk dijadikan Timbalan Pendakwa Raya kes Najib.

– Mahathir lantik ahli politik PKR anti-Najib sebagai ketua SPRM

– Mahathir lantik Ketua Polis Negara yang telahpun bersara sebab dia sangat setia pada Mahathir.

– Mahathir rampas semua aset-aset Najib dan bekukan akaun-akaun bank Najib supaya Najib kurang kemampuan untuk bela diri.

– Kerajaan Mahathir juga telah dakwa dua peguam bela Najib dan juga hampir semua ahli-ahli keluarga Najib.

- Jho Low walaun sudah dikesan di.luar negara tapi PDRM masih lemah Dan tak mampu bawa pulang Jho Low... Wartawan Al Jazeera selamber aje boleh temuramah Jho Low.

- Sampai sekarang Zety dan keluarga penyamun nya Taufik Ayman bebas, beratus hari cuti sakit masih tidak ditangkap dan diheret ke mahkamah. Nampak terlalu istemewa layanan Taufik Ayman dalam kes ini. Apa jasa Taufik Ayman pada nagara..!?

- Dengan selamber dan rela hati berikan saja Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew atas desakan DAP.. puii..!!!

Awas bila barua DAP@LeeKwanYew mula mencari Melayu' , makna nya apa..!?

Rakyat juga maklum bahawa Najib telahpun dinafikan hak pembelaan pada peringkat mahkamah persekutuan dan telah dimasukkan ke dalam penjara secepat mungkin oleh Maimun

#NoBoboiNoPejwang

Anonymous said...

Pergerakan Pemuda UMNO mengulangi tekad dan ikrar mereka dengan tidak berganjak menggadaikan prinsip-prinsip perjuangan mereka.

Wakil Pemuda UMNO Mohd Kurniawan Naim Moktar berkata Pemuda akan terus memperjuangkan hak bangsa Melayu/Bumiputera serta menjadi benteng hadapan mempertahankan agama.

“Di bawah kepimpinan ketua Dr Akmal (Dr Muhamad Akmal Saleh), Pemuda tidak akan sekali berganjak menggadaikan prinsip perjuangan Pemuda. Terus berani memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera.

(C&P)

Dulu anuaq pun ketua pemuda. Najib pun ketua pemuda. Paling ikon zahid. Semua punya ikrar. Macam keramat. Bila dewasa pulang keanakan. Bawa kes. Hilang ikrar.

Kata orang hangat hangat tahi ayam. Cukup cukuplah percaya. Silih berganti. Tiada kemajuan. Kecuali jadi kluster.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails