Sunday, July 02, 2023

Israel lawan nukiear Saudi, sama DAP PP, PH-BN S'gor..

 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) dan Israel Katz dalam sesi khas untuk mengundi kerajaan baharu di Knesset, Baitulmaqdis pada 13 Jun 2021 (FOTO FAIL: AFP)

1. Israel digesa menentang cita-cita nuklear Saudi 

BAITULMAQDIS: Menteri tenaga Israel telah menyeru kerajaannya untuk menentang usaha Arab Saudi untuk membangunkan program nuklearnya, meletakkan halangan baharu dalam usaha jelas Riyadh untuk mengaitkan pemerolehan teknologi nuklear dengan menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Menteri Tenaga, Israel Katz menurut laporan Middle East Eye yang memetik siaran Ynet TV sebagai berkata pada Isnin (5 Jun), beliau tidak fikir Israel harus bersetuju dengan cita-cita nuklear Saudi itu dan harus menentang perancangan tersebut. 

Kenyataan tersebut muncul sehari sebelum lawatan penting Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken ke Saudi pada hari ini, Selasa (6 Jun).

Terdahulu, Saudi sedang dirayu oleh Israel dan AS untuk menormalisasikan hubungan dengan Israel. 

Menurut sumber yang diberi taklimat mengenai rundingan itu, sebagai pertukaran untuk mewujudkan hubungan rasmi, Riyadh mahu jaminan keselamatan daripada AS, membantu dalam membangunkan program nuklear awamnya dan mengurangkan sekatan ke atas penjualan senjata.

Kenyataan Katz itu menjadikannya pegawai paling kanan Israel setakat ini yang membuat gesaan menolak tuntutan Riyadh. 

Pada Minggu lalu, Penasihat Keselamatan Israel, Tzachi Hanegbi berkata bahawa usaha Saudi untuk mendapatkan bantuan AS  dengan program nuklear awamnya perlu membersihkan peraturan percambahan balas AS terlebih dahulu, tetapi sebarang perjanjian tidak akan mencapai kemajuan tanpa input daripada Israel.

Israel tidak mempunyai hak veto terhadap pemindahan teknologi AS, tetapi Washington telah lama berunding dengan sekutu terdekat Timur Tengahnya mengenai isu keselamatan dan pertahanan untuk memastikan ia mengekalkan ‘kelebihan ketenteraan kualitatif’ terhadap negara-negara Arab.

Pakar di Institut Kajian Keselamatan Negara yang berpangkalan di Tel Aviv yang sebelum ini berkhidmat dengan Majlis Keselamatan Israel, Yoel Guzansky sebelum ini memberitahu Middle East Eye bahawa adalah satu kesilapan bagi Israel untuk akur dengan tuntutan nuklear Saudi.

“Jika harga untuk keamanan memberikan keupayaan pengayaan Arab Saudi, saya fikir ia terlalu tinggi. 

“Siapa tahu apa yang MBS (Putera Mahkota Mohammed bin Salman) akan lakukan dalam tempoh lima tahun atau bahkan tahun depan,” katanya.

Saudi telah berusaha untuk membangunkan program nuklear selama bertahun-tahun. Sebagai sebahagian daripada rancangan Wawasan 2030, Putera Mohammed menegaskan Saudi ingin menggunakan tenaga nuklear di dalam negeri dan mengeksport sumber uranium yang diperkaya.

Namun, usaha Saudi untuk mendapatkan teknologi nuklear AS  telah dihalang oleh keengganan negara itu untuk menandatangani perjanjian 123 dengan Washington, yang memerlukan negara asing berjanji untuk tidak memperkayakan uranium. 

Saudi sebaliknya telah meneroka cara untuk bekerjasama dengan China dan Rusia dalam program nuklearnya.

Namun, pemerhati politik global melihat bahawa sokongan Israel berkemungkinan penting bagi Saudi untuk mendapatkan sokongan penggubal undang-undang AS mengenai fail nuklear.

Perjanjian normalisasi antara  Saudi dan Israel menikmati sokongan bipartisan yang luas dalam Kongres AS, tetapi tuntutan Saudi memerlukan lobi besar bagi pihak pentadbiran Joe Biden pada masa ahli parti Presiden AS itu sendiri mahu menyekat hubungan itu atas kebimbangan hak asasi manusia. 

Ramai penggubal undang-undang AS juga menyatakan rasa kurang senang dengan cita-cita nuklear Saudi.

Pada Isnin (5 Jun), Blinken dalam kenyataannya mengenai persidangan yang dihoskan oleh lobi pro-Israel, Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel Amerika (AIPAC), bahawa AS mempunyai kepentingan keselamatan negara yang sebenar dalam mempromosikan normalisasi antara Israel dan Saudi, dan bahawa beliau akan berusaha untuk memajukan normalisasi semasa lawatannya.

“Kami percaya kami boleh dan mesti memainkan peranan dalam memajukannya. Kami tidak mempunyai ilusi bahawa ini boleh dilakukan dengan cepat atau mudah tetapi kami tetap komited untuk berusaha ke arah keputusan itu, termasuk dalam perjalanan saya ke Riyadh dan Jeddah minggu (hari)  ini,” kata Blinken dalam acara AIPAC.

Menurutnya, sebarang perjanjian menghadapi perjuangan yang sukar, susulan selain tuntutan AS, namun Saudi sebelum ini berkata ia tidak akan menormalisasikan hubungannya dengan Israel sehinggalah negara Palestin merdeka diwujudkan. 

Saudi tidak secara terbuka menyatakan perubahan kepada pendiriannya itu dan Blinken membangkitkan isu yang sama pada acara AIPAC.

“Hubungan Israel yang semakin erat dengan jirannya boleh dan seharusnya memajukan kesejahteraan rakyat Palestin dan prospek penyelesaian kedua-dua Palestin dan Israel,” kata Blinken. – HARAKAHDAILY 6/6/2023   


2. Pulau Pinang, DAP dan pembohongan 


PENTADBIRAN tiga penggal DAP cukup untuk membuat rakyat Pulau Pinang menilai dan memilih.
Siri-siri pembohongan yang dibuat sejak 2008 telah menghilangkan kepercayaan rakyat kepada mereka.
 
Pembohongan berkenaan projek terowong dasar laut.

Sudah lebih 10 tahun dari tarikh projek bernilai RM6.3 bilion ini diumumkan. Bayangkan projek yang telah ditandatangani sejak 2013 ini masih belum dimulakan sama sekali.

Ketika ditanya oleh ADUN Penaga dalam sidang DUN Pulau Pinang Mei lalu, jawapan yang dikemukakan Kerajaan Negeri adalah amat menghampakan.
 
Pembohongan janji mansuh Tol Sungai Nyior. 

Janji ini ditabur Lim Guan Eng pada PRU-12 (2008). Katanya, DAP akan menghapuskan Tol Sungai Nyior apabila diberi kuasa memerintah Negeri Pulau Pinang. 

Kini setelah hampir 15 tahun diberi kuasa, janji tersebut masih belum ditunaikan dengan alasan bahawa mereka tiada kuasa mutlak. Adakah DAP tidak teliti dahulu sebelum membuat janji manifesto? 

11 tahun tagih janji DAP hapus Tol Sungai Nyior

PENTADBIRAN tiga penggal DAP cukup untuk membuat rakyat Pulau Pinang menilai dan memilih.  Siri-siri pembohongan yang dibuat sejak 2008 telah menghilangkan kepercayaan rakyat kepada mereka.

Pembohongan berkenaan projek terowong dasar laut. 

Sudah lebih 10 tahun dari tarikh projek bernilai RM6.3 bilion ini diumumkan. Bayangkan projek yang telah ditandatangani sejak 2013 ini masih belum dimulakan sama sekali.

Ketika ditanya oleh ADUN Penaga dalam sidang DUN Pulau Pinang Mei lalu, jawapan yang dikemukakan Kerajaan Negeri adalah amat menghampakan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0C1c6CumLLQYcLyDz2sGhKD6Gp4m5HJ3V3UzzLFNTRDW2XzvNH9Y2LWJpdsNh2e13l&id=100050218191264  

Pembohongan dalam pelaksanaan projek tambak laut. Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan.

Sudah dinyatakan dengan jelas bahawa pemaju perlu mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan nelayan terlebih dahulu. Namun hakikatnya, sehingga kini nelayan tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan projek tersebut walaupun diumumkan oleh Perdana Menteri Ke-10 (PMX) untuk dikecilkan kepada 1 pulau.

https://m.facebook.com/watch/

Benarlah kata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, “DAP adalah pakar putar belit dan propaganda serta tidak teragak-agak untuk mengulangi sesuatu yang tidak benar untuk mengelirukan rakyat.”

PERIKATAN NASIONAL yakin rakyat Pulau Pinang bijak untuk membuat penilaian. 

Sesungguhnya penganut Islam tidak boleh menyokong pembohong, bahkan bukan-Islam yang bermaruah juga sama-sama tidak boleh menyokong pembohong.

Mari sempena PRN ini kita bawa perubahan di Pulau Pinang. Kita tukar kepada kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil.

Sekian.

USTAZ ABD RAZIB ABD RAHIM
Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang
Bertarikh: 6 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 6/6/2023 



3. Kesuraman ekonomi bakal tenggelamkan PH-BN di Selangor 

MESKIPUN pertumbuhan ekonomi negara pada suku pertama tahun ini adalah positif iaitu pada kadar 5.6 peratus, tidak dapat disangkal lagi hari ini Malaysia sedang menghadapi kemuraman ekonomi.

Kemerosotan nilai Ringgit, kejatuhan Indeks Bursa Malaysia, peningkatan inflasi, ketidakseimbangan eksport import, peningkatan kos sara hidup dan lain-lain lagi, memperlihatkan negara sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi sekiranya Kerajaan PH-BN gagal mengambil langkah-langkah untuk membendungnya.

Tidak mustahil sekiranya situasi kemuraman ekonomi ini berterusan, pertumbuhan ekonomi untuk suku-suku berikutnya menjadi perlahan, malah kemungkinan juga boleh berlaku pertumbuhan negatif. Sehingga hari ini, sikap Kerajaan PH-BN sekadar tunggu dan lihat terhadap perkembangan ekonomi semasa, dan tidak kelihatan langkah-langkah bernas apatah lagi formula-formula di luar kotak untuk menangani kemuraman ekonomi yang sedang dihadapi.

Kemuraman ekonomi ini sudah pasti akan memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat, terutama rakyat teramai yang menjadi pengguna terakhir kepada setiap pengeluaran mahupun perkhidmatan. Hari ini, rata-rata rakyat teramai mengeluh dengan peningkatan harga barangan keperluan dan peningkatan kos sara hidup khususnya masyarakat di bandar dan pinggir bandar sekitar Lembah Klang. Kos sara hidup masyarakat sekitar Lembah Klang sememangnya tinggi berbanding tempat-tempat yang lain.

Menjelang PRN Selangor dan negeri-negeri lain yang bakal berlangsung antara Julai hingga Ogos akan datang, kemuraman ekonomi negara bakal menjadi hambatan besar kepada PH-BN. Kegagalan Kerajaan PH-BN di peringkat Persekutuan dalam menangani kemuraman ekonomi ini, dijangka akan mempengaruhi pengundi-pengundi untuk membuat referendum supaya tampuk pemerintahan negara ditukar. Setakat ini, dua orang Ahli MKT Umno turut memberi peringatan yang hampir sama.

Seperti yang pernah dibangkitkan sebelum ini, PH-BN bakal menghadapi undi protes dari pengundi-pengundi tradisi masing-masing, yang tidak boleh menerima pengkhianatan pimpinan-pimpinan PH-BN terhadap prinsip-prinsip perjuangan mereka sebelum ini. Dengan wujudnya kecenderungan rakyat teramai untuk membuat referendum terhadap kegagalan Kerajaan PH-BN di peringkat Persekutuan, sudah tentu gabungan PH-BN akan menghadapi laluan sukar memenangi PRN khususnya di Selangor.

PH dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijangka akan meneruskan naratif tradisi mereka, iaitu memerangi salah guna kuasa dan rasuah. Kali ini naratif itu dijangka tidak lagi boleh memikat pengundi-pengundi kerana setelah berkuasa, PH tidak melaksanakan agenda-agenda reformasi yang digembar-gemburkan. Contohnya, janji untuk memisahkan kuasa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah dilanggar, manakala jawatan-jawatan GLC dan agensi terus diisi oleh figura-figura politik.

Umno pula diyakini kehilangan naratif mereka, kerana semua prinsip-prinsip tradisi yang diperjuangkan oleh generasi Umno terdahulu telah disapu ke tong sampah oleh gerombolan pimpinan tertinggi mereka. Mereka yang mengikuti perjuangan Umno sejak ia ditubuhkan, dapat memerhatikan parti itu sedang terjelepuk di kaki Anwar, individu yang menjadi musuh utama mereka sejak lebih dua dekad yang lalu. Malah, rumah agam Umno kini menjadi persinggahan DAP, parti yang terus mendukung Malaysian Malaysia.        

Melihat kepada perkembangan tersebut, kemuraman ekonomi negara dilihat akan menjadi naratif kempen utama yang bakal mempengaruhi pengundi, bukan lagi naratif salah guna kuasa dan rasuah yang sering dimainkan oleh PH dan bukan lagi naratif anti Malaysian Malaysia yang sering diutarakan oleh Umno. Maka pada pusingan awal ini, gabungan PH-BN berada di pihak defensif yang bakal menjadi lebih buruk sekiranya kemuraman ekonomi negara turut bertambah lebih buruk.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat– HARAKAHDAILY 6/6/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Israel lawan nukiear Saudi, sama DAP PP, PH-BN S'gor..

Mengapa begitu? Kerana Menteri tenaga Israel telah menyeru kerajaannya menentang usaha Arab Saudi membangunkan program nuklearnya. Yakni meletakkan halangan baharu dalam usaha jelas Riyadh untuk mengaitkan pemerolehan teknologi nuklear dengan menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Hal ini sama jahatnya dengan tadbiran DAP di Malaysia yang membuat rakyat Pulau Pinang dibohongi bersiri sejak 2008 lagi hinggga kini. Begitu juga dengan kemerosotan nilai Ringgit, kejatuhan Indeks Bursa Malaysia, peningkatan inflasi, ketidakseimbangan eksport import, peningkatan kos sara hidup dan lain-lain.  

Hal ini memperlihatkan negara kita sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi sekiranya Kerajaan PH-BN gagal mengambil langkah-langkah untuk membendungnya.

Harapan

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini untuk membendung kemungkaran berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, termasuk 'barua-barua Zionis Israel' yang ada di negara kita. 

Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

6 comments:

Anonymous said...

P.Pinang Pembohong sebab Malaysia Pilih Perdana Menteri bergelar 'Bapa Pembohong Negara'

Padan sangat lah tu

Anonymous said...

Lawak Pemuda UMNo di Dewan PWTC ari ini...

Pemoda UMNo tuntut DAP minta maaf...!! Kah kah kah..

Adakah ini seyes atau acah acah power gagah perkasa Wahai Pemoda UMNo..!?

Kah kah kah kah...!!! Alahaiii... !!

Muka pemoda UMNo jerit jerit nnpk jambu klu ada jantan LGBT dengan tetamu kehormat UMNo yg datang tak nnpk mengerunkan lansung, takut tetamu kehormat pulak yg stim tgk pemoda UMNo jerit jerit dengan muka merah jambu nya..!!

Kah kah kah..!!

Kalau ada yang berani melintas, Pemuda UMNO yang pertama akan datang mencantas,".. silap gaya bole stim tetamu kehormat UMNo nnti bila Pemoda UMNo dng muka jambu tgh marah marah.. kah kah kah..!!

Itu lah ucapan Pemoda UMNo di PWTC ari ini.. tatau la ini acah acah power atau nak geli geli bagi satu dewan pemoda terkinja Kinja ...

Kah kah kah kah..!!

Pemuda UMNO hari ini menuntut DAP membuat permohonan maaf secara terbuka atas semua kata-kata dan tohmahan yang pernah dilemparkan kepada UMNO sehingga mengguris hati semua ahli parti itu hingga kini.

Pemuda UMNO menuntut DAP perlu membuktikan segala tohmahan, pemikiran dan cakap yang kononnya DAP ini anti-Melayu, anti-Islam, rasis.. tidak sama sekali akan berlaku dalam Kerajaan Perpaduan ini.

"Kalau masa mahu tubuh Kerajaan Perpaduan dulu, DAP boleh terbang ke Sarawak berjumpa dengan GPS, minta maaf

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata jika DAP boleh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini, mengapa tidak kepada UMNO.

Cuma satu jer yang Pemuda UMNo tu lupa nak jerit.. sepatutnya Pemoda UMNo kena jerit

" Saya Ulangggg...!!

Peerghhh baru nampak real..!!

Kikikiki...!!

Anonymous said...

Kerajaan Negeri Kedah telah berulangkali menuntut hak pajakan Pulau Pinang, penyelesaian isu caj air mentah serta kelulusan projek Kedah Aerotropolis. Malangnya kesemua ini sengaja didiamkan serta dilengahkan tidak sebagaimana pantasnya Perdana Menteri tersinggung dengan isu pemilikan Pulau Pinang pada hari ini.

(C&P)

Anonymous said...

Bmx ni punya mentaliti jumud. Pandai bercakap. Pandai mengata. Bising macam tong.

Dengan tghh, dikatanya naratif lama. Takda kontent. Begilah hujah macam tghh.

Dengan sanusi pun dah tak mampu hujah balik. Terus buat laporan polis.

Teringat debatnya dengan najib. Hujah najib bernas dan punya konten. Hujah bmx kosong. Hanya persepsi dan retorik.

Sekarang pun masih kosong. Tindakannya pada harga minyak kosong. Menu rahmah kosong. Kos sara hidup kosong. Bela orang melayu kosong dan negetif. Kalimah Allah negetif. Perpaduan negetif. Madani sepatutnya cara Islam, negetif. Bercakap benar negetif.

Anonymous said...

Hari ni bmx mahu sidang parlimen bahas lkan. Apa punya loklak. Luar tabii. Banyak isu rakyat yang perlu diselesaikan. Isu negara yang hadapi meleset. Isu tanah reserve melayu yang ditukar status. Isu kalimah.

Yang nak dibincang isu yang tak releven. Betullah bmx kuat retorik. Kuat berbohong. Tak pandai mengurus. Tak pandai mentadbir. Tindak mudah tadbir cara emperor. Tadbir ikut fikiran sendiri.

Madani. Rahmah. Perpaduan. Itu semua idea sendiri. Idea dari faham liberal yang jumud. Yang berbohong. Hanya untuk halwa telinga.

Anonymous said...

Ini negara asal nama tanah melayu. Tanah dihuni oleh orang melayu. Orang melayu yang beragama Islam. Jadi apa apa program, keutamaan adalah orang melayu dan juga Islam.

Tapi kita punya bmx tidak melakukan ini. Dia tak bantu kemiskinan orang melayu di kelantan. Dia tidak bantu kemiskinan orang melayu di kedah. Dia tidak bantu kemiskinan orang melayu di pulau pinang. Malah bilangan orang melayu di atas pulau di pulau pinang pun dia tidak ambil peduli. Mungkin sebab dia anak orang kaya di permatang pauh.

Dia juga tidak membantu Islam. Menggunakan kuasa padanya untuk lulus penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Dia juga tidak pandai berhujah dengan fakta. Bila kalah, akan buat laporan polis. Akan hantar saman fitnah. Katanya jumpa di mahkamah. Cara potensi untuk menang.

Klentongnya kategori orang berada. Bukan klentong di kedai kopi kat kampong. Klentongnya kategori kat cafe di bandar. Namun isinya tetap kosong. Hanya keseronokan melepak memuaskan naluri mengeluarkan terbuku di hati.

Bukan cara engineer berhujjah. Berfakta. Bukan cara seorang doktor berhujjah. Berfakta. Hanya cara seorang lulusan sastera. Banyak hujjah, banyak kosong. Banyak hujjah, banyak bohong.

Paling dayus bila sanggup diperalatkan untuk jawatan. Untuk kekal jawatan. Diperalatkan oleh ideologi komunis. Diperalatkan oleh perasuah tegar. Kata kata menghapus rasuah hanya sekadar retorik. Tak pernah lagi perasuah tegar dibawa bawa ke keadilan. Perasuah sudah dipulangkan passport. Sudah dijamin pejabatnya. Bermakna sudah ada bilik pengurusan rasuah.

Bm mesti berjiwa melayu dan Islam. Untuk pastikan kesinambungan tanah ini sebagai tanah melayu. Bukan mamak. Bukan jawa. Bukan komunis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails