TASEK GELUGOR: Momentum gelombang rakyat di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dilihat bakal menjadi tsunami yang akan menyebabkan perubahan besar dari PRN di enam negeri tidak lama lagi.
Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menghuraikan petanda tersebut dalam ucapannya pada Ceramah Himpunan PERIKATAN NASIONAL (PN) BEST, di sini malam tadi.
“Sebab itu bagi kita PRN enam negeri ini ialah satu referendum rakyat walaupun Perdana Menteri menyebut apa jua keputusan PRN enam negeri ini tidak akan menggugat Kerajaan Persekutuan.
“Dari segi politiknya yang jelas adalah penolakan rakyat. Bayangkan kalau Selangor kita (PN) ambil alih, Negeri Sembilan tumbang kepada PN, Kedah kita pertahankan. Kita menang Kelantan di Terengganu di Pulau Pinang.
“Enam-enam negeri ini menjadi satu gelombang. Akhirnya yang duduk di atas itu kepanasan, takkan lama mereka akan turun atau diturunkan insya-Allah,” ujarnya membongkar kegelisahan sedang melanda Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).
Menurut beliau, kajian pelbagai pihak melihat gelombang kali ini lebih besar berbanding PRU15 lalu kerana rakyat selaku pengundi merasa ditipu oleh para pemimpin PH-BN yang melanggar sumpah dan janji mereka.
Jelasnya, rakyat sedang mengimbas semula segala kenyataan yang kononnya dari pakar berupa formula penyelesaian kepada masalah-masalah, namun sedang menimpa negara kini adalah sebaliknya.
“Rakyat monitor melihat seolahnya negara ini dipimpin oleh seorang manusia. Mari soalan kementerian apa pun dia yang jawab. Kadang-kadang jawapannya sekejap macam ini, kejap macam ini, berubah-ubah, flip flop,” bidasnya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian tersebut juga berkata, kekuatan gabungan dan nilai integriti yang dimiliki oleh PN cuba dirosakkan dengan tuduhan palsu kononnya melakukan rasuah, manakala akaun bank disekat.
Hal tersebut ujarnya, menyebabkan anak muda merasa bosan dengan kemelut politik dicipta itu lalu mereka mahukan barisan kepimpinan yang meyakinkan dan bukannya hanya sekadar bercakap dan berteori.
Tegasnya, beliau menyokong penuh agresif Perdana Menteri untuk memerangi rasuah, tetapi mestilah dengan tindakan dan disertakan bukti, bukan hanya menjadi cakap politik untuk memburukkan PN.
Sedangkan rakyat ujarnya, mengadakan perbandingan dengan melihat teladan telah dibawa pada pemerintahan kerajaan seperti di Kelantan tidak sebagaimana tuduhan yang dibuat itu.
“Rakyat bukan nak pilih pemimpin yang semua boleh (bebas). Mari ulamak (kononnya berwatak) cara ulamak. Mari liberal, (ikut) cara liberal, mari LGBT cara LGBT. Bukan! Kita mesti ada prinsip, ada asas.
“Asas ini tak boleh kita bercanggah. Dasar tak boleh bertentangan,” ujarnya dipercayai membidas sikap tidak konsisten dan pragmatik Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kebanyakan pemimpin kerajaan. – HARAKAHDAILY 24/6/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: K'jaan PH-BN panas akan tumbang. Siapa balaci DAP?
K'jaan PH-BN panas akan tumbang, kerana..
(i) PAS tak jadi balaci DAP walaupun pernah di ambang kuasa -Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria
PAS tidak mengamalkan politik ‘machiavelli’ yakni sanggup berbuat segalanya, termasuk perkara yang dilarang atau diharamkan oleh agama, termasuk jenayah demi mendapat atau mengukuhkan kuasa.
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria ADUN Gunung Semanggol menegaskan demikian di Bagan Serai sebagai menjawab tuduhan Presiden PAN, Mohamad Sabu yang meuduh fatwa politik PAS sentiasa berubah.
“(Ia) Bila DAP minta PAS bersetuju atas perkara yang PAS tidak boleh bersetuju. (Ya) PAS (pernah) bersama DAP, tetapi (PAS tegas) tidak menjadi balaci DAP,” jelas beliau.
DAP secara khususnya telah dua kali meninggalkan persepakatan bersama PAS iaitu ketika Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR) dahulu apabila tuntutan-tuntutan parti itu terhadap PAS gagal dipenuhi.
Antaranya berkaitan Dokumen Negara Islam, Rang Undang-undang (Persendirian) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dan banyak lagi perkara berkaitan kepentingan Islam dan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Bahkan untuk menjayakan PAS sebagai platform bagi meraih sokongan undi Melayu, DAP menaja pemimpin tertentu bagi mengambil alih PAS, namun gagal menyebabkan mereka yang keluar dari PAS dan menubuhkan PAN.
PAS di sepanjang perjalanan politiknya sejak ditubuhkan hingga kini tidak pernah merubah dasar parti itu, kecuali pendekatan politik yang diolah berdasarkan keperluan atau situasi semasa, tetapi dalam kerangka diizinkan syarak.
“PAS mengajak Umno bersama dalam Muafakat Nasional dengan syarat tiada kluster mahkamah. Pertimbangan PAS adalah pada mudarat yang lebih ringan,” ujarnya mengukuhkan lagi keterangan mengenai prinsip PAS ketika bersama Umno.
Menurut beliau, kestabilan negara hanya akan diperoleh apabila diperintah oleh kaum majoriti, di mana ketidakstabilan kini adalah kerana gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dipengaruhi kehendak DAP.
(ii) Kenaikan harga beras membimbangkan - Datuk Razali Idris.
“Kita difahamkan harga beras putih import 10 kilogram akan naik antara RM1 hingga RM2 pada bulan hadapan. Jadi soalan saya, apakah strategi kerajaan untuk menangani kenaikan itu.
“Ini kerana nilai ringgit kita masih lagi jatuh ke tahap RM4.68 kepada 1 dolar Amerika Syarikat,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara, hari ini.
Tmbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, berkata dakwaan bahawa harga beras akan naik pada bulan hadapan bukan kenyataan rasmi kerajaan.
Menurutnya, kenyataan itu dibuat oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Datuk Ameer Ali Mydin).
“Saya hendak tekankan di sini bahawa dakwaan ada kenaikan harga berasa hanya membabitkan beras import dan bukan beras tempatan yang membekalkan 75 peratus untuk kegunaan domestik,” katanya.
Sementara itu, katanya antara tindakan kerajaan bagi memastikan harga dan bekalan beras tempatan stabil dan terjamin adalah dengan menetapkan harga kawalan maksimum beras di peringkat kilang dan borong.
Selain itu, katanya mesyuarat penyelarasan bersama Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) diadakan dua minggu sekali bagi memantau beras import dan tempatan di pasaran.
(iii) Satu undi tentukan siapa tadbir Selangor -PN Selangor, Dr Afif Bahardin
Setiausaha Perhubungan PERIKATAN NASIONAL Selangor, Dr Afif Bahardin berkata, setiap minggu anggota Exco yang dipilih rakyat melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, akan bermesyuarat.
Katanya, Exco terbabit akan menentukan nasib 6 juta rakyat Selangor.
“Langkah bagi melantikan anggota Exco yang akan mentadbir kerajaan Selangor ditentukan pada PRN tidak lama lagi.
“Mereka diberi tanggungjawab menentukan perkara asas termasuk cukai pintu, penyelenggaran jalan raya, belanjawan negeri dan pelbagai lagi,” katanya pada sidang media sempena Konvensyen Perikatan Nasional (PN) Selangor esok.
Turut hadir Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir dan Setiausaha Gerakan Chai Ko Thing.
Dr Afif juga berkata, setiap pengundi di Selangor hendaklah merebut peluang PRN nanti untuk menentukan kerajaan yang akan mentadbir Selangor nanti.
“Satu undi akan menentukan banyak aspek di Selangor. Kefahaman sesetengah pihak politik tidak penting adalah salah, kerana ia akan menentukan dasar sesebuah negeri.
“Pada saya itu sama penting kita mempunyai kad pengenalan untuk mencari rezeki, begitu juga penting keluar mengundi dalam setiap pilihan raya,” ujarnya.
Dr Afif juga berkata Konvensyen PN Selangor akan diadakan esok menghimpun seluruh jentera pilihan raya Bersatu, PAS dan Gerakan.
Himpunan tersebut akan dirasmikan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yaasin.
“Rakyat Selangor diajak hadir pada konvensyen tersebut sebagai tanda sokongan dalam menghadapi PRN tidak lama lagi,” katanya.
Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!
2 comments:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenakan perintah tahan kerja terhadap pegawai polis wanita Inspektor Percubaan Sheila Sharon Steven Kumar.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, perintah tahan kerja mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967 telahpun disempurnakan terhadap pegawai berkenaan.
(C&P)
Boleh pulak gantung tugas. Pasai apa bmx tak gantung 47 kes. Bagi jawatan lagi.
Yang tak mahu gi sejid tu gerombolan liberal. Yang isle tu penuh sejid.
Post a Comment