Friday, June 30, 2023

Man City takluk Eropah. M'SIA, ekonomi Xpulih, k'jaan buat apa?

 


1. Man City akhirnya takluki Eropah

ISTANBUL: Manchester City akhirnya meluaskan penguasaan domestik ke seluruh Eropah apabila menewaskan Inter Milan 1-0 dengan gol pada babak kedua Rodri untuk memenangi Liga Juara-Juara buat kali pertama dan melengkapkan treble, pagi tadi.

Namun, Inter memberikan saingan hebat dengan kelihatan akan mengheret perlawanan akhir ke masa tambahan, hanya dinafikan dengan persembahan menakjubkan penjaga gol Ederson yang melakukan dua aksi menyelamat lewat permainan.

Ledakan kegembiraan menyambut wisel penamat dengan pemain City memecut ke arah penyokong mereka di Stadium Olimpik Ataturk.

“Anda mesti bernasib baik… kemenangan ini ditulis dalam bintang. Ia milik kami. Perlawanan ini ternyata menjadikan treble ini sangat sukar,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

City bukan sahaja memenangi kejuaraan Eropah pertama sejak merangkul Piala Juara-Juara Piala Eropah yang kini tiada lagi pada 1970, malah menjadi pasukan Inggeris kedua memenangi treble Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara, menyamai kejayaan Manchester United pada 1999.

Inter yang mengejar piala buat kali keempat, menyekat pasukan Guardiola dengan persembahan hebat, terutama pada separuh masa pertama apabila pemain City, Kevin De Bruyne mengalami kecederaan.

City mungkin mengalami deja vu mengerikan apabila perancang utama, De Bruyne yang juga gagal menamatkan perlawanan akhir dua tahun lalu ketika City tumpas kepada Chelsea.

Malah mesin gol City dari Norway, Erling Haaland, mendapati dirinya dikawal ketat, tetapi akhirnya pemain tengah Sepanyol, Rodri yang memulakan perlawanan ke-52 musim ini, menjadi wira.

“Emosi. Impian menjadi kenyataan. Semua di sini menunggu, saya tidak tahu sejak bila. Mereka layak, kami berhak,” kata Rodri ketika Guardiola memeluk pemain dan penyokong City menyanyikan nama Sheikh Mansour, yang pengambilalihan kelab pada 2008 menjadikan City pemenang piala demi piala.

“Ia tidak mudah. ​​Betapa pasukan yang kami hadapi, cara mereka bertahan dan melakukan serangan balas. Perlawanan akhir begini. Kami bersaing seperti haiwan.”

City kini memenangi 17 piala sejak pengambilalihan pada 2008. – REUTERS.


2. Demam Benzema landa Jeddah 

Benzema ketika tiba di Jeddah, Rabu lalu. - REUTERS

JEDDAH: Juara Arab Saudi, Al-Ittihad menjual lebih 56,000 tiket untuk majlis memperkenalkan Karim Benzema di Stadium Bandaraya Sukan Raja Abdullah, hanya dalam tempoh beberapa jam selepas jualan diumumkan Rabu lalu.

Penyerang Perancis dan pemenang Ballon d’Or itu menandatangani kontrak tiga musim bernilai AS165 juta bersama kelab Liga Pro Saudi pada Selasa lalu.

Tiket untuk majlis memperkenalkan bekas kapten Real Madrid di arena 62,000 tempat duduk yang dikenali penduduk tempatan sebagai ‘Permata Bersinar’, bermula serendah sembilan Riyal (AS$2.40).

Sebilangan besar penyokong yang memakai warna kelab itu, kuning dan hitam, menyambut Benzema sebaik tiba di bandar ini pada malam Rabu lalu dan mengadakan sidang akhbar pertama pada Khamis sebelum diperkenalkan kepada peminat.

Benzema, 35, adalah pembelian pertama Al-Ittihad selepas memenangi kejuaraan liga buat kali pertama sejak 2009 dengan rakan senegara N’Golo Kante dijangka menyertainya dari Chelsea tidak lama lagi.

Cristiano Ronaldo lebih awal berada di Liga Pro Saudi dengan menandatangani kontrak lumayan bersama Al-Nassr pada Disember lalu.

Kelab-kelab Arab Saudi menyasarkan nama besar lain dalam beberapa bulan akan datang dengan pemain seperti Sergio Busquets, Angel Di Maria, Jordi Alba dan Sergio Ramos, dikaitkan dengan perpindahan ke negara padang pasir itu.

Sumber yang rapat dengan kapten Argentina, Lionel Messi bulan lalu, memberitahu Reuters bahawa dia telah menerima tawaran rasmi untuk menyertai Al-Hilal, tetapi pemenang Piala Dunia berusia 35 tahun itu memutuskan untuk menyertai Inter Miami di Amerika Syarikat. – REUTERS   


3. Ekonomi belum pulih, apa Kerajaan PH-BN buat?  


SEREMBAN: Pengkelasan penduduk di negara ini berdasarkan pendapatan isi rumah mengikut peratus masing-masing iaitu B40, M40 dan T20, telah berubah akibat daripada pandemik COVID-19 yang berlaku.

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, krisis kesihatan tersebut menjadi krisis ekonomi yang menyebabkan peratusan kemiskinan menjadi bertambah kepada B61, M18 dan T21.

Menurut beliau, data daripada kajian badan bebas tersebut mendapati orang Melayu adalah kaum terbanyak dalam kelompok B61 itu di mana jatuh miskin disebabkan tiada pendapatan kerana dibuang kerja.

“Tak cukup makanan, tak dapat menyara keluarga, tak boleh bantu anak masuk universiti, tak boleh membiayai kos-kos hidup yang lain. Semakin hari semakin meningkat dan bertambah,” ujarnya.

Ahli Parlimen Pagoh yang juga bekas Perdana Menteri itu berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat anjuran PN di Senawang, di sini malam tadi.

Katanya, dalam keadaan krisis yang penuh kesulitan itu, tetapi kerana ianya melibatkan kepentingan kehidupan dan nyawa rakyat, maka Kerajaan PN telah mengambil langkah berani ke Parlimen.

Jelas beliau, usul Rang Undang-undang untuk menguruskan masalah ketika itu dengan belanja RM350 bilion telah dibentangkan di mana sebahagian dalam bentuk fiskal dan lainnya berupa bantuan institusi kewangan.

Terangnya, moratorium diberikan dan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga dibenarkan di samping lapan Pakej Rangsangan Ekonomi diadakan dalam menangani kos sara hidup rakyat.

Kata Muhyiddin, semua itu tidak dibuat sekadar memandai atau bicara di lidah, tetapi berdasarkan fakta dan kajian serta pertemuan dengan rakyat memahami masalah sedang mereka alami.

“Isu dan masalah mereka ialah kos sara hidup. Apa makna kos sara hidup? Kos harga bahan-bahan baik makanan, bukan makanan ataupun perkhidmatan dan sebagainya sudah naik,” ujarnya.

Beliau bersetuju bahawa keadaan tersebut juga disebabkan keadaan pasaran atau di dalam ekonomi wujudnya penawaran dan permintaan di mana menjadi peranan dan tanggungjawab kerajaan untuk menstabilkannya.

Tindakan-tindakan kerajaan ketika itu ujarnya, bagi memastikan masalah setiap keluarga diatasi dan supaya ada makanan secukupnya di meja mereka, termasuk menangani masalah ekonomi yang lebih besar.

Maklum beliau, Jawatankuasa Tindakan Ekonomi yang dibentuk ketika itu bersidang setiap minggu meneliti isu dan masalah dengan membawa penyelesaian untuk tindakan pelbagai kementerian dan agensi.

Namun kesali beliau, dalam keadaan kesan tersebut masih berlaku ke atas rakyat, Kerajaan Madani kini tidak membawa sebarang langkah jangka pendek atau sederhana mahupun panjang bagi pemulihan.

Bidasnya, walaupun sudah enam bulan memerintah, kerajaan hari ini terus membawa kebimbangan yang menjadikan keadaan negara semakin merosot dan kehidupan rakyat terus menderita.

“Rakyat tak boleh tahan hidup sebegini, daif dan seksa. Tak ada satu idea, (tapi) banyak sebut formula-formula. Formula tapi tak ada apa-apa. Bercakap selalu tapi lepas itu tak
laksanakan. Bohong seribu kali.

“Saya tak pernah tengok keadaan sebuah kerajaan di mana ramai pemimpin cakap tapi tak serupa bikin,” ujarnya mengimbas keadaan luar biasa dihadapi Kerajaan PN ketika menguruskan krisis dahulu berbanding tindakan ‘luar biasa’ kerajaan kini. – HARAKAHDAILY 11/6/2023


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Man City takluk Eropah. M'SIA,  ekonomi Xpulih, k'jaan buat apa?

Ini, gelombang rakyat di Senawang menjalar ke Kota Bharu. Di Kota Bharu, malam tadi gelombang rakyat yang membadai di Senawang dalam misi menawan Negeri Sembilan malam ini pula menjalar ke Kota Bharu. 

Ribuan rakyat Kelantan memenuhi Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV biarpun hujan agak lebat menjelang Maghrib. Kehadiran begitu sendat tersebut disifatkan Ketua Pimpinan Bersatu Kelantan Dato Kamaruddin Mohd Nor sebagai peluang cerah untuk menang 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

10 comments:

Anonymous said...

Ekonomi mesia rosak disebabkan anwaq dan amno, dan dapigs, nih semua geng temberang lebih, satu pun takda betul dan malah menurut pakar psikologi bahwa si tua anwaq, wakponorogo dan limpigsial tu sebetulnya sewel2 bahasa merapu.
mereka tak reti apapun sebab cuma pandai sewel tahap kera.
dan kera mana tahu mentadbir,,, buat rosak adalah.

prn enam negeri majoriti pengundi akan memilih PN untuk stabilkan kembali ekonomi dan lain2 hal di mesia nih.

Anonymous said...

Mana nak cerdik. Hari ni jadi kerajaan, esuk harga minyak turun. Najib turun ringgit naik. Rupanya ph naik ringgit turun. Ph naik, harga barang naik. Ph naik meluat rakyat naik. Ph naik, ahli pn naik.

Anonymous said...

Mencari Negari Kedah Lama.. jangan undi pemimpin 'poyo'...!!

Tidak mustahil Pakatan Harapan akan tumbang di Pulau Pinang...

Rakyat sudah tahu, perangai sesorang pemimpin begitu, tetapi masih undi dia. Kemudian tak sampai berakhir penggal PRU dan PRN, baru hendak komen itu ini. Jadi, dalam soal begini hendak dipersalahkan yang memilih atau dipilih?

Kebangkitan rakyat mampu menjadikan peralihan kuasa daripada DAP-Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) sebagai sebagai sesuatu yang boleh berlaku pada PRN nanti termasuk di Pulau Pinang.

Pilihlah bakal pemimpin yang tidak ‘poyo’ supaya anda tidak kecewa. Pemimpin lama yang tidak capai indeks prestasi utama (KPI), tidak perlu lagi diberi undi. Berilah peluang kepada yang lebih berwibawa.

Jika tersalah memilih pemimpin, hasilnya memang dapat tahi. Perkara tersebut yang didakwa tidak mustahil berlaku kerana terdapat ramai pengundi bukan-Islam, hakikatnya telah berubah dengan perkembangan politik mutakhir ini.

Para pengundi dalam kalangan bukan-Islam telah semakin musykil dengan PH yang dirasakan mereka telah berbohong kerana berpakat dengan Umno-Barisan Nasional (BN).

Saya ulangggg..

Menuju PRN masih nak sayang pemimpin ‘poyo’?

Anonymous said...

Anuaq bukanlah pemimpin yang cerdik. Tubuh kerajaan pun dengan cara menipu. Kalau anuaq itu liberal. Itu betul. Sebab orang liberal kuat menipu. Bangga bila dapat menipu. Bongkak bila dapat menipu.

Anonymous said...

Panjang berjela hubungan Malaysia dan Indonesia bila nak jawab keputusan sempadan Malaysia dan Indonesia...

Dah rujuk pegawai ke atau goreng saje di Parlimen....!?

Jawab macam nak konar baring sana sini dan goreng Bang Non di Parlimen...

Goreng bang Non gorengggg...!!

Anonymous said...

"Pengumuman itu bukan flip-flop. Keputusan lama diumum ikut prosesnya tapi bila dimaklum kepada saya dan diteliti balik, ini akan membebankan rakyat, raya haji dekat. Kita tolonglah rakyat.

"Kalau pun flip-flop, untuk bantu rakyat saya akan flip-flop. Buat apa tak mahu flip-flop tapi bebankan rakyat," katanya ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, hari ini.

(C&P)

Ni masalah kalau kerap bercakap bohong. Tak tahu yang betul atau bohong. Macam kes harga minyak. Kes manifesto bukan kitab suci. Kes fotostat gelap. Atau kes kalimah Allah. Ni semua bikin rakyat celaru.

Anonymous said...

Pada Mac 2022, apabila Lim Guan Eng daripada DAP mempersoalkan tindakan Putrajaya memperuntukkan sekurang-kurangnya 61% kontrak pelaksanaan 5G digerakkan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk kontraktor Bumiputera, tidak banyak kekecohan yang timbul selepas itu.

Mungkin kerana ketika itu DAP -Pakatan Harapan bukan kerajaan semasa, maka setiap ulasan dan bantahan terhadap Agenda Pemerkasaan Bumiputera perlu dilakukan dengan penuh hati-hati.

Tetapi, sebaik sahaja Kerajaan Perpaduan berkuasa di Putrajaya, antara semakan semula yang mahu dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim adalah berkaitan “monopoli” dan “ketelusan” perolehan dan pemberian kontrak dibuat DNB.

(C&P)

Macam tulah anuaq. Akan ada jawapan nanti. Hanyut lagi bumiputra bawah anuaq.

Anonymous said...

PAS kesal dengan kenyataan berniat jahat Tan Sri Lim Kit Siang yang meminta Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan keterlibatan DAP dalam mencetus isu 13 Mei sedangkan Tuan Guru tidak pernah menyebutnya dalam artikel terkini beliau.

(C&P)

Anonymous said...

Macam ni boleh saman siang kit. Sebab buat tuduhan palsu.

Boleh siang kit menafikan beliau pakai topi komunis. Pakaian komunis. Atau itu super impose.

Anonymous said...

mana mau saman, sengaja je nak timbul cerita supaya percaya cakap presdien dia yang suka tak hadir parlimen, dia cakap parlimen bukan sekolah pun tak perlu hadir orang bekap, cuba tanya dia apakah sumbangan terbesar kepada marang sejak pegang parlimen tu berpenggal penggal. kalau betul la mesti dah report polis, dan DAPig tu dah diharamkan, ni cakap je lebih, putar alam, orang lain buat haram, dia buat halal, sudahlah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails