Di Kedah, belum sampai tahap itu. Bangunan paling tinggi pun Menara Alor Setar. Lapangan terbang utama negeri cuma ada purata 15 penerbangan sahaja sehari. Berbanding 105 di negeri jirannya, Pulau Pinang.
Sebabnya apa? Sebab ekonomi utama di Kedah adalah pertanian. Orang Kedah tanam padi. Bukan buat makan negeri dia sahaja, dia bekal 43 peratus untuk negara.
Kedah banyak empangan air, bukan untuk negeri dia sahaja. Pulau Pinang pun tumpang guna percuma sahaja. Kena simpan hutan lagi untuk buat tadahan air.
Jadilah Kedah abang sulung yang kena buat kerja-kerja orang lama berkorban untuk kebaikan orang lain. Jadi tak boleh banding semberono. Kena faham sektor ekonomi di setiap negeri.
Nak keluar daripada kemiskinan, Kedah kena pandai guna dan olah seluruh sumber sedia ada. Hari ini, Menteri Besar Kedah sangat-sangat memperjuangkan Kedah Aerotropolis.
Sebabnya, Kedah Aerotropolis akan ubah landskap ekonomi Kedah yang kononnya terkebelakang dan tak maju. The Game Changer di Wilayah Utara.
Kalau menjadi Kedah Aerotropolis, Kedah akan ada semua ini:
1. Airport City.
2. Business Park.
3. Sidam Logistic, Aerospace & Manufacturing (SLAM).
Baca pun ‘wow’ dah. Tak boleh bayang kalau suatu hari jadi kenyataan. Tinggal nak buka hati-hati keras yang masih buat-buat tak reti.
Tiga kali orang bagi surat, dia kata Menteri Besar biadab.
Dia kata tidak pernah ada surat permohonan nak buat lapangan terbang.
Bagi bajet ciput yang bukan datang semuanya dari kerajaan dia, tapi dia bohong mahasiswa katanya itu bajet tertinggi yang diberi kepada Kedah.
Orang yang hasad dengki sahaja tidak mahu tengok projek berimpak tinggi ini menjadi realiti di Kedah. Negeri di bawah Kerajaan Persekutuan juga.
Mereka menindas hak orang Kedah, mereka tak hargai pengorbanan rakyat Kedah kepada negara, mereka tidak membalas jasa orang Kedah dengan pembangunan selayaknya.
Disebabkan jadi pemimpin kerajaan yang bukan pilihan rakyat, mereka tak faham hati orang Kedah. Mereka ingat dengan kutuk Menteri Besar Kedah mereka ambil hati orang Kedah, tapi makin sakit hati dibuatnya. Salah langkah, terima padah. – HARAKAHDAILY 12/6/2023
Ketua Pembangkang, Razman Zakaria berkata, ketika Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, Saarani menyatakan bahawa mesti menyelesaikan isu dan keperluan air di negeri ini terlebih dahulu.
Menurut beliau, Saarani ketika itu menyebut ibarat orang yang naik kapal terbang, apabila corong udara terkeluar, maka selamatkan diri sendiri dahulu sebelum menyelamatkan orang lain.
“Tak tahulah kalau sekarang ini Umno telah pun bersama-sama dengan DAP dan bersama-sama dengan merealisasikan apa juga kehendak DAP. Mungkin ada pendirian lain. Tapi untuk isu Perak ini, kita mesti menyelesaikan air di Perak dahulu.
“Khususnya bagi kawasan pertanian yang menjadi sumber bekalan utama kepada rakyat iaitu di Bukit Merah dan sebagainya sekarang ini mengalami musim kemarau kekurangan air. Dan projek untuk memindahkan air daripada Sungai Perak ke Tasik Merah.
“Tertangguh sekian lama dan harga dikatakan telah menjadi dua kali ganda. Jadi, saya rasa minta maaflah kalau untuk bekalan air ke Pulau Pinang itu. Kalau Umno membenarkan air ini, kita harap orang Perak bangkit.
“Tukar kerajaan akan datang, insya-Allah kerajaan yang baru akan menilai untuk kebajikan rakyat Perak dulu yang habis tanah pun dijual, apa pun dijual, ini air pula nak dijual, pasir nak dijual.
“Baru ini kenyataan pasir pun nak dijual. Dulu tak timbul pun. Jangan jadi balaci DAP,” ujarnya berhubung isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji di Dewan Rakyat, minggu lalu.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim digesa Rayer supaya membolehkan rundingan antara kedua kerajaan negeri itu agar air mentah daripada Perak boleh dibekalkan ke loji-loji rawatan air di Pulau Pinang.
Saarani juga terdahulu menyatakan kesediaan Perak menjual pasir dan batu dari negeri ini bagi pembangunan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) sekiranya wujud permintaan dari Kerajaan Pulau Pinang.
Kenyataannya itu dilihat menjadi reaksi balas terhadap penegasan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor yang mengisytiharkan Kedah tidak akan menjual pasir dan batu kepada Pulau Pinang bagi projek PSI. – HARAKAHDAILY 12/6/2023
KERAJAAN digesa agar tidak tunduk kepada tuntutan agar pemaju tidak lagi diwajibkan membina rumah mampu milik untuk projek-projek berskala besar.
Sekarang terdapat kerajaan-kerajaan negeri yang mewajibkan pemaju membina rumah mampu milik untuk projek yang melebihi 10 ekar.
Peratus rumah mampu milik yang dibina adalah berbeza-beza menurut negeri di mana ada negeri yang mewajibkan sehingga 30 peratus.
Alasan yang diberikan untuk memansuhkan peraturan ini kerana ia meningkatkan harga jualan rumah-rumah kategori lain tidak boleh diterima.
Ada pemaju mendakwa mereka terpaksa menaikkan harga jualan rumah-rumah tersebut untuk menampung kos membina rumah mampu milik.
Mereka juga mendakwa ini berlaku kerana kos pembinaan rumah mampu milik adalah lebih tinggi dari harga jualan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Walau bagaimanapun itu bukan konsep cross subsidy (subsidi silang) yang sepatutnya berlaku untuk program pembinaan rumah mampu milik.
Ada pemaju memberi alasan pembeli rumah kategori lain yang menanggung atau memberi subsidi untuk membina rumah mampu milik.
Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pemaju yang sepatutnya menanggung sebarang kos tambahan untuk pembinaan rumah mampu milik.
Sekiranya kos pembinaan melebihi harga jualan, kos untuk menampung perbezaan ini sepatutnya ditanggung oleh pemaju daripada keuntungan yang diperolehi.
Justeru subsidi datang dari keuntungan pemaju dan bukan dengan menaikkan harga rumah-rumah kategori lain.
Jika pembeli terpaksa memberi subsidi kepada pembeli rumah mampu milik, ini bermakna pemaju telah melepaskan diri dari tanggungjawab untuk menyediakan rumah mampu milik.
Kesan memansuhkan peraturan mewajibkan pemaju membina rumah mampu milik akan menyaksikan kawasan strategik di bandar-bandar kita hanya didiami oleh kelompok-kelompok masyarakat tertentu sahaja.
Kita tidak akan dapat melihat kumpulan B40 dan mungkin juga M40 di tengah atau pinggir bandar. Mereka akan tercampak di kawasan-kawasan jauh dari bandar di mana harga rumah mampu dimiliki mereka.
Sekarang ini telah berlaku dan jika polisi ini dihapuskan keadaan akan menjadi lebih parah.
Polisi mewajibkan pemaju membina rumah mampu milik melihat rumah-rumah mampu milik dibina sebelah menyebelah rumah kos lain.
Kita sudah tentu tidak mahu melihat masyarakat kita berkasta-kasta. Setiap kelompok hidup di dalam dunia mereka sendiri tanpa sebarang interaksi kecuali di tempat kerja.
Aktiviti-aktiviti lain di dalam kehidupan dijalankan secara berasingan. Tidak akan berlaku integrasi sosial. Ini tidak baik di dalam usaha kita untuk membina satu negara Malaysia yang bersatu padu.
Setiap kelompok masyarakat tidak akan memahami di antara satu sama lain dan kemungkinan berlaku dendam berdendam.
Bayangkan bandar-bandar besar tanpa masyarakat berpendapatan rendah atau sederhana rendah.
Polisi perumahan adalah amat penting di dalam menentukan masa depan negara kita. Ia menentukan taburan kaum dan ini amat sensitif di dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Kerajaan tidak seharusnya melayan tuntutan mereka yang mahu memansuhkan polisi rumah mampu milik yang sekurang-kurangnya berjaya memastikan taburan golongan kaya dan miskin hampir sekata.
Tuntutan tersebut berunsurkan kewangan tetapi kerajaan mempunyai tanggungjawab yang lebih luas.
Justeru kerajaan perlu memikirkan kepentingan semua pihak dan memikirkan kesan jangkapanjang.
DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH)
11 Jun 2023 – HARAKAHDAILY 11/6/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Negara maju akan nampak bangunan tinggi? Fikir kolot bangang..
Celeklah mata wahai rakyat tertindas. Simpan apa lagi kerajaan macam yang ada ni. Tumbangkan segera melalui peti undi. Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam Insya Allah!
Jom bangun bersama Islam.
No comments:
Post a Comment