Thursday, June 08, 2023

P/Pinang Kedah punya.. & Ini K'jaan Pak Pandir.

 


1. ‘Yang saya tahu Pulau Pinang itu Kedah punya’ 

ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan sehingga kini tiada sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang memandangkan negeri berkenaan adalah hak Kedah.

Malah, katanya hanya Perlis dan Perak sahaja yang mempunyai sempadan dengan Kedah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim Antara Kedah Perlis di Wisma Darul Aman, petang tadi.

“Saya tunggu dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kalau ada asas ditentusahkan sempadan Kedah dengan negeri jiran lain, yang saya tahu Pulau Pinang itu Kedah punya.

“Untuk meletakkan sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang hendak menggunakan warta atau undang-undang yang mana kerana sempadan negeri ini (Kedah) berada di sebalik pulau,” tambahnya lagi.

Sementara apabila ditanya adakah Kedah mahu mengambil kembali Pulau Pinang, Muhammad Sanusi berkata tidak perlu kerana Pulau Pinang tidak pernah ‘terlepas’ dari Kedah.

“Pulau Pinang memang hak kita (Kedah), bukan terlepas atau nak ambil balik,” tambahnya lagi. – HARAKAHDAILY 29/5/2023  


2. Tidak mampu mentadbir, berangan macam Pak Pandir  

YB Hanna Yeoh,

Berlaku jujur, apa sebenarnya berlaku ketika itu? Kerajaan PH yang memerintah ketika itu, tidak mempunyai persefahaman. Dari rakaman mesyuarat bersatu pusat, jelas PH berantakan ketika itu. Pergolakan dalaman dalam PH sudah berada tahap kemuncak. 

Menteri Kewangan Lim Guan Eng banyak membuat tindakan yang tidak dipersetujui Perdana Menteri sehingga Tun Mahathir terpaksa mengugut untuk memecat Lim Guan Eng. Ekonomi orang Melayu jadi korban dalam terpaksa.

Perdana Menteri juga menerima tekanan dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahukan pelan peralihan kuasa Perdana Menteri kepadanya ditetapkan segera persis singa lapar menanti mangsa.

Lantas kerana ketamakan kuasa membawa kepada Perdana Menteri Kerajaan PH ketika itu meletakkan jawatan dan membiarkan negara pada ketika itu tidak mempunyai kerajaan. 

Maka mengambil semangat demokrasi, YDPA pada ketika itu memanggil semua parti-parti politik yang ada untuk mempersembahkan SD sokongan dan memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. 

Maka sangat tidak adil menuding jari kepada pihak lain atas kegagalan PH dalam menguruskan negara.

Seperti kata pepatah ‘sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah’. Disebabkan PH tidak pandai memerintah, dia menyalahkan pihak lain.

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 25/5/2023 


5 comments:

Anonymous said...

Tiga banduan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah meliwat seorang banduan lain Februari lalu.

Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Pusat Pemulihan Akhlak Machang.

(C&P)

Dulu ada jugakan sorang ahli politik yang suka buat kerja tak bermoral tu.

Anonymous said...

Katanya akan berlaku talibanisation jika gelombang hijau berlaku.
Kalau tak berlaku gelombang hijau, akan berlaku pulak komunisation oleh komunis dapig.
Talibanisation hanya satu tuduhan, sama seperti 90 juta.
Tapi komunisation bukan tuduhan.
Ia betul berlaku seperti 29 kampong melayu yang hilang di pulau pinang.

Gelombang hijau oleh pn akan kekalkan taraf bumiputera.
Komunisation akan hilangkan taraf bumiputera.

Gelombang hijau akan kekalkan Islam sebagai agama rasmi.
Komunisation akan hilangkan status Islam sebagai agama rasmi.

Gelombang hijau akan lawan rasuah habis habisan.
Komunisation akan bawa rasuah dalam kerajaan.

Gelombang hijau tidak berlaku penindasan kaum.
Komunisation berlaku penindasan kaum seperti di pulau pinang.

Gelombang hijau punya kepimpinan yang bersih.
Komunisation punya kepimpinan yang ganas, rakus dan peliwat.

Anonymous said...

Bukan susah nak jadi ahli geng sakau. Buktikan pandai menyakau dan pernah menyakau. Macam bekas mb tu. Mudah jer diterima semula jadi ahli. Dulu kuat menyakau tu.

Yang takda rekod menyakau dipecat. Macam geng keluar sekejap. Yang ni susah nak jadi ahli. Sebab tak seragam dengan presiden kaki sakau.

Komunis dapig suka geng macam ni. Katanya liberal. Minum arak pun sikit sikit. Tak ekstreme. Ambik rasuah tapi boleh buat kerja. Ini liberal. Sesuai dengan falsafah komunis dapig.

Yang tak menyakau, kata komunis dapig, ini ekstreme. Geng gelombang hijau.

Geng gelombang hijau bawa aman. Bawa politik matang. Bawa pembaharuan ikut naluri manusia. Bawa pembangunan tanpa rasuah. Beza dengan sangka buruk komunis dapig.

Anonymous said...

Dulu ada sorang presiden non political organisation. Dia join politik. Masuk parti yang sakau. Katanya nak cuci najis kena masuk dalam tong najis.

Kotor betul falsafah itu. Falsafah tong taik mana yang dia ikut.

Kemudian dia kena pecat. Sebab najis tak serupa. Najis sakau tak sama dengan najis porno.

Lepeh tu tubuh parti baru. Parti kencing kencing rakyat. Bawa falsafah baru. Reformasi. Join dengan parti yang filosofi dari negara komunis. Satu lagi najis dalam konteks Malaysia.

Sekarang dah jadi kepala menteri. Najis bertambah. Porno dan sakau. Sakau royalti.

Bagus juga jadi kepala menteri. Rakyat tahu najis itu seperti apa. Sekurang kurangnya tahu janji palsu. Hari ni jadi kerajaan, esok harga minyak turun.

Janjinya najib turun ringgit naik. Rupanya najib turun ringgit turun. Macam jepun lunakkan orang melayu masa nak jajah tanah melayu.

British jatuh, tanah melayu merdeka. Rupanya British jatuh, Jepun lagi ganas. Rogol, bunuh, rompak, liwat, semua serentak.

Macam kepala menteri. Lunak. Rasuah lawan habis habisan. LGBT bukan budaya. Komunis dapig tak ganggu Islam dan bumiputera. Janji pasti ditunai. Ringgit mencanak mahal. Harga barang turun bila harga minyak turun.

Rupanya penyakau ada dalam parlimen. LGBT dibawa masuk melalui pentas muzik. Komunis dapig menguasai kepala menteri. Janji dilanggar. Ringgit terus merudum. Harga barang melambong.

Ini fenomena songsang. Merugikan Malaysia. Merugikan bangsa melayu. Merugikan agama. Tidak tuntas bagi kependudukan yang asli dan pendatang. Kontrak sosial yang cuba dihakis.

Anonymous said...

Syarat mudah Mahathir dan Muhyiddin kembali ‘bersatu’.

No Boboi No PejWang..!!

Tugas Boboi Dan Parti PejWang kali ini panjat tiang letrik gantung gambar calon yang bertanding PRN June 2023 Kali ini..

Jangan benarkan Boboi jadi calon dan jangan bagi Parti Pejuang masuk Pakatan Perikatan. Period

Mahathir mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Tugas Boboi Dan Parti PejWang kali ini panjat tiang letrik gantung gambar calon yang bertanding PRN June 2023 Kali ini..

Lepas boboi panjat tiang letrik gantung gambar calon bertanding Boboi dipersilakan berambosdan balik ke rumah dan tidak dibenarkan berada dilapangan... Buat semak mata memandang lahh....


Period ..!!

No Boboi No Pejuang..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails